Don't fear the Iron Lady, ministers told -MALAYSIAKINI.COM | ||||
| ||||
‘Do not be afraid of Rafidah Aziz!’ More News... Please Click |
FTA angkara Rafidah, rakyat desak PM pecat beliau.
Salmiyah Harun
Wed | Mar 14, 07 | 04:42:25 PM
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) - Rakyat mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Rafidah Aziz kerana 'gara-gara' beliau membawa US Free Trade Agreement (FTA) boleh menyebabkan negara dijajah semula oleh Amerika Syarikat.
Rakyat turut menggesa Menteri-menteri Kabinet supaya tidak tunduk dengan kuasa Rafidah yang sedang 'menguasai' kerajaan untuk menandatangani perjanjian FTA dengan Amerika.
Berita lanjut: Sila Klik
Kesan Pelaksanaan FTA Terhadap Sektor Pertanian
•Enam penandatangan asal AFTA iaitu Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand pada tahun 1998 telah bersetuju untuk menyegerakan pelaksanaan AFTA
•Kelonggaran seperti tempoh lebih panjang diberikan bagi petani meningkatkan daya saing melalui peningkatan produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran
•Tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan koko (dikuasai estet & korporat kedudukan yang lebih baik menghadapi AFTA)
•Apakah kesan AFTA kepada lebih 300,000 keluarga penanam padi, lebih 80,000 keluarga nelayan, lebih 400,000 keluarga pekebun kecil getah dan lebih 250,000 keluarga pekebun kecil kelapa sawit?
•Kesan AFTA terhadap golongan petani, nelayan, buruh, pekerja, pekebun kecil dan peniaga kecil belum dikaji dan dijelaskan.
•Sub-sektor pertanian makanan bergantung subsidi dari kerajaan oleh petani berpendapatan rendah berisiko tinggi.
•Syarikat pertanian besar dan antarabangsa vs petani kecil menyebabkan petani kecil makin terpinggir.
•AFTA menyebelahi pedagang-pedagang besar, tidak untuk petani dan pengusaha kecil.
•Keutamaan diberi syarikat korporat membangunkan sektor pertanian.
•Syarikat gergasi menguasai seluruh proses pengeluaran pertanian seperti pengeluaran dan stok benih, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan dan pemasaran. Petani tidak mempunyai kuasa penentu dan hanya menjadi pekerja syarikat pertanian besar.
•Pengurus Besar MADA, Datuk Syed Azizan Al Idrus mencadangkan - mengekalkan saingan dalam pasaran terbuka, kos pengeluaran mesti dikurangkan iaitu melibatkan pembangunan sawah-sawah padi secara besar-besaran atau bersepadu beberapa petani yang mempunyai kemahiran tinggi.
•Petani tidak punya kuasa - proses pengeluaran pertanian.
•Petani-petani kecil hanya mempunyai dua pilihan jka tidak mampu bersaing iaitu:
1. Menjual tanah
2. Bekerja sebagai buruh
Dan penternak kambing pun tidak terkecuali mengalami kesan yang sama dan lagi teruk. Kerana? sila rujuk artikel dan kertas kerja disebelah ya.Ada kertas kerja terkini yang saya baru upload: Kesan FTA Terhadap Sektor Pertanian di Malaysia.
Kertas kerja ini saya dapat sewaktu menghadiri Seminar Pertanian Nasional (Era Melenium) Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kelantan beberapa minggu lepas. di Hotel Grand Riverview.
Penting perkara ini dijadikan bacaan untuk semua penternak dan petani... malah semua sektor utk mengetahui perkara sebenar yang cuba disembunyikan selama ini daripada rakyat.
Semoga kertas kerja tersebut dapat membuka minda kita semua, apakah situasi yang kita semua akan alami selepas AFTA (Asean Free Trade Area) & MUFTA (Malaysian - US Free Trade Area) dilaksanakan di Malaysia.
Sekian, harap ia dapat membantu kita semua nanti.
Maklumat Lanjut Ttg Kesan FTA: sila baca kertas kerja tentang FTA dan (Sila Klik)
DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU BANGSA: MESTI TOLAK FTA!!