Rabu, Mac 07, 2007

Kelantan Akan Wujudkan Pusat Ternakan Kambing Terbesar di Malaysia


Bagi menyahut seruan kerajaan pusat dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bagi mengembangkan sektor pertanian di Malaysia. Negeri Kelantan mengambil satu lagi langkah kehadapan bagi menjayakan hasrat tersebut. Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu ingin menjadikan Kelantan sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nanti.

Justeru itu, Kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan melancarkan satu lagi projek yang dinamakan sebagai Jihad Ternak.
Projek ini dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran daging dan baka kambing Jamnapari yang berkualiti serta memenuhi permintaan terhadap daging kambing di Kelantan dan Malaysia.

Sebanyak 3000 ekor baka kambing Jamnapari akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat di ladang pusat yang bertempat di Rong Chenok, Tanah Merah. Dimana dalam projek ini akan menjadikan Negeri Kelantan sebagai pusat ternakan kambing terbesar di Malaysia.

Butiran seminar:

Bertempat : Hotel New Pasific, Kota Bharu
Masa : 8.30pg-5.00ptg
Dirasmikan : YB Dr Hj Nik Mazian Nik Mohamed
Anjuran : Kerajaan Negeri Kelantan
Dengan Kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan
Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB)
Agro Based Enterprise


Kertas Kerja:

1. Amalan Penternakan Baik
2. Halatuju Penternakan Kambing Secara Komersil
3. Aplikasi Bioteknologi Dalam Meningkatkan Ekonomi Projek Ternakan Kambing
4. Pengurusan Penternakan Kambing Jamnapari
5. Sesi Dialog dan Perbincangan.

p/s; Salinan kertas kerja perbentangan ada pada saya, jika ada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghantar email kepada saya di alamat: isyu_war@yahoo.com

Artikel Terkait

5 ulasan

Tanpa Nama delete 3/13/2007

untungnya rakyat kelantan.

menteri pertanian orang johor, bekas menteri johor pulak tu tak peduli nasib petani dan penternak negeri johor.

Alhamdulillah, semua rezeki itu datangnya dari Allah... Allah yang maha Berkuasa dalam segenap hal dan perkara di Dunia ini.

Saya ada terbaca ttg kesan banjir 2x kepada org2 Johor(terutama petani kecil, yg kebanyakannya Bumiputra@Melayu). Mmg teruk kesannya kepada mereka semua.

Mrka hanya mendapat sedikit shj pampasan dan bantuan. Kebanyakan bantuan 'masuk poket' pemimpin. Ini realiti, kerana saya sendiri pergi sebanyak 2 kali ke Johor atas nama NGO (mula2 skali kena banjir dan yg terakhir pada 1,2,3 Mac 2007 lepas).

Kami semua boleh melihat pokok2 mati, binatang ternakan mati, semuanya ditengelami air bah(banjir).

Semoga semua rakyat Johor tidak terus mengalah dan harap semua kena rajin berusaha. Agar terus maju kedepan.

Semoga berjaya. Amin :)

Tanpa Nama delete 3/21/2007

bagusnya kelantan...macam2 seminar ada...saya dengar kat johor pun byk gak penternak dapat bantuan..maklumlah dekat ngan inst. haiwan kluang...tapi kami kat kedah ni buat sendiri semua...budget abis kot hehehe...baguih jugak syam buat blog ni..kira buleh gak kongsi maklumat ...terima kasih

sama-sama, jika berpeluang nak g kedah jgk ni... nak tgk prospek pertanian kat sana.

Sala'am,

Macam mana status project ini sekarang? Kami bari sahaja start ladang kambing kita dekat Melaka dan ingin tambah ilmu tentang industri ini.

Segala informasi dihargai.

Wassalam