Selasa, Mac 20, 2007

INDUSTRI PENTERNAKAN PUYUH PEDAGING

Tags

Lawatan ke Pusat Ternakan Puyuh di Kedah
Tahun : 2005
Kapasiti Pengeluaran: 15,000 ekor

Memandangkan ada permintaan terhadap maklumat ttg projek ternakan puyuh, jadi saya ambil kesempatan untuk memasukan sedikit input berkaitan yang di'cedok' dari kertas kerja projek saya sebelum ini. Harap ia dapat membantu.

Baka puyuh jenis IKTA


Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.


Kategori Pengusaha

Bil.Penternak

1.

Puyuh pedaging komersil

38

2.

Puyuh pedaging dan penelur komersil

7

3.

Baka pedaging/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

9

4.

Baka pedaging/penelur/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

10

Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia

Sais Ladang

Bilangan Penternak

kurang dari 1,000 ekor

25

1,000 - 3,000 ekor

41

3,000 - 5,000 ekor

16

5,000 - 10,000 ekor

12

legih dari 10,000 ekor

14

Sangkar puyuh

Unjuran dan Sasaran Pengeluaran

Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Tahun

Pengeluaran daging puyuh (tan metrik)

1998

950

2000

1,140

2002

1,380

2004

1,670

2006

2,030

2008

2,450

2010

2,970


Anak puyuh yang baru menetas dan dibawa keluar dari inkubator

p/s: Banyak lagi maklumat berkaitan, terutama bab pasaran, maklumat pengusaha puyuh satu Malaysia, permintaan dan penawaran, manual menternak puyuh, cash flow dsbnya ada saya buat. Jika ada sesiapa yang berminat ingin mengusahakan bidang ini, bolehlah memaklumkan kepada saya ya.

Sekian,

Syam Ghaz
Kelantan Serambi Mekah

Artikel Terkait