Rabu, Ogos 12, 2009

Projek Ayam Herba Berpotensi Untung Dikembangkan

Pada 3 dan 4 Ogos 2009 saya dan berberapa org sahabat sempat berkunjung ke Negeri Perlis & Kedah bagi meninjau potensi penternakan ayam organik untuk dikembangluaskan di Kelantan. Alhamdulillah hasil daripada lawatan kerja selama 2 hari ini memberikan gambaran jelas kepada kami untuk menilai potensi Projek Ayam Herba/Organik di Malaysia.

Semasa di sana terdapat berberapa ilmu baru yang saya perolehi iaitu ayam kampung boleh dipecahkan kepada 3 jenis baka utama iaitu;-

i. Ayam kampung asli - ayam kampung original
ii. Ayam kampung kacukan - kacukan ayam kampung dan baka terpilih
iii. Ayam pedaging berbulu perang - cth: Ayam Israel

dalam ketiga-tiga jenis baka ini, ayam kampung kacukan adalah baka yang paling popular di pasaran.

Sistem Pemeliharaan pula dipecahkan kepada 3 sistem utama iaitu;-

i. Intensif - ayam dipelihara dalam reban sepenuh masa - kos tinggi
ii. Separa Intensif - ayam dipelihara dalam reban dan terdapat ruang legar untuk beraktiviti
iii. Intergrasi/ Lepas Bebas - dibela dalam ladang kelapa sawit, getah dan paling popular
Jangkamasa Projek

2 bulan setenggah - 3 bulan/ pusingan

Modal

i. Reban - RM2,000/2000ekor ayam - sistem separa intensif
ii. Anak Ayam - RM2/ekor
iii. Makanan ternakan - RM5/ekor
Pemakanan

Ayam kampung yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

Pasaran

Pasaran HALAL di seluruh Malaysia, terutamanya kawasan majoriti Muslim dan penempatan padat. RAngkaian pemasaran juga sangat di perlukan. Melalui lawatan saya di Perlis dan Kedah, kebanyakkan ayam-ayam organik/herba adalah dijual kepada pemborong dan peniaga di Pasar Borong di daerah-daedah utama.

Saya juga sempat menghubungi Dr Zainol, pengasas sistem ternakan ayam organik secara komersil, beliau juga boleh dilawati di laman blog beliau iaitu di www.ayamkampungorganikblogspot.com. Melalui perbincangan ringkas dengan beliau berberapa perkara yang ditekankan iaitu tentang Fardu Kifayah, Makanan Alternatif kepada orang Islam - Jihad Ekonomi, Pasaran di Kelantan cukup besar disebabkan kesedaran penduduk terhadap produk Islam dan keluaran Muslim adalah sangat tinggi, Makanan ternakan elok dibuat dan diproses sendiri bagi memastikan makanan yang dibekalkan adalah Halal dan Suci dll.

Perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar dan dijamin HALAL. Sambutan pengguna terhadap ayam kampung organik/herba adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist (ada disebutkan dalam artikel Veterinar & Islam) serta lemak, enzim babi, tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon dan salbutamol. - dalam bab ni, isteri saya lebih expert, sbb dah bidang pengajian beliau ;)

Hasil

Kos minimum bagi setiap ekor anak ayam ialah RM8, dan harga pasaran bagi setiap ekor adalah RM14-RM18/ekor ayam - bergantung kepada berat dan saiz. Bagi untung setiap sekor yang dijual, sahabat-sahabat boleh kirakan sendiri ya.

Kesimpulan

Maklumat penuh tentang perbezaan ketara antara ayam daging dan ayam organik juga ada disebutkan dalam blog Dr Zainol. Moga ia memberikan kesedaran kepada shbt2 semua.

Tentang projek pembuatan makanan ternakan, saya dan pakar-pakar pemakanan dalam bidang penternakan sedang berusaha untuk menghasilkan makanan ternakan yang HALAL (Shbt2 boleh lihat senarai pengeluar makanan ternakan di Malaysia, ia banyak di monopoli oleh sahabat-sahabat kita non Muslim, sila Klik) dan moga ia mampu untuk menjadi alternatif kepada pengusaha-pengusaha ayam di Malaysia.

Alhamdulillah hasil daripada lawatan itu, saya akan membuat satu kertas kerja lengkap tentang Projek Penternakan Ayam Herba/Organik di Kelantan. Kertas tersebut akan diangkat kepada Kerajaan Negeri bagi menjadikan ia projek ekonomi desa. InsyaAllah sekiranya pelan ini (meliputi projek pembuatan makanan ternakan Halal, ladang kontrak dengan penduduk kampung, rangkaian pemasaran dan peruncitan) mampu berjalan dengan baik, Kelantan akan muncul sebagai negeri pengeluar ternakan Ayam Organik terbesar di Malaysia. Dan ia selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai matlamat Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 nanti.

Doakan kejayaan kami.

Syam Ghaz
Penentasan anak ayam

Reban ayam separa intensif

Bapak ayam berumur 5 bulan, seberat 4.8kg
Gaya bakal tauke ayam pegang bapak ayam

Artikel Terkait