Rabu, Jun 24, 2009

KELANTAN Wujudkan DUN Organik Pertama

Tags


Salor, 3 Mei 2009. Kawasan Dewan Undangan Negeri Salor bakal menjadi DUN organik ulung di dunia. Begitulah hasrat yang terbuku di hati Ahli Dewan Undangan Negerinya, YB. Dato’ Haji Husam Musa yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato’ Haji Husam yang menyandang portfolia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri Kelantan melihat aktiviti pertanian secara organik mempunyai masa depan yang amat cerah kepada penduduk Salor selain daripada menjadikan Salor kawasan hijau yang dengan pencemaran yang minimum.

Berlandaskan matlamat Kebajikan dan Ekonomi, projek pertanian organik bagi DUN Salor ini diletakkan di bawah pertubuhan kebajikan SalorCare. SalorCare adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Dato’ Haji Husam sebagai platform untuk aktiviti kebajikan penduduk DUN tersebut.

Salorcare telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Sunnah Tani Sdn Bhd (STSB) bagi mengendalikan aktiviti pertanian organik tersebut. Menurut Sdr. Mohd Nuri Mat Yaakob, Pengarah Eksekutif STSB sebanyak 20 ekar telah diperuntukan di Tunjung bagi dijadikan zon penanaman padi SRI secara organik.

Tapak yang dikendalikan oleh STSB ini, selain bertujuan komersial, ia juga bermatlamat menjadi kawah ilmu bagi penduduk Salor belajar dan memahami kaedah pertanian secara organik.

“Penanaman padi SRI secara organik adalah satu daripada kitaran dalam pelan induk Salor DUN Organik yang dirancang Haji Husam”, kata Mohd. Nuri.

Kitaran tersebut melibatkan pemeliharaan kambing, lembu dan arnab secara organik dimana najis haiwan itu akan digunakan untuk menghasilkan baja organik secara teknik kompos dengan dicampur dari bahan sisa buangan domestik.

Bagi mengetahui lembih lanjut atau menyumbangkan kepakaran kepada projek ini, anda boleh hubungi pengarah eksekutif STSB (Sdr. Mohd Nuri atau Sdr. Kamarulzaman) atau penyelia projek STSB,En Farif Othman di talian 09 701 1604.

Syam Ghaz: Berasaskan maklumat ini, Negeri Kelantan akan mengajar secara percuma mereka-mereka yang berminat untuk belajar bagaimanakah cara untuk membuat EM-1, baja bio-organik, anti-pestisid organik, pertanian organik dll. Ia adalah langkah bagi memastikan Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 nanti.


Artikel Terkait