300x250 AD TOP

Selasa, Februari 03, 2009

Kategori:

PELUANG NIAGA TANAMAN PISANG DI MALAYSIA -

Analisis Pasaran (Pisang) Semasa Oleh SYAM GHAZ

Berdasarkan Pembangunan Industri Makanan Bagi mencapai Sasaran Pelan Imbangan Dagangan (BOT) Jabatan Pertanian Malaysia, Buah pisang merupakan tanaman utama bagi negara Malaysia, Rujuk Jadual 1.

Senarai Tanaman Utama Mengikut Pelan BOT Buah-buahan

1. Belimbing
2. Betik
3. Jambu Batu
4. Limau
5. Mangga
6. Nangka
7. Tembikai
8. Pisang
9. Nanas
10. Rambutan
11. Durian
12. Kelapa

Sumber: Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia


Berdasarkan Jadual 2, dapat juga disimpulkan bahawa pengeluaran buah-buahan sedia ada di Malaysia masih bergantung kepada import dari luar negara. Sekiranya negara ingin memenuhi pasaran tempatan para pengeluar tanaman buah-buahan perlu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman daripada 1.3 juta tan pada 2000 kepada 5.1 juta tan menjelang 2010, iaitu tahun depan.

Perbezaan sebanyak 3.8 juta tan hasil buah-buahan merupakan peluang besar kepada pengusaha-pengusaha buah-buahan untuk direbut, kesannya secara selari akan meningkatkan permintaan terhadap pengeluaran anak pokok buah-buahan, termasuklah busah pisang.

Menurut maklumat yang diperolehi dari Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), potensi pasaran pisang Carvendish bagi tahun 2005 mencecah 19,023 MT berbanding 18,210 MT tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sekitar 4.5 peratus. Ia merangkumi 63 peratus pasaran domestik dan eksport yang masing-masing berjumlah 11,908 MT. Potensi pasaran pisang Carvendish bagi tahun 2006 diramal 19,916 MT, naik 4.7 peratus berbanding tahun 2005.

PASARAN DUNIA

Berdasarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dianggarkan statistik pengeluaran pisang untuk eksport pada tahun 2004 ialah sebanyak 14.7 juta tan (dengan nilai USD10 billion) dan meningkat lagi pada tahun 2006 iaitu mencecah 16.8 juta tan, dengar nilaian USD5.8 billion. Ia dijangkakan terus meningkat dari tahun ke tahun pada masa akan datang kerana permintaan terhadap makanan tidak akan putus ditambah lagi dengan populasi manusia semakin meningkat saban tahun.

Peluang dalam sektor pertanian cukup luas dan memberangsangkan, ia berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang semakin tenat yang berkadar sonsang dengan permintaan dan penawaran produk berasaskan pertanian.

Iaitu rakyat lebih peka untuk membuat 'Belanjawan Berhemat' bagi membeli sesuatu barangan keperluan. Barangan keperluan asas adalah merupakan awlawiyat (keutamaan) yang patut didahulukan. Sedikit fakta yang ingin dikongsikan bersama; Sony akan menutup 4 daripada 7 kilang bagi mengecilkan operasi & pengeluaran barangan elektronik , kilang Intel ditutup, 150,000 pekerja kilang (elektrik & elektronik) bakal diberhentikan pada tahun ini, pasaran kereta Honda jatuh merundum dan ia terburuk dalam sejarah sejak 31thn dll.

Keperluan asas seperti makanan@pertanian dijangka akan mengalami peningkatan mendadak disebabkan berlakunya krisis ekonomi, ia mungkin sebagai langkah jaminan terhadap bekalan makanan (food security) supaya tidak berlaku seperti krisis Beras sepertimana tahun lalu.

Sekian, hanya pandangan berdasarkan analisis maklumat dan keadaan ekonomi semasa.

p/s; Komen tentang langkah kerajaan ingin menaikan harga GULA - adalah tindakan bodoh untuk menaikan harga GULA sebanyak RM0.20! Ia akan meningkatkan lagi kadar IFLASI dalam negara?

Sejarah bodoh pentadbiran kita telah dibuktikan pada tahun 2008 dengan sengaja menaikan harga minyak, hingga menyebabkan berlakunya peningkatan semua harga barang dan kadar inflasi dalam negara. - kesan inflasi - Semua harga barang akan meningkat mendadak!

2 ulasan:

Abu Abdullah Anas Al Banji berkata...

Terima kasih di atas artikel bermanfaat saudara.

Khairil Organo berkata...

Berapakah income anda jika anda dapat RM0.20 dari segelas Nescafe yang orang lain minum? Lumayan bukan? Klik dibawah untuk maklumat selanjutnya.

http://organoworld.blogspot.com/2012/11/peluang-perniagaan-terhebat-tahun-2012.html