300x250 AD TOP

Ahad, Oktober 05, 2008

Kategori:

Ayam Turkey & Raya


Ayam Turki/Belanda/ Piru/atau nama sainsnya ialah Meleagris gallopavo.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Sekadar berkongsi cerita Raya~Penternakan dgn sahabat2 semua. Raya ni saya beraya di Muar, Johor.

Dalam perjalanan balik ke Muar dari KB, saya sempat singgah rehat di sebuah Masjid di Kuala Lipis untuk berhenti rehat seketika.

Kebetulan masa tu ada berpuluh-puluh ekor ayam turki tengah 'lepak-lepak' kat situ, suka hati tgk ayam2 tu main dan makan2 disekitar masjid. Suka juga tgk gelagat isteri dan adik bongsu saya main2 dgn ayam2 tu. Kami semua jenis yang suke dengan semua jenis binatang, terutamanya yang comel2.

Selepas rehat, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dirancang.

Perjalanan balik ke KB, terlintas nak hadiahkan ayam turki tu sebagai 'tanda mata' Aidilfitri kepada isteri dan adik tersayang. Maka kami singgah sekali lagi ditempat tu dan terus bertanya dan beli sepasang dari pemilik ayam tu. Dengan harga RM40/sepasang.

Beli dengan niat ingin belajar tentang penjagaan ayam ini, terutamanya dari aspek pengurusan ternakan dan kesihatan.

Mungkin suatu masa nanti, kami boleh menjadi penasihat kepada pengusaha2 baru yang berminat untuk menceburi bidang ini secara percuma. Pada masa yang sama dapat melatih usahawan baru dalam industri ternakan di negeri Kelantan khususnya bagi mencapai Kelantan Negeri Jelapang Makanan Negara Menjelang 2015 nanti.

Sebagai perkongsian maklumat kepada semua:

Ayam Turkey/ Piru

Industri ternakan ayam turkey/piru secara komersil di Malaysia bermula semenjak disember 1988. Pada tahun pertama perternakan ayam turkey/piru Pusat Penternakan Unggas, telah membeli 390 biji telur ayam turkey/piru. Sebanyak 320 ekor anak ayam turkey/piru telah ditetaskan. Pada bulan november 1989 , pusat ini telah mengimport baka ayam turkey/piru(British United Turkey) dari England dan mulai bertelur pada julai 1990. Ayam turkey/piru tempatan (Local Bronze) adalah baka yang paling dikenali dan banyak terdapat di Malaysia. Baka import seperti British United Turkey dari England, Betiboul dan Betina diimport dari France adalah di antara baka baru yang telah di import oleh pihak MARDI dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tujuan penyelidikkan , pembangunan dan promosi.

Ayam turkey/piru komersial telah menunjukkan performa yang baik malahan dapat menambat citarasa pelbagai kaum di Malaysia. Teknologi pemeliharaan dan pengurusan ayam turkey/piru komersial dari jenis baka Betiboul dan British United Turkey. Ayam turkey/piru juga berpontensi di ternak untuk di eksport ke Singapura dan Negara Timur Tengah. Permintaan yang tinggi terhadap ayam turkey/piru di Pulau Pinang semakin meningkat seperti di pasaraya besar, di restoran-restioran nasi kandar dan dimusim perayaan terutamanya perayaan Hari Natal/Krismas & Depavali permintaan terhadap daging dan harga ayam ini melambung tinggi.

Ayam ini boleh menjangkau berat sehingga 30kg+/seekor (sama berat dengan kambing Katjang dan ia dibela sendiri oleh bapa mertua saya). Dengan harganya boleh mencecah;

1. Harga ayam muda : RM20+/kg (tidak disembelih)

2. Anak ayam : RM15-20/ekor

3. Ayam proses : RM 30-55/kg
.


Jika purata 10kg per ekor x RM30/kg = RM300/seekor!

Jika saya bela 30 ekor, dah dapat RM3,000 sekali jual!

Situasi di Kelantan

Dengan kapasiti Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta penduduk yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah berbangsa Melayu dan 6% adalah selebihnya (84,000 orang lebih) . Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut.

Pesaing dan Potensi.

Dengan pesaing yang mengusahakan secara komersil tidak wujud di Kelantan, ia merupakan prospektus baru yang wajar diceburi. Majoriti besar pengusaha komersil berasal dari negeri2 Pantai Barat.

Dengan jumlah penduduk yang bukan Islam yang jumlahnya hampir mencecah 100,000 orang yang majoritinya beragama Budha & Hindu maka saiz pasaran terhadap industri ini cukup besar dan berpotensi untuk dibangunkan. Terutamanya untuk tembusi pasaran di negeri2 Pantai Timur.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info ayam belanda tu kena bagi kredit kat sumbernya.