300x250 AD TOP

Selasa, Januari 30, 2007

Kategori:

Bangsal Kambing Yang Sesuai Untuk Pengeluar Baja Organik

Cth: Gambar kandang kambing yang sesuai untuk memudahkan pengambilan najis kambing(lihat lantai)

Menyentuh mengenai pembinaan lantai kandang, terutama bagi pengusaha yang berminat ingin menjual baja organik hasil daripada najis kambing. Adalah digalakan agar bahagian bawah kadang biar bersimen, curam, berlongkang dan tinggi antara lantai simen dan lantai kandang lebih dari 6 kaki bagi memudahkan proses pembersihan dan pemungutan tinja untuk dijadikan baja organik. Ia dapat menjimatkan masa dan lebih efisyen.

Potensi baja organik cukup besar terutama sekali apabila kesedaran rakyat Malaysia semakin meningkat dalam aspek pemakanan organik dan pasaran luar negara.

Kebetulan kelmarin saya sempat berjumpa dengan bakal pengusaha buah dragon fruit @ pithaya di Kelantan dengan keluasan tanaman sebanyak 6 ekar. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa baja organik adalah sumber penting dan utama dalam pengeluaran dragon fruit yang bermutu tinggi dan permintaannya terhadap pasaran luar negara cukup tinggi terhadap buah organik.


Apa lagi.. terus saya offer diri untuk jadi pembekal baja organik kepada beliau, tapi rupanya beliau dah dapat pembekal baja organik lain. takpa, masih banyak lagi pengusha buah dragon fruit di Kelantan, saya akan cari dan pasarkan kepada mereka.

Membantu pengusaha sambil menjana pendapatan sampingan.

p/s: harini nak g pejabat tanah, nak survey tanah, harganya dan lokasi yang strategik untuk pembinaan kandang kambing.

Isnin, Januari 29, 2007

Kategori:

BELANJANWAN SEJAHTERA-PELUANG SISWAZAH KELANTAN


Dalam rangka membantu siswazah untuk berdikari, Kerajaan Negeri Kelantan telah menyediakan pelbagai peruntukan yang boleh dimanfaatkan oleh para siswazah untuk memulakan usaha dalam pelbagai sektor perniagaan, ICT, pertanian dan penternakan. Antara dana yang diperuntukan untuk Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan pada tahun 2007 mengikut analisis ringkas yang saya dapat dalam Buku Belanjawan Sejahtera Negeri Kelantan 2007 ialah:

1. Dana Khas Siswazah = RM 1 juta
2. Dana Siswazah Tani = RM 750,000.00
3. Dana Belia Niaga = RM 1 juta
4. Dana Teroka Multimedia = RM 1 juta
5. Galakan Teroka Multimedia = Rm 500,000.00
6. Projek Bioteknolagi = RM 500,000.00
7. Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan = RM 1.5 juta
8. Pembangunan Infrastruktur Usahawan = RM 500,000.00
9. Galakan Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia = RM 800,000.00
10 Bantuan Sumber Manusia = RM 500,000.00

11 Latihan Belia dan Wanita = RM 500,000.00
12 Input Pertanian = RM 750,000.00
13 Bantuan Nelayan Pantai dan Akuakultur = RM 300,000.00
14 Kemudahan Asas Pertanian, Perikanan dan Haiwan = RM 1.5 juta


JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN YANG DIPERUNTUKAN BAGI 2007 IALAH = RM 11,100,000.00

Kesimpulanya: Belajawan yang bergitu besar diperuntukan oleh Kerajaan Kelantan bagi membantu rakyat melaksanakan misi kerajaan negeri iaitu ingin menjadi negeri "Jelapang Makanan Negara" tidak lama lagi. Sehubungan mana-mana siswazah, pengusaha, petani, penternakan yang memerlukan suntikan or bantuan modal awal bolehlah memohon dari pihak kerajaan Negeri Kelantan. Semoga berjaya. Sila layari http://www.kelantan.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

* yang di'bold'kan adalah buget yang berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan.

Khamis, Januari 25, 2007

Kategori:

Prospek Penternakan Kambing Jamnapari





ASAL USUL JAMNAPARI

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu.

Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.
Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India.

Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia.

Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Dan.... ia akan ke Kelantan Negeri Serambi Mekah tidak lama lagi... tunggu!!



KELEBIHAN JAMNAPARI

Berbiak Kembang Dengan Pantas – 3 kali beranak dalam setahun dan purata 2 ekor anak setiap kali kelahiran.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal dan beriklim Khatulistiwa.

Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit berbanding kambing Boer.

Matang ketika berumur 6 bulan, 9 bulan sudah boleh mengawan. Berbanding Katjang sewaktu berumur 1.5 tahun.

Saiznya lebih besar dan berat. Berat dewasa 36 - 63kg/ekor (kambing kampung@Katjang purata berat hanya 25kg/ekor)

Pembiakan pantas - 1.8 ekor/tahun

Boleh dijual sewaktu umur 6 bulan (berat 50kg) samada untuk penyembelihan atau baka

Kadar kematian rendah = anak < style="font-weight: bold;">POTENSI PENTERNAKAN KAMBING DI MALAYSIA

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan olej Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara adalah sebanyak 225, 520 ekor. Manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negara terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.

Pihak kerajaan akan memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.

Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.

Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan kambing merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk dimajukan dan diusahakan.

Mengenai pemilihan baka: Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Toggenberg, Saanen, Katjang, British Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik. Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap penyakit. Cuma kelebihan memelihara kambing Jamnapari kerana ia mempunyai daya tahan dan kelebihan nya menyesuaikan diri di dalam suasana kandang dan persekitaran iklim di Malaysia.

Isnin, Januari 22, 2007

Kategori:

Lawatan ke Pusat Ternakan Kambing Boer RISDA

Tarikh: 5 Januari 2007
Lokasi: Kg Wek, Machang
Pengusaha: RISDA
Pengurus: En Kamarul Aizan b. Abdullah
Jumlah Ternakan: 700 ekor kambing boer
Keluasan Tanah: 80 hektar

Bergambar bersama pengurus pusat ternakan kambing RISDA

Kandang kambing boer yang boleh memuatkan 200 ekor kambing

tempat kuarantin kambing yang baru sampai



Kambing-kambing sedang santap

** Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan peringatan.

- Baka boer lebih agresif berbanding baka kambing lain.
- Sifatnya yang suka 'menanduk' kambing lain (terutama kambing bunting boleh menyebabkan keguguran)dan 'mematahkan' kaki kambing lain.
Kategori:

Lawatan ke Jeli

Tarikh: 5 Januari 2007
Lokasi: Kg Gemang, Jeli
Pengusaha: Abe Hassan
Jumlah Ternakkan: 400 ekor campur (jamnapari dan katjang)
Jenis Perniagaan: Trading





Kategori:

Lawatan ke Kg Pasir Hor, Kubang Kerian

Tarikh: 3 Januari 2007
Tempat: Kg pasir Hor
Jumlah Ternakan: 60 ekor kambing campuran.
Mula Projek: Tahun 2003
Nama Pengusaha: Wan Halim bin Wan Hassan
Umur: 34 tahun
Kerjaya: Ahli farmasi dan mempunyai farmasi sendiri
Lokasi Kandang: Belakang rumah





** Catitan


- Pengusaha adalah seorang ahli farmasi dan mempunyai farmasi sendiri di Pengkalan Chepa. Rutin harian beliau dalam projek ini ialah:- pagi bagi makan kambing dan petang selepas balik dari farmasi beliau pergi 'mencerut' rumput dan bagi makan kepada kambing beliau.
- Kandang kambingnya adalah dibelakang rumah beliau.
- Kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ternakan kambing secara sambilan boleh merujuk kepada beliau.