Khamis, Mac 22, 2007

Maklumat tentang Baja Organik & Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec?

Tadi saya dah tempah & bayar tunai untuk 2.5 tan tahi kambing. Ia bertujuan untuk saya jadikan eksperimen sendiri ttg fungsi baja organik(BO) dan taburkan dalam kebun kelapa sawit milik saya. Antara lain adalah untuk:

1. nak try buat baja sendiri dan cari pengalaman
2. nak lihat perbandingan kesan BO berbanding baja kimia (BK) terhadap tanaman
3. nak buat penilaian sebenar kos projek BO.
4. nak tambahkan kualiti tanah dan baiki struktur tanah kebun saya skrg.

Jadi buat masa sekarang, saya tak bercadang nak buat semua tu... cuma ambik sedikit tahi kambing tu untuk hasilkan sendiri BO.

Cuma saya ada sedikit masalah, dimanakah saya boleh dapatkan Stardec & Starbio dengan harga yang berpatutan?

Tadi, time rehat saya sempat pergi ke JPH Kelantan dan Kedai Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan utk menanyakan ttg kedua2 jenis produk ni. Jawapannya kedua-duanya tiada. Di JPH hanya ada sampel dan sebut harga dan di LPP langsung tiada.

Harga semasa produk:

Stardec: RM 23.00/kg
Starbio: RM 17.00/kg

Fungsi produk:

# Stardec - untuk dicampur dalam najis haiwan untuk dibuat BO.
# Starbio - dicampur dalam makanan lembu/kambing/ ruminan lain untuk:
- Mengemukan haiwan ternakan
- Mengurangkan 50% bau najis haiwan

Maklumat tambahan kepada semua:

# 500g stardec hanya untuk 100kg tahi kambing/lembu sahaja.
# 600g stardec untuk 100kg jerami
# jadi kosnya kamu semua boleh kira sendiri...
Siapa boleh tolong saya dapatkan Stardec? saya bukan nak banyak, sikit sahaja dan harganya biarlah berpatutan ya.

ORGANIC FERTILIZER

APA ITU BAJA ORGANIK?

Baja Organik adalah baja mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

KANDUNGAN

-SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutisi yang diperlukan oleh tanaman.

UNSUR ASAS BAJA (BASE FERTILIZER)

-N-15 untuk penyuburan pokok dan daun.

-P-15 untuk mengalakkan pertumbuhan akar.

-K-15 untuk penyuburan bunga dan buah.

-ZEOLITE produk mineral semulajadi dimana ianya tidak memudaratkan kesihatan manusia.

FUNGSI

-Menjimat dan mengurangkan penggunaan bahan kimia terutama BAJA dan RACUN KIMIA di mana tanah rosak akibat penggunaan secara berlebihan dan tidak terkawal dapat dipulihkan dan disuburkan kembali.

KEISTIMEWAAN

-Tidak berbau.

-Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.

-Sesuai unuk semua jenis tanaman (POKOK, BERAIR, ORKID)

-Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.

-Tidak mengandungi bahan kimia.

-Selamat digunakan.

-Tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.

KESAN PENGGUNAAN

-Membetulkan tahap pH tanah.

-Tanah menjadi LEMBUT, SUBUR, TIDAK MASAM, AKAR BARU POKOK AKAN KELUAR,MEMBEBASKAN BAJA ATAU TANAH YANG TERSANGKUT DALAM TANAH UNTUK DIMANFAATKAN OLEH POKOK.

-Pokok akan TUMBUH LEBIH BESAR, SUBUR, HIDUP LEBIH LAMA, HASIL LEBIH TINGGI, MENGURANGKAN PENGGUNAAN RACUN.

-Memberi kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.

CARA PENGGUNAAN

-MENABUR (Ditabur terus ke pangkal pokok atau akar tanaman dan disiram)

-MENYIRAM (Baja dimasuk kedalam tong penyiram dan menyiram rata keatas permukaan tanah atau tanaman)

-BANCUHAN (Baja dibancuh ke dalam air dalam tanaman HIDROPONIK)

-BUNJUT (Dibuat bunjut atau uncang dengan secebis kainuntuk diletakkan di atas media(arang) atau ditepi AKAR ORKID)

Artikel Terkait