Rabu, Mac 07, 2007

SWOT: Sistem Ternakan Kambing Secara Intergrasi Dalam Ladang Kelapa Sawit (SISPRO)

Tags

Gambar ilutrasi kambing diladang kelapa sawit (buat sendiri)

Analisis SWOT ringkas ini saya buat bagi mengenalpasti potensi projek penternakan dimensi baru. Ini memandangkan, masalah utama pengusaha ternakan kambing ialah membabitkan pelaburan yang tinggi, iaitu bagi menampung kos tetap dan kos operasi projek.

Kos-kos utama seperti pembinaan kandang, pemilikan tanah, makanan, buruh dan baka. Jadi dengan wujudkan satu Sistem Ternakan Kambing Secara Intergrasi Dalam Ladang Kelapa Sawit, yang saya singkatkan kepada SISPRO ia mampu menyaingi projek ternakan kambing intergrasi sedia ada dan lebih viable.

Jika melihat dari aspek peluang, pengusaha boleh memohon tanah daripada kerajaan negeri, RISDA, FELDA, dsbnya untuk mengusahakan projek ini. Mengikut analisis saya, di Malaysia kita mempunyai tanah seluas 4,000,000 hektar yang ditanam kelapa sawit(rujuk RMK 9).

Dari aspek persaingan harga, projek ternakan kambing secara intergrasi diladang kelapa sawit lebih menguntungkan, kerana ia memberikan keuntungan dengan margin yang lebih besar berbanding sistem intensif dan semi-intensif yang diamalkan sekarang. Kerana?

"kos operasi dan kos tetap lebih rendah dan menjimatkan..... P or harga dapat dijual jauh lebih murah berbanding kambing yang diternak mengunakan sistem sedia ada sekarang.. kerana? sumber makanan semulajadi yang FREE dan tidak terhad!

Dibawah adalah butiran ringkas analisis yang saya sempat lakukan beberapa hari kebelakangan ini, maklumat yang terperinci dengan cara untuk memPOWERkan keKUATan, meNINGKATkan keUNTUNGan, menGURANGkan keLEMAHan, meREBUT PELUANG dan mengHAPUS serta menGURANGkan ANCAMAN saya tidak lampirkan. Ini adalah alternatif, pilihan dan keputusan bergantung kepada diri kamu sendiri. Harap sedikit idea dan pendapat dari saya dapat membantu pengusaha-pengusaha baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing secara komersil.

SWOT ANALYSIS

Strengths

1. Jimat Kos Tetap dan Kos Operasi;

2. Kos Pelaburan yang jauh lebih rendah dan lebih berdaya maju berbanding sesebuah projek ternakan kambing mengunakan sistem intensif secara komersil;

3. Sumber makanan yang tidak terhad dan percuma;

4. Harga jualan lebih murah dan mampu bersaing di pasaran sedia ada mampu menembusi pasaran antarabangsa;

5. Pengunaan sumber-sumber dapat dioptimumkan sebaik mungkin;

6. Pengunaan tinja kambing (baja organik);

7. Daun kelapa sawit mempunyai kandungan serat yang tinggi;

8. Kaedah pengeluaran yang 100 peratus Halal dan terjamin mutunya.

9. Baka kambing Jamnapari yang hebat;

10. Penghasilan ternakan yang boleh dirancang;


W eaknesses

1. Ternakan terdedah kepada serangan penyakit;

2. Memerlukan kawasan ragut yang luas dan mempunyai rumput yang banyak sekiranya ingin mengusahakan secara komersil.

3. Kematian anak berkemungkinan lebih tinggi

4. Tidak mengetahui baka keturunan;

5. Proses pengawalan adalah sukar;

6. Sistem ini masih baru diperkenalkan dan kurang mendapat keyakinan daripada pengusaha.


Opportunities

1. Keluasan ladang kelapa sawit (4 juta hektar-RMK9) yang bergitu banyak dan tidak dimanfaatkan sebaik mungkin di Malaysia.

2. Permintaan terhadap daging kambing yang tinggi dan sentiasa meningkat;

3. Mengunakan teknologi moden sedia ada untuk meningkatkan produktiviti dan hasil jualan;

4. Rangkaian sistem tempatan dan sedia ada;

5. Sokongan dari pihak kerajaan;

6. Dapat mengurangkan pengaliran wang keluar dari dalam negara;

Threats

1. Penyakit merebak;

2. Bencana alam;

3. Serangan binatang liar;

4. Kecurian

5. Persaingan harga dan permintaan dengan kambing-kambing import

Sekian,

Wassalam

M.H.G
Bac of Agribusiness UPM

Artikel Terkait