Memaparkan catatan dengan label Kambing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kambing. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 25, 2009

Penjantan Super K-KatBoer (Kambing Boer + Katjang) dan Projek Pisang Berangan

Berberapa minggu kebelakangan ni amat memenatkan sikit, dengan aktiviti syarikat yang makin 'super padat' dan urusan niaga yang Alhamdulillah saban hari makin meningkat.

Terima kasih diatas sokongan padu yang diberikan oleh sahabat-sahabat dan saya dengan rendah hati ingin mohon maaf banyak2 jika ada shbt2 yg membuat tempahan, tetapi lewat sampai. Kebetulan memang tak sempat sikit kebelakangan ni, tambah2 nak masuk tahun baru nanti.

Dengan jadual yang padat, saya gagahkah diri utk teruskan juga tanpa kenal putus asa... kerana setiap masalah mesti ada penyelesaiannya dan setiap ruang mesti ada peluang yang harus direbut.

AKTIVITI HUJUNG MINGGU NI:

i. Lawat kambing2 lah... hilang stress kerja dan penat2 sebelum ni, semua toksin2 dibuang dengan peluh keringat dibaju :)

Berikut adalah sedikit gambar2 kambing yang nak kongsi dengan shbt2, kami ada menjual kambing kacukan boer dengan katjang dengan teknologi terkini, hasilnya... Alhamdulillah, shbt2 tgklah sendiri Bapak Boer + Katjang ni bawah ni, kami namakan baka kambing Penjantan Super K-Katboer (K - Kelantan, Kat - Katjang, dan Boer - Boer). Hasilnya betul2 memberangsangkan antara yang saya nak kongsikan;-

Hehe... tunjuk hansem bila nak ambil gambar, penjantan Super K-Katboer ni,
berat dia ni lebih 35kg.


Gambar sisi penjantan Super K-KatBoer yang berumur lebih setahun :) Sebijik macam Kalahari cross Boer.
Ciri-ciri:

- Berat melebihi 30kg dalam masa umur 4 bulan.

- Berbulu sebijik macam kambing katjang di leher dan belakang mcm boer. Jika dinilai dari aspek pandangan mata, nescaya shbt2 tak percaya.... dan comfirm shbt2 kata ni boer jantan kelas F8!

- Nafsu jantan tahap superrr (sampaikan kena tambat walaupun duk dalam kandang yang dah asingkan jantan betina, ia adalah disebabkan genetik kambing katjang - kesimpulannya kalah kambing jantan boer fullblood jika bergaduh).

- Kelasakkan dan daya tahan penyakit?? Alhamdulillah inilah baka boer yang kami cari selama ini, dah lahir pun :) lasak dan sebijik macam kambing jantan katjang kg.

Selain dari jantan2 yang dihasilkan, ada jugalah boer2 betina yang gemuk-gemuk dan sihat2 semuanya... jika shbt2 tengok memang comfirm nak beli, gemukkkkkkkkkk & sihattttt :) sedap mata memandang :)

Nak beli ke?? saya jual murah2 je... Bagi boer Jantan Super K-Katboer

Selain daripada tu ada lah gambar2 kambing jantan2 hansem dan betina cute yang saya nak jual ni, ada gambar2 nak kongsikan :)

Kambing jantan fullblood kelahiran tempatan, berat si hansem ni lebih 65kg. Sekarang ni duk tgh nak mengawan dengan 2 ekor boer betina.

Ni pula anak boer yang baru nak belajar jadi bapak.. tgklah gemuk2 :)

Malu-malu pulak baka2 penjantan Super K-Katboer muda ni, masih muda lagi ni... umur dalam 4 bulan lebih

Sekandang kambing boer betina untuk dijual,

Sahabat-sahabat tengoklah dia punya body-size, fuhhh gemuk & sihat kan? beratnya lebih 50kg.

Yang ni pulak anak2 dara boer yang masih sunti, umur dalam 5 bulan lebih.

ii. Melawat kebun pisang Cg Wan di Pasir Puteh lah :) terima kasih kepada abg Cikgu Wan yang sudi melayan karenah saya yang jenis kaki berjalan cari ilmu ni :)


Sayup mata memandang, kebun pisang Cikgu Wan di Pasir Puteh

Alhamdulillah pokok2 pisang berangan kultur tisu yang dibeli dari saya dah besar-besar belaka, dah berumur 2 bulan pun. Beliau tanam dalam 600 pokok lebih. Haritu pergi pagi Jumaat, memang bestlah pergi kebun beliau, beliau tanam diatas tanah sawah terbiar yang sudah kering.... nak sampai kena meredah 'baroh' - bahasa Qlate, atau Bendang bahasa baku, jalan kaki ayam... fuhh gembira rasanya, rilex jer... hilang stress betul, dapat hidu bau tanah yang memang sedap... iyelah, kita pun datang dari tanah dan akan kembali ke tanah kan :)

Kebun pisang trial-plot dah tumbuh, tempat di sebelah jalan raya Pasir Mas - Rantau Panjang, selepas Lubok Jong :)

Jujukan anak pisang berangan yang hidup segar dan subur

Berkualiti, baru berumur 2 bulan... Alhamdulillah :)

Alhamdulillah... semuanya membuahkan hasil andaikata kita rajin mengusahakannya, moga2 dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan rangsangan baru kepada shbt2 untuk menceburi bidang ini. Saya doakan kejayaan shbt2 semua dan doakan kejayaan kami juga ya :)

Rabu, Ogos 26, 2009

Projek RAMADHAN

Alhamdulillah harini dah sampai 100 ekor anak2 ayam kampung perintis untuk dijadikan bahan ujikaji bagi.

i. Dedak Ayam Herba
ii. Pengurusan Ternakan Sistem Sendiri & Praktikal
iii. Pengurusan Reban Efektif
iv. Pengurusan Penyakit dll

InsyaAllah, jika berjaya dengan baik projek perintis ini, kami akan cuba naik hingga ke peringkat industri iaitu bagi penghasilan;-

i. Makanan ternakan sendiri

ii. Penghasilan baka ayam kampung - penentasan sendiri

iii. Ladang Komersil dan Penghasilan daging segar& HALAL

iv. Pasaran produk2 hiliran ayam yg HALAL

Semua 4 perkara diatas kebanyakkannya dimonopoli oleh shbt non Muslim.

Pada masa yang sama projek2 sedia ada kami tetap teruskan iaitu kajian tentang potensi Itik Muskovi & Ayam Turki disamping aktiviti jualan kami mengfokuskan kepada;-

i. Jualan4 jenis Kambing - Boer, Anglo, Saanen & Jamnapari

ii. Benih Rumput Napier India IKN091, Guinea (Kuda), Ruzi, Atratum, Stylo dll

iii. Dedak Kambing dan Dedak Kuda bermutu tinggi (kini digunakan di UPM & Kuda2 Istana Terengganu)

iv. Anak Pokok Pisang Berangan

v. Terbaru - Khidmat Analisis Sampel dengan kerjasama NanoC Sdn Bhd &

vi. Jualan KUDA - yg kini sudah berjaya sampai ke JOHOR.

Doakan kami berjaya. Salam Ramadhan buat semua.

Syam Ghaz

p/s; baru balik dari buat reban anak ayam.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari Kami yang ingin dikongsikan dengan sahabat2.

Ayam Turki & Serati Muskovi yang baru berumur 3 bulan

Anak ayam kampung 100 ekor yang baru sampai semalam

Cutenya... masih mengantuk lagi agaknya ni

Diajar dilepaskan ke atas tanah agar dapat disesuaikan dengan tempat baru - utk hilangkan stress dalam perjalanan panjang.

Hehe... control macho, bergambar depan kamera

Anak-anak pokok pisang jelai berangan kultur tisu sedia untuk dijual
Projek perintis tanaman pisang kultur tisu di Rantau Panjang, gambar baru lepas bajak & siapkan pagar.
\Fuhh... masih panass!! formulasi terbaru dedak KUDA (antara pelangan tetap kami ialah Kuda Untuk Istana Sultan Mizan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kuda2 lumba), shbt2 nak cuba bgtaulah, terbukti berkesan dan setaraf makanan IMPORT :) Lepas ni segala aktivti R & D akan kami fokuskan kepada penghasilan Dedak AYAM yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetatif di Malaysia.

Dan inilah benih Rumput Napier India IKN091 yang berkualiti tinggi dengan % Protein melebihi 19% dan hasil melebihi 100 tan/ ha/ tahun sesuai untuk ternakan Ruminan (Kambing, Lembu, Kuda, Rusa dll).

Jualan kambing2 Anglo, Saanen, Boer (stok untuk dijual ada: Boer dara F1/F2 100 ekor) dll juga tetap diteruskan :)

Isnin, Jun 15, 2009

Terkini (Update)

Terkini di MyAgro-Vet kami telah menerima kunjungan delegasi dari Sarawak, iaitu dari syarikat DD PELITA CAPITAL SDN BHD dengan Pengarah MARDI Sarawak. Mereka bercadang untuk menanam Napier India IKN 091 diatas tanah seluas 15Ha sebagai percubaan sebelum menanam 50Ha selepas 1 pusingan.

Alhamdulillah hasil daripada kunjungan kali ini, semua wakil dari syarikat DD Pelita bersetuju untuk membeli benih Napier India IKN091.

Berikut adalah sedikit gambar-gambar yang ingin kami kongsikan bersama, disertakan juga gambar perbandingan antara Napier Taiwan dan Napier India KN091 (ditanam pada tarikh yang sama, tanah yang sama jenis, dan kadar pembajaan sama jenis kuantiti). Hasilnya anda boleh lihat sendiri di gambar (disebelah, sama2 berumur 45 hari - klik untuk besarkan saiz). Perbezaan ketara adalah dari aspek;

FIZIKAL ; -

i. Bilangan mata tunas sewaktu berumur 45 hari; -

- Napier India : 22 - 30 mata tunas
- Napier Taiwan : 4 - 5 mata tunas sahaja

ii. Hasil per Ha;-

- Napier India KN091 : 100 tan/ ha/ year
- Napier Taiwan: 20 tan/ ha year

iii. Daun Napier India IKN 91 lebih lebar dan lebih besar serta gelap.

ANALISIS :-

i. Napier India protein lebih 20% berbanding Napier Taiwan 12%

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli benih Napier India IKN091 bolehlah mengisi Borang Tempahan diruangan sebelah kanan atau Klik pada ruangan urusniaga. Terima kasih.

Disamping itu, akibat daripada kesan kemelesetan Ekonomi Malaysia (- 6%) dan dunia, syarikat kami akan melancarkan Kempen GO GREEN. Ia bertujuan bagi mengalakkan para penternak menanam rumput sebagai alternatif kepada makanan ternakan yang melambung tinggi saban hari dewasa ini, secara tidak langsung ia mampu mengurangkan beban para pengusaha untuk menampung kos operasi yang kian meningkat.

Antara pendekat yang kami akan ambil ialah;-

i. Memperkenalkan 6 jenis varieti rumput baru bagi memenuhi kehendak pelangan.

ii. Promosi harga 'durian runtuh' bagi jenis rumput biji Guinea, Ruzi, Atrtum & Paspalum Plicatulum untuk setiap pembelian 2kg ke atas, Harga yang ditawarkan ialah RM80/2kg termasuk kos penghantaran (sebelum ini RM96/2kg- jimat RM16)

iii. Khidmat nasihat dan konsultasi penanaman rumput kepada semua pembeli kami.

iv. Banyak lagi, akan ditambah secara berperingkat... :)

Dan dibawah ada berberapa keping gambar kambing2 kami yang sedia ada untuk dijual dengan harga yang paling kompetatif (Boer betina F1 & F2 hanya RM19.50/kg dan boer betina F4 dengan harga RM640/ekor)

Klik pada gambar untuk besarkan

Rabu, April 15, 2009

Stok akan dibawa masuk ke kandang MyAgro-Vet

MyAgro-Vet dalam usaha menyusun berberapa pendekatan bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat saban hari. Pasaran kambing di Kelantan cukup tinggi untuk baka 'baru' dari jenis Feral, ia bagi memenuhi pasaran Aqiqah dan kambing baka FullBlood Boer. Manakala bagi luar Kelantan, mojoritinya ingin mendapatkan kambing Katjang, Anglo Nubian, Saanen, Boer betina F1-F4 dan bagi pasaran Jamnapari sedikit merosot berbanding tahun lepas, 2008.

Justeru itu, bagi memenuhi kehendak pelangan, kami akan membawa masuk baka-baka kambing kambing dara Anglo Nubian, baka penjantan Boer fullblood, Red Boer, Saanen cross dan terbaru, iaitu kambing French Alpine (susu) dengan harga yang paling kompetatif bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan luar Kelantan.


Berikut adalah sedikit gambar-gambar kambing Saanen yang kami akan bawa masuk pada hujung bulan ini. Semoga dengan sedikit gambaran ini, sahabat-sahabat dapat membuat pilihan dan menjadi tarikan untuk datang melawat ke kandang kambing kami. Jika nak buat site visit, after 5.30pm no problem :) . Klik pada Gambar untuk besarkan saiz? agak-agak berapa Liter sehari susu yang mampu dikeluarkan oleh Ibu Saanen yang kami bakal bawa masuk nanti? :)

Selasa, April 17, 2007

Kursus Penternakan Kambing Jamnapari di Kelantan

Tarikh: 13,14 & 15 April 2007
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Kerjasama: Syrkt Jihad Ternak Sdn. Bhd.
Tempat: Ladang Ternakan Kambing Jihad Ternak, Rong Chenok, Tanah Merah Kelantan

Disertakan gambar-gambar masa kursus tu.

Sekitar permandangan menarik di tempat kursus, berkursus sambil menenangkan fikiran di tepi tasik dan menikmati alam semualajadi.

Poster tak sempat gantung lagi.. dah ambik gambar

Bergambar dengan 'bapak' jamnapari yang berharga lebih RM 8,000
Peserta bergambar dgn 'King Kong' yang beratnya lebih 100kg
Perbezaan saiz kambing dan manusia... cuba anda bayangkan?
Mendengar taklimat dari Dr Mohamad Aziz Taib

Bestnye kendalikan kursus sangkut(penternakan kambing) pertama di Kelantan, ada banyak kertas kerja dibentangkan dan cara amali dilakukan. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:

1. Industri Kambing Negara & Peluang Perniagaan + Baka & Pemilihan
2. Asas Pengurusan Kambing
3. Kandang & Peralatan
4. Pengurusan Anak Baru Lahir Hingga Cerai Susu
5. Pengurusan Kambing Muda, Pembiak dan Pejantan
6. Pemakanan Kambing
7. Rumput & Penanaman Rumput
8. Kesihatan Kambing
9. Penyimpanan Rekod dan Pemeriksaan Visual
10. Pemasaran Kambing
11. Ceramah Motivasi & Kuliah Maghrib Setiap Hari (Pengisian Rohani tetap tidak ditinggalkan dalam menjalankan kursus, supaya peserta2 tidak lalai dalam menunaikan tangungjawab mrka sbgai hamba Allah dan Khalifah dimuka bumi ini)

Peserta juga berpeluang melakukan Amali:

1. Pembersihan Kandang
2. Pemberian Makanan
3. Pemberian Susu
4. Rawatan Pusat
5. Pemotongan Kuku
6. Pengenalan Ternakan
7. Menimbang Ternakan
8. Rekod
9. Memilih dan Mengenalpasti daun semualajadi yang boleh dimakan atau tidak dan banyak lagi....

Ape lagi, tugas utama kawe ialah 'mengebas' kertas2 kerja yang best2 dan rakam video2 yang best2lah.. nnt sy mskkan utk diupload oleh semua shbt2 yang meminati industri kambing ya.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan, yang sponsor FREE perbelanjaan kursus semua peserta & bagi kambing2 FREE tu kepada peserta (semua peserta boleh FREE 1 ekor penjantan(yg BESAR2 tu) dan 5 ekor betina), ia adalah untuk menjayakan Projek Jihad Ternak Kerajaan Negeri Kelantan dan kearah merealisasikan Kelantan menjadi Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nnti.

p/s; Setakat ni, tiada lagi negeri lain bagi FREE kambing yang bernilai beribu2 setiap seekor pada pengusaha yang berminat selepas mengikuti kursus. Dan Kelantan kini menjadi pengeluar kambing Jamnapari TERBESAR di Malaysia, dgn kapasiti per pusingan sebanyak 5,000 ekor.

Rabu, Mac 14, 2007

Lawatan Ke Tapak Projek Jihad Ternak di Rong Chenok, Tanah Merah

Tarikh: 14 Mac 2007
Tempat: Pusat Ternakan Kambing Jamnapari Jihad Ternak, Rong Chenok, Tanah Merah.
Pengusaha: Jihad Ternak Sdn. Bhd.
Jumlah kambing: 500 ekor(masuk secara berfasa, jumlah keseluruhan 3000 ekor)

Sebahagian dari kandang kambing Jamnapari Jihad Ternak
Pandangan sisi kandang kambing
Anak kepada pekerja sedang bermain dengan jamnapari jantan
Jamnapari Jantan Jihad Ternak
Tempat menyimpan makanan
Keratan akhbar tentang projek Jihad Ternak

Khamis, Februari 15, 2007

Praktikal di Kg Wek 2

Pandangan sisi kandang2 kambing boer di Kg wek
Kambing2 dilepaskan di padang ragut
Bergambar dengan anak2 kambing bersama dengan Dr Shah
Bergambar dengan anak kambing yang lahir minggu lepas (rakaman sebelah)
Pekerja sedang memotong rumput minyak

Hujung minggu lepas(kebetulan ada masa sikit) saya pergi sekali lagi ke ladang yang sama, untuk melihat perkembangan anak kambing yang lahir minggu lepas di samping mengadakan aktiviti2 lain.

Antara yang terkini dan baru dimasukkan rakaman video ialah:

1. praktikal memotong rumput minyak
2. memesin rumput napier
3. memberi kambing-kambing makan
4. melepaskan kambing di padang ragut
5. memerah susu kambing edisi 2.


Tambahan baru:

1. ternakan ikan dalam sangkar: ikan keli
2. tempat penetasan telur ikan
3. ladang rusa dan butung unta di Kelantan.

semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang berminat.

Khamis, Februari 08, 2007

Lawatan Praktikal Di Pusat Ternakan Kambing Boer

Kandang kambing (pandangan tepi)
Anak kambing mati akibat lemas dan ibu tidak memberikan susu kolostrum (susu awal)
Anak kambing berumur 4 hari menjilat jari, lapar kot
Kambing pejantan boer yang dicampurkan dengan kambing betina untuk dibiakan

Beberapa hari lepas saya sempat melawat ke ladang2 sekitar negeri Kelantan.
sempatlah juga merakam video klip menarik untuk dikongsi bersama yang sempat diupload setakat ni. semoga ia boleh menjadi input berguna kepada semua, terutama yang baru ingin menceburi bidang penternakan kambing. antaranya ialah:
Clip Video:
1. Proses pengasingan induk bunting
2. Kambing beranak -real .... peluang besar bagi sesiapa yang peluang pernah melihat sendiri.
3. Kambing menjilat hidung anaknya yang baru lahir bagi memudahkan pernafasan anaknya.
4. Cara-cara praktikal mudah memerah susu kambing bunting dan yang telah melahirkan anak.
5. Memberikan susu botol kepada anak-anak kambing yang kematian induk or anak kembar lebih dari dua or ibu tak bagi susu kepada anaknya.


Anda semua boleh layari dengan memilih mana-mana satu rakaman VET TV disebelah kanan untuk melihat dengan mata sendiri kekuasaan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.
Wassalam.
p/s: sekadar berkongsi maklumat dan pengalaman. harap dapat membantu sesiapa yang berminat.