Rabu, Disember 08, 2010

Projek LEBAH MADU Kelantan & Nota Kursus + Seminar LEBAH, MADU & APITERAPI

OBJEKTIF:

i. Memperkenalkan Industri Penternakan Lebah Madu di Negeri Kelantan dan Menjadikan Kelantan HUB MADU Malaysia.

ii. Membongkar Kelebihan Madu Lebah dan Akupuntur Sengat Lebah (Apiterapi) Mengikut Perspektif Islam dan Sains.

iii. Mempromosikan Industri Ternakan Lebah Madu Sebagai Sumber Baru Penjana Ekonomi Pertanian di Negeri Kelantan.

AM

Penternakan Lebah Madu merupakan sektor baru di Negeri Kelantan. Sedangkan kelebihan MADU telah disebut dgn jelas dalam Kitab Suci AL-QURAN sejak lebih 1400 tahun lepas. Khasiat dan kelebihannya banyak diceritakan dalam Hadis2 dan Al-Quran, terdapat satu juz yang dinamakan An-Nahl (lebah) dari 30 juz Al-Quran, dinamakan sempena LEBAH.

Justeru itu bagi membongkarkan keajaiban makhluk ciptaan Allah SWT yg disebut dalam Kita Suci Al-Quran, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pertanian,Industri Desa dan Bioteknologi dengan kerjasama Kelantan Biotech Corporation, Pegawai2 Jabatan Pertanian Kelantan Kumpulan Penternak Lebah Madu Kelantan, Pensyarah Universiti Hasanuddin Indonesia, Pensyarah2 HUSM akan bersama-sama menganjurkan program yang julung-julung kalinya dibuat di Kelantan. Alhamdulillah program berjaya seperti dirancangkan. Program telah dibuat di:-

PROGRAM

Seminar Kesihatan & Bioteknologi Berasaskan Madu Lebah Mengikut Perspektif Islam dan Sains Pd 23 Disember 2010

TARIKH

23 Disember 2010 - Khamis

MASA

8.00 pagi - 5.00 ptg

TEMPAT

Perdana Resort, Kota Bharu, KELANTAN (jika tidak tahu nak pergi mcmn, sila KLIK)

KELEBIHAN PROGRAM

Mendatangkan 3 pakar dalam perubatan dalam perubatan moden dan berasaskan madu lebah serta apiterapi (akupuntur lebah) dari Malaysia dan Indonesia. Ruang Bicara & Perkongsian Ilmu yang Lama dengan masa diskusi yang lama.

## Setiap Peserta teah diberikan PELUANG untuk mencuba Kaedah Perubatan Akupuntur Sengat Lebah (Apiterapi)

3 tajuk utama yang akan dibentangkan oleh 3 panel tersebut ialah:

TAJUK: Rahsia Penyembuhan Dengan Menggunakan Madu Lebah dari Perspektif Perubatan Moden

PEMBENTANG:- Prof Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman - ialah Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Perubatan HUSM. Beliau amat aktif menjalankan penyelidikan mengenai perubatan tradisional dan perbuatan semulajadi sejak tahun 1995. Beliau mengetuai penyelidikan Madu Lebah di USM sejak tahun 2005. Beliau juga telah dilantik menjadi Presiden Proterm Apiterapi Malaysia. Hasrat beliauadalah untuk melihat perubatan berasaskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW diintergrasikan secara bersepadu di dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.

TAJUK: Kuasa Penyembuhan dari Madu dan Apiterapi (Akupuntur) Lebah Dan Praktikal Langsung.

PEMBENTANG: Prof Dr. Mappatoba Sila - Beliau mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai serangga-serangga hutan terutama lebah kerana beliau telah banyak berkecimpung dalam kajian keatas spesis serangga ini sehingga beliau dapat menghasilkan pelbagai jenis perubatan dan ubatan dengan hanya menggunakan lebah dan madunya. Beliau telah menyertai keahlian Lebah Madu di Alumni LEPLB, Los Banos Filipina dan tamat pada tahun 1989 (PhD). Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Penelitian Lebah Madu di Universitas Hasanuddin (Falkultas Kehutanan) LP-Unhas dan Ketua Khusus, POKJA Perlebahan Sul-Sel.

TAJUK: Pengenalan Ternakan Lebah Madu

PEMBENTANG: Ketua Kumpulan Perternakan Lebah Madu Kelantan


TESTIMONIAL APITERAPI:

1. Seorang wanita berumur lebih 50 tahun - Menderita 20 tahun akibat migrain, selepas 2x jalani kaedah apiterapi, Alhamdulillah kini beliau sudah boleh tidur malam dgn lena dan migrainnya semakin berkurang. (beliau sudah mengambil ubatan dari hospital sblm ini, tetapi tidak berkesan)

2. Seorg wanita menghidapi beguk (hampir sebesar buah tembikai susu) - Alhamdulillah pulih sepenuhnya selepas menjalani kaedah apiterapi daripada sengat lebah dan madu.

3. Seorg lelaki TUA - menderita sakit LUTUT terutamanya masa nak menunaikan solat, selepas 2x menjalani apiterapi beliau kini sudah boleh menunaikan solat dgn baik, dan lututknya makin OK. Nak tahu tak apa punca sakit lutut? jwpnnya: lebih makan MSG@Ajinamoto@sumber babi.

4. Seorg pemuda mengalami STOK@lumpur sepenuh badan alhamdulillah pulih sepenuhnya selepas kena apiterapi tepat di dahi.

Banyak lagi fakta dan kisah2 menarik yg telah dikongsi oleh En. Razip, Prof Dr. Mappatoba Sila dan Prof Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman.

SASARAN PESERTA - 100 Orang, Alhamdulillah yang hadir melebihi 120 orang yang terdiri dari:

i. Pensyarah, Doktor-Doktor Perubatan dan Kakitangan Akademik, Pelajar Seluruh IPTA/S dan Hospital di Negeri Kelantan

ii. Juruajar Pengembangan Industri Lebah, Pengamal Perubatan Alternatif, Penjual Madu dan Masyarakat Yang Sedar Tentang Kelebihan Madu dan Perubatan Dari Lebah

iii. Penggusaha dan Bakal Pengusaha Di Seluruh Kelantan dan Negara

iv. Individu2 yang berminat.

Para pembentang kertas kerja (dari kiri: Dr. Siti Amrah, En Razip, Prof Mappatoba dan En. Zamakhshari Seminar khusyuk mendengar Ucapan Perasmian dari Exco Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan iaitu YB Hj. Che Abdullah Mat Nawi.

PENTING

Kpd rakan2 yg inginkan:-

i. Salinan video DVD Ceramah 3 ahli panel Seminar Lebah, Madu & Apiterapi

ii. Salinan kertas Kerja Pembentangan 3 ahli Panel:-
...
a. Pengalaman Menternak Lebah Madu - En. Razip, Ketua Kumpulan Penternak Lebah Kelantan.

b. Rawatan Apiterapi Berasaskan Lebah & Konsep 165 - Prof Mappatoba Sila, Fakulti Perhutanan, Universiti Hasanuddin, Indonesia - Pengalaman lebih 30 tahun.

c. Khasiat MADU Dari Perspektif Perubatan Moden dan Kajian Saintifik - Dr. Siti Amrah, Pensyarah Hospital Univerisiti Sains Malaysia (HUSM)

iii. BONUS!! -Salinan Kertas Kerja KURSUS LEBAH 2 HARI di Jabatan Pertanian Kelantan, nota2 En. Zakbah (Tenaga Pengerak Utama Projek Lebah di Seluruh Malaysia, pengalaman lebih 20 tahun) Kuliah berkenaan:-

a. Biologi Lebah

b. Bagaimana Untuk Memulakan Projek Lebah

c. Pengurusan Makanan Lebah

d. Pengurusan Koloni

e. Peralatan Projek Lebah

f. Penyakit-Penyakit yang Menyerang Lebah

g. Pengurusan Produk Dari Lebah (Madu, Propolis, Venom, Debunga, Sengat dl)

** dan Ringkasan Tips2 Kejayaan Projek.

SEMUA tu ada shbt2 yg hadir SEMINAR dan KURSUS haritu jual, harga RM25 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Bergitu juga sesiapa yang berminat untuk membeli:-

i. Set-set peralatan untuk menternak Lebah

ii. Lebah, Ratu dan Askar Lebah - 1dengan LEBAH

iii. Madu lebah ASLI

iv. Rawatan Apiterapi/ Terapi LEBAH

Berminat boleh membuat tempahan melalui saya dengan:-

Tel/ SMS: Syam-013-219 9643
Email: isyu_war@yahoo.com

TQ