Khamis, Ogos 07, 2008

MAHA 2008?


Salam muhibah dan perpaduan buat semua,

MAHA 2008 saya akan turut serta, berada selama 9hari di sana bermula 9hb hingga 17hb, di Pavillion Kerajaan Negeri Kelantan.

Kali ini saya tidak menjual produk-produk hasil daripada ternakan, tapi lebih kepada;

- Baja Bio-Organik - Alam Hijau
- Enzim 4 Animals Feed - mannase, xilanase dll
- Tissue Culture - orkid, pisang, ornamental
- VCO - Nutrifera

Itu sahaja, selebihnya MAHA akan datang kami akan datang dengan sepenuh bala jentera kami. Untuk mempamerkan kekuatan utama kami iaitu produk makanan ternakan yang berkualiti dan bermutu tinggi. InsyaAllah.

Sy amat-amat berharap dapat berjumpa dgn sahabat2 semua, smga kita dapat menimba sedikit pengalaman dan bertukar-tukar pendapat dalam memajukan industri penternakan di Malaysia amnya. Terutama sekali ingin berjumpa dengan shbt2 khasnya dalam industri penternakan.

Wassalam, Jumpa disana :)

Syam Ghaz
MyAgro Vet Trading

Rabu, Julai 30, 2008

BAHAN MENTAH Untuk Dijual


Fishmeal

Fish Meal - CP 31.38% N 5.63% E 2255 cal g *
Harga : RM2.75/kg



BloodMeal - CP 79.52% N 12.42% E 4791 cal g *
Harga : RM6.00/kg

Sekam padi - CP 5.02%*
Harga : RM10/40kg@beg



Dedak padi kasar - CP 7.12%*
Harga : RM0.50/kg

Dedak padi halus - CP 12.64%*

Harga : RM1/kg

# Di atas adalah stok Bahan Mentah kami untuk dijual, kapasiti pengeluaran 100 tan sebulan.

# Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.

# Harga adalah tidak termasuk kos pengangkutan.

# Pengangkutan disediakan dengan harga yang paling kompetitif.

# Penghantaran minimum dalam kuantiti 5 tan dan ke atas sahaja.

# Hubungi saya untuk tempahan dan perbincangan.

** Keputusan ujikaji dari pihak UPM.



Ahad, Jun 29, 2008

BAJA BIO-ORGANIK: Sesuai Untuk Semua Jenis Tumbuhan.

Pamplet Baja Bio-Organik ALAM HIJAU keluaran Syarikat Bumiputra.


Harga*:

1. 25kg - RM 30.00
2. 50kg - RM 59.00
2. 1 tan - RM980.00

Penghantaran:

Seluruh Semenanjung

Hubungi:

013-219 9643 - Syam Ghaz untuk tempahan.


* Tidak termasuk kos pengangkutan.


Mencari Pasaran Cendawan?


Latar Belakang Projek

Mencari pasaran cendawan
(tiram kelabu, putih untuk permulaan) di Kelantan.

Syarikat kami dalam usaha untuk meneroka sektor penanaman cendawan secara contract farming dengan pekebun-pekebun getah di kampung saya.

Tujuannya adalah untuk membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan, terutamanya musim hujan yang melanda negeri ini sejak akhir-akhir ini. Ia secara langsung menyebabkan pengeluaran susu getah merosot selari dengan pendapatan mereka.

Justeru itu, kami sedang mencari mana-mana pengedar/ pengusaha/ kedai/ peruncit/ dsbnya yang boleh memberikan jaminan untuk membeli @ memasarkan produk yang bakal kami hasilkan. Pertolongan dari sahabat-sahabat semua juga amat-amat dialukan.

Ia adalaha sebahagian usaha syarikat kami untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak.

Terima kasih.

Syam Ghaz

Isnin, Jun 23, 2008

Sebut Harga Palet/ Makanan TernakanTerkini, 23 Jun 2008.

Klik untuk besarkan. TQ

PROMOSI:
Minimum untuk penghantaran adalah 50 beg sahaja!!

Menetap Di Kampung.

Sekadar makluman buat shbt2 semua, sy telah mengambil keputusan untuk menetap di kampung. rumah ayah yang ada dibina, di kebun2 getah, kelapa sawit dan buah-buahan.

Mungkin shbt2 yang pernah pergi waktu kenduri haritu tahu bagaimana keadaannya.

Baru balik cuti mnggu ni, kelas pengajian secara kecil2lan sy dan isteri cadang nak mulakan.

Ptg smlm, waktu balik kerja nak singgah ke tapak projek pengusaha cendawan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bncg aspek pasaran(tapaknya laluan sy pergi-balik kerja harian). dimana mungkin saya boleh tlg jualkan hasil2 org2 kg.

Cdg2nya nak usahakan projek pertanian/penternakan dan akualkultur, ajar orang2 kampung dan buat contrack farming dgn mereka semua. sekurang2nya mereka semua ada sedikit rezeki untuk Musim Tengkujuh yang bakal tiba.

Bulan 10,11,12 musim tengkujuh, getah tak keluar waktu musim hujan kesan daripada btgnya basah dan proses fotosistesis kurang. mengakibatkan pendapatan mereka merosot.

Perit akibatnya sekiranya mereka tidak menabung dari sekarang, kerana bulan 1, 2 dll nak urusakan persekolahan anak2 dan belanja lain. Tambah2 lagi semua barang dan minyak naik akibat 'hadiah' dari pemimpin tamak.

Mungkin dgn sedikit ilmu dan pengalaman sy boleh membantu mereka dalam memberikan sedikit nafkah untuk kegunaan harian.

Sedikit coretan dan makluman.

wassalam.

Syam Ghaz

Rabu, Jun 18, 2008

Kadar kemiskinan M'sia 30%


Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan. - http://aziziabdullah.blogspot.com/

Kadar kemiskinan M'sia 30%
www.malaysiakini.com
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 17, 08 5:02pm
Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan, kata bekas presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria.

Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat.

denison jayasooriaKatanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambil kira taraf hidup isi rumah.

Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup.

"Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin di negara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7 peratus (seperti yang diumumkan kerajaan)," katanya.

Beliau berkata, cara pengiraan untuk mengukur garis kemiskinan yang digunakan sekarang hanya mengambil kira keperluan asas sahaja dan ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Seharusnya, ia perlu mengikut kaedah ukuran PGK seperti yang diamalkan di negara-negara maju, seperti Sweden dan Singapura," katanya, sambil menambah, kaedah yang digunakan di Malaysia sekarang tidak lagi bersesuaian dengan kedudukan negara ini yang semakin membangun.

Kiraan tidak tepat

Dr Denison menambah, cara pengiraan yang diamalkan oleh negara-negara maju adalah purata pendapatan isi rumah dibahagi dua, bagi menentukan garis kemiskinan.

Misalnya, kini purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686.

Menurut Dr Denison, ini bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya, iaitu RM1,843.

Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765).

Pengiraan ini bagi keluarga seramai lima anggota.

Dr Denison mahu kaedah pengiraan garis kemiskinan itu mengambil kira kualiti hidup rakyat kerana kaedah yang digunakan sekarang tidak menggambarkan taraf hidup isi rumah.

"Konsep pengiraan garis kemiskinan perlulah mengambil kira kualiti hidup sesebuah keluarga dengan melihat sama ada mereka mempunyai peti sejuk, televisyen, komputer dan sebagainya.

"Bukan semata-mata melihat kepada keperluan asas sahaja," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar juga bersetuju supaya kaedah pengiraan garis kemiskinan, bukan lagi hanya berpandukan keperluan asas semata-mata.

"Keadaan ini tidak realistik apabila garis kemiskinan hanyalah berjumlah RM691 untuk keluarga yang mempunyai lima anggota.

"Ini kerana jika kita lihat kos hidup di bandar-bandar kini tinggi, maka kadar ini tidaklah bersesuaian," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, kaedah pengiraan yang digunakan tidak mencerminkan keadaan sebenar berikutan bantuan yang disediakan kerajaan tidak dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan kerana kadar kemiskinan yang rendah.

TAMAT.

Kini, jurang miskin kaya makin melebar. Yang miskin makin miskin, yg kaya bertambah kaya. Kesan kenaikan minyak dan harga barang akan menambahkan lagi penderitaan rakyat yang berpendapatan rendah di Malaysia.

KERAJAAN MALAYSIA kena buat tindakan SEGERA sebelum TERLEWAT.