Rabu, Mac 28, 2007

Kelantan Sedang Mendahului Negeri Lain Dalam Sektor Pertanian Negara

Tertarik dengan tajuk di atas, beberapa perkara yang sedikit ingin saya ulas sedikit dalam kegiatan sektor pertanian di Negeri Kelantan. Banyak lagi perkara-perkara baru yang dilancarkan, tapi saya ambil sikit je... Antara beberapa langkah dan tindakan proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri kini antaranya:

1. Melancarkan Projek Pembangunan Ladang Rakyat - satu-satunya program pertama di Malaysia.

Rakyat miskin terus dibantu... Timbalan Menteri Besar, Dato Haji Ahmad Yakob menyampaikan dividen bulanan kepada peserta Ladang Rakyat bagi Parlimen Jeli.

- Sebanyak 10,000 ekar tanah diusahakan untuk tanaman kelapa sawit dan tanaman komersil.
- Rakyat yang terpilih(berpendapatan rendah, tidak memiliki tanah, mempunyai tangunggan ramai dll)
- Peserta akan diberikan 5 ekar tanah untuk diusahakan bagi menanam tanaman kontang.
- Setiap tahun akan diberikan dividen dari saham Ladang Rakyat.
- Jumlah penglibatan sekarang ialah 100 orang rakyat dari setiap DUN, bersamaan 4,500 orang seluruh Kelantan untuk peringkat pertama.
- Keluasan tanah akan diperluas sehingga 50,000 hektar dalam masa beberapa tahun lagi.

2. Melancarkan Projek Ternakan Kambing Komersil Terbesar di Malaysia yang dinamakan Jihad Ternak.
Sebahagian Ladang Projek Jihad Ternak

- Dimana ia diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dam dengan kerjasama kerajaan Negeri Kelantan
- Projek ini merupakan projek terbesar di Malaysia.

- Modus operandi:

a. Membuka pusat ternakan Jamnapari di Kelantan sebagai One Stop Centre, yang berkemampuan menampung 3000 ekor dan lebih kambing Jamnapari.
b. Manakala 2000 ekor kambing Jamnapari akan diagihkan kepada pengusaha-pengusaha yang terpilih di semua jajahan di Kelantan. Sebanyak 4 ekor induk dan 1 baka (mentor) dan 4 ekor betina untuk mentee.
c. Mengunakan konsep sistem pawah yang dikemaskini supaya menjadi lebih baik dan komersil.
d. Anak-anak kambing akan diambil balik sama dengan jumlah yang diberikan dan selebihnya bnergantung kepada pengusaha. Syarikat sedia membeli dan memasarkannya.

3. Projek Mega Tanaman Gaharu secara komersil dan mesra rakyat.

Pokok gaharu yang bakal ditanam di Kelantan

- Sebanyak RM 300,000 diperuntukan dalam Budget Sejahtera Negeri Kelantan 2007 dan tanah seluas 1000 ekar diperuntukan untuk projek tanaman gaharu di Kelantan pada tahun ini.
- Hasil dari poko gaharu ialah minyak wangi yang bermutu tinggi dan boleh mencecah dari RM14,000 - RM 100,000 sebatang melalui pengunaan teknologi tinggi.

Modus operandi:

- Benih-benih pokok gaharu juga akan diagihkan kepada semua petani yang berpendapatan rendah untuk ditanam dan diusahakan.
- Kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta akan memberikan khidmat nasihat, kepakaran dan memasarkan produk ke pasaran tempatan dan luar negara.
- Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Kelantan.
- Projek ini juga merupakan projek terbesar di Malaysia.

4. Kelantan dijangka akan menjadi negeri pengeluar sarang burung layang-layang terbesar di Malaysia.
Berada di dalam rumah sarang burung layang-layang

- Ia berpunca dari faktor alam semulajadi yang segar dan bersih.
- Bertambahnya habitat dan pembinaan sarang yang berkembang pesat di negeri ini
- Ia mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan mempunyai pasaran yang luas di Malaysia dan luar negara.

5. Kelantan menubuhkan Kelantan Biotechnoloy Park.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan perjanjian kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

- Sebagai usaha mempelbagaikan sumber ekonomi kerajaan Kelantan pada masa depan
- Kekayaan sumber asli yang cukup banyak di negeri ini.

PENGUMUMAN:

Program: Seminar Penternakan Burung Layang-Layang Secara Komersil

Tempat: Hotel Ansar, Kota Bharu

Tarikh: 2 April 2007

Masa : 8.00 malam

Bayaran: Tidak diketahui.

Artikel Terkait

10 ulasan

Tanpa Nama delete 4/02/2007

if you have any "perusahan burung wallit" again please contact me 0126415399.

Salam,

Terima kasih untuk maklumat tentang industri pertanian di negeri Kelantan. Banyak yang tidak diketahui tentang kemajuan di negeri ini. Saya juga meminati blog tuan. Sangat informative.

Faidzal Ghazali
merlongboerfarm.blogspot.com

Bro,

ttg perusahaan burung layang2 ada... tapi masih kurang lengkap, sy dlm proses menkaji potensi dan peluang dlm sektor ini.

mungkin ada maklumat yg Bro nak kongsi, bolehlah bgtau sy ya. kita kongsi.

TQ

faidzal,

terima kasih diatas pujian. sya buat biasa-biasa saja. hobi bantu org n ajar org.

boleh saya linkan blog Sdr dgn blog sya?

TQ

Syam Gz

SILA DOWNLOAD KKD:Penternakan Kambing Boer,Manual Penternakan Kambing,Penyediaan Infrastruktur,Pengurusan Kadang Kambing,Artificial Insemination,Draf Kertas Kerja Projek di: http://www.usahawantani-kelantan.blogspot.com

Tanpa Nama delete 6/20/2007

Kalau berminat nak tanam gaharu ni...nak contact siapa utk dapatkan maklumat pasal anak pokok...?? Kira the right contact person la

Tanpa Nama delete 9/23/2007

to sdr. irfan,

Pls contact growproject resources for further info regarding aquilaria seedlings (anak pokok gaharu and other gaharu related items. tq.

growproject resources
016-3929161

Tanpa Nama delete 9/23/2007

to sdr. irfan,

Pls contact growproject resources for further info regarding aquilaria seedlings (anak pokok gaharu and other gaharu related items. tq.

growproject resources
016-3929161

Bro Irfan, please contact:

Alternatively if you have the land and wish to grow your own Depu’s plantation, you can get in touch directly with Agarwood Industry (Kelantan) Sdn Bhd to get the technical advice and to buy the young trees. Agarwood’s contact person,

Tuan Haji Zaidi can be contacted at,

Agarwood Industry (Kelantan) Sdn Bhd

Lot 1481, KM12 Kg Salor

15100 Kota Bharu

Kelantan

Telephone: +609 701 1578

Fax: +609 701 1579

Email: agarwood@streamyx.com, agarwoodkelantan@gmail.com

salam tuan..
dengan siapa saya boleh berhubung untuk mendirikan kilang sawit secara usahasama di atas tanah yik @ ladang sawit yang berkeluasan 10,000 ekar keatas. dah tentu kalau kami melabur di sana hasilnya dapat kepada orang islam......