Rabu, Februari 26, 2014

KELULUT ADALAH SATU SUB SPESIS DENGAN LEBAH MADU



LEBAH KELULUT ADALAH LEBAH DAN IA SATU SUB-FAMILI DENGAN LEBAH MADU/APIS

Lebah kelulut adalah spesis LEBAH yang tidak bersengat, sebagai bukti ia dari sub famili APOIDAE iaitu sejenis seranga yang mempunyai larva dan makan debunga dan nektar.

Dari Sub Famili terdapat 3 jenis iaitu:

i. Lebah Apis - Lebah Madu (Apiculture)
ii. Lebah tidak bersengat/ Stingless Bee- Meliponini (Meliponiculture)
iii. Lebah kecil - Bumblebees (Bombiculture)

Lihat gambarajah dibawah, ia menerangkan bahawa Kelulut boleh juga dipanggi LEBAH



Dan madu serta cairan yang dihasilkan oleh LEBAH kelulut adalah sama seperti yang disebut dalam Al-Quran dalam surah An Nahlu ayat ke 68 & 69 seperti dibawah:

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."


FAKTA ini menafikan polemik yang berlaku, apabila ada yang menyatakan bahwa, KELULUT BUKAN LEBAH. Gambarajah ringkahs dibawah menerangkan segalanya.

Sebarkan jika ia dapat membantu anda serta rakan2 lain.

Admin FB: Mohd Hisyamuddin Ghazali

Untuk info lebih lengkap sila ke: www.lebahkelulut.com

Artikel Terkait