Memaparkan catatan dengan label Ayam Herba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam Herba. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 03, 2010

Projek AYAM KAMPUNG HERBA, ORGANIK & HALAL

Projek perintis ternakan Ayam Kg Herba dimulakan dengan R & D dalam penghasilan dedak dan sistem pengurusan ternakan ayam kg pada awal Januari 2010 oleh sykt.

Projek ini mensasarkan 2 Objektif utama iaitu:

i. Mempelopori penternakan dan pemasaran Ayam Herba & Organik untuk pasaran HALAL di Kelantan dan Malaysia menggunakan aplikas Bioteknologi terkini.

ii.Mempromosikan produk keluaran daging ayam alternatif yang HALAL, TOYYIBAH & baik untuk KESIHATAN.

Alhamdulillah bulan ini ia mula dikembangkan secara berperingkat bermula dengan 5,000 ekor/pusingan hinggalah kepada sasaran 30,000 ekor/puisngan dengan kapasiti optimum reban mampu menampung 120,000ekor dlm satu2 masa. Produk yang dihasilkan dalam bentuk sejukbeku bagi memudahkan penghataran

Mohon jasa baik shbt2 dan pengunjung blog ini untuk doakan projek ini berjaya dengan baik,terutamanya sebagai alternatif kepada produk2 ayam yg ada dipasaran sekarang dan sebagai fardhu kifayah kepada semua umat Islam di Malaysia. Amin :)

p/s; kepada rakan2 yang berminat untuk menjadi PENGEDAR dan PEMBORONG di Daerah & Negeri masing2 bolehlah menghubungi saya mulai hari ini. Iklan melalui radio (Kelantan.FM, IKIM.FM) dan akhbar cetak & elektronik akan dimulakan secara berperingkat2. Fasa pertama dalam Kelantan, fasa kedua untuk edisi Nasional, dijangkakan pada bulan Oktober dan November :)

Harga Pemborong: RM10.90/ekor - dengan pembelian 100ekor ke atas.

Harga Pengedar: RM11.90/ekor - dengan pembelian 10 ekor ke atas

Harga Pengguna: RM12.90/ekor :)

Projek ini telah mendapat pengiktirafan sijilHALAL daripada JAKIM, disertakan dengan pembungkusan menarik dan penghantaran ke Seluruh Negara mulai Oktober 2010. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Pemborong, Pengedar dan Pembeli boleh menghubungi saya segera. Syam - 013-2199643

Khamis, Mei 20, 2010

Projek Permulaanku (Ternakan Ayam Herba) dan aktiviti2 lain yg memang BEST :)

Minggu ni walaupun amat super padat dgn aktiviti sosial nak susun program pelajar lepas SPM-450 org perserta, reuinon kawan2 lama, setup berberapa bisnes baru. Alhamdulillah sempat jugalah bt aktiviti rutin yg menjadi hobi dan kegemaranku. Antaranya;

Melawat Bendang Padi ORGANIK menggunakan kaedah SRI, ia mampu memberikan pulangan lebih 10tan per ha, berbanding kaedah konvensional yg menggunakan racun-baja kimia dsbnya yg hasilnya cuma 4 tan (purata seluruh Malaysia). kosnya pula amat berbaloi, kerana permintaan terhadap padi organik amat tinggi di pasaran. Adakah anda sedar? Anda semua sedang MEMBUNUH secara perlahan2 anak2 dan family anda dgn memberikan mereka makan BERAS yg ada dipasaran skrg? Kenapa? kerana kadar RACUNnya amat2 tinggi. Tak percaya pergilah check sendiri, ada racun KULAT dlm tu utk bagi beras tahan lama... dan banyak lagi racun2 rumpai, racun serangga perosak, isinya pula membesar dgn baja2 kimia.... "PUNCA penyakit datangnya dari apa yg kita Makan" - sebahagian Hadis yg diriwayatkan oleh para2 shbt2, daripada kata2 Rasulullah SAW.

Sempat juga pusing pasar2 borong, survey bisness baru yg boleh diambil inisiatif lepas2 ni. antaranya projek yg dikenalpasti ialah TERNAKAN IKAN HARUAN, harga pasaran runcit di Kelantan RM15/kg, harga pasaran runcit di N9 RM25, di Melaka RM39 dan di Selangor RM30 keatas. MAHAL kan? berbanding dgn ikan patin yg cuma RM3/kg, ikan keli RM4/kg, ternakan ikan haruan lebih mendatangkan pulangan yg 3-4 kali ganda lebih lumayan. Kebetulan sempat mtg bersama2 Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (mtg pasal benda lain, tetapi kebetulan jumpa, teruslah tanya). Katanya permintaan terhadap ikan haruan amat tinggi, terutamanya selepas rakyat umum sedar tentang KELEBIHAN KHASIAT IKAN HARUAN kepada manusia. Cuma kaedah pemeliharaan sedikit rumit dan masa agak panjang :) SEMUA tu boleh diatasi andaikata ada KEMAHUAN, betul tak??

Selain daripada kerja HOBI, kerja bisness tidak juga dilupakan. APA BISNESS baru yg sy ingin kongsikan minggu ini? Bermula bulan Julai, saya akan mulakan projek ternakan Ayam Kg Herba sebanyak 30,000 ekor sebagai permulaan projek. Ia akan dimulakan secara berperingkat-peringkat. Kelebihan ayam kg herba berbanding ayam daging yg ada dipasaran skrg? BANYAK sgt2, dan Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri dah mencuba ayam kg herba yg kami usahakan, KATANYA: Sedap!!! buat apa lagi nak makan mknn yg ada bahan KIMIA, makan sahaja yg ORGANIK. InsyaAllah jika tidak menjadi masalah tahun depan syarikat kami akan lancarkan, mohon shbt2 mendoakan kejayaan saya utk menyediakan alternatif kepada makanan yg kita makan skrg, kerana ia menjadi fardhu Kifayah utk mana2 org Islam melalukannya, jika KITA tidak buat, SIAPA lagi??? doakan kejayaan saya. Amin :)

Last2 skali nak kongsi berita GEMBIRA, Alhamdulillah BENIH PISANG KULTUR PERTAMA melalui teknologi Kultur Tisu hasil daripada Teknologi UPM dan USM telah berjaya diluarkan. Alhamdulillah. TEMPAHAN anak pisang kultur tisu dibuka skrg :)

Khamis, Mei 06, 2010

Aktivitiku - Kilang GMP - Kultur Tisu - Ayam Herba dll

Lama tidak update blog ini, kebetulan jadual yg sgt padat dgn program2 bisness. Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk menulis berberapa perkara berkaitan akitiviti semasa ku :)

Alhamdulillah kini syarikat saya telah;-

i. Merasmikan kilang berstatus GMP di Labok, Machang - khusus untuk penghasilan produk2 penjagaan diri seperti sabun, scrub, syampu, dll. Sesiapa yang berminat bagi menghasilkan produk masing2/ syarikat kami menyediakan khidmat contract manufacturing.

ii. Makmal kultur tisu juga telah beroperasi dan kini mampu mengeluarkan 20,000-30,000 pokok sebulan mulai Julai 2010, kini pengeluaran terhad dengan permintaan sangat tinggi. Saya kini tengah mencari baka-baka pisang berkualiti tinggi, terutamanya pisang2 ASAL bukan kultur tisu, untuk dijadikan germplasma baka2 pisang berkualiti. Spesis pisang yg dicari ialah pisang berangan, nangka, kebatu, tanduk dan rastali.

iii. Projek ternakan ayam herba, Alhamdulillah telah membuahkan hasil yg menakjubkan. Terutamanya apabila formula dedak herba yg kami berjaya hasilkan mampu menandingi dedak2 Gred A yg ada dipasaran skrg. InsyaAllah kilang dedak akan dihasilkan dalam masa terdekat.

iv. EMTEC pula sudah mula beroperasi dengan 2 biorektor yang setiap satu berkapasiti menghasilkan 3000L EMAS, bermakna kami mampu menghasilkan 6000L larutan EMAS (EM Activated Solution) dalam satu2 masa. [Gambar: Biorektor EMTEC]. InsyaAllah teknologi Effective mikrob akan dikembangkan setapak lagi nanti :)

v. Projek2 lama juga diteruskan, projek kambing, jualan benih2 rumput ragut (ruzi, guinea, atratum, stylo, hamata dll) dan potong (napier India IKN091) dsbnya tetap ada. [Gambar: Batang Napier India sebesar lengan untuk ternakan ruminan] :)

Kini apa yg tengah saya lakukan? saya tgh nak setup satu proposal bagi membina kilang dedak ayam herba yang HALAL, 100% organik dan keluaran Muslim bagi memenuhi kehendak pasaran semasa. Kerana pasaran semasa dedak ayam di Malaysia cukup besar iaitu 3 juta tan setahun, untuk Kelantan sahaja 8 juta tan setahun.

Rakan2 juga boleh mengikuti perkembangan saya di facebook, ADD SAYA dengan nick name "Syam Ghaz":
Syam Ghaz

Ahad, Disember 20, 2009

Mini SARA BURI di Machang, Kelantan

Alhamdulillah hampir sebulan tidak sempat update blog ini, kebetulan selepas sahaja balik dari Bio-Malaysia haritu, saya terus diamanahkan berberapa projek penting untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat.

Antaranya menciptakan formulasi makanan ayam organik-herba (100% organik & 0% bahan kimia) dan projek ayam herba, mewujudkan EM Technolgy & Entrepreneurial Center(EMTEC), menguruskan test plot ladang pisang organik tahun 2010 - kami bercadang nak buka ladang komersil) dll dan mengerakkan NGO's di Kelantan bagi menuntut royalti petroleum daripada Persekutuan Malaysia (Sy jadi SU, GEGAR detail ttg ni boleh masuk blog GABUNGAN). Disebelah kiri atas adalah gambar saya denganTok Guru & Sifu saya :)

Harini rasa mcm tak sempat juga nak tulis panjang-panjang (kena siapkan satu proposal master plan business nex year), Berikut adalah sedikit tentang EMTEC @ Mini Sara Buri.

EM Technolgy & Entrepreneurial Center(EMTEC)

VISI EMTEC

Melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera dalam lingkungan persekitaran harmoni.

MISI EMTEC

Ke arah penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian dengan aplikasi teknologi EM.

FUNGSI EMTEC

Sebagai pusat pengembangan Teknologi EM dan keusahawanan.

SEKTOR PENGLIBATAN

Pertanian

· Fruits & Vegetables

· Bio-fertilizer

· Aquaculture

· Animal Husbandry

Alam Sekitar

· Water Treatment

· Waste Management

· Household Uses

Mikrobilogi

· Microbial bioreactor

· HALAL Probiotik

Health

· Healthcare product

· EM candy

· Herba

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti saya yang padat, biarlah gambar2 dibawah menceritakan sendiri apa yg saya buat ya :)

Perbincangan dengan syarikat Korea dan syarikat Enzim Malaysia Sdn Bhd bagi menghasilkan formulasi makanan khusus ternakan ayam dll di Bio Malaysia 2009.

Bergambar dengan Bio-reaktor EMAS kami, sesiapa yang berminat boleh order dengan saya.

Saya bersarapan pagi bersama YB Zul, Suhaizi bersarapan pagi di rumah Pak Su (Pengarah EM Admins) bersama Mr. T. Sawada (Pengarah JAMOF) di Pulau Pinang.

Banner EMTEC - hasil daripada keputusan mtg di Penang maka usaha dibawah dilaksanakan.

Bangunan Utama EMTEC dengan Dewan Utama boleh memuatkan 400 orang peserta.

Bilik Latihan EMTEC yang serba cangih serta mampu memuatkan 200
orang peserta pada satu masa


14 buah Chalet ala Home Stay turut juga disediakan.

Pusat Latihan Praktikal utk membuat memelihara kambing, membuat baja kompos-hilangkan bau najis haiwan, baja bokashi, mud ball, silaj, penanaman sayuran herba dll.

Sebagai sokong padu keatas usaha memperkenalkan EM secara lebih meluas, EMTEC telah menjemput delegasi dari Jepun ( Mr. T. Sawada), Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang (YB Lydia Ong Kok Fooi), Syrkt EM Admins (Mr. Paksoo dan family), Pengerusi Perdagangan Indonesi-Malaysia Thailand dll bertemu dengan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Taklimat kepada Exco, UPEN, PKINK, MPKB dll disampaikan oleh Pak Soo di Bilik Mesyuarat MMK.

Sebagai tanda komitmen dan keyakinan saya, saya sendiri telah meminum EM (Probiotik), itu adalah tangan saya.

Pada hari yang sama saya dan Tok Guru saya juga berjaya menghasilkan Dedak Ayam 100% Organik dan 0% Bahan Kimia. Alhamdulillah :)

Percubaan kepada anak-anak ayam, semua makan dengan 'lahap' sekali. Anak-anak ayam kampung ini akan diletakkan di EMTEC.

Semalam sehari suntuk juga saya adakan berberapa aktiviti taklimat, praktikal membuat Silaj kepada staf EMTEC dan EM Muffin yg akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tong yang mampu memuatkan 100kg rumput yg bakal menjadi Silaj (daripada Napier India IKN091) berberapa hari lagi. Secara tidak langsung usaha ini akan membantu para pengusaha menjimatkan kos makanan ternakan kepada 60% seharian.

Siap sepenuhnya, 4 hari lagi kambing2 di EMTEC boleh 'ngap'

Hari pertama saya di Sara Buri, Bangkok. Saya sudah menanam hasrat untuk membuat Mini Sara Buri di bumi Kelantan.

InsyaAllah dengan sedikit ilmu dan sokongan pakar2 EM (terutama Paksoo, Mr T.Sawada, Dr Higa), sokongan padu kerajaan Negeri (terutama YB Zul, YB Che Lah dll) Mini Sara Buri di Kelantan akan diwujudkan tidak lama lagi. Sara Buri adalah hasil usaha Dr Higa, EMRO (EM Research Organisation), APNAN (Asia Pasific Agricuture Network), Negara Thailand dan penduduk setempat.
Lebih lanjut tentang aktiviti saya di Sara Buri boleh baca di link ini. Sila klik Bengkel Antarabangsa Kyusei Nature Farming

Selasa, November 03, 2009

Kapsul Ubat HARAM: Gelatin babi dicop HALAL

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Sumber: Malaysiakini.Com

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.
Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Komen Syam Ghaz:
Tahniah kepada Prof Madya Dr Gam Lay Harn kerana mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai produk Halal & Haram yang ada dipasaran Malaysia walaupun beliau bukan seorang Muslim. Yang peliknya, bukan muslim bersungguh2 dalam bab ni, kemanakah agaknya profesional Muslim yang ada kat Malaysia ni, apa yang mereka buat? dan dimanakah peranan HDC yang baru ditubuhkan dengan dana ratusan juta ringgit?

Takkan lah benda sekecil ini Malaysia selaku negara 'Islam' tidak mampu untuk mengawalnya, sama2 kita fikir-fikirkan dan ambil tindakan bersama agar semua perkara yang membabitkan HALAL-HARAM ini dipandang serius oleh semua masyarakat.
Berbalik kepada kita sebagai pengguna Muslim?

Adakah kita sedar bahawa setiap benda yang kita makan sekarang adalah tidak diketahui sumbernya samada HALAL atau HARAM? Majoriti makanan yang ada dipasaran adalah tidak diyakini HALAL 100%.



Cthnya: Saya ambil contoh AYAM, sebab semua umat Islam di Malaysia ni makan ayam. Adakah ayam yang kita makan tu HALAL atau HARAM? untuk mengetahuinya.. kita boleh perhatikan makananan ayam@dedak yang ayam daging makan, dulunya heboh tentang penggunaan
Enzim Babi dalam Ayam & Makanan Ayam.

Jadi sama2 kita fikirkan balik, adakah makanan yg kita makan skrg adalah 100% HALAL?


Untuk itu, sykt saya sedang mengusahakan projek membuat Dedak Ayam dan Ayam Herba yang dijamin 100% HALAL bagi memenuhi kehendak pasaran Pengguna Muslim. Sementara itu saya cadang gunalah produk ayam HALAL yang dikeluarkan oleh HPA, Az-Zain (Dr Zainol) dan shbt2 Pengusaha Muslim yang lain. Doakan kejayaan kami :)


p/s; Kadang2 duk terfikir... situasi di Malaysia ni, penggunanya adalam majoriti Muslim, sedangkan yang buat produk Halal adalah 70% non-muslim. Pelik dan ganjil bukan? Kenapakan shbt2 Muslim kita tidak boleh berjaya?? Atau adakah kita cukup selesa dengan budaya makan gaji dan tidak minat dalam bidang keusahawanan?? 9 daripada 10 rezeki adalah datangnya daripada PERNIAGAAN - Rasullulah SAW.

KLIK pada gambar (atas) Khinzir & Keturunannya utk produk2 dari BABI!

Rabu, Ogos 26, 2009

Projek RAMADHAN

Alhamdulillah harini dah sampai 100 ekor anak2 ayam kampung perintis untuk dijadikan bahan ujikaji bagi.

i. Dedak Ayam Herba
ii. Pengurusan Ternakan Sistem Sendiri & Praktikal
iii. Pengurusan Reban Efektif
iv. Pengurusan Penyakit dll

InsyaAllah, jika berjaya dengan baik projek perintis ini, kami akan cuba naik hingga ke peringkat industri iaitu bagi penghasilan;-

i. Makanan ternakan sendiri

ii. Penghasilan baka ayam kampung - penentasan sendiri

iii. Ladang Komersil dan Penghasilan daging segar& HALAL

iv. Pasaran produk2 hiliran ayam yg HALAL

Semua 4 perkara diatas kebanyakkannya dimonopoli oleh shbt non Muslim.

Pada masa yang sama projek2 sedia ada kami tetap teruskan iaitu kajian tentang potensi Itik Muskovi & Ayam Turki disamping aktiviti jualan kami mengfokuskan kepada;-

i. Jualan4 jenis Kambing - Boer, Anglo, Saanen & Jamnapari

ii. Benih Rumput Napier India IKN091, Guinea (Kuda), Ruzi, Atratum, Stylo dll

iii. Dedak Kambing dan Dedak Kuda bermutu tinggi (kini digunakan di UPM & Kuda2 Istana Terengganu)

iv. Anak Pokok Pisang Berangan

v. Terbaru - Khidmat Analisis Sampel dengan kerjasama NanoC Sdn Bhd &

vi. Jualan KUDA - yg kini sudah berjaya sampai ke JOHOR.

Doakan kami berjaya. Salam Ramadhan buat semua.

Syam Ghaz

p/s; baru balik dari buat reban anak ayam.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari Kami yang ingin dikongsikan dengan sahabat2.

Ayam Turki & Serati Muskovi yang baru berumur 3 bulan

Anak ayam kampung 100 ekor yang baru sampai semalam

Cutenya... masih mengantuk lagi agaknya ni

Diajar dilepaskan ke atas tanah agar dapat disesuaikan dengan tempat baru - utk hilangkan stress dalam perjalanan panjang.

Hehe... control macho, bergambar depan kamera

Anak-anak pokok pisang jelai berangan kultur tisu sedia untuk dijual
Projek perintis tanaman pisang kultur tisu di Rantau Panjang, gambar baru lepas bajak & siapkan pagar.
\Fuhh... masih panass!! formulasi terbaru dedak KUDA (antara pelangan tetap kami ialah Kuda Untuk Istana Sultan Mizan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kuda2 lumba), shbt2 nak cuba bgtaulah, terbukti berkesan dan setaraf makanan IMPORT :) Lepas ni segala aktivti R & D akan kami fokuskan kepada penghasilan Dedak AYAM yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetatif di Malaysia.

Dan inilah benih Rumput Napier India IKN091 yang berkualiti tinggi dengan % Protein melebihi 19% dan hasil melebihi 100 tan/ ha/ tahun sesuai untuk ternakan Ruminan (Kambing, Lembu, Kuda, Rusa dll).

Jualan kambing2 Anglo, Saanen, Boer (stok untuk dijual ada: Boer dara F1/F2 100 ekor) dll juga tetap diteruskan :)