Ahad, November 18, 2007

Kelantan Mempelopori Industri Gaharu Secara Komersil di Malaysia

Tags


Satu papan tanda di jalan utama di Kelantan. Sila klik pada gambar untuk besarkan saiz.

Kelantan Mempelopori Industri Gaharu Secara Komersil di Malaysia.

Nampaknya usaha Kerajaan Kelantan untuk menjadikan pokok depu sebagai sumber ekonomi baru kini semakin berhasil dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Prospek masa depan industri depu semakin cerah & ia telah mula diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media cetak ataupun elektronik bermula dari semalam.

Projek cakno rakyat yang dirintis oleh Kelantan ini terbukti berjaya dan berkesan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Kini kerajaan Terengganu telah mengikuti jejak langkah Kelantan dalam membantu mengembangkan sektor pertanian (industri gaharu) supaya menjadi sumber ekonomi terpenting wilayah timur pada masa akan datang.

RAHSIA GAHARU - BERITA HARIAN, 18 November 2007 & Siaran Berita Perdana di TV3, jam 8pm 17 November 2007.

Oleh Zulkofli Jamaludin

Pokok karas menghasilkan bahan untuk industri minyak wangi dijual antara RM15,000 hingga RM20,000 sekilogram

ANAK pokok karas atau gaharu setinggi 20 sentimeter (sm) yang dijual pada harga RM1.60 sepokok dua tahun lalu kini mencecah RM9, gara-gara minat orang ramai menanam pokok yang dikatakan boleh memberi pulangan RM18,000 sepokok.

Karas atau nama saintifiknya, Aqularia malaccensis yang boleh mencapai ketinggian lebih 36 meter, mengeluarkan damar atau rasin yang diperlukan dalam penghasilan minyak wangi, manakala kayu dan kulitnya diproses menghasilkan gaharu.


Damar yang dihasilkan oleh pokok karas kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.


Bukan setakat damar, batang dan kulit boleh menghasilkan wang, malah daun karas dikatakan boleh direbus dan diminum bagi mencegah penyakit kanser.

Menyedari pokok karas mempunyai nilai komersial, Jabatan Perhutanan Terengganu mempelopori tanaman secara ladang di kawasan 47 hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang bagi menggantikan pokok Akasia.

Penolong Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan Terengganu, Mohd Radhi Chu Abdullah, berkata karas mempunyai potensi tinggi sekiranya diusahakan secara komersial.

"Sejak dua tahun lalu Pejabat Hutan mengumpul banyak maklumat mengenai kaedah penanaman, kesesuaian tanah, kawalan penyakit, taburan hutan dan cara mengatasi penyakit yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Pejabat Pertanian.

"Maklumat ini boleh dikongsi jika orang ramai berminat mempelajari cara mengusahakan tanaman ini," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Seri Azahar Muda, di sini baru-baru ini.

Mohd Radhi berkata, proses mengumpul damar karas boleh dilakukan secara semula jadi dengan mematikan pokok mati melalui kaedah melukakannya atau suntikan inokulen.

2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu." height="190" width="430">
1 - Minyak gaharu yang sudah diasingkan perlu dijemur.
2 - Kerja menebuk batang pokok karas untuk menghasilkan gaharu.
Katanya, teknik inokulen boleh dilakukan apabila pokok mencapai usia lima tahun atau diameter pokok berukuran 20 sm.

"Kedalaman optimal perlu sesuai dengan diameter batang dan biasanya sekitar lima sm.

"Setiap batang pokok akan ditebuk lubang dan dimasukkan spora yang akan menghasilkan damar dan lubang itu akan ditutup menggunakan lilin dan hanya dikeluarkan selepas dua tahun," katanya.

Mohd Radhi berkata, minyak damar juga boleh diperolehi secara penyulingan dengan merebus kulit dan kayu damar yang diracit.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Petroleum, Pertanian dan Perikanan Terengganu, Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman, 59, berkata pokok karas mudah dijaga dan tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi.

Beliau berkata, 1,000 pokok yang ditanamnya setahun lalu kini mencapai ketinggian 150 cm dan tidak diserang sebarang penyakit.

"Mereka yang ingin menanam pokok ini di Pantai Timur perlu memilih masa yang sesuai iaitu sekitar bulan Julai atau Ogos iaitu sebelum musim tengkujuh bagi membolehkan pokok ini tidak menghadapi masalah ketika musim kering.

"Selepas enam bulan yang ditanam, pokok perlu dipangkas dan dijaga secara agronomik bagi membolehkan pokok mencapai ketinggian maksimum," katanya yang menanam pokok karas di dusun seluas lapan hektar.

Mamat Ghazalee berkata, pokok karas yang ditanam dalam dusun yang sudah matang mudah dijaga dan membesar dengan cepat kerana tidak terdedah terus kepada terik matahari.




FAKTA

  • Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu `agaru' yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar. Di negara Asia terdapat lebih 15 spesies gaharu tetapi yang dikenali di pasaran ialah agar wood, aloes wood dan eagle wood.

  • Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Komponen methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu dibakar.

    Kegunaan

  • Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.

  • Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

    FAKTA NOMBOR

    40 sentimeter - Ukur lilit
    20 tahun - Usia mengeluarkan hasil
    36 meter - Ketinggian boleh dicapai

  • HARGA POKOK DEPU DI KELANTAN

    Harga Depu/ Gaharu/ Karas di Kelantan setakat maklumat yang saya perolehi adalah bergantung kepada jenis pokok dan saiz iaitu:

    1. Baka Sub intergra (1m - 1.5m) - RM8/pokok
    2. Baka Sub intergra (1.5m ke atas) - RM10/pokok
    3. Baka Cross Bread (Sub intergra vs crassna) - RM14/pokok.

    P/s: Sekiranya Sdr/i mempunyai tanah terbiar di kg2, lebih baik ia ditanam dengan pokok depu, ada juga hasilnya daripada terbiar bergitu sahaja dan ditumbuhi semak samun. Perlaburan jangkamasa panjang, selepas 5 tahun tanah dah dapat hasil.

    Tanamnya cukup mudah kerana ia pokok hutan dan mudah survive di iklim Khatulistiwa seperti di negara kita, Malaysia.

    Di Kelantan, kerajaan negeri akan membeli pokok gaharu dengan harga pasaran dan anda tidak perlu risau pasal market, kerana sudah pasti akan adat syarikat akan membelinya.

    Malah permintaan terhadap minyak dari Depu/Gaharu/Karas melebihi pengeluaran di pasaran dunia :)

    Boleh rujuk artikel saya yang lepas, berkaitan gaharu/depu/karas melalui link di bawah (Sila Klik);

    The Kelantan Corridor
    Lingering Greens


    Artikel Terkait

    6 ulasan

    Tanpa Nama delete 11/23/2007

    Kelantan ada asas cukup kuat untuk bertahan lama, iaitu pertanian.. kalau sebelah pantai barat ni, dah byk bergantung kepada industri pembuatan/elektronik .. sebagai mana kempen kerajaan, pertanian adalah perniagaan, Kelantan perlu buktikan boleh maju & kaya dengan pertanian .. lagipun pertanian tak perlu takut dengan pasaran..mana ada org berhenti makan sejak dulu sampai sekarang ..kecuali mati la..

    Tanpa Nama delete 4/24/2008

    sesiapa yang berminat untuk membuat perlaburan dalam projek ikan keli boleh hubungi saya..projek yang menarik..sekiranya sesiapa yang berminat anda akan mendapat keuntungan RM1000 setiap bulan dan akan mendapat keuntungan projek ikan keli tahunan mengikut perangkaan projek yang disasarkan iaitu RM10000..dengan bermodalkan RM40000..saya akan uruskan perlaburan projek ini..sesiapa yang berminat saya akan membentangkan kertas kerja projek..projek ini tiada had tempoh yang ditetapkan..berminat sila hubungi saya atau saya sedia hubungi anda..bukan kontrak farming tapi perlabuaran yang menarik dalam industri ternakan akuakultur..keuntungan 50-50..dan keuntungan diberi mengikut tahunan tettapi bonus RM1000 setiap bulan..

    reza - 0174317672

    saya boleh hubungi sesiapa yang berminat cuma sms pada saya dan saya akan terangkan..saya ada kertas kerja..projek ini ditanggung halalan thayyibah..anda bantu saya membina dan menjana keuntungan..

    Tanpa Nama delete 5/19/2008

    ShamGz _ Nimz, I seriuosly wish to catch up with U in Machang. I'm 33, teaching in Machang. I took part as a trainer in students' entrepreneurship program. My number 0179333870

    Zaihan bin Usman @ Othman

    salam saya ada pokok gaharu..anak pokok gaharu..1kaki rm 8-rm14 jenis pertama..spesis thailand

    berminat : 0125418874 en rosli

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    500gram - 1juta ..sapa2 nak duit? meh kasi aku tokek 500gram o175634954 shamir