Rabu, Februari 04, 2009

Duit FREE Untuk Semua Penternak

Berita baik untuk semua penternak.

SEMUA @ setiap seekor binatang ternakan yang anda bela akan mendapat bantuan berbentuk kewangan daripada kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri masing-masing.

Justeru itu, diharapkan semua penternak dapat memohon insentif tersebut seberapa segera. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan kita semua dapat memperbesarkan projek masing-masing.

Satu salinan Buku Panduan Memohon Insentif daripada JPV ada saya uploadkan di ruangan DOWNLOAD Kertas Kerja, shbt2 bolehlah menDOWNLOADnya untuk panduan masing-masing.

Semoga berjaya.

Berikut adalah sedikit maklumat yang berkaitan.

PENDAHULUAN

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif Pengeluaran ternakan

berdasaarkan pengeluaran yang dihasilkan bermula 1 Jun 2008.

PENTERNAK YANG LAYAK

Semua Penternak Lembu pedaging integrasi, tradisional dan fidlot;

Lembu/Kerbau/Kambing Tenusu; Kambing/Biri-biri; Ayam/Itik/Puyuh

pedaging dan penelur; dan Babi yang memenuhi syarat kelayakan

yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan umum adalah seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia.

ii. Syarikat yang sekurang-kurangnya 51% ekuitinya dimiliki oleh

warganegara Malaysia.

iii. Mempunyai hak pemilikan tapak projek yang sah.

iv. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

v. Mempunyai Buku Rekod Ladang ternakan yang mempunyai rekod

stok ternakan, pengeluaran dan jualan ternakan untuk

sembelihan

vi. Hasil ternakan adalah untuk daging, susu atau telur.

vii. Mempunyai Akaun Simpanan Agrobank Malaysia.


Artikel Terkait

1 ulasan so far

Tanpa Nama delete 11/06/2014

salam en.syam sy nk tanya benih rumput brachiara ruziziensis masih dijual ke tidak ..sy bru blajar ternak bebiri jd brape rm 1kg benih rumput tu.boleh email kt sy Khriel_ismar@yahoo.com
tq