300x250 AD TOP

Selasa, Ogos 24, 2010

Kategori: , , ,

Projek Kurma Syam Ghaz - KELANTAN


Tertarik dengan kelebihan pokok dan buah Kurma, saya dgn rakan-Hj Zin mula menanam pada 24 Julai 2010 di Kelantan, lebih 50 pokok ditanam buat permulaan dan kini sy dengan kerjasama sebuah Sek Ren Tahfiz di Pasir Puteh telah menanam lebih 3 ekar pokok kurma buat masa skrg, InsyaAllah skrg kami dalam untuk mempromosi dan mengembangkan lagi projek ini ke seluruh Negara. Kepada rakan-rakan yg berminat untuk melawat juga boleh :)

Tanaman kurma, atau yang dikenal juga dengan nama latin Phoenix dactylifera, adalah tanaman yang tumbuh di daerah beriklim panas. Tanaman ini berasal dari sekitar Teluk Persia dan telah digunakan sebagai makanan pokok oleh masyarakat di daerah Timur Tengah sejak dahulu kala.

Buah kurma dapat dimakan langsung atau dibuang bijinya untuk diganti dengan kacang almond, walnut, atau keju krim. Buah kurma juga dapat diolah menjadi pasta, selai, dan juga sirup.

Buah kurma mengandung berbagai komponen zat gizi, setiap 100 gram buahnya terkandung 75 gram karbohidrat (terbagi atas 63 gram gula dan 8 gram serat makanan), 0,4 gram lemak, 2,5 gram protein, 21 gram air, 0,4 mg vitamin C, serta 0,262 mg mangan.

Secara keseluruhan, buah kurma yang diolah menjadi infusi, dekoksi, pasta, atau sirup digunakan secara tradisional untuk mengubati demam, serta radang selaput lendir di hidung dll. Sedangkan akar kurma dikatakan mampu mengubati sakit gigi.


KENAPA Sy Rintis dulu? (Sekadar berkongsi penulisan sy dalam paperwork utk tanam Kurma):

“Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur?”

(Yasin : 34-35)

Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian sentiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka.

Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan petani.

Banyak ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada pandangan Islam. Antaranya Allah berfirman dalam surah Al An'aam ayat 99 yang bermaksud :

“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Dari aspek akidah kegiatan pertanian dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Apabila seseorang itu melakukan usaha pertanian, ia akan membuatkan seseorang itu lebih memahami hakikat sebenar konsep tawakal dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Yang memberikan hasil tetap datangnya dari Allah Swt.

Hukum Kegiatan Pertanian

Dalam Islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua.

Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek “Mega-Mega” kerana manfaat pertanian lebih meluas dan menjangkau kehidupan rayat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27 – 32 yang bermaksud :

“Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu (32).”

Tentulah menjadi masalah yang besar sekiranya sesebuah negara itu banyak bergantung kepada sumber luar untuk mendapatkan bahan makanan. Ini kerana dibimbangi sekiranya berlaku peperangan, berlaku bencana alam di negara pengeluar atau sebarang sabotaj menyebabkan bekalan makanan sukar didapati. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini disesetengah negara dimana sekatan-sekatan ekonomi, peparangan dan kemusnahan disebabkan oleh bencana alam menyebabkan kekurangan makan dan kebuluran.

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:

"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya."

(Hadis riwayat Imam Ahmad).

Demikianlah pentingnya kegiatan pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan kerana ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan.

Allah SWT Menjanjikan Insentif Istimewa Kepada Pengusaha Sektor Pertanian

Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada Allah Swt telah menjanjikan insentif yang lumayan bagi petani dan pengusaha sektor ini, sama ada ia dilihat dari sudut kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

Rasulullah bersabda bermaksud:

"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya:

"Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sabda Nabi lagi:

"Carilah rezeki dari khazanah bumi."

(Hadis riwayat at-Tabrani)

Rasullallah sendiri adalah contoh unggul. Baginda SAW sejak kecil sudah terlibat dengan aktiviti ternakan. Baginda sendiri adalah seorang penggembala kambing. Baginda pernah menyebutkan saat-saat yang dialaminya pada waktu menggembala itu:

"Nabi-nabi yang diutus Allah itu gembala kambing."

Dan sabda Baginda lagi:

"Musa diutus, dia gembala kambing, Daud diutus, dia gembala kambing, aku diutus, juga gembala kambing keluargaku di Ajyad."

Kewajipan Mengusahakan Tanah Yang dimiliki

Pada masa baginda Rasulullah SAW baru tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan agar usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya:

"Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas dilihat daripada peruntukan dalam syariah berdasarkan hadis Nabi iaitu sesiapa saja yang mengusahakan tanah kerajaan dengan jayanya sewajarnya mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan pendapat kebanyakan ulama.

Berdasarkan pendapat mazhab Malik, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara saja, jika selepas mendapat hak milik tanah itu, dibiarkan semula terbiar, orang lain yang mengusahakannya akan memperoleh hak milik dengan menjayakannya.

Hukum di atas adalah berdasarkan kepada hadis Nabi bermaksud:

"Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya."

(Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)

Atas kesedaran dan keinsafan inilah sy cuba untuk perlu menghadirkan diri di kengah-tengah masyarakat dengan pandangan-pandangan baru terutamanya dalam sektor Pertanian, Penternakan dan Perikanan. - Bertani Satu Ibadah.


DAYA MAJU PROJEK

Projek Kurma MADU mampu menjana pendapatan lumayan berbading pokok2 lain di Malaysia, memandangkan ia adalah makanan/buah WAJIB terutamanya bagi umat Islam menjelang Ramadhan.


Projek ini diteruskan setelah kajian dilakukan terutamannya terhadap pemilihan baka yang sesuai dilakukan bagi memastikan pokok yang ditanam mampu hidup dan berbuah dengan iklim dan cuaca di Malaysia.

Berikut adalah pengiraan Daya Maju projek tanaman Kurma Madu;

i. 1 pokok mampu menghasilkan buah minimum 400-500kg/ tahun (2 kali tuai setahun)

iii. harga Borong pasaran semasa buah kurma segar - RM20/kg (harga pasaran runcit kurma segar adalah RM50/kg)

Keuntungan:

1 pokok x 400kg x RM20 x = RM8,000/pokok setahun, jika 3 ekar? InsyaAllah harapan sy akan jadi Saudagar Kurma 3 tahun lagi :)

Menarik bukan? apa salah mencuba benda baru. Saya dah rintis harini... anda bagaimana? nak benih kurma?

Boleh dapatkan daripada saya dgn harga RM350 sepokok (tinggi 3-5kaki). Ada lagi baki 100pokok lebih. Syam/Din-013-2199643 :)

## Khidmat pendebungaan dan debunga jantan juga turut dijual. Sy juga ternak lebah, insyaAllah lepas ni LEBAH akan jadi agen pendebungaan rasmi projek kami :)

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih boleh menghubungi saya, benih tiada had dengan harga yang berpatutan sesuati dengan hasil susah payah R & D yang dilakukan. Terima kasih.


Kongsi Artikel Akhbar:

Cara menanam kurma


Penanaman kurma memerlukan penjagaan teliti.


Menanam pokok kurma terbahagi kepada dua iaitu:

A) Menanam pokok kurma dari anak kurma.

Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa.

Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain.

Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa.

Menurut sesetengah pendapat mengatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah.

Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan.

Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma mestilah dibekalkan dengan cukup air. Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini telah terputus.

Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah.

Cara lain ialah dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh.

Sekiranya memilih untuk menanam anak-anak kurma sebaik sahaja dipisahkan, adalah sangat perlu menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. Pastikan tanah sekitar anak kur yang bar ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan.

B) Menanam kurma menggunakan biji.

Biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Ia diasingkan bagi tujuan penyemaian.

Kita boleh menentukan jenis-jenis kurma yang popular yang biasa dibawa pulang dari tanah Arab ialah ajwah dan ambar.

Rahsia pendebungaan

Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.

Tahukah anda bahawa bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa? Oleh kerana itu, serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma.

Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan.

Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga.

Proses pendebungaan boleh dilakukan dari dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan

1.Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah.

Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.

2 Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.

3. Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.

4.Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.

Dulu minat herba, kini jual pokok kurma


KURMA menjadi makanan pilihan sepanjang Ramadan.- Gambar hiasan


BUAH kurma bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan Ramadan.

Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini?

Atau memiliki sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang indah?

Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu yang mustahil!

Selama ini, apa yang diketahui umum ialah pohon kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu tidak akan berbuah.

Namun kajian menunjukkan pokok kurma boleh ditanam dan mengeluarkan buah di mana-mana sahaja jika diusahakan dengan cara yang betul.

Selain itu, tanggapan terhadap pokok kurma juga tidak seharusnya dilihat dari segi penghasilan buah semata-mata kerana ia juga cukup indah jika dijadikan hiasan di halaman.

Menyedari potensi besar tanaman pokok kurma, seorang guru matematik, Mohd. Rahof Abdul, 48, di Kampung Tehel Bemban, Melaka nekad mengeluarkan benih anak pokok kurma untuk dijual secara komersial sejak tiga tahun lalu.

Berbekalkan sedikit modal, dia mula menanam 1,200 benih pokok kurma sebagai permulaan di tapak semaian yang terletak bersebelahan rumahnya dengan keluasan sekitar separuh gelanggang badminton.

Ternyata, kegigihannya ternyata tidak sia-sia bahkan memberi pulangan lumayan apabila hasil jualan anak-anak pokoknya mendapat sambutan menggalakkan.

Ia dijual kepada orang ramai dengan harga sekitar RM250 sepokok bergantung kepada saiz dan usia.

Mohd. Rahof memberitahu, permintaan tinggi terhadap pokok tersebut menyebabkan kini hanya tinggal kira-kira 300 anak pokok kurma yang masih boleh dijual.

‘‘Daripada 300 anak pokok itu, sebanyak 250 adalah jenis baka Tunisia manakala baki 50 lagi dari jenis Ajwa yang berusia antara enam bulan hingga dua tahun setengah,” katanya ketika ditemui Mega di Bemban Melaka baru-baru ini.

Bapa kepada lima anak itu berkata, beliau memilih untuk menjual anak pokok dalam polibeg kerana lebih mudah berbanding menjual pokok kurma dewasa yang harganya lebih mahal dan lebih sukar untuk dipindahkan.

Dengan cara itu, pembeli boleh menjaga sendiri dan melihatnya membesar sehingga mencecah usia dewasa .

Jika dijaga dengan baik mengikut kaedah pendebungaan yang betul maka ia mulai mengeluarkan buah ketika berusia antara lima hingga tujuh tahun.

Mengimbas semula bagimana timbul minat terhadap anak pokok kurma, Rahof berkata, beliau asalnya gemar menanam pokok herba.

Bagaimanapun selepas menyaksikan sendiri sebuah syarikat kontraktor berjaya menjual sebatang pokok kurma dengan harga RM2,000 kepada sebuah resort di Melaka untuk dijadikan hiasan, minatnya mula timbul.

Katanya, hasrat untuk membuka tapak semaian anak pokok kurma semakin membuak-buak apabila berkunjung ke Madinah dan Mekah.

‘‘Di Madinah kita boleh lihat hotel menjadikan pohon kurma sebagai hiasan, ia bertambah cantik bila disapu syalek.

“Selain itu, di sana juga kita boleh lihat pokok kurma sungguh cantik dijadikan hiasan di kaki lima jalan raya,” katanya yang juga guru di Sekolah Menengah Teknik Jasin.

Maka sekembali di tanah air, dia melihat terdapat ruang dan peluang yang luas untuk rakyat negara ini menceburi bidang penanaman pokok kurma secara komersial khususnya bagi masyarakat Islam yang amat dekat kehidupan mereka dengan kurma.

Lebih-lebih lagi, katanya, pohon kurma bukan sahaja disebut beberapa kali dalam al-Quran tetapi juga terbukti terlalu mempunyai banyak khasiat.

Bagi tujuan hiasan, keindahan pokok kurma tidak dapat dinafikan lagi untuk dijadikan hiasan bagi menggantikan pokok palma atau kelapa sawit atau tanaman biasa lain.

Ini kerana, katanya, ia akan lebih menampakkan imej Islam dan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan menenangkan khususnya untuk lokasi seperti masjid, surau, pusat Islam, universiti, lokasi awam dan sebagainya.

Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata.

Allah s.w.t menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.

Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini.

‘‘Pendebungaan secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke mayang pokok betina,” kata Mohd. Rahof.

Sumber: Utusan Malaysia 16.8.2010

10 ulasan:

Jabon berkata...

mampir nich,,
salam....

saung tani berkata...

Kalau di tempat kami di Kalimantan, Indonesia kira-kira cocok tidak ya?
Trima kasih.

Syam Ghaz berkata...

saung tani:

InsyaAllah sesuai... cubalah sikit dulu, kalu jadi boleh tanam sendiri.. insyaAllah boleh jana pendapatan baru, lagipun cuaca di Malaysia dgn disana hampir sama shja.

KurmaGani3 berkata...

Ass Wr Wb.
Numpang tanya.. Kira kira berapa tahun pohon kurma anda bisa berbuah bila di tanam di daerah selatan Kota Kebumen Jawa Tengah Indonesia. Apakah anda menjual benihnya. berapa harga 1 pokoknya. Dimana alamat lengkap, no tlp penjualan di Jakarta maupun di Malaysia. Trims. Wassalam.

Yub berkata...

Saya ingin bertanya apakah jenis baja untuk menggalakkan pokok kurma berbunga dan berbuah. Saya mempunyai 5 pokok kurma berumur 3-4 tahun tumbuh segar mengguna baja 15-15-15 sebagai baja pembesaran. Saya di fahamkan kurma bolih mula berbunga dalam tempuh 5 -7 tahun. Saya sedang mencari baja bunga yang seduai untuk kurma.

Yub berkata...

Saya ingin bertanya apakah jenis baja untuk menggalakkan pokok kurma berbunga dan berbuah. Saya mempunyai 5 pokok kurma berumur 3-4 tahun tumbuh segar mengguna baja 15-15-15 sebagai baja pembesaran. Saya di fahamkan kurma bolih mula berbunga dalam tempuh 5 -7 tahun. Saya sedang mencari baja bunga yang seduai untuk kurma.

Tanpa Nama berkata...

gelembong lebeh,
tanam pokok kaya
atau
jual pokok kaya?

Syam Ghaz berkata...

siapa berminat call atau whatsapp saya ya. 0132199643 - Syam, owner blog ni

ariza first berkata...

Sy berminat utk membeli anak benih pokok kurma.. Bagaimana utk sy dptkan? 019-5963608 - kamarul.

rcti tv online berkata...

sangat bermanfaat bagi kita . trima ksih ka