Khamis, Mac 22, 2007

Maklumat tentang Baja Organik & Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec?

Tadi saya dah tempah & bayar tunai untuk 2.5 tan tahi kambing. Ia bertujuan untuk saya jadikan eksperimen sendiri ttg fungsi baja organik(BO) dan taburkan dalam kebun kelapa sawit milik saya. Antara lain adalah untuk:

1. nak try buat baja sendiri dan cari pengalaman
2. nak lihat perbandingan kesan BO berbanding baja kimia (BK) terhadap tanaman
3. nak buat penilaian sebenar kos projek BO.
4. nak tambahkan kualiti tanah dan baiki struktur tanah kebun saya skrg.

Jadi buat masa sekarang, saya tak bercadang nak buat semua tu... cuma ambik sedikit tahi kambing tu untuk hasilkan sendiri BO.

Cuma saya ada sedikit masalah, dimanakah saya boleh dapatkan Stardec & Starbio dengan harga yang berpatutan?

Tadi, time rehat saya sempat pergi ke JPH Kelantan dan Kedai Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan utk menanyakan ttg kedua2 jenis produk ni. Jawapannya kedua-duanya tiada. Di JPH hanya ada sampel dan sebut harga dan di LPP langsung tiada.

Harga semasa produk:

Stardec: RM 23.00/kg
Starbio: RM 17.00/kg

Fungsi produk:

# Stardec - untuk dicampur dalam najis haiwan untuk dibuat BO.
# Starbio - dicampur dalam makanan lembu/kambing/ ruminan lain untuk:
- Mengemukan haiwan ternakan
- Mengurangkan 50% bau najis haiwan

Maklumat tambahan kepada semua:

# 500g stardec hanya untuk 100kg tahi kambing/lembu sahaja.
# 600g stardec untuk 100kg jerami
# jadi kosnya kamu semua boleh kira sendiri...
Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec? saya bukan nak banyak, sikit sahaja dan harganya biarlah berpatutan ya.

ORGANIC FERTILIZER

APA ITU BAJA ORGANIK?

Baja Organik adalah baja mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

KANDUNGAN

-SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutisi yang diperlukan oleh tanaman.

UNSUR ASAS BAJA (BASE FERTILIZER)

-N-15 untuk penyuburan pokok dan daun.

-P-15 untuk mengalakkan pertumbuhan akar.

-K-15 untuk penyuburan bunga dan buah.

-ZEOLITE produk mineral semulajadi dimana ianya tidak memudaratkan kesihatan manusia.

FUNGSI

-Menjimat dan mengurangkan penggunaan bahan kimia terutama BAJA dan RACUN KIMIA di mana tanah rosak akibat penggunaan secara berlebihan dan tidak terkawal dapat dipulihkan dan disuburkan kembali.

KEISTIMEWAAN

-Tidak berbau.

-Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.

-Sesuai unuk semua jenis tanaman (POKOK, BERAIR, ORKID)

-Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.

-Tidak mengandungi bahan kimia.

-Selamat digunakan.

-Tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.

KESAN PENGGUNAAN

-Membetulkan tahap pH tanah.

-Tanah menjadi LEMBUT, SUBUR, TIDAK MASAM, AKAR BARU POKOK AKAN KELUAR,MEMBEBASKAN BAJA ATAU TANAH YANG TERSANGKUT DALAM TANAH UNTUK DIMANFAATKAN OLEH POKOK.

-Pokok akan TUMBUH LEBIH BESAR, SUBUR, HIDUP LEBIH LAMA, HASIL LEBIH TINGGI, MENGURANGKAN PENGGUNAAN RACUN.

-Memberi kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.

CARA PENGGUNAAN

-MENABUR (Ditabur terus ke pangkal pokok atau akar tanaman dan disiram)

-MENYIRAM (Baja dimasuk kedalam tong penyiram dan menyiram rata keatas permukaan tanah atau tanaman)

-BANCUHAN (Baja dibancuh ke dalam air dalam tanaman HIDROPONIK)

-BUNJUT (Dibuat bunjut atau uncang dengan secebis kainuntuk diletakkan di atas media(arang) atau ditepi AKAR ORKID)

Artikel Terkait

22 ulasan

apa perkembangan guna baja organik? saya bminat nak tau

Tanpa Nama delete 5/27/2007

salam...

dah dapat bekalan stardec?? saya ada sikit, tu pon beli di Chermin Kiri, Jerangau.
:)

Assalamualaikum sahabat, setahu saya baja organic hanya sama dgn baja kompos jika sekiranya tidak dicampurkan dgn EM atau mikrob yg bersesuaian. EM atau mikrob tsb akan membantu di dlm mengeluarkan enzim2 bg pokok.

Tanpa Nama delete 7/16/2007

berapa banyak nak stardec tu? Nak dihantar ke mana?

emjayakula@gmail.com

Tanpa Nama delete 1/16/2008

saya syurkan anda gunakan baja organik yang dihasilkan oleh cacing. kerana baja yang terbaik adalah daripada cacing.untuk maklumat anda cuba layari www.agmenterprise.blogspot.com

Tanpa Nama delete 8/18/2008

setahu saya PK EcoFarm ada membekal stardec, starbio atau BO

harga yang saya beli dengan pk ecofarm minggu lepas

stardec RM23.00/kg
starbio RM22.00/kg

jika anda ambik dgn kuantiti yang banyak saya percaya harga dapat dikurangkan lagi.. kerana sebutharga mereka yang diberi kepada saya untuk 100kg stardec dan 100kg starbio amat2 berpatutan..

anda boleh hubungi pk ecofarm

maimun 019-980 6544
sabaree 012-330 0009

Trichoderma delete 7/07/2009

Bro, gw punya banyak stock STARDEC.
Kalau bro stay di kuching - sarawak, gw bisa titip teman2 yang kuliah di INTI College.

Khusus untuk waste tangkai buah kelapa sawit, gw sugest pakai activator OrgaDec.
OrgaDec mampu merubah waste tangkai kelapa sawit menjadi BO dalam waktu 14 hari saja.

Kalau ada waktu mampir ke www.lembahpinus.com bro, BO dan pembuatan BO dari sampah organik dapur rumah banyak di bahas di sana.

trichoderma said
i berminat dgn stardec n istay kat kuching so mcm ne nk contact u..

Assalamualikum saudara2 yg berminat dengan baja organic. Ada kawan2 boleh tolong kah? Saya selalu keliru. apa beza "baja organik" dan "kompos". Ada orang menjual kompos dari hempasan sawit sebagai baja organik...any comments?

saya seorang penternak ayam daging. Biasnya najis saya buangkan ke kebun begitu saja atau jual ke pekebyn tembikai. saya minat untuk menggunakan Stardec untuk membuat baja organik dari najis ayam, tapi apa caranya? Ada kah serupa dengan pembuatan baja organik dari najis kambing?

Salam. Saya ada jual baja organik yg mengandungi smart bacteria. Hasil tuaian meningkat 185% & menjimatkan kos sebanyak 70%. Boleh dianggap baja terbaik pada masa sekarang. Lawat: bajaalfalife.blogspot.com utk maklumat lanjut. Bukan janji tapi pasti.

salam saya ada bekalkan baja cecair mikro dan baja dolomite super turbo..sekiranya berminat bolehla mnghubungi saya di
mdaarifent@gmail.com

Tanpa Nama delete 3/27/2013

Baja ini lebih mberi kesan baik bila dicampur kulit ayam n usus ayam semasa proses pemerapan...oleh yg dmikian usus dan kulit ayam dletak bahagian bawah tong@tangki

Tanpa Nama delete 9/07/2014

memang ramai org keliru baja organik dan kompos,membuat baja organik biasa menggunakan najis ayam,kambing,lembu atau sebagainya.Setahu saya kompos adalah mengubah skhutur tanah ia juga mengandui baja organik tahi binatang tapi tak banyak.Saya sudah lama ceburi bidang organik lebih 15 tahun.Semua buat sendiri cuma beli bahan sahaji,EM pun sendiri.

Tanpa Nama delete 9/07/2014

kita tanam sayur organik mesti mahu tahu bahan yang kita beli bebas bahan kimia,mana ada org tanam sayur organik tak tahu maksubnya.Di kebun saya tak pernah mengunakan kompos cuma mengunakan baja organik tahi ayam buatan sendiri.Dulu saya ceburi bidang ini mengikut seorg sifu dan kadang kadang cuba cari lebih maklumak dari internet organik Malaysia langsung takda blog ni,sekarang......

Tanpa Nama delete 9/07/2014

Semua ada cara bukan dengar org cakap pakai ini pakai itu.Organik adalah alam sekitar,dapat memahami ia mengandungi 4 faktor utama ia itu Cuaca,Tanah,Angin dan Air.Dulu saya ikut sifu sekarang saya sewa tanah tak pernah org tanam dan saya mula dari situ,tanam dan kaji.

Tanpa Nama delete 9/07/2014

Awal tahun ini saya dapat sakit sudah tak boleh tanam sayur lagi.Siapa yang minat dalam bidang organik ini,anda mesti tahu buat baja,kompos dan EM,baru ada mana apa itu organik? Penyakit dan ulat ini semua mengikut cuaca(panas,sejuk),tanah(jenis tanah apa)angin dan air.

Tanpa Nama delete 9/07/2014

Nama saya Alex tanam sayur di janda Baik,Bentong Pahang.Setakat ini saja maklumak tentang serbe sedekit organik,ok.

Tanpa Nama delete 10/30/2014

sapa berminat dengan stardec, saya ada stok untuk stardec.

Saya berminat..macam mana cara mahu beli?

Saya berminat..macam mana cara mahu beli?

Saya mau beli stardex boleh ka