Rabu, Mac 07, 2007

Kelantan Akan Wujudkan Pusat Ternakan Kambing Terbesar di Malaysia


Bagi menyahut seruan kerajaan pusat dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bagi mengembangkan sektor pertanian di Malaysia. Negeri Kelantan mengambil satu lagi langkah kehadapan bagi menjayakan hasrat tersebut. Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu ingin menjadikan Kelantan sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nanti.

Justeru itu, Kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat swasta dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan melancarkan satu lagi projek yang dinamakan sebagai Jihad Ternak.
Projek ini dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran daging dan baka kambing Jamnapari yang berkualiti serta memenuhi permintaan terhadap daging kambing di Kelantan dan Malaysia.

Sebanyak 3000 ekor baka kambing Jamnapari akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat di ladang pusat yang bertempat di Rong Chenok, Tanah Merah. Dimana dalam projek ini akan menjadikan Negeri Kelantan sebagai pusat ternakan kambing terbesar di Malaysia.

Butiran seminar:

Bertempat : Hotel New Pasific, Kota Bharu
Masa : 8.30pg-5.00ptg
Dirasmikan : YB Dr Hj Nik Mazian Nik Mohamed
Anjuran : Kerajaan Negeri Kelantan
Dengan Kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan
Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd (KPKB)
Agro Based Enterprise


Kertas Kerja:

1. Amalan Penternakan Baik
2. Halatuju Penternakan Kambing Secara Komersil
3. Aplikasi Bioteknologi Dalam Meningkatkan Ekonomi Projek Ternakan Kambing
4. Pengurusan Penternakan Kambing Jamnapari
5. Sesi Dialog dan Perbincangan.

p/s; Salinan kertas kerja perbentangan ada pada saya, jika ada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghantar email kepada saya di alamat: isyu_war@yahoo.com

Artikel Terkait