Rabu, Mac 04, 2009

Kelantan Koridor Gaharu/ Agarwood 2

Pengenalan Pokok GAHARU/ DEPU/ KARAS/ AGARWOOD

Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.

Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa. Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.


Senario di dalam Industri Gaharu


* Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.

* Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.

* Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).


* Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. (sumber: TRAFFIC International 2002)

* Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu

* Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di

1. Tanah terbiar

2. Kawasan rezab hutan simpan


3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.


4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.


* Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport.


* Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan pencerobohan kawasan hutan


KELANTAN KORIDOR GAHARU?

BENAR, bagi menyahut langkah yang Kerajaan Persekutuan, Negeri Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain dalam sektor penanaman gaharu secara komersil di Malaysia. Projek ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PMBK Sawit Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).


Bagi peringkat permulaan PMBK Sawit telah
memperuntukan tanah seluas 425 ekar bagi penanaman gaharu di Kelantan. Proses penanaman gaharu telah dimulakan sejak Jun 2008, dimana sebanyak 60,000 anak pokok gaharu dari spesis Crasna, Sub-Intergra & Malaccensis telah ditanam. Bagi setiap keluasan 1 ekar, sebanyak 400 pokok boleh ditanam dengan jarak 3 menter kali 4 meter diantara setiap pokok. Anggaran minimum pendapatan yang boleh diperolehi dari penghasilan teras atau Heartwood yang terbentuk menerusi proses rawatan dalam tempoh 8 ke 10 tahun ialah berjumlah RM5,000 bagi setiap pokok. Anggaran ini berdasarkan kepada penghasilan gred terendah dengan harga pasaran semasa lebih kurang RM1,000 per kilogram dan tidak termasuk pulangan menerusi proses penghasilan minyak gaharu dari kulit pokok tersebut.

Oleh yang demikian, secara
minimum dianggarkan setiap ekar yang ditanam boleh menghasilkan pulangan sebanyak RM2 juta. Jika 425 ekar? ia bersamaan RM850 juta! Projek ini akab menjadi sebagai 'vehicle' yang paling berpotensi untuk memacu sumber ekonomi negeri secara mapan tidak lama lagi.
Nilai pasaran antarabangsa bagi produk-produk yang dihasilkan dari resin dan teras gaharu nilainya di pasaran antarabangsa boleh mencecah USD30,000 (lebih dari RM100,000) sekilogram.

Semua fakta-fakta berikut saya perolehi dari sumber internet dan
MAJALAH QIADAH - keluaran PMBK. Sekiranya ada sesiapa yang berminat ingin menanam gaharu sebagai pelaburan jangka masa sederhana, anda digalakkan untu menghubungi saya bagi mendapatkan benih gaharu yang bermutu dan berkualiti tinggi. Iaitu dari spesis Crasna, Sub-Intergra & Malaccensis dengan harga yang sangat berpatutan. Slik KLIK untuk belian.

Berikut (gambar-gambar dalam artikel ini - boleh 'klik' pada gambar jika ingin baca dengan lebih jelas) adalah sebahagian dari Artikel di Majalah QIADAH yang ingin saya kongsikan bersama-sama sahabat semua. Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan Majalah QIADAH yang bertemakan 'ABSOLUTE KELANTAN' boleh menempah buku terbabit dengan saya, cas RM10 saya kenakan bagi tujuan penghantaran melalui POS LAJU. Terima kasih.

Artikel Terkait