Pertanian

Friday, July 10, 2009

FAKTA: Rakyat Kelantan Berhak Dapat Royalti.

DSC_0338

Foto Ehsan LanJan

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM

Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Dato' Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144

Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144

Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri

Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)

Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Dato' Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA

Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

  • Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
  • Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
  • Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
  • Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

  • Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
  • Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
  • Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
  • Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
  • Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess

Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

  • A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
  • B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS

Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

  • Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
  • Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
  • B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan

Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu

JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

  • Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
  • Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.

Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.

Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.

(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

Sumber: Kickdefella

p/s: Syam Ghaz sebagai anak jati Kelantan menyokong 500% tindakan Kerajaan Kelantan menuntut balik royalti yang selama ini menjadi hak mutlak Rakyat Kelantan, sejak 2004 lagi. Adalah sangat wajar pihak Kerajaan Persekutuan memberikan royalti petroleum kembali kepada Kerajaan Negeri dan tidak mempolitikan isu ini (sepertimana di Terengganu sebelum ini) serta menyembunyikan maklumat-maklumat kepada umum. Pulangkan hak rakyat Kelantan!

Inilah masanya PM dan seluruh jentera Kerajaan membuktikan bahawa konsep 1 Malaysia benar-benar ingin dilaksanakan.

Labels:

Tuesday, July 07, 2009

Ladang Fertigasi MyAgro-Vet di Kuala Pilah N9

Ladang Fertigasi MyAgro-Vet seluas 3 ekar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diusahakan oleh ayah mertua saya, bekas Timbalan Pengarah RISDA, lulusan Ohio University. Memuatkan 3,000+ lebih pokok cili kulai bagi Fasa 1. Fasa 2, dijangkakan akan memulakan dengan 10,000 pokok. Dari aspek pemasaran kami pasarkan kepada pemborong-pemborong sekitar N9, Selangor dan Melaka.

Semaian anak benih
Persediaan polibeg
Pokok cili kulai mula membesar

Lebatnya...

Alhamdulillah, selepas 4 bulan inilah hasilnya... :)
Wah... panjangnyeeee... inilah hasil keberkatan usaha tanpa penat lelah selama ini.

Sekadar berkongsi cerita MyAgro-Vet. Nak copy kena minta izin dulu ya :)

FAKTA ANGKA & UNTUNG RUGI PROJEK FERTIGASI MYAGRO-VET:

Jumlah pokok ; 3,000+ pokok

Pekerja; 2 org - kerja kontrak selama 8 bulan

Keluasan tanah; 3 ekar

Pasaran; Selangor, Melaka & Negeri Sembilan

Mula projek; 1 April 2009

Tamat projek; Oktober 2009

Tempoh masa; 7 bulan

A. Modal

1. Kos per-unit RM5/pokok - termasuk polibeg, media penanaman, baja, benih dll: RM15,000

2. Jumlah pokok: 3000+

3. Upah buruh: RM1200/2 org x 8 bulan ;- RM9,600/8 bulan

Total kos: RM27,600

B. Keuntungan

Standard bagi pengeluaran hasil bagi setiap pokok Cili Kulai di Malaysia ialah 3kg/pokok, bermakna hasil yang akan diperolehi selama 3 bulan proses tuai ialah dalam 9,000kg/ 7 bulan. Maksimum boleh mencecah 5kg/pokok, iaitu 15,000kg/7 bulan. Purata pengeluaran ialah 12,000kg/ 7 bulan.

Harga pasaran minimum ialah RM4/kg - harga borong

Harga pasaran maksimum ialah RM7/kg - harga borong

Harga purata ialah:- RM5.50

Dengan mengandaikan berberapa indikator seperti diatas adalah digunakan, hasil hasil pendapatan yang diperolehi ialah;-

C. Pendapatan Purata (Jangkaan):

i. Pendapatan kasar

Hasil (kg) x Harga borong (RM)

12,000kg x RM5.50/kg = RM66,000/ 7 bulan @ RM9,428.57/bulan

ii. Pendapatan bersih

Hasil (RM) - Modal & Kos operasi

RM66,000/7 bulan - 27,600 = RM38,400/ 7 bulan @ RM5,485.71/ bulan - Pendapatan yang lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan N48 dan tidak terikat dengan waktu kerja dari 8pagi hingga 5 ptg stp hari.

D. Kesimpulan

Projek ini berdaya maju untuk dikomersilkan, dan untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi MyAgro-Vet akan menformulasikan sendiri baja khas untuk meningkatkan lagi pengeluaran hingga ke peringkat paling optimum (5kg/pokok/7 bulan) dan mencari rakan niaga yang sanggup membeli cili dengan harga yang kompetatif (lebih RM6/kg), dengan usaha ini insyaAllah ia akan membantu melonjakkan peningkatan produktiviti (15,000kg) dan hasil pendapatan (15,000 x RM6/kg = RM90,000/7 bulan @ RM62,400- bersih).

Dengan peningkatan hasil tersebut, kami bercadang untuk menambahkan lagi bilangan anak pokok dari 3,000 pokok kepada 10,000 pokok menjelang awal tahun 2010 nanti. Ia sebagai pelaburan masa depan kami untuk terus maju setapak demi setapat dalam industri ini.

Sesungguhnya projek pertanian boleh mendatangkan hasil yang lebih kepada sesiapa yang rajin berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Allah SWT telah sebut dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW sendiri telah menyatakan, buktinya memang nyata dan jelas dinyatakan sejak 1400+ tahun sebelum ini lagi. Cuma diperingkat kita mahu buat atau tidak je :)

Berikut adalah berberapa petikan-petikan maksud ayat Al-Quran dan Hadis Nabi yang ingin saya kongsikan bersama, semoga ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua.

Firman Allah SWT yang bermaksud; ”Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan..” (Al-A'raf:10).


Dan firmanNya lagi yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semula” (Al-Mulk:15).


Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik...” (Al-Baqarah:168).


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; “Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam”

Dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut sebagai contohnya:


1. Di bidang pertanian.

Hadith bermaksud: “Tiadalah seseorang mukmin itu menyamai akan semaian akan menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah(Riwayat Muslim).


2. Di bidang perusahaan.

Hadith bermaksud: “Sebaik-baik usaha ialah usaha seseorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat menasihati.” (Riwayat Ahmad).


3. Di bidang perniagaan.

Rasulullah s.a.w.juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim).


Semoga dengan ilmu yang sedikit saya ada, saya dapat kongsikan dan membantu sahabat-sahabat semua dalam menceburi sektor ini. Dengan harapan ilmu di dada ini terus berkembang subur dan dapat membantu sahabat-sahabat semua.

Syam Ghaz mendoakan kejayaan sahabat-sahabat semua dalam memeriahkan lagi industri pertanian dan seterusnya menjadikan ia sebagai sektor utama dalam menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi baru di Malaysia.

"Membangun Bersama Islam"

Syam Ghaz
Kelantan Serambi Mekah

p/s; kepada yang bekerja dari 8pagi - 5ptg, saya nasihatkan jgn berhenti kerja, buat projek ini secara part time. Bulan2 gaji dapat, site income pun dapat, hati senang, jiwa tenang... dan jgn lupa bersedekah & ingat Allah SWT.

Labels: , , ,

Friday, June 26, 2009

Kelantan Very Own SRI-Organic Paddy Field

Paddy Field Evening_0186

Sunset at the Paddy Field

It is a location worth shooting a movie. A damn romantic movie about love. An anti-establishment guy living in his world of organic living and a goddess trying to snatch him away. At the end of the day, the serenity of the paddy field, with all the lives surrounding it just lock the heart of the girl there and after all that they have gone through together, they live happily ever after.

I am talking about 20 acres of SRI-Organic Paddy Field in Tunjong, Kota Bharu developed under the Salor Care Foundation.

Paddy Field on Tele_0043

SRI

SRI or The System of Rice Intensification was developed in Madagascar and popularised in the 1980s by Henri de Laulanié, a French Jesuit priest. Developed quite experimentally and inductively, SRI is not a standardised technological method. More importantly, it is a methodology for comprehensively managing resources— changing the way land, seeds, water, nutrients and human labour are used. SRI is an amalgamation of multiple beneficial practices that Father de Laulanié observed. It involves,

  • Preparing high-quality land
  • Developing nutrient-rich and un-flooded nurseries
  • Using young seedlings for early transplantation
  • Transplanting the seedlings singly
  • Ensuring wider spacing between seedlings
  • Preferring compost or farmyard manure to
  • synthetic fertilisers
  • Managing water carefully so that the plants’ root zones moisten, but are not continuously saturated
  • Weeding frequently

Land preparation: The required moisture level has to be maintained uniformly. For best results, SRI requires careful ploughing, puddling, levelling and raking, with drainage facilitated by 30 cm wide channels at two-meter intervals across the field.

Organic Paddy Field_0063

Nurseries: The seedbeds have to be nutrient-rich and established as close to the main field as possible. This will enable quicker and easier transportation between the nurseries and the fields, minimizing both transport time and costs so that the seedlings are efficiently transplanted. No chemicals are applied to the seedbeds.

Transplanting: This has to take place when the seedlings are just 8 to 12 days old, soon after they have two leaves, and at least before the 15th day after sowing. The seedlings must be transplanted with their roots intact, while the seed sac is still attached. They must not be plunged too deep into the soil, but placed on the ground at the appropriate point on the planting grid. Transplanting should be at 1-2 cm depth at the most. Transplanting should be done quickly, after gently removing seedlings from the nursery bed. The roots should not dry out. Care should be taken to avoid causing trauma to the roots.

Organic Paddy Field_0468

Spacing: The seedlings should be planted at precise spacing, usually 25 X 25 cm, about 16 plants per square meter. Rice plant roots and canopies grow better if spaced widely, rather than densely. This exposes each plant to more sunlight, air and soil nutrients, and allows easier access for weeding.

Soil nutrients: It is better to use organic nutrients, as they are better at promoting the abundance and diversity of microorganisms, starting with beneficial bacteria and fungi in the soil. This will promote proper microbial activity, thereby improving production. Under SRI method, even farmers who do not have access to organic manure may use less chemical fertilisers.

Paddy Field Evening_0065

Home-made organic Fertiliser

Watering: SRI requires the root zone to be kept moist, not submerged. Water applications can be intermittent, leaving plant roots with sufficiency, rather than surfeit, of water. Such management encourages more extensive, healthy root systems, and avoids root degeneration. More intensive management involves daily application of small amounts of water on a levelled if field. Farmers can decide for themselves which system is feasible for them and most beneficial for their crop, given soil biota. Reliable and precise irrigation service delivery is important — especially in the early growth period. Once the roots are well established, irrigation can be halted for three to six days at a time to encourage downward root growth. Some drying out of the soil is beneficial for the roots and soil organisms. SRI uses much less water than conventional methods of rice cultivation.

Paddy Field Evening_0115

Weeding: Since there is no standing water and no continuous submergence of rice plants under SRI, weeds tend to proliferate, requiring careful and frequent weeding. The first weeding has to be done within 10 to 12 days of transplantation, and further weedings maybe required at intervals of 10-12 days. Weeding must continue until the crop has grown to such level that the canopy obviates weeding.

Paddy Field on Tele_0545

Pak Aep with his organic insectiside

Cost-effective in Every Way

The System of Rice Intensification improves yields with less water, less seed, and less chemical inputs than most conventional methods of rice cultivation. This means that the returns on inputs are higher, making the method potentially more profitable than most of the traditional methods. Initially it does require significantly more labour – mainly for preparing land and weeding. Most SRI farmers have found that as they get to know the methods better and gain confidence in them, their pace of work speeds up, and SRI actually becomes labour saving. SRI could contribute to job creation in rural areas. It is a different matter that SRI is becoming popular more for the obvious overall productivity gains in land, labour, water and capital.

Higher Yields

SRI improves the productivity of land, labour, water and capital used in rice cultivation. Implementation of SRI has helped improve the yield of local varieties by between 6 and 8 tonnes per hectare. With improved management, hybrid varieties have yielded between 10 and 12 tonnes per hectare under SRI. Often a 20 to 40% increase in yield compared to that under conventional methods is observed in SRI. However, the actual yield increases depend on how well farmers practice SRI.

Tunjong SRI-Organic Paddy Field

Paddy Field Evening_0002

The paddy field is under the supervision of Mr. Aep Saipudin, an expert in SRI-Organic farming from Indonesia. Its Patron is Hj. Husam Musa, the State Assemblyman for Salor.

At this Paddy Field utilising organic material is a priority. Water to irrigate the farm is treated organically using plants and effective microorganisms. This is important to ensure no chemical residue from fertiliser and pesticide wash into the paddy field.

No synthetic material is use. Fertiliser is develop at the field using goats manure, domestic kitchen waste, grass and other materials found at the paddy field itself. Same goes for the insecticide. A recipe consisting of local herbs, garlic and galangal are used.

Without the usage of chemicals, the soil and water are rich with bacteria, insects, fish and microorganism.

For further information on the SRI-Organic Paddy Field, please contact Mr. Nuri or Mr Kamarulzaman at 09 701 1604. Practical training and workshop on SRI-Organic Paddy Farming is also available to those who are interested to learn about this excellent venture.

To view more article on of Tunjong SRI-Organic Paddy Field please click here.

Labels:

Wednesday, June 24, 2009

KELANTAN Wujudkan DUN Organik Pertama


Salor, 3 Mei 2009. Kawasan Dewan Undangan Negeri Salor bakal menjadi DUN organik ulung di dunia. Begitulah hasrat yang terbuku di hati Ahli Dewan Undangan Negerinya, YB. Dato’ Haji Husam Musa yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato’ Haji Husam yang menyandang portfolia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri Kelantan melihat aktiviti pertanian secara organik mempunyai masa depan yang amat cerah kepada penduduk Salor selain daripada menjadikan Salor kawasan hijau yang dengan pencemaran yang minimum.

Berlandaskan matlamat Kebajikan dan Ekonomi, projek pertanian organik bagi DUN Salor ini diletakkan di bawah pertubuhan kebajikan SalorCare. SalorCare adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Dato’ Haji Husam sebagai platform untuk aktiviti kebajikan penduduk DUN tersebut.

Salorcare telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Sunnah Tani Sdn Bhd (STSB) bagi mengendalikan aktiviti pertanian organik tersebut. Menurut Sdr. Mohd Nuri Mat Yaakob, Pengarah Eksekutif STSB sebanyak 20 ekar telah diperuntukan di Tunjung bagi dijadikan zon penanaman padi SRI secara organik.

Tapak yang dikendalikan oleh STSB ini, selain bertujuan komersial, ia juga bermatlamat menjadi kawah ilmu bagi penduduk Salor belajar dan memahami kaedah pertanian secara organik.

“Penanaman padi SRI secara organik adalah satu daripada kitaran dalam pelan induk Salor DUN Organik yang dirancang Haji Husam”, kata Mohd. Nuri.

Kitaran tersebut melibatkan pemeliharaan kambing, lembu dan arnab secara organik dimana najis haiwan itu akan digunakan untuk menghasilkan baja organik secara teknik kompos dengan dicampur dari bahan sisa buangan domestik.

Bagi mengetahui lembih lanjut atau menyumbangkan kepakaran kepada projek ini, anda boleh hubungi pengarah eksekutif STSB (Sdr. Mohd Nuri atau Sdr. Kamarulzaman) atau penyelia projek STSB,En Farif Othman di talian 09 701 1604.

Syam Ghaz: Berasaskan maklumat ini, Negeri Kelantan akan mengajar secara percuma mereka-mereka yang berminat untuk belajar bagaimanakah cara untuk membuat EM-1, baja bio-organik, anti-pestisid organik, pertanian organik dll. Ia adalah langkah bagi memastikan Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 nanti.


Labels:

Monday, June 15, 2009

Terkini (Update)

Terkini di MyAgro-Vet kami telah menerima kunjungan delegasi dari Sarawak, iaitu dari syarikat DD PELITA CAPITAL SDN BHD dengan Pengarah MARDI Sarawak. Mereka bercadang untuk menanam Napier India IKN 091 diatas tanah seluas 15Ha sebagai percubaan sebelum menanam 50Ha selepas 1 pusingan.

Alhamdulillah hasil daripada kunjungan kali ini, semua wakil dari syarikat DD Pelita bersetuju untuk membeli benih Napier India IKN091.

Berikut adalah sedikit gambar-gambar yang ingin kami kongsikan bersama, disertakan juga gambar perbandingan antara Napier Taiwan dan Napier India KN091 (ditanam pada tarikh yang sama, tanah yang sama jenis, dan kadar pembajaan sama jenis kuantiti). Hasilnya anda boleh lihat sendiri di gambar (disebelah, sama2 berumur 45 hari - klik untuk besarkan saiz). Perbezaan ketara adalah dari aspek;

FIZIKAL ; -

i. Bilangan mata tunas sewaktu berumur 45 hari; -

- Napier India : 22 - 30 mata tunas
- Napier Taiwan : 4 - 5 mata tunas sahaja

ii. Hasil per Ha;-

- Napier India KN091 : 100 tan/ ha/ year
- Napier Taiwan: 20 tan/ ha year

iii. Daun Napier India IKN 91 lebih lebar dan lebih besar serta gelap.

ANALISIS :-

i. Napier India protein lebih 20% berbanding Napier Taiwan 12%

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli benih Napier India IKN091 bolehlah mengisi Borang Tempahan diruangan sebelah kanan atau Klik pada ruangan urusniaga. Terima kasih.

Disamping itu, akibat daripada kesan kemelesetan Ekonomi Malaysia (- 6%) dan dunia, syarikat kami akan melancarkan Kempen GO GREEN. Ia bertujuan bagi mengalakkan para penternak menanam rumput sebagai alternatif kepada makanan ternakan yang melambung tinggi saban hari dewasa ini, secara tidak langsung ia mampu mengurangkan beban para pengusaha untuk menampung kos operasi yang kian meningkat.

Antara pendekat yang kami akan ambil ialah;-

i. Memperkenalkan 6 jenis varieti rumput baru bagi memenuhi kehendak pelangan.

ii. Promosi harga 'durian runtuh' bagi jenis rumput biji Guinea, Ruzi, Atrtum & Paspalum Plicatulum untuk setiap pembelian 2kg ke atas, Harga yang ditawarkan ialah RM80/2kg termasuk kos penghantaran (sebelum ini RM96/2kg- jimat RM16)

iii. Khidmat nasihat dan konsultasi penanaman rumput kepada semua pembeli kami.

iv. Banyak lagi, akan ditambah secara berperingkat... :)

Dan dibawah ada berberapa keping gambar kambing2 kami yang sedia ada untuk dijual dengan harga yang paling kompetatif (Boer betina F1 & F2 hanya RM19.50/kg dan boer betina F4 dengan harga RM640/ekor)

Klik pada gambar untuk besarkan

Labels: , , ,

Sunday, May 31, 2009

Terkini

Salam,

Sekadar memaklumkan berita terkini buat shbt2 dan pengungjung setia blog saya. terima kasih diatas sokongan yang tidak putus2.

Terkini, saya tgh mengfokuskan dari aspek masa, tenaga dan kewangan utk menyiapkan 3 projek mega syrkt kami iaitu untuk menghasilkan Lab Kultur Tisu & Kilang Bio-Proses Enzim pertama di Kelantan dan menyiapkan kilang GMP kami di Machang.

Hasil daripada 3 projek ini, kami akan menubuhkan 3 buah anak syarikat baru bagi mengkomersilkan setiap teknologi yang ada pada kami untuk manfaat seluruh rakyat di Kelantan dan Malaysia.

InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kongsikan gambar2 kilang, makmal dan projek2 terbaru syarikat kami dengan shbt2 semua.

Terkini yang merisaukan saya adalah berkaitan penguncupan ekonomi Malaysia kepada -ve 6 %, signifikasinya ia akan memberikan impak besar kepada pertumbuhan semua sektor ejen ekonomi di Malaysia. Terutama sekali kepada sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor pertanian juga turut terjejas teruk.

Sekiranya kita tidak melihat pentanda2 ini dalam membuat forecast dalam pelan perniagaan, mungkin kita semua akan mengalami nasib yang sama sepertimana yang dihadapi oleh syarikat2 yang muflis pada tahun 1997(kegawatan ekonomi akibat manipulasi kewangan global).

Dalam masa terdekat (2hb - 8hb) saya akan 'naik' ke Pahang, Selangor,N9. dan mungkin ke Johor. Ada berberapa objektif perniagaan yang perlu dicapai bagi mengembangkan bidang perniagaan kami. Mengikut jadual yang dirancangkan kami akan mengadakan perbicangan khas dengan syarikat2 yang ada disekitar Lembah Klang dan pakar2 rujuk

Labels:

Wednesday, May 20, 2009

Cara Untung Atas Angin & 'Duit Free' Dan Hukumnya


Moga-moga kita semua tidak termasuk di dalam golongan dibawah. AMIN.

Disebabkan hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan, saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut isteri dan anakmu.

Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.

Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.

Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-

1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.

2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.

3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).

4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.

5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.

6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.

7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.

Hebat Tapi Haram?
Secara mudahnya kita dapat mengagak bahawa kes di atas berlaku disebabkan oleh salah satu sebab berikut :-

  • 1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
  • 2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
  • 3) Salah teknikal dan pengiraan.

Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-

1) Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

2) Disebutkan dalam hadith :-

لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-

1) Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.

Beberapa Bentuk Lagi

Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :-

1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.

Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.

2) Mencipta 'quotation' sendiri : Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan

Hukum : Haram kerana menipu.

3) Menaikkan Harga : Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.

Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.

4) Menang Tender Bersyarat : Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.

Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.

5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.

Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.

Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.

7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.

Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.

8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"

Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.

Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.

Wang Yang Diperolehi Dari Kerja Yang Telah Diberi Gaji

Saya faham, ramai yang cuba mendapatkan 'side income' dari cara-cara yang disebut di atas, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah dua hadis berikut :-

a) Nabi bersabda :

" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" ( Al-Bukhari & Muslim )

KESIMPULANNYA

Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yang terlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.

Penutup

Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Apabila wang dan pendapatn menjadi haram, doa tiada lagi dilihat dan diterima oleh Allah swt. Ibu kepada segala jenis doa adalah solat. Apabila solat sudah tidak lagi diterima, runtuhkan sensitiviti dan antenna agama dari dirinya, menyebabkan ia sesat dan terus menjauh dari Allah swt, menuju ke majlis hina bersama para iblis dan Syaitan. Moga dijauhkan Allah.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Ramadhan 1428 H

15 Sept 2007

ULANG SIAR PADA 12 MEI 2009

Labels:

Sunday, May 17, 2009

Prospek Penanaman Tebu Di Malaysia

Tebu merupakan tanaman yang jarang dibincangkan dikalangan petani Bumiputra, sedangkan potensinya cukup besar untuk dikomersilkan. Saya mula tertarik dengan projek penanaman tebu disebabkan proses penanaman tanaman ini (tebu) lebih kurang sama dengan benih napier india IKN091. Berikut adalah berberapa pengiraan ringkas daya maju projek penanaman tebu seluas 10 ekar.

Fakta Kos, Masa & Hasil

1 pusingan : 8 bulan
Harga anak benih : RM1-1.50/benih
1 ekar (penuh) : 42,000 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 42 tan

1 ekar (selingan dengan getah/sawit) : 500 ruas/ekar
Hasil 1 ekar : 7 tan

Berat 1 batang: 2-3kg

Jualan & Pasaran:

- Batang : 1 Batang RM 1-2
- Kg : 1kg RM0.50

- Pasaran : Kemuncak sewaktu Bulan Ramadhan - jadi kena rancang jadual betul2, jika nak dapatkan hasil tahun depan, bulan Jan dah kena start tanam.

Hasil kasar bagi 10 ekar tanam tebu:

Selingan dengan getah/ sawit;

7 tan x RM0.50 = RM3,500/ ekar x 10 ekar = RM35,000/10 ekar - sementara pokok getah dapat mengeluarkan hasil (getah boleh mula toreh bila mencecah umur 7 tahun), lebih baik petani/penoreh kita membuat tanaman intergrasi getah dengan tebu, ia mampu menjana RM245,000/ 7 tahun. - daripada 'tanam' rumput dan lalang, baik sesiapa2 yg ada tanah getah yg buat projek tanam semula tanam tebu dan mana2 tanaman yg boleh mengeluarkan hasil yg lumayan kepada kita semua.

Tanam Penuh

42 tan x RM0.50 = RM21,000/ ekar = RM210,000/10 ekar

Diharapkan maklumat diatas dapat membantu sahabat2 membuat perancangan bijak dalam mengusahakan tanah masing-masing, saya doakan semoga semua berjaya dan doakan kejayaan saya juga. Amin

Untuk maklumat lanjut sila Klik: Keistimewaan tanaman tebu

Labels:

Monday, May 04, 2009

Business Trip ke KEDAH

Alhamdulillah syukur dan puji kepada Allah SWT kerana saya masih sempat lagi untuk update blog ini, menghirup udara segar seawal pagi (1 pagi) dan diberikan peluang untuk terus mencari rezeki yang Halal. Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang bersyukur diatas segala pemberian-Nya.

Seminggu berlalu, ramai sahabat-sahabat bertanya... kemanakah menghilang? Jadi ingin saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi sedikit aktiviti yang kami lakukan pada minggu lepas 6 hari yang sunguh padat bagiku... bermula pada ahad, saya mendapat panggilan telefon dari pejabat SUK Kota Darulnaim ingin menjemput saya ke Kedah bersama-sama dengan YB Exco Pertanian, Industri Desa & Bioteknologi Negeri Kelantan, Timbalan Exco, Timbalan Pengarah UPEN, Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB), Pengarah & Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan dll. Boleh dikatakan semua yang hadir merupakan 'gergasi' dalam sektor pertanian-penternakan-perikanan di Negeri Serambi Mekah, Kelantan.

Dapat panggilan hari Ahad, petang tersebut saya dengan isteri terus berangkat ke Kedah jam 4.30pm dan sampai di Alor Setar jam 10.00 malam. Aktiviti padat selama 5 hari di Kedah dipenuhi dengan taklimat projek, lawatan ke tapak pertanian, perikanan dan ternakan di Kedah. Antaranya melawat tapak ladang jagung seluas 310Ha, projek fertigasi 18,000 pokok, projek ikan hiasan projek ikan sangkar terbuka (kerapu & aruan tasik), fidlot kerbau, ternakan puyuh mega, ladang anggur, projek agro industri dll.

Banyak projek-projek yang saya lawati, masalah utamanya ada Pasaran? terutama skali kepada pengusaha Melayu. Itulah realiti, dimana tempat yang saya sempat singgah masalahnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kesukaran untuk mendapatkan dan menembusi pasaran? Moga-moga dengan lawatan kali in memberikan impak yang besar kepada semua yang terlibat dan kepada pihak MyAgro-Vet, program kali ini kami dapat jutaan manfaat baru yang boleh ambil iktibar dan dijadikan landasan kepada perancangan strategik syarikat dalam mendepani tribulasi yang bakal kami hadapi nanti.

Terbarunya bagi memperkukuhkan daya saing syarikat, dan untuk itu kami kena mengatur strategi agar kami mampu berdiri sendiri dengan tidak timbul lagi masalah pada Supply chain management (SCM).

Berikut adalah perkembangan terkini syarikat, Alhamdulillah MyAgro-Vet telah dapat mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat korporat di Kelantan. Kini kami mempunyai 8 buah kandang (dengan kapasiti 3000 ekor pada suatu masa - gambar berikut adalah sebahagian kandang kami) diatas sebuah tanah seluas 80Ha dengan kemudahan lengkap. Kami juga mampu untuk membekalkan 100 ekor kambing boer pedaging/sembelihan dalam masa 1 minggu sahaja @ 400 ekor sebulan dengan harga RM460/ekor buat masa permulaan dan kini mempunyai stok boer bagi tujuan pembakaan dari F1 sampai F4 hampir 1000 ekor. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi kami dengan segera.

Banyak perkara yang ingin diceritakan, tetapi batasan waktu tidak mengizinkan kerana buat masa sekarang saya tengah study kesan kejatuhan ekonomi dan penularan wabak Selsema Babi terhadap sektor ternakan dan pembuatan makanan haiwan di Malaysia.

Moga cita-cita dan hasrat kami serta sahabat-sahabat semua menjadi kenyataan. Amin.

Selamat malam (pagi)

Syam Ghaz
1.40.. pagi 4 Mei 2009.

Labels:

Monday, April 20, 2009

MyAgro-Vet Revolution

MyAgro-Vet sedang merevolusikan strategi syarikat kami dalam mendepani arus globalisasi dan krisis ekonomi domino yang dihadapi dunia kini.

Untuk itu, kami perlu menerokai pasaran baru dalam sektor agro-bioteknologi berasaskan tanaman herba dan perlu melakukan inovasi terpilih terhadap pelan pembangunan syarikat. Tanaman terbaru yang syarikat telah kenalpasti ialah SERAI, hasil daripada projek ini MyAgro-Vet GREEN mampu untuk menjana pendapatan kasar dalam RM26,000/ekar/6 bulan. Sekiranya kami mampu mendapatkan tanah minimum seluas 10 ekar, InsyaAllah projek ini akan memberikan impak positif kepada kewangan syarikat, iaitu kami mampu menjana RM260,000 dalam masa 6 bulan sahaja.

Justeru itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mengusahakan projek ini, pihak syarikat MyAgro-Vet melalui jabatan MyAgro-Vet GREEN sanggup memberikan khidmat konsultan kepada SEMUA mereka yang berminat dan ingin menceburi sektor ini(penanaman serai), selain daripada sektor penternakan. Disini juga saya nak kongsikan sedikit analisis saya tentang daya maju projek ini melalui Jadual Hasil seekar penanaman projek SERAI dengan sahabat-sahabat semua, maklumat penuh ada saya sediakan di ruangan DOWNLOAD KERTAS KERJA, ia adalah PERCUMA untuk semua.

HASIL BAGI PROJEK SERAI 1 EKAR

Bil

Perkara

Kuantiti

Harga/Unit (RM)

Jumlah (RM)

1

Hasil minimum

20,000kg/ekar

RM1.30/kg

26,000

2

Modal pembangunan

RM4260.20

1 ekar

4260.2

Pendapatan Bersih

21,739.8

Sila dapatkan salinan Draf Proposal Projek Serai Melalui Sistem Ladang Kontrak
di ruangan sebelah kanan, di DOWNLOAD KERTAS KERJA.


Untuk maklumat semua pihak, saya ingin membuat sedikit pengumuman, bahawasanya kami sedang re-structure semua plan perancangan strategik syarikat dan keptusannya MyAgro-Vet GROUP akan dipecahkan kepada berberapa bahagian bagi memudahkan pengurusan dan perjalanan projek, iaitu;

1. MyAgro-Vet GREEN (tanaman, anak benih, rumput, herba, fertigasi dll),

2. MyAgro-Vet LIVESTOCK
(ternakan seperti lembu dan kambing),

3. MyAgro-Vet FEEDMILL
(dedak kambing, kuda dan ikan keli),

4. MyAgro-Vet RM
(bahan mentah, input pertanian, baja bio-organik),

5. MyAgro-Vet TRANSPORT
(perkhidmatan lori dari Johor-Melaka-Negeri Sembilan-Selangor-KL-Kuantan-Kota Bharu)

dan berberapa bahagian baru yang akan diwujudkan nanti. MyAgro-Vet CLINIC akan ditangguhkan buat sementara waktu. InsyaAllah dengan penstrukturan baru ini kami akan lebih maju kehadapan. Doakan kejayaan kami juga, semoga berkat doa sahabat2 kita semua akan berjaya. Amin.

Labels:

Wednesday, April 15, 2009

Stok akan dibawa masuk ke kandang MyAgro-Vet

MyAgro-Vet dalam usaha menyusun berberapa pendekatan bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat saban hari. Pasaran kambing di Kelantan cukup tinggi untuk baka 'baru' dari jenis Feral, ia bagi memenuhi pasaran Aqiqah dan kambing baka FullBlood Boer. Manakala bagi luar Kelantan, mojoritinya ingin mendapatkan kambing Katjang, Anglo Nubian, Saanen, Boer betina F1-F4 dan bagi pasaran Jamnapari sedikit merosot berbanding tahun lepas, 2008.

Justeru itu, bagi memenuhi kehendak pelangan, kami akan membawa masuk baka-baka kambing kambing dara Anglo Nubian, baka penjantan Boer fullblood, Red Boer, Saanen cross dan terbaru, iaitu kambing French Alpine (susu) dengan harga yang paling kompetatif bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan luar Kelantan.


Berikut adalah sedikit gambar-gambar kambing Saanen yang kami akan bawa masuk pada hujung bulan ini. Semoga dengan sedikit gambaran ini, sahabat-sahabat dapat membuat pilihan dan menjadi tarikan untuk datang melawat ke kandang kambing kami. Jika nak buat site visit, after 5.30pm no problem :) . Klik pada Gambar untuk besarkan saiz? agak-agak berapa Liter sehari susu yang mampu dikeluarkan oleh Ibu Saanen yang kami bakal bawa masuk nanti? :)

Labels:

Tuesday, April 14, 2009

Analisis: Perbandingan Ketara Napier India IKN091 & Napier Taiwan

Rumput Napier India IKN091 dan Rumput Napier Taiwan mana lebih baik? Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang perbezaan 2 jenis rumput ini.

Jadi saya mengambil sedikit kesempatan masa saya untuk menulis berkenaan persoalan yang sering dibangkitkan ini.

Satu jadual perbandingan saya sertakan untuk rujukan semua pihak, kajian ini dikeluarkan oleh MARDI, JPH, Prof Zaki, dan dijalankan oleh saya dengan pasukan penyelidikan kami.

Keputusan yang kami perolehi ialah;

1. Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan bantang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tenggi berbanding Napier Taiwan. Dimana Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.


2. Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan IKN091, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

3. Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru.

Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya. Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki.

JADUAL 1: Perbandingan Peratus Protein Dalam 10 Jenis Rumput Bagi Ternakan.

PERBANDINGAN PERATUS PROTEIN DALAM RUMPUT MENGIKUT JENIS RUMPUT

JENIS RUMPUT

PERATUS PRTEIN

HASIL/HA/THN

ANALISIS DARIPADA

Napier India

Batang - 19%

Daun - 20%

100 tan

Keputusan daripada analisis pihak MARDI & Penyelidikan Prof Zaki

Rumput Kerbau

13.6%

6 – 12 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Setaria

12.4 %

16.6 – 18.6 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Kuda

11.9 %

20 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Humidicola

10.2 %

11 – 18 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Napier Taiwan/ Gajah

10.0 %

20 – 30 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput MARDI Digit

9.0 %

16 – 23 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV & MARDI

Rumput Signal –beracun kepada kambing

8.5 %

14 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Para

8.1 %

15 – 20 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Parit

7.5.%

6 – 10 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV


Berikut adalah FAKTA yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar & MARDI dan PERBANDINGAN ringkas yang saya buat untuk menyatakan dengan jelas perbezaan peratus protein dan hasil per ha per tahun bagi Napier IKN91 dan 9 jenis rumput lain. Salinan analisis MARDI akan diberikan kepada sesiapa yang berkenaan sahaja.

Keputusan berikut adalah hasil daripada analisis yang kami lakukan, kepada pihak yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan membuat tempahan boleh menghubungi saya atau Prof Zaki pada bila-bila masa sahaja. DAN jangan lupa, dalam membangunkan ladang pastura, 4 aspek penting memainkan peranan iaitu Benih-Baja-Pengairan-Pengurusan.

Secara keseluruhannya bagi pihak kami yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami yakin bahawa Rumput Napier India IKN091 adalah lebih baik daripada Rumput Napier Taiwan. Dan peratus protein yang tinggi pada daun dan batang rumput Napier IKN091, ia mampu untuk mengantikan hampir 90 % penggunaan dedak dalam pemakanan harian seterusnya menjimatkan hampir 60% kos operasi di ladang ternakan penternak di Malaysia.

Selain daripada benih Napier India IKN091 tulen, kami juga ada menjual 4 jenis biji rumput yang sesuai untuk padang ragut di tempat anda iaitu;

1. Purple guinea @ Rumput Kuda (panicum maximum TD58) - RM38/kg

2. Atratum grass (paspalum atratum) - RM38/kg

3. Thapra Stylo (stylosanthes guianensis CIAT 184) - RM40/kg

4. Ruzi grass (brachiaria ruziziensis) - RM38/kg - Sesuai untuk mengantikan benih rumput minyak yang sukar diperolehi skrg.

Harga yang ditawarkan adalah yang paling kompetatif dan penghantaran adalah melalui lori, pos laju, bas, kapal terbang, kargo dan meliputi Seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak.

Diharapkan maklumat ringkas tentang penulisan saya tentang rumput dapat membantu sahabat-sahabat ternak membuat keputusan tepat. Kami juga menyediakan baja khas bagi Rumput Napier IKN091, khidmat konsultasi (seluruh Malaysia) dan khidmat penanaman daripada membajak-menabur benih-membaja-menabur benih-pengairan (Semenanjung sahaja)

Syam Ghaz - Agribusiness
Dr NiMz (my wife) - Dr Veterinar

p/s: Pihak MyAgr0-Vet tidak bertanggungjawab di atas kerugian atau kerosakkan tuan / puan disebabkan oleh penggunaan atau aplikasi berdasarkan kandungan atau catatan dari blog ini.

Labels:

Sunday, April 12, 2009

Restructure

Alhamdulillah, akhirnya saya ketemui juga 'jalan' yang tepat bagi meneruskan fokus kami dalam sektor pertanian-penternakan di Kelantan dan Malaysia umumnya.

Blog saya akan dikemaskini buat sementara waktu, ia bertujuan bagi kami re-structure plan perniagan dan menyusun strategi baru syarikat kami bagi memastikan ia berdaya saing dalam industri ini.

InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan update blog ini dari masa ke semasa. Aktiviti jualan syarikat kami tetap teruskan.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan 5 baka Kambing (Boer, Jamnapari, Anglo Nubian, Saanen dan French Alpine dll), 5 jenis rumput (ragut & potong), baja bio-organik, cecair EM-1, anak pokok gaharu dsbnya dengan harga yang paling kompetatif boleh menghubungi kami dari masa ke semasa (melalui borang tempahan/ SMS/ E-mail). Atau boleh ke blog jualan kami di; SILA KLIK.

Buat sahabat karib, sahabat niaga dan semua pengungjung blog saya, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Selamat berniaga & Semoga berjaya. Amin

Syam Ghaz
2.31 pagi - 12 April 2009.

Labels:

Saturday, March 28, 2009

Rumput Ragut Spesis Terbaru Keluaran MyAgro-Vet

Syarikat kami akan memasarkan rumput-rumput ragutan untuk haiwan ternakan terbaru yang diimport khas dari luar negara dengan harga yang paling kompetatif di Malaysia.

Berikut adalah 4 jenis rumput yang kami akan promosikan tidak lama lagi iaitu;

1. Purple guinea (panicum maximum TD58) - RM38/kg

2. Atratum grass (paspalum atratum) - RM38/kg

3. Thapra Stylo (stylosanthes guianensis CIAT 184) - RM40/kg

4. Ruzi grass (brachiaria ruziziensis) - RM38/kg

Semua benih rumput ini guna biji benih (forage seeds).

Harga pasaran di Malaysia lebih RM40/kg.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar, boleh menghubungi/SMS/E-mail pada saya segera. Tempahan adalah dibuka mulai hari ini.

Berikut adalah ciri-ciri dan gambar jenis rumput ragut yang berkaitan;

Ruzi grass

Ruzi grass (Brachiaria ruziziensis)

- Dry matter forage yield 12-15 ton/ha/year

(Protein content 7-10%)

- Good palatability and good quality forage

- Good germinated seed

- Prefer fertile and well drained soil

Purple Guinea grass

Purple Guinea grass (Panicum maximum TD 58)

- High dry matter forage yield 15-20 ton/ha/year

(Protein content 7-10%)

- Good germinated seed

- Requires fertile soil

Atratum grass

Atratum grass (Paspalum atratum)

- Dry matter forage yield 15-20 ton/ha/year

(Protein content 7-8%)

- Good germinated seed

- Suitable to wet area


Thapra Stylo

Thapra Stylo (Stylosanthes guianensis CIAT 184)

- Dry matter forage yield 9-15 ton/ha/year

(Protein content 16-20%)

- Stay green in dry season

- Adapted to acid and infertile soil

Jika dibandingkan dengan Napier India IKN091, rumput IKN091 jauh lebih baik dari segi % protein dan hasil. Cuma bagi ternakan, terutama yang mempunyai padang ragut, kepelbagaian rumput ragut perlu bagi memastikan keseimbangan makanan ternakan kita semua.

Sekian, sekadar itu sahaja perkongsian ilmu dan jenis rumput pada minggu ini, selamat bercuti dan berhujung minggu. Jangan lupa malam ni EARTH HOUR -28 Mac 2009. Tutup elektrtik!

p/s; Pagi esok (29hb Mac 2009) saya akan bertoolak ke Perak, 31 Mac ke Senawang , N9, 1 dan 2hb April jika jadi kami akan ke Muar, Johor, 3 dan 4 hb ke Pahang, seterusnya balik ke Kelantan. Ops pusing Malaysia, banyak aktiviti perniagaan, sambil jalan-jalan jumpa shbt2 dan family di Kg.

Labels:

Thursday, March 12, 2009

Rangkaian Produk & Harga MyAgro-Vet

Bagi memastikan syarikat kami terus relevan dengan situasi kegawatan ekonomi yang melanda Dunia dan Malaysia sekarang. Kami telah menambah berberapa jenis haiwan/barang/produk/makanan baru syarikat, berikut ialah apa yang kami tawarkan;


BIL

PRODUK

HARGA

CATITAN

1

Kambing


* Proses hanya 3 minggu sahaja

* Sistem pembayaran 20%+30%+50%

* Perjanjian bertulis & Khidmat guaman

* Diagnosis penyakit Brucella & FMD

* Khidmat Perubatan Veterinar & makanan percuma semasa proses pemeliharaan.

* Kos pengangkutan ditangung ½ &

* Termasuk permit perjalanan

i. Anglo-nubian

RM16.50/kg

ii. Boer F1-F2

RM20-RM21/kg

iii. Boer F3-F4

RM21-RM22/kg

iv. British Alpine (susu)

RM21-RM22/kg

v. Saanen (susu)

RM21-RM22/kg

vi. Toggenberg (susu)

RM21-RM22/kg

2

Dedak



i. Dedak kambing

RM22.50/25kg

* Tidak termasuk kos pengangkutan

ii. Dedak kuda

RM30/25kg

* Tidak termasuk kos pengangkutan

iii. Dedak itik penelur

RM30/25kg

* Tidak termasuk kos pengangkutan

3.

Benih rumput napier IKN 091

RM0.20/1ruas & RM0.50/polibeg

* Tidak termasuk kos pengangkutan

4.

Baja bio-organik

RM30/25kg

* Tidak termasuk kos pengangkutan

5

Cecair EM-1 1L

RM25/1L

* Tidak termasuk kos pengangkutan

6

Anak pokok gaharu

RM18/pokok

* Tidak termasuk kos pengangkutan

7

Induk lintah

RM90-150/kg

* Tidak termasuk kos pengangkutan

8

Daging kambing BBQ

RM20/kg

* Tidak termasuk kos pengangkutan, kecuali 10kg keatas. Sekitar Kota Bharu sahaja.


Sebarang urusniaga pembelian boleh KLIK

Labels:

Napier IKN091 Boleh Ganti DEDAK - % Protein & Hasil Tinggi

KADAR PERTUMBUHAN NAPIER INDIA/ HARI.

UMUR POKOK

GAMBAR

CATITAN

1 hari

100 ruas benih napier india IKN 091 perlu disimpan dalam guni lembab bagi memastikan keluar mata tunas baru

Anak benih yang sudah dipotong & disemai baru mengeluarkan mata tunas

Hari 3

Semaian benih perlu dilakukan bagi memastikan peratus hidup setiap pokok adalah tinggi apabila ditanam di dalam tanah. Hari ke 3 mata tunas mula keluar.

4 hari

Mata tunas yang berumur 4 hari.

6 hari

Mata tunas yang sedia untuk ditanam. Saiz pangkal batang lebih kurang batang pensil.

1 minggu

Napier india IKN 091 yang sudah ditanam didalam tanah. Siraman cukup perlu diberikan. Pembajaan hanya dengan 150g baja khas.

2 minggu

Napier india IKN 091 cepat membesar dengan mengunakan baja khas dan air yang cukup.

3 minggu

Napier IKN 091 mula mengeluarkan 4 mata tunas pada minggu ke 3.

4 mata tunas. Klik pada gambar untuk besar & kira sendiri.

2 bulan +

Ketinggian sudah melebihi 5 kaki. 1 batang napier India mampu mencapai berat 1kg. Pembajaan 150g lagi perlu sebelum harvest.

Setiap ruas/ benih akan mengeluarkan minimum 13 hingga 20 mata tunas baru. Berbanding napier taiwan antara 4-7 mata tunas sahaja. Bandingkan saiz pangkal batang dengan saiz business card.

Saiz batang yang besar, dibandingkan dengan saiz business card.

Daun hijau pekat dan melebar menandakan ia tinggi kandungan protein dan subur. Sedia untuk dijadikan makanan ternakan. Protein 16-20% berbanding napier taiwan hanya

CATITAN: Pada umur 45 hari pokok rumput Napier IKN 091 sudah boleh dipotong untuk dijadikan makanan ternakan. Peratus protein adalah pada tahap optimum pada hari yang ke 45. Bagi penghasilan benih, pokok perlu ditanam selama 4 bulan.

PERBANDINGAN PERATUS PROTEIN DALAM RUMPUT MENGIKUT JENIS RUMPUT

JENIS RUMPUT

PERATUS PRTEIN

HASIL/HA/THN

ANALISIS DARIPADA

Napier India

Batang - 19%

Daun - 20%

100 tan

Keputusan daripada analisis pihak MARDI & Penyelidikan Prof Zaki

Rumput Kerbau

13.6%

6 – 12 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Setaria

12.4 %

16.6 – 18.6 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Kuda

11.9 %

20 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Humidicola

10.2 %

11 – 18 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Napier Taiwan/ Gajah

10.0 %

20 – 30 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput MARDI Digit

9.0 %

16 – 23 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV & MARDI

Rumput Signal –beracun kepada kambing

8.5 %

14 – 26 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Para

8.1 %

15 – 20 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV

Rumput Parit

7.5.%

6 – 10 tan

Keputusan daripada analisis pihak JPV
























Berikut adalah FACT & FIGURE data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar & MARDI tentang peratus protein dan hasil per ha per tahun bagi Napier IKN91 dan 9 jenis rumput lain. Salinan analisis MARDI akan diberikan kepada sesiapa yang berkenaan sahaja. Jika berminat ingin membeli Napier IKN091 boleh KLIK


MANUAL PENANAMAN RUMPUT NAPIER IKN 091

BIL

TINDAKAN

GAMBAR

CATITAN

1

Gali lubang pada tanah sedalam 5cm

Baca BismilLah & seelok-eloknya benih ditanam pada waktu awal pagi atau petang.

Bagi keadaan biasa, tanah perlu dibajak. Batas wajib dibuat bagi tanah yang tengelam bila waktu hujan.

2

Letak 150g baja bio-organik

Baja bio-organik/ baja khas adalah wajib diletakkan di dalam lubang sewaktu tanam kedalam tanah.

3

Letak benih yang sudah bercambah

Benih diletakkan dalam keadaan mendatar. Sekiranya benih dipacak ia akan meninggikan % kematian anak benih.

4

Timbuskan dengan tanah

Timbus dengan kedalaman - tidak tengelam sepenuhnya mata tunas

5

Siraman air yang secukupnya. Terutamanya waktu musim panas.

Siap dan siraman air perlu dilakukan sewaktu cuaca panas.

6

Rumput subur dengan baja yang cukup

Rumput Napier IKN 091 yang berumur 3 minggu yang subur dengan baja khas. Sudah mampu mengeluarkan 4 mata tunas.

7

Rumput tidak subur tanpa pembajaan.

Rumput Napier IKN 091 tanpa baja (kawalan). Daun halus, pucat dan tiada mata tunas baru yang keluar pada umur 3 minggu.


CATITAN: Semoga manual penanaman ringkas ini dapat membantu sahabat-sahabat semua. Hubungi saya sekiranya ada masalah. TQ

Labels:

Wednesday, March 04, 2009

Kelantan Koridor Gaharu/ Agarwood 2

Pengenalan Pokok GAHARU/ DEPU/ KARAS/ AGARWOOD

Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.

Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa. Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.


Senario di dalam Industri Gaharu


* Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.

* Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.

* Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).


* Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran. (sumber: TRAFFIC International 2002)

* Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu

* Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di

1. Tanah terbiar

2. Kawasan rezab hutan simpan


3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.


4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.


* Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport.


* Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan pencerobohan kawasan hutan


KELANTAN KORIDOR GAHARU?

BENAR, bagi menyahut langkah yang Kerajaan Persekutuan, Negeri Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain dalam sektor penanaman gaharu secara komersil di Malaysia. Projek ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PMBK Sawit Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbandanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).


Bagi peringkat permulaan PMBK Sawit telah
memperuntukan tanah seluas 425 ekar bagi penanaman gaharu di Kelantan. Proses penanaman gaharu telah dimulakan sejak Jun 2008, dimana sebanyak 60,000 anak pokok gaharu dari spesis Crasna, Sub-Intergra & Malaccensis telah ditanam. Bagi setiap keluasan 1 ekar, sebanyak 400 pokok boleh ditanam dengan jarak 3 menter kali 4 meter diantara setiap pokok. Anggaran minimum pendapatan yang boleh diperolehi dari penghasilan teras atau Heartwood yang terbentuk menerusi proses rawatan dalam tempoh 8 ke 10 tahun ialah berjumlah RM5,000 bagi setiap pokok. Anggaran ini berdasarkan kepada penghasilan gred terendah dengan harga pasaran semasa lebih kurang RM1,000 per kilogram dan tidak termasuk pulangan menerusi proses penghasilan minyak gaharu dari kulit pokok tersebut.

Oleh yang demikian, secara
minimum dianggarkan setiap ekar yang ditanam boleh menghasilkan pulangan sebanyak RM2 juta. Jika 425 ekar? ia bersamaan RM850 juta! Projek ini akab menjadi sebagai 'vehicle' yang paling berpotensi untuk memacu sumber ekonomi negeri secara mapan tidak lama lagi.
Nilai pasaran antarabangsa bagi produk-produk yang dihasilkan dari resin dan teras gaharu nilainya di pasaran antarabangsa boleh mencecah USD30,000 (lebih dari RM100,000) sekilogram.

Semua fakta-fakta berikut saya perolehi dari sumber internet dan
MAJALAH QIADAH - keluaran PMBK. Sekiranya ada sesiapa yang berminat ingin menanam gaharu sebagai pelaburan jangka masa sederhana, anda digalakkan untu menghubungi saya bagi mendapatkan benih gaharu yang bermutu dan berkualiti tinggi. Iaitu dari spesis Crasna, Sub-Intergra & Malaccensis dengan harga yang sangat berpatutan. Slik KLIK untuk belian.

Berikut (gambar-gambar dalam artikel ini - boleh 'klik' pada gambar jika ingin baca dengan lebih jelas) adalah sebahagian dari Artikel di Majalah QIADAH yang ingin saya kongsikan bersama-sama sahabat semua. Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan Majalah QIADAH yang bertemakan 'ABSOLUTE KELANTAN' boleh menempah buku terbabit dengan saya, cas RM10 saya kenakan bagi tujuan penghantaran melalui POS LAJU. Terima kasih.

Labels: ,

Monday, March 02, 2009

Rumput Napier India IKN091 BOLEH GANTI Dedak!

Prof Zaki & penemuannya. Artikel ini keluar akhbar SINAR HARIAN, Jumaat 27 Feb 2009.

Kesempatan cuti hujung minggu ini saya telah mengadakan berberapa pertemuan dengan berberapa rakan dan sifu saya berkaitan dalam industri ternakan di Malaysia, antaranya Prof Zaki.

Hasil pertemuan terkini, rumput Napier India IKN091 mampu untuk mengantikan pengambilan makanan ternakan/ dedak bagi kambing, berbiri dan lembu. Ini adalah disebabkan kandungan proteinnya sangat tinggi iaitu antara 16 hingga 19% (Analisis % Protein daripada MARDI. Kandungan protein perlu bagi kambing adalah hanya 14% sehari sahaja). - kenyataan daripada sifu saya, Prof Zaki, Syam Ghaz yg merupakan pengeluar & penjual makanan ternakan (kambing, kuda & itik) & isteri seorg Dr Veterinar.

Satu kajian juga telah dijalankan oleh institusi penyelidikan tempatan, yang jelas menyatakan bahawa Napier India IKN091 lebih tinggi kandungan proteinnya berbanding Napier Taiwan.

Justeru itu, sesiapa yang berminat untuk menanam rumput Napier India IKN091 bagi mengantikan dedak yang ada sekarang, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan ANAK BENIH. Gambar di sebelah kiri adalah gambar benih napier india IKN091 yg saya tanam. Malah bagi meninggikan hasil & kualiti Napier India IKN091 yang dihasilkan, saya juga turut menjual BAJA KHAS untuk rumput Napier India. Harga adalah boleh dirunding. Untuk belian sila KLIK.

Bagi saya, tanaman alternatif seperti ini sangat perlu bagi mengantikan makanan ternakan yang sedia ada dipasaran sekarang. Saya juga percaya, kesan daripada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang, harga makanan ternakan juga akan meningkat naik, semua penternak akan cuba untuk mengecilkan kos operasi (makanan ternakan dsbnya) dan pengurusan. Justeru itu saya memberikan JALAN PENYELESAIAN kepada semua penternak, iaitu dengan menanam rumput napier india dan jadikan ia sebagai makanan utama ternakan anda.

KELEBIHAN NAPIER INDIA IKN091:

# Protein lebih tinggi berbanding Napier Taiwan & Dedak Haiwan.

# Kadar tumbesaran sangat cepat, 25 hari tanam sudah boleh harvest.

# Matang pada umur 4 bulan, untuk buat benih.

# Saiznya lebih besar berbanding Napier Taiwan.

# Kadar pertumbuhan mana tunas lebih tinggi, 1 benih mengeluarkan 20+/- mata tunas.

# Paling PENTING: HARGANYA MURAH & PROTEIN TINGGI.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4kaki x 4kaki = 3,200 pokok seekar.

# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput. Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!

# Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india IKN091 mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan! DAN ia mampu menjimatkan RM8,100 sebulan! (pengiraan: 3kg/hari dedak kmbg makan x 100 ekor kambing x 30 hari x RM0.90/kg= RM8,100).

# Jika 4 bulan? ia mampu untuk menjimatkan RM32,400/4 bulan!! Angka yang cukup besar terutamanya waktu ekonomi dan politik tengah gawat sekarang ni. Untuk belian sila KLIK.

Labels: , ,

Thursday, February 26, 2009

Terjemahkan Blog Anda Kepada 42 Bahasa Dunia Sekarang

Khas untuk para blogger seluruh Malaysia. Untuk menulis dalam 2 bahasa bagi satu2 artikel adalah perkara yg sangat merumitkan dan banyak membazirkan masa Justeru ini, apakata shbt2 semua menggunakan teknologi sedia ada dalam internet untuk menterjemahkan apa2 yg anda tulis kepada hampir SEMUA bahasa di DUNIA. Skrg saya sudah boleh belajar dan memahami artikel yg ditulis dalam bahasa JEPUN, CHINA, Thailand dsbnya.

Bergitu juga untuk kita
membaca bahan2 ilmiah yg ditulis dalam bahasa ARAB(kitab2 lama, artikel2 ilmiah dsbnya) dan blog bahasa JEPUN (untuk belajar berkenaan teknologi Moden, Teknologi EM) dsbnya.

Kini blog saya sudah dikunjungi dari 10buah negara di dunia dan boleh dibaca dalam 42 jenis bahasa. Termasuklah Jepun, Korea, Arab, Thai dsbnya.

Ini adalah peluang besar kepada semua para blogger untuk mengWORLDkan pandangan/kritikan/penulisan anda ke seluruh pelusuk dunia dan difahami oleh semua ummat manusia.

Sila ke link ini untuk register: http://translate.google.com/translate_tools?hl=en&sl=id

Harap perkhabaran ini mengembirakan semua pihak dan dapat membantu shbt2 semua
menjadi blogger bertaraf dunia. Sekiranya maklumat ini bermanafaat untuk semua, harap tolong sebar-sebarkan ke SEMUA para blogger di Malaysia. Dan doakan juga kejayaan saya. Amin.'

MANSUHKAN Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Syam Ghaz
ibnu_ghaz@yahoo।com

p/s; Sedikit kekesalan yg tidak dapat dibayangkannya ialah, dalam banyak2 42 bahasa TIADA SATU PUN "BAHASA MELAYU", yg ada hanya BAHASA INDONESIA. Mungkin inilah kesan akibat daripada kelemahan PEMIMPIN MELAYU yg LEMAH & GILA PANGKAT sampaikan bahasa sendiri pun digadaikan demi karier politik.

Jangan tidak percaya andaikata Org2 di MONGOLIA dapat membaca ulasan berita berat sebelah di Malaysia - tentang PEMBUNUHAN ALTANTUNYA tidak lama lagi

Labels:

Tuesday, February 24, 2009

Bengkel Antarabangsa Kyusei Nature Farming

Semua peserta yang hadir di Bengkel Antarabangsa Kyusei Nature Farming, Bangkok, Thailand pada 16-19 Febuari 2009.

Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke Kota Bharu, Malaysia jam 10+ malam pada Khamis 19 Febuari 2009 dan diberikan peluang oleh Kerajaan Negeri/Syarikat untuk sama-sama turut serta ke Bengkel Antarabangsa Kyusei Nature Farming, Sara Buri Center, Bangkok, Thailand. Bengkel selama 4 hari 3 malam ini telah disertai oleh 9 buah negara iaitu Malaysia, New Zealand, Taiwan, China, Jepun, Pakistan, India, Myanmar dan Bhutan. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan Asia Pacific Natural Agriculture Network (APNAN), yang bertugas di Sara Buri Center, Bangkok, Thailand.

Kerajaan Kelantan menghantar 'TOP GUN' yang diketuai sendiri oleh Exco Kerajaan Negeri KELANTAN. - GAMBAR; Dari kiri; En Ab.Llah (Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan), En Nik Kamarazaman (Pengurus Besar KPKB), En. Hazwan (dari Selangor-termasuk), En Kanit (berbaju putih -Pengarah, Sara Buri Center), Hj Wan Jamaluddin (Pengarah Urusan JAMOF Kelantan), En Nazwan (Timbalan Pengarah Bhgn Pertanian & Sumber Asli UPEN) dan ME (Syam Ghaz)


Bengkel tersebut padat dengan pembentangan 11 kertas kertas kerja utama seperti;

i. APNAN?
ii. Kyusei Nature Farming
iii. EM Technology
iv. Sara Buri Center - Activities
v. EM Related Material
vi. Animal Husbandry

vii. Mushroom Cultivation
viii. Vegetable, Rice, Fruit Cultivation
ix. EM For Enviroment

x. Healing Forest
xi. Organic Fruits Cultivation

xii. Demontrasi & Latihan Praktikal


Semasa di sana, En. Nik telah membentangkan tentang aktiviti EM yang telah dilakukan di Negeri Kelantan, pembentangan tersebut amat menarik. Bergitu juga pembentangan dari negara-negara lain.




Malam terakhir di Sara Buri Center, telah diadakan satu Majlis Penyampaian Sijil, ia disampaikan sendiri oleh Mr Tatsuo Harakawa, Pengarah Urusan International Nature Farming Research Center (INFRC) yang datang dari Jepun.



Sememangnya banyak perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama,

terutamanya dalam aspek teknologi EM bagi menyahkan bau busuk sisa buangan pertanian-sampah sarap, pemulihan alam sekitar, pertanian organik, penghasilan buah. Secara keseluruhnnya aplikasi EM boleh dipecahkan kepada 4 sektor, iaitu sektor pertanian, perikanan. penternakan dan alam sekitar.


Kepada sesiapa yang berminat dan ingin belajar, boleh EMAIL kepada saya. Nak beli cecair EM-1, dalam sukatan 1L pun boleh order dengan saya dengan harga yg lebih murah dari harga pasaran di Malaysia. Apakah itu EM & bagaimanakah untuk mengunakannya? Sila KLIK



EM juga digunakan secara meluas dalam;

  • Dalam Rumah

    • Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
    • Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
    • Membantu menghalau serangga
    • Membasuh lantai

  • Pertanian

    • Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
    • Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
    • Sebagai baja untuk tanaman
    • Memulih tanah yang· bermasalah
    • Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos

  • Penternakan

    • Menjadi makanan tambahan kepada haiwan ternakan
    • Haiwan menjadi lebih sihat
    • Menghilangkan bau najis haiwan ternakan

  • Longkang/Sungai

    • Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk


Semua Nota-Nota pembentangan di sana, saya sempat ambil. Sesiapa yang berminat bolehlah DOWNLOAD dalam ruangan download kertas kerja, ianya PERCUMA/FREE. Sebar-sebarkanlah kepada semua andaikata ia bermanfaat & doakan saya terus berjaya. Amin.


EMAIL DARI MR JUN MATSUMOTO.


Dear Hisyamuddin san,

Thank you for sending us the wonderful blog. We will let Sawada know this as well. I hope you can expand EM technology in Malaysia.

Best Regards,


Jun Matsumoto
Manager

Asia Pasific Nature Agriculture Network (APNAN)

Labels: