Khamis, Mac 12, 2009

Napier IKN091 Boleh Ganti DEDAK - % Protein & Hasil Tinggi

Tags

KADAR PERTUMBUHAN NAPIER INDIA/ HARI.

UMUR POKOK

GAMBAR

CATITAN

1 hari

100 ruas benih napier india IKN 091 perlu disimpan dalam guni lembab bagi memastikan keluar mata tunas baru

Anak benih yang sudah dipotong & disemai baru mengeluarkan mata tunas

Hari 3

Semaian benih perlu dilakukan bagi memastikan peratus hidup setiap pokok adalah tinggi apabila ditanam di dalam tanah. Hari ke 3 mata tunas mula keluar.

4 hari

Mata tunas yang berumur 4 hari.

6 hari

Mata tunas yang sedia untuk ditanam. Saiz pangkal batang lebih kurang batang pensil.

1 minggu

Napier india IKN 091 yang sudah ditanam didalam tanah. Siraman cukup perlu diberikan. Pembajaan hanya dengan 150g baja khas.

2 minggu

Napier india IKN 091 cepat membesar dengan mengunakan baja khas dan air yang cukup.

3 minggu

Napier IKN 091 mula mengeluarkan 4 mata tunas pada minggu ke 3.

4 mata tunas. Klik pada gambar untuk besar & kira sendiri.

2 bulan +

Ketinggian sudah melebihi 5 kaki. 1 batang napier India mampu mencapai berat 1kg. Pembajaan 150g lagi perlu sebelum harvest.

Setiap ruas/ benih akan mengeluarkan minimum 13 hingga 20 mata tunas baru. Berbanding napier taiwan antara 4-7 mata tunas sahaja. Bandingkan saiz pangkal batang dengan saiz business card.

Saiz batang yang besar, dibandingkan dengan saiz business card.

Daun hijau pekat dan melebar menandakan ia tinggi kandungan protein dan subur. Sedia untuk dijadikan makanan ternakan. Protein 16-20% berbanding napier taiwan hanya

CATITAN: Pada umur 45 hari pokok rumput Napier IKN 091 sudah boleh dipotong untuk dijadikan makanan ternakan. Peratus protein adalah pada tahap optimum pada hari yang ke 45. Bagi penghasilan benih, pokok perlu ditanam selama 4 bulan.

PERBANDINGAN PERATUS PROTEIN DALAM RUMPUT MENGIKUT JENIS RUMPUT

JENIS RUMPUT

PERATUS PRTEIN

HASIL/HA/THN

ANALISIS DARIPADA

Napier India

Batang - 19%

Daun - 20%

100 tan

Keputusan daripada analisis pihak MARDI & Penyelidikan Prof Zaki

Rumput Kerbau

13.6%

6 – 12 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Setaria

12.4 %

16.6 – 18.6 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Kuda

11.9 %

20 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Humidicola

10.2 %

11 – 18 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Napier Taiwan/ Gajah

10.0 %

20 – 30 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput MARDI Digit

9.0 %

16 – 23 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV & MARDI

Rumput Signal –beracun kepada kambing

8.5 %

14 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Para

8.1 %

15 – 20 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Parit

7.5.%

6 – 10 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV
























Berikut adalah FACT & FIGURE data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar & MARDI tentang peratus protein dan hasil per ha per tahun bagi Napier IKN91 dan 9 jenis rumput lain. Salinan analisis MARDI akan diberikan kepada sesiapa yang berkenaan sahaja. Jika berminat ingin membeli Napier IKN091 boleh KLIK


MANUAL PENANAMAN RUMPUT NAPIER IKN 091

BIL

TINDAKAN

GAMBAR

CATITAN

1

Gali lubang pada tanah sedalam 5cm

Baca BismilLah & seelok-eloknya benih ditanam pada waktu awal pagi atau petang.

Bagi keadaan biasa, tanah perlu dibajak. Batas wajib dibuat bagi tanah yang tengelam bila waktu hujan.

2

Letak 150g baja bio-organik

Baja bio-organik/ baja khas adalah wajib diletakkan di dalam lubang sewaktu tanam kedalam tanah.

3

Letak benih yang sudah bercambah

Benih diletakkan dalam keadaan mendatar. Sekiranya benih dipacak ia akan meninggikan % kematian anak benih.

4

Timbuskan dengan tanah

Timbus dengan kedalaman - tidak tengelam sepenuhnya mata tunas

5

Siraman air yang secukupnya. Terutamanya waktu musim panas.

Siap dan siraman air perlu dilakukan sewaktu cuaca panas.

6

Rumput subur dengan baja yang cukup

Rumput Napier IKN 091 yang berumur 3 minggu yang subur dengan baja khas. Sudah mampu mengeluarkan 4 mata tunas.

7

Rumput tidak subur tanpa pembajaan.

Rumput Napier IKN 091 tanpa baja (kawalan). Daun halus, pucat dan tiada mata tunas baru yang keluar pada umur 3 minggu.


CATITAN: Semoga manual penanaman ringkas ini dapat membantu sahabat-sahabat semua. Hubungi saya sekiranya ada masalah. TQ

Artikel Terkait

4 ulasan

Tanpa Nama delete 3/16/2009

Info yang menarik mengenai Napier India nie. Kalau boleh disertakan sekali result makmal, pasti lebih menarik.

Kalau mengikut pesanan tempatan kerajaan, berapa harga napier nie? Apakah yang dimaksudkan dengan baja khas?

Salam,

Trm ksh Bro Dobot, saya sudah sertakan analisis makmal yg dilakukan oleh MARDI dan perbandingan % protein & hasil per ha/ year. Keputusannya betul2 mengejutkan saya dan prof zaki.

InsyaAllah harga boleh dirunding. prosedur pembelian dari kerajaan saya ariflah sikit2, sbb 2 tahun pernah kerja di SUK (nak cari networking). Berhenti kerja dan niaga sendiri dah sekarang.

Ada apa2 bgtaulah, lagi elok jika Institut Penyelidikan Haiwan Kluang promosikan besar-besaran, sekurang2 ramai penternak yang dapat manfaat (mengurangkan kos operasi dan kurangkan kebergantungan kepada dedak haiwan yg semakin meningkat akibat inflasi teruk skrg).

Trm kasih

Syam Ghaz

lupa pula dgn 'baja khas'. Ia baja yg diformulasi khusus untuk RUMPUT NAPIER INDIN IKN091.

formulasi Prof Zaki dgn bantuan sy yg sedikit ekspert dalam Soil Engineering & pembuatan baja kompos khasnya daripada agrowaste.

regard,

Syam Ghaz.

p/s; boleh lihat hasil perbandingan guna baja dan tidak guna baja di ruangan diatas. TQ

assalamualaikum...terima kasih atas maklumat yang diberikan.Ini sangat membantu kami dalm menyiapakan tugasan universiti kami..sekian..