Memaparkan catatan dengan label Veterinar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Veterinar. Papar semua catatan

Rabu, Mac 02, 2011

KENALI RUMPUT PASTURA ANDA :)

KENALI PASTURA ANDA
…………..FAKTA RINGKAS BERKENAAN RUMPUT ANDA


RUMPUT RUZI

Nama Saintifik : Bracharia ruziziensis

Nama lain : Rumput Ruzi , Congo Signal Grass, Prostrate Signal Grass(Eropah)
Pasto Ruzi (Spain), Ruziziensis (Portugis)

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Sesuai ditanam di kawasan
teduhan spt ladang sawit. Getah,kelapa dll..

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur dan saliran yang baik . Tanah yang
Kurang subur memerlukan pembajaan secara berkala. (pH 5.0-6.8)

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Boleh bertahan dlm
cuaca kemarau sehingga 5 bln.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 10-13%). Di tanah yg subur kadar protein
Boleh mencecah 18-20%(SRI LANGKA). Tanah kurang subur
6-8% (BRAZIL).
Bagi pembuatan Hay – IVDMD – (61%), Crude Fibre-(80.5%),
NDF- (72.8%), ME –(7.9Mj/kg)

Kelebihan : * Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (15-20 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai dijadikan rumput kering (hay)

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Tak sesuai utk tanah yg banjir / bertakung .
* Kadar pertumbuhan yg perlahan jika kemarau berpanjangan.


RUMPUT GUINEA

Nama Saintifik
: Panicum Maximum TD 58

Nama lain : Rumput Kuda (MAL/INDON), Mijo de Guinea (ARGENTINA),
Ginea kibi (JAPAN), erva de Guinea (BRAZIL),
Guinea buffelgras ( S.AFRIKA)

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur dan saliran yang baik . Tanah yang
Kurang subur memerlukan pembajaan secara berkala. (pH 5.0-6.8)

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Boleh bertahan dlm
cuaca kemarau sehingga 5 bln.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 6-23%%). Di tanah yg subur kadar protein
Boleh mencecah 23%(PERU). Tanah kurang subur
6-8% (COOK ISLAND).
Bagi pembuatan Hay – IVDMD – 64% (2 mggu) 50% (8mggu)),
P (0.15-0.18%) ,Ca (0.6-0.8%), Na (0.07-0.12%)

Kelebihan : * Berdaun lebat dan mempunyai ketahanan penyakit
* Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (15-20 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai dijadikan padang ragut,foder dan rumput kering (hay)
* Menjadi makanan ternakan ikan di Vietnam

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Tak sesuai utk tanah yg banjir / bertakung .
* Menjadi agak keras jika melebihi 120 hari pusingan.


RUMPUT ATRATUM

Nama Saintifik
: Paspalum atratum

Nama lain : Atra paspalum (USA), Atratum (Asia Tenggara),
Capim pojuca (BRAZIL), Pasto pojuca(VENUZELA),

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Kerap banjir atau air bertakung.

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tahap” water table” yg tinggi tidak
Menjejaskan tanaman.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 11%). – IVDMD – 50-68%

Kelebihan : * Berdaun lebat dan mempunyai ketahanan penyakit
* Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (11-15 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan berair dan dilanda banjir
* Menjadi makanan ternakan ikan di Vietnam

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Batang agak keras jika tiada pemotongan melebihi 4 bulan .
* Kadar germination antara 50-60% .


RUMPUT PLICATULUM

Nama Saintifik : Paspalum Plicatulum

Nama lain : Plicat paspalum (USA), Paspalum (Asia Tenggara),
Capim pojuca (BRAZIL), Pasto pojuca(VENUZELA),

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Kerap banjir atau air bertakung.

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tahap water table yg tinggi tidak
Menjejaskan tanaman.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 11%). – IVDMD – 50-68%

Kelebihan : * Berdaun lebat dan mempunyai ketahanan penyakit
* Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (11-15 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan berair dan dilanda banjir
* Menjadi makanan ternakan ikan di Vietnam

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Batang agak keras jika tiada pemotongan melebihi 4 bulan .
* Kadar germination antara 50-60% .



KEKACANG HAMATA

Nama Saintifik : Stylo guianensis CIAT 184

Nama lain : Rumput Stylo (Asia Tenggara),Caribean Stylo (UK), Verano (SPAIN),
Cheesytoes (USA), Mother Segal (West INDIES), Lucy Julia (Cayman Is),

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Berpasir serta sedikit berasid

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tanah berpasir,tanah liat serta berasid
Tidak menjejaskan tanaman ini. Tidak baik untuk ragutan kurang dari
8 mggu setiap pusingan.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 12-23%). – IVDMD – 60-65% ( 66-72% in leaf and
33-57% in stem ) , P (0.16-0.37%),


Kelebihan : * Amat sesuai utk tanah berpasir serta agak berasid (pH 4.0-8.5)
* Kualiti rumput yang baik.
* Memerlukan kadar P yg rendah
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (10-12T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan cuaca ekstrem.
* Menjadi makanan ternakan babi di Vietnam/ Laos

Kekurangan : * Tidak sesuai ditanam bercampur dengan rumput lain.
* Kadar pertumbuhan yg agak perlahan berbanding rumput lain.
* Kadar pemakanan melebihi 40% kepada ternakan akan mengakibatkan
ternakan mengalami kembong (bloat).
* Tidak sesuai untuk penternak yg mempunyai kawasan tanah terhad.


KEKACANG STYLO

Nama Saintifik : Stylo guianensis CIAT 184

Nama lain : Rumput Stylo (Asia Tenggara/UK),alfalfa-do-nordesto(PORTUGUESE),
Tabardillo (SPAIN), Brasilliansche Luzeme( Germany)

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Berpasir serta sedikit berasid

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tanah berpasir,tanah liat serta berasid
Tidak menjejaskan tanaman ini. Tidak baik untuk ragutan kurang dari
8 mggu setiap pusingan.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 12-20%). – IVDMD – 52-65%, P (0.2-0.6%),
Ca (o.6-1.6%)

Kelebihan : * Amat sesuai utk tanah berpasir serta agak berasid (pH 4.0-8.5)
* Kualiti rumput yang baik.
* Memerlukan kadar P yg rendah
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (10-12T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan cuaca ekstrem.
* Menjadi makanan ternakan babi di Vietnam/ Laos

Kekurangan : * Tidak sesuai ditanam bercampur dengan rumput lain.
* Kadar pertumbuhan yg agak perlahan berbanding rumput lain.
* Kadar pemakanan melebihi 40% kepada ternakan akan mengakibatkan
Ternakan mengalami kembong (bloat).
* Tidak sesuai untuk penternak yg mempunyai kawasan tanah terhad.

Selasa, Ogos 03, 2010

Projek AYAM KAMPUNG HERBA, ORGANIK & HALAL

Projek perintis ternakan Ayam Kg Herba dimulakan dengan R & D dalam penghasilan dedak dan sistem pengurusan ternakan ayam kg pada awal Januari 2010 oleh sykt.

Projek ini mensasarkan 2 Objektif utama iaitu:

i. Mempelopori penternakan dan pemasaran Ayam Herba & Organik untuk pasaran HALAL di Kelantan dan Malaysia menggunakan aplikas Bioteknologi terkini.

ii.Mempromosikan produk keluaran daging ayam alternatif yang HALAL, TOYYIBAH & baik untuk KESIHATAN.

Alhamdulillah bulan ini ia mula dikembangkan secara berperingkat bermula dengan 5,000 ekor/pusingan hinggalah kepada sasaran 30,000 ekor/puisngan dengan kapasiti optimum reban mampu menampung 120,000ekor dlm satu2 masa. Produk yang dihasilkan dalam bentuk sejukbeku bagi memudahkan penghataran

Mohon jasa baik shbt2 dan pengunjung blog ini untuk doakan projek ini berjaya dengan baik,terutamanya sebagai alternatif kepada produk2 ayam yg ada dipasaran sekarang dan sebagai fardhu kifayah kepada semua umat Islam di Malaysia. Amin :)

p/s; kepada rakan2 yang berminat untuk menjadi PENGEDAR dan PEMBORONG di Daerah & Negeri masing2 bolehlah menghubungi saya mulai hari ini. Iklan melalui radio (Kelantan.FM, IKIM.FM) dan akhbar cetak & elektronik akan dimulakan secara berperingkat2. Fasa pertama dalam Kelantan, fasa kedua untuk edisi Nasional, dijangkakan pada bulan Oktober dan November :)

Harga Pemborong: RM10.90/ekor - dengan pembelian 100ekor ke atas.

Harga Pengedar: RM11.90/ekor - dengan pembelian 10 ekor ke atas

Harga Pengguna: RM12.90/ekor :)

Projek ini telah mendapat pengiktirafan sijilHALAL daripada JAKIM, disertakan dengan pembungkusan menarik dan penghantaran ke Seluruh Negara mulai Oktober 2010. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Pemborong, Pengedar dan Pembeli boleh menghubungi saya segera. Syam - 013-2199643

Ahad, Oktober 25, 2009

Penjantan Super K-KatBoer (Kambing Boer + Katjang) dan Projek Pisang Berangan

Berberapa minggu kebelakangan ni amat memenatkan sikit, dengan aktiviti syarikat yang makin 'super padat' dan urusan niaga yang Alhamdulillah saban hari makin meningkat.

Terima kasih diatas sokongan padu yang diberikan oleh sahabat-sahabat dan saya dengan rendah hati ingin mohon maaf banyak2 jika ada shbt2 yg membuat tempahan, tetapi lewat sampai. Kebetulan memang tak sempat sikit kebelakangan ni, tambah2 nak masuk tahun baru nanti.

Dengan jadual yang padat, saya gagahkah diri utk teruskan juga tanpa kenal putus asa... kerana setiap masalah mesti ada penyelesaiannya dan setiap ruang mesti ada peluang yang harus direbut.

AKTIVITI HUJUNG MINGGU NI:

i. Lawat kambing2 lah... hilang stress kerja dan penat2 sebelum ni, semua toksin2 dibuang dengan peluh keringat dibaju :)

Berikut adalah sedikit gambar2 kambing yang nak kongsi dengan shbt2, kami ada menjual kambing kacukan boer dengan katjang dengan teknologi terkini, hasilnya... Alhamdulillah, shbt2 tgklah sendiri Bapak Boer + Katjang ni bawah ni, kami namakan baka kambing Penjantan Super K-Katboer (K - Kelantan, Kat - Katjang, dan Boer - Boer). Hasilnya betul2 memberangsangkan antara yang saya nak kongsikan;-

Hehe... tunjuk hansem bila nak ambil gambar, penjantan Super K-Katboer ni,
berat dia ni lebih 35kg.


Gambar sisi penjantan Super K-KatBoer yang berumur lebih setahun :) Sebijik macam Kalahari cross Boer.
Ciri-ciri:

- Berat melebihi 30kg dalam masa umur 4 bulan.

- Berbulu sebijik macam kambing katjang di leher dan belakang mcm boer. Jika dinilai dari aspek pandangan mata, nescaya shbt2 tak percaya.... dan comfirm shbt2 kata ni boer jantan kelas F8!

- Nafsu jantan tahap superrr (sampaikan kena tambat walaupun duk dalam kandang yang dah asingkan jantan betina, ia adalah disebabkan genetik kambing katjang - kesimpulannya kalah kambing jantan boer fullblood jika bergaduh).

- Kelasakkan dan daya tahan penyakit?? Alhamdulillah inilah baka boer yang kami cari selama ini, dah lahir pun :) lasak dan sebijik macam kambing jantan katjang kg.

Selain dari jantan2 yang dihasilkan, ada jugalah boer2 betina yang gemuk-gemuk dan sihat2 semuanya... jika shbt2 tengok memang comfirm nak beli, gemukkkkkkkkkk & sihattttt :) sedap mata memandang :)

Nak beli ke?? saya jual murah2 je... Bagi boer Jantan Super K-Katboer

Selain daripada tu ada lah gambar2 kambing jantan2 hansem dan betina cute yang saya nak jual ni, ada gambar2 nak kongsikan :)

Kambing jantan fullblood kelahiran tempatan, berat si hansem ni lebih 65kg. Sekarang ni duk tgh nak mengawan dengan 2 ekor boer betina.

Ni pula anak boer yang baru nak belajar jadi bapak.. tgklah gemuk2 :)

Malu-malu pulak baka2 penjantan Super K-Katboer muda ni, masih muda lagi ni... umur dalam 4 bulan lebih

Sekandang kambing boer betina untuk dijual,

Sahabat-sahabat tengoklah dia punya body-size, fuhhh gemuk & sihat kan? beratnya lebih 50kg.

Yang ni pulak anak2 dara boer yang masih sunti, umur dalam 5 bulan lebih.

ii. Melawat kebun pisang Cg Wan di Pasir Puteh lah :) terima kasih kepada abg Cikgu Wan yang sudi melayan karenah saya yang jenis kaki berjalan cari ilmu ni :)


Sayup mata memandang, kebun pisang Cikgu Wan di Pasir Puteh

Alhamdulillah pokok2 pisang berangan kultur tisu yang dibeli dari saya dah besar-besar belaka, dah berumur 2 bulan pun. Beliau tanam dalam 600 pokok lebih. Haritu pergi pagi Jumaat, memang bestlah pergi kebun beliau, beliau tanam diatas tanah sawah terbiar yang sudah kering.... nak sampai kena meredah 'baroh' - bahasa Qlate, atau Bendang bahasa baku, jalan kaki ayam... fuhh gembira rasanya, rilex jer... hilang stress betul, dapat hidu bau tanah yang memang sedap... iyelah, kita pun datang dari tanah dan akan kembali ke tanah kan :)

Kebun pisang trial-plot dah tumbuh, tempat di sebelah jalan raya Pasir Mas - Rantau Panjang, selepas Lubok Jong :)

Jujukan anak pisang berangan yang hidup segar dan subur

Berkualiti, baru berumur 2 bulan... Alhamdulillah :)

Alhamdulillah... semuanya membuahkan hasil andaikata kita rajin mengusahakannya, moga2 dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan rangsangan baru kepada shbt2 untuk menceburi bidang ini. Saya doakan kejayaan shbt2 semua dan doakan kejayaan kami juga ya :)

Rabu, Ogos 26, 2009

Projek RAMADHAN

Alhamdulillah harini dah sampai 100 ekor anak2 ayam kampung perintis untuk dijadikan bahan ujikaji bagi.

i. Dedak Ayam Herba
ii. Pengurusan Ternakan Sistem Sendiri & Praktikal
iii. Pengurusan Reban Efektif
iv. Pengurusan Penyakit dll

InsyaAllah, jika berjaya dengan baik projek perintis ini, kami akan cuba naik hingga ke peringkat industri iaitu bagi penghasilan;-

i. Makanan ternakan sendiri

ii. Penghasilan baka ayam kampung - penentasan sendiri

iii. Ladang Komersil dan Penghasilan daging segar& HALAL

iv. Pasaran produk2 hiliran ayam yg HALAL

Semua 4 perkara diatas kebanyakkannya dimonopoli oleh shbt non Muslim.

Pada masa yang sama projek2 sedia ada kami tetap teruskan iaitu kajian tentang potensi Itik Muskovi & Ayam Turki disamping aktiviti jualan kami mengfokuskan kepada;-

i. Jualan4 jenis Kambing - Boer, Anglo, Saanen & Jamnapari

ii. Benih Rumput Napier India IKN091, Guinea (Kuda), Ruzi, Atratum, Stylo dll

iii. Dedak Kambing dan Dedak Kuda bermutu tinggi (kini digunakan di UPM & Kuda2 Istana Terengganu)

iv. Anak Pokok Pisang Berangan

v. Terbaru - Khidmat Analisis Sampel dengan kerjasama NanoC Sdn Bhd &

vi. Jualan KUDA - yg kini sudah berjaya sampai ke JOHOR.

Doakan kami berjaya. Salam Ramadhan buat semua.

Syam Ghaz

p/s; baru balik dari buat reban anak ayam.

Berikut adalah gambar-gambar terbaru dari Kami yang ingin dikongsikan dengan sahabat2.

Ayam Turki & Serati Muskovi yang baru berumur 3 bulan

Anak ayam kampung 100 ekor yang baru sampai semalam

Cutenya... masih mengantuk lagi agaknya ni

Diajar dilepaskan ke atas tanah agar dapat disesuaikan dengan tempat baru - utk hilangkan stress dalam perjalanan panjang.

Hehe... control macho, bergambar depan kamera

Anak-anak pokok pisang jelai berangan kultur tisu sedia untuk dijual
Projek perintis tanaman pisang kultur tisu di Rantau Panjang, gambar baru lepas bajak & siapkan pagar.
\Fuhh... masih panass!! formulasi terbaru dedak KUDA (antara pelangan tetap kami ialah Kuda Untuk Istana Sultan Mizan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kuda2 lumba), shbt2 nak cuba bgtaulah, terbukti berkesan dan setaraf makanan IMPORT :) Lepas ni segala aktivti R & D akan kami fokuskan kepada penghasilan Dedak AYAM yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetatif di Malaysia.

Dan inilah benih Rumput Napier India IKN091 yang berkualiti tinggi dengan % Protein melebihi 19% dan hasil melebihi 100 tan/ ha/ tahun sesuai untuk ternakan Ruminan (Kambing, Lembu, Kuda, Rusa dll).

Jualan kambing2 Anglo, Saanen, Boer (stok untuk dijual ada: Boer dara F1/F2 100 ekor) dll juga tetap diteruskan :)

Selasa, Ogos 11, 2009

VETERINAR DAN ISLAM

SAINS VETERINAR DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM

- Oleh kerana ulama Islam silam menguasai ilmu yang pelbagai, tidak dapat dipastikan mereka yang mengkhususkan sains veterinar sebagai bidangnya. Setakat yang dapat diketahui, terdapat beberapa ulama yang menulis tentang haiwan secara menyeluruh.


- Antaranya Muhammad Kamal al-Din al-Damiri ( 1341-1406 M ),ulama al-Azhar yang juga seorang ahli biologi, yang salah sebuah buku master-piecenya ialah Hayat al-Hayawan al-Kubra turut membincangkan nilai perubatan yang ada pada organ binatang sebagaimana yang digunakan dalam perubatan tradisional. Ensaiklopaedia beliau ini telah diringkaskan pula oleh Imam al-Suyuti sebagai Daiwan al-Hayawan.


- Zakaria al-Qazwini ( 1208 – 1283 M ) pula selain ahli fizik, telah menyusun sebuah ensaiklopedia besar tentang kehaiwanan, tumbuhan dan geologi. Sayangnya beliau wafat sebelum selesai kerjanya.


- Pembesar Muktazilah, Abu Uthman Amr bin Bar al-Jahiz ( 159 – 225 H ), sasterawan, ilmuan Kalam, telah mengarang Kitab al-Hayawan dengan bahasa berbunga dan mengandungi nilai sastera yang tinggi terdiri daripada tujuh jilid. Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga. Buku tersebut juga menyentuh topik mengenai kesan-kesan pengasian ke atas haiwan dan manusia, cara pembentukan telur di dalam perut anak ayam, sebab kenapa burung membuat sarang, hakikat tidur binatang dan berbagai topik lagi. Ia juga mengandungi eksperimen-eksperimen yang dijalankan olehnya terhadap binatang selain menyatakan juga penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya.


- Abu Bakar Ibnu al-Baytar, saintis perubatan, ahli botani, ahli farmasi, ahli bedah veterinari, telah mengarang kitab komprehensif tentang veterinar, Kamil al-Sina’atayn , selain menggunakan organ binatang dalam rawatan therapeutik, dan telah mengumpulkan pelbagai jenis ramuan sebagai ubat pelbagai penyakit samada untuk manusia ataupun haiwan.


MUKADDIMAH


- Kamus Dewan ; Veterinar – berkenaan dengan rawatan penyakit atau kecederaan pada haiwan.


- Veterinary - sains veterinar – satu ilmu yang berkaitan dengan praktis pencegahan, penyembuhan atau perawatan penyakit dan kecederaan haiwan khususnya haiwan belaan.( Webster)


- Dalam bahasa pasar , ahli veterinar dipanggil doktor haiwan.


- Dalam maslahat manusia, veterinar bukan sahaja merawat haiwan, tetapi juga memastikan pemeriksaan terhadap sumber haiwan untuk makanan.


- Hukum mempelajarinya – fardu kifayah. Umat Islam dituntut mengadakan ahli veterinar muslim yang beriman untuk memastikan kemaslahatan ummah terjaga.


SAINS VETERINAR DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM


- Oleh kerana ulama Islam silam menguasai ilmu yang pelbagai, tidak dapat dipastikan mereka yang mengkhususkan sains veterinar sebagai bidangnya. Setakat yang dapat diketahui, terdapat beberapa ulama yang menulis tentang haiwan secara menyeluruh.


- Antaranya Muhammad Kamal al-Din al-Damiri ( 1341-1406 M ),ulama al-Azhar yang juga seorang ahli biologi, yang salah sebuah buku master-piecenya ialah Hayat al-Hayawan al-Kubra turut membincangkan nilai perubatan yang ada pada organ binatang sebagaimana yang digunakan dalam perubatan tradisional. Ensaiklopaedia beliau ini telah diringkaskan pula oleh Imam al-Suyuti sebagai Daiwan al-Hayawan.


- Zakaria al-Qazwini ( 1208 – 1283 M ) pula selain ahli fizik, telah menyusun sebuah ensaiklopedia besar tentang kehaiwanan, tumbuhan dan geologi. Sayangnya beliau wafat sebelum selesai kerjanya.


- Pembesar Muktazilah, Abu Uthman Amr bin Bar al-Jahiz ( 159 – 225 H ), sasterawan, ilmuan Kalam, telah mengarang Kitab al-Hayawan dengan bahasa berbunga dan mengandungi nilai sastera yang tinggi terdiri daripada tujuh jilid. Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga.Buku tersebut juga menyentuh topik mengenai kesan-kesan pengasian ke atas haiwan dan manusia, cara pembentukan telur di dalam perut anak ayam, sebab kenapa burung membuat sarang, hakikat tidur binatang dan berbagai topik lagi. Ia juga mengandungi eksperimen-eksperimen yang dijalankan olehnya terhadap binatang selain menyatakan juga penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya.


- Abu Bakar Ibnu al-Baytar, saintis perubatan, ahli botani, ahli farmasi, ahli bedah veterinari, telah mengarang kitab komprehensif tentang veterinar, Kamil al-Sina’atayn , selain menggunakan organ binatang dalam rawatan therapeutik, dan telah mengumpulkan pelbagai jenis ramuan sebagai ubat pelbagai penyakit samada untuk manusia ataupun haiwan.


FIQH ISLAM DAN HAIWAN


- Dalam fiqh Islam ada membicarakan tentang haiwan yang pokok perbincangannya ialah mengenai ;

1. Haiwan yang halal dan haram dimakan.

2. Haiwan najis dan tidak najis.

3. Sembelihan.

4. Binatang buruan

5. Korban dan akikah.


- Dalam Islam, prinsipnya jelas ; makanlah apa-apa yang halal dan baik yang ada di muka bumi ini termasuk binatang.


Mafhum firman Allah;


Pada hari ini, dihalalkan kepada kamu ( makanan ) yang baik-baik.

- al-Maidah : 5


Wahai manusia ! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikut jejak syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

- al-Baqarah : 168


Diharamkan ke atas kamu ( memakan ) bangkai, darah, daging babi, dan yang disembelih bukan atas nama Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh, yang mati kerana berlaga, dan yang dimakan binatang buas, kecuali jika kamu sembelih, dan yang disembelih atas berhala.

- al-Maidah : 3


- Binatang yang halal dan baik sahaja yang diharuskan untuk dimakan. Binatang yang halal tetapi tidak baik seperti berpenyakit tidak harus dimakan kerana ia membawa mudarat. Apatah lagi binatang haram lagi tidak baik. Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka yang kotor-kotor ( al-Khabaith ).

- al-A’raf : 157


- Kaedah - kaedah fiqh ada menyatakan;


# Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.

# Tiada mudarat dan tiada dimudaratkan.

# Menolak kebinasaan didahulukan daripada mengambil kebaikan

# Darurat mengharuskan perkara yang terlarang


- Untuk memastikan sesuatu penghasilan daripada haiwan itu baik atau tidak, kita memerlukan ahli veterinar Islam. Adalah lebih baik jika ahli veterinar Islam mendalami fiqh yang berkaitan dengan haiwan.


SIKAP ISLAM TERHADAP HAIWAN


Mafhum firman Allah;


Dan binatang-binatang ternak Dia ciptakan untukmu, dengannya kamu mendapat (pakaian ) panas dan manfaat dan diantaranya kamu makan dagingnya. Pada binatang-binatang itu kamu mendapat keindahan, ketika kamu membawanya ke kandang dan ketika melepaskannya. Binatang-binatang itu membawa beban kamu ke negeri yang tiada dapat kamu sampai kepadanya, melainkan dengan susah payah. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.(Dia ciptakan) kuda, baghal, kaldai, supaya kamu mengenderainya dan menjadi perhiasan. Dan dia menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.- al-Nahl : 5 – 8.


- Sabda Rasulallah ; Sesungguhnya Allah mewajibkan beerbuat baik atas segala sesuatu. Oleh itu, jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih, perbaikilah cara menyembelihnya, dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu. (HR Muslim )


- Saidina Ali (KW) menyatakan; Berbuat baiklah kepada haiwan pengangkut barang, jangan sakiti ia dan janganlah bebani ia lebih daripada kemampuannya.


- Saidina Abu Bakar berpesan kepada tentera Islam sebelum memasuki Syam; Jangan kamu sembelih lembu atau unta melainkan untuk dimakan.


- Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mengurung dan tidak memberi makan malah tidak berniat melepaskan seekor kucing agar dapat mencari makan sendiri (HR Bukhari ).


Seorang lelaki diberi keampunan oleh Allah kerana memberi seekor anjing minum dan melepaskannya dari mati kehausan, kerana anjing itu bersyukur kepada Allah. ( HR Bukhari ).


- Sabda Nabi; Barang siapa membunuh burung pipit atau yang lebih kecil darinya tanpa sebab, akan dipersoalkan oleh Allah.( HR al-Nasa’i)


BEBERAPA PERSOALAN DAN ISU TENTANG TENTANG BABI


- Seluruh ulama sepakat mengatakan daging babi adalah haram berdasarkan ayat yang telah disebut di atas.


- Jumhur juga sepakat akan keharaman organ lain daripada daging babi seperti tulang, bulu, kulit dan lemak.. Hanya mazhab al-Zahiri yang menganggap selain daripada daging babi sebagai boleh dimakan dan ini adalah pendapat yang syaz. (Rawa’i al-Bayan )


- Ulama jua sepakat bahawa ia adalah najis. Syafe’i menganggap sebagai najis mughallazah yang perlu dibasuh tujuh kali termasuk sekali dengan air tanah, manakala Imam Nawawi menyatakan pendapat yang rajih menurut dalil ialah cukup dibasuh sekali sahaja tanpa air tanah.Demikianlah pendapat kebanyakan ulama. Imam Malik menyatakan babi yang masih hidup adalah suci sedangkan Abu Hanifah menyatakan cukup dibasuh sebagaimana membasuh najis yang lain. ( Rahmat al-Ummah / al-Majmu’ )


- Jumhur mengharamkan penggunaan organ babi untuk barang-barang – seperti beg, kasut dsb – kerana ia tetap najis.


- Al-Zahiri, al-Syaukani dan sebahagian Malikiah menganggap boleh diguna setelah melalui proses dibagh ( samak ) tetapi pandangan ini dianggap dhaif.( al-Majmu’)


- Abu Hanifah dan Malik membenarkan penggunaan bulu babi sebagai tali manik / butang, manakala Syafe’i melarang sedangkan Ahmad memakruhkannya. (Rahmat al-Ummah)


- Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penggunaan FSH-P ( follicle stimulating hormone P - otak babi ) dalam apa jua bentuk dan tujuan dan anak-anak binatang hasil pembiakan menggunakannya adalah haram termasuk susunya.


- Majlis juga menganggap baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah tetapi menggunakannya harus serta makruh. Manakala makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus dan halal ( bagi ayam – pen.)


- Majlis menganggap haram menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu babi.


- Daniel S.Shapiro, pakar perubatan Amerika merumuskan terdapat 25 jenis penyakit yang boleh dijangkiti daripada babi. ( Perubatan Islam…)


- Kajian beberapa pakar seperti Alix Fano dll, mendapati antara penyakit ini boleh membawa maut, menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. ( Ibid )


- Sejak 1997, ahli-ahli sains telah menemui beberapa lagi virus keluaran babi yang dapat menjangkiti manusia termasuk J.E. yang pernah menimbulkan kegemparan nasional. ( Ibid )


- Virus-virus baru daripada babi sentiasa ditemui dari semasa ke semasa. ( Ibid )


- Prof.Robin Weiss menyatakan, babi mempunyai kuman retrovirus yang bersebati dalam DNAnya. ( Ibid )


- Sesuatu yang perlu difikirkan, Mengapakah babi yang menjadi sasaran Nabi Isa Ibnu Maryam (AS) untuk dibunuh ketika baginda diturunkan ke bumi ? ( HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a. )


ANJING DAN HUKUM MEMELIHARANYA


- Syafe’i dan Ahmad mengatakan anjing adalah najis dan hendaklah dibasuh bejana yang dijilati anjing tujuh kali kerana najisnya. Abu Hanifah juga menganggapnya najis, tetapi membasuhnya sama seperti membasuh najis yang lain; sehingga hilang ain, bau dan rasa. Manakala Malik pula menganggap anjing adalah suci dan tidak najis jilatannya, cuma membasuhnya adalah ta’abbud ( ibadah ). Ketiga-tiga Imam sepakat jika anjing memasukkan kaki ke dalam bejana, wajib dibasuh tujuh kali, sedangkan Malik hanya menyuruh membasuhnya jika dijilat. (Rahmat al-Ummah )


- Sisa anjing dan babi adalah najis di sisi Abu Hanifah , Ahmad dan Syafe’i. Sisa binatang yang selain daripadanya adalah suci tetapi menurut pendapat yang sahih daripada Ahmad, sisa binatang buas adalah najis.Malik menganggap suci segala sisa haiwan. (Ibid).


- Malaikat Jibril pernah datang ke rumah Nabi tetapi terhalang untuk masuk kerana ada anjing, lalu disuruhnya agar Nabi mengusir keluar anjing itu. ( HR Abu Dawud, Tirmizi, Nasa’i, dan Ibnu Hibban )


- Mereka yang memelihara anjing tanpa sebab – kecuali anjing pemburu atau anjing penjaga ( tanaman atau binatang ) – maka pahalanya akan berkurangan setiap hari satu qirat. ( HR Jamaah ; Satu qirat = sebuah bukit ).


- Kesimpulan ; anjing hanya boleh dipelihara untuk memburu dan juga menjadi penjaga. ( Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam )


CABARAN FUTURISTIK FIQH


- Ubah suai genetik ( GM ) dan dalam kes ini ialah pengubah suaian genetik terhadap haiwan.


- Ubah suai genetik haiwan halal dengan halal adalah jelas, tidak menjadi masalah.


- Persoalan yang masih perlu diperbincangkan ialah ubah suai genetik haiwan haram dengan halal.


- Dalam fiqh , jika salah satu generasi awal haiwan daripada binatang haram , ia menjadi haram. Contoh ; kacukan ajing – kambing, babi – lembu. Keharamannya jelas kerana terjadinya percantuman benih halal-haram.


- Ubah suai genetik tidak melalui pertemuan benih, tetapi melalui suntikan sel-sel genetik haiwan berkaitan.


- Virginia Tech’s Pharmaceutical Engineering Institute sedang membiakkan anak-anak babi yang mempunyai gen manusia hasil ubahsuai genetik tiga generasi babi sebelumnya. Ia mewarisi gen yang boleh menghasilkan protein yang dikenali sebagai factor VIII, agen pembeku yang diperlukan bagi ‘type A hemophiliacs’. (National Geographic.Vol.196,No.4,Oct.1999)


- Buah pinggang babi dikatakan pilihan yang paling mungkin untuk dipindahkan kepada manusia justeru kesamaan saiznya dengan yang ada pada manusia.(Organ Transplantation)


- Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskannya sebagai haram kerana ubah suai genetik bukan sesuatu yang darurat.


- Kajian lanjut dengan lebih mendalam perlu dilakukan untuk memastikan apakah yang berlaku sebenarnya dalam proses ubah suai genetik. Contoh ; peratusan genetik pendatang, pengaruhnya terhadap haiwan penerima, manfaat / mudarat dan lain-lain lagi.


- Bagaimana pula jika ubah suai genetik berlaku antara haiwan yang khilaf keharamannya dengan haiwan yang halal ? Contoh ; Monyet – lembu. ( Mazhab Maliki menganggap monyet boleh dimakan ).


- Demikian pula, bagaimana jika ubah suai genetik berlaku pula antara manusia dan haiwan .


- Sekadar Renungan ;- Binatang yang makan najis seperti ayam tidak pula haram untuk dimakan. Ia hanya makruh jika dimakan segera dan hilang makruhnya setelah dikurung beberapa hari.Hanya Ahmad yang mengharamkan daging, susu dan telur haiwan yang makan najis melainkan setelah dikurung beberapa hari. (Rahmat al-Ummah)


- Mungkin satu masa, akan timbul pula pengklonan cantum antara haiwan . Contoh; Klon lembu – babi, kambing –anjing. ( Jadi Lembi / Kanjing ).


KERJASAMA ULAMA - AHLI VETERINAR


- Ulama perlu bekerjasama dengan ahli veterinar untuk melakukan kajian lanjut tentang halal dan haram sesuatu produk haiwan. Kelebihannya; ulama dapat maklumat dari veterinar dan veterinar dapat mengetahui masalah hukum. Masalahnya; Ulama memahami melalui jalannya, veterinar pula memahami bidangnya melalui jalannya sendiri.


- Lebih baik lagi jika ahli veterinar itu pula berusaha menjadi ulama agar dapat memahami kedua-dua bidang dengan sebaiknya atau pun ulama berusaha mengkhususkan studi lanjutnya dalam hal-hal tertentu – dalam kes ini bidang sains veterinar.


WaLlahu a’lam.


BIBLIOGRAFI


1. al-Quran al-Karim.

2. H.Zainudin Hamidy & Fachrudin Hs., Tafsir Quran, Klang Book Centre, Klang ,1989.

3. al-Nawawi, Imam Syarafudin, al-Majmu’, Dar Ihya al-Turath al-Arabi, Beirut.: 4

4. al-Dimasyqi, Abi Abdullah Muhammad bin Abd Rahman, Rahmat al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, Dar al-Fikr, Beirut, 1996.

5. al-Sabuni, Muhammad Ali, Rawa’i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Quran, Maktabah al-Ghazali, Damsyik.Jil.1.

6. al-Qaradhawi, Dr.Muhd Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, terj; Muammal Hamidiy, PT Bina Ilmu, Surabaya,1978.

7. Kamus Dewan Edisi 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur.

8. Sabda S., 52 Cendekiawan Islam, K Publishing & Distributors, K.Lumpur, 1987.

9. Keputusan Fatwa Kebangsaan, JAKIM, K.Lumpur.

10. Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi ke-2, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.,Pahang, 2003.

11. The New International Webster’s Pocket Dictionary of English Language, Ferguson Publishing Company, USA, 2000.

12. Abu Fadhl Mohsin Ebrahim, Organ TraShow allnsplantation, Contemporary Islamic Legal And Ethical Perspectives, A.S.Noordeen, Kuala Lumpur, 1998.


Sumber : Persatuan Ulama Selangor.