300x250 AD TOP

Ahad, Mei 17, 2009

Kategori:

Prospek Penanaman Tebu Di Malaysia

Tebu merupakan tanaman yang jarang dibincangkan dikalangan petani Bumiputra, sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Saya mula tertarik dengan projek penanaman tebu disebabkan proses penanaman tanaman ini (tebu) lebih kurang sama dengan benih napier india IKN091. Berikut adalah berberapa pengiraan ringkas daya maju projek penanaman tebu seluas 10 ekar.

Fakta Kos, Masa & Hasil

1 pusingan : 8 bulan
Harga anak benih : RM1-1.50/benih
1 ekar (penuh) : 42,000 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 42 tan

1 ekar (selingan dengan getah/sawit) : 500 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 7 tan

Berat 1 batang: 2-3kg

Jualan & Pasaran:

- Batang : 1 Batang RM 1-2
- Kg : 1kg RM0.50

- Pasaran : Kemuncak sewaktu Bulan Ramadhan - jadi kena rancang jadual betul2, jika nak dapatkan hasil tahun depan, bulan Jan dah kena start tanam.

Hasil kasar bagi 10 ekar tanam tebu:

Selingan dengan getah/ sawit;

7 tan x RM0.50 = RM3,500/ ekar x 10 ekar = RM35,000/10 ekar - sementara pokok getah dapat mengeluarkan hasil (getah boleh mula toreh bila mencecah umur 7 tahun), lebih baik petani/penoreh kita membuat tanaman intergrasi getah dengan tebu, ia mampu menjana RM245,000/ 7 tahun. - daripada 'tanam' rumput dan lalang, baik sesiapa2 yg ada tanah getah yg buat projek tanam semula tanam tebu dan mana2 tanaman yg boleh mengeluarkan hasil yg lumayan kepada kita semua.

Tanam Penuh

42 tan x RM0.50 = RM21,000/ ekar = RM210,000/10 ekar

Diharapkan maklumat diatas dapat membantu sahabat2 membuat perancangan bijak dalam mengusahakan tanah masing-masing, saya doakan semoga semua berjaya dan doakan kejayaan saya juga. Amin

Untuk maklumat lanjut sila Klik: Keistimewaan tanaman tebu

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bole saya tau nutrien yang terdapat dalam tebu dan serai? emel: faizchip@gmail.com

MHISZFAME berkata...

SAYA KURANG PASTI APA YANG AWAK TULISKAN!!!!ANTARANYA

1 BAGAIMANA AWAK BOLEH DAPAT SEBNYAK ITU?

2 DARI PEMBACAAN SAYA 1 EKAR BOLEH TANAM LEBIH 5000 ANAK BENIH TEBU DAN AWAK BOLEH TANAM LEBIH DARIPADA ITU?BAGAIMANA?

3 ADAKAH AWAK MENDAPAT PENDAPATAN SEBANYAK ITU?

4 SEKIRANYA SAYA INGIN BELAJAR,ADAKAH AWAK SANGGUP BANTU SAYA?

HARAP DIBALAS SECEPAT MUNGKIN!!!!!!!

Ixora Azura berkata...

Salam..

mcm ni, sy mmg sgt berminat utk tanam tebu secara meluas sbb sy tau potensi yg ada dengannya. jd sy mmg perlukan bantuan dan nasihat drpd pakar. klu bleh sy nk tebu2 sy tu bkn hny utk di jual buat air malah klu bleh sy nk smp sy bleh jdkn tebu tu gula..mcm mn??

Tanpa Nama berkata...

Tebu jenis apa yg sesuai ditanam untuk jualan air tebu yg manis???

Aznan Shahirah berkata...

salam..sesiapa mencari bnih atau tebu kwasan utara boleh contact saya. saya dri kawasan sik, kedah... aznan:0145039229