Memaparkan catatan dengan label Skim Bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skim Bantuan. Papar semua catatan

Rabu, Februari 04, 2009

Duit FREE Untuk Semua Penternak

Berita baik untuk semua penternak.

SEMUA @ setiap seekor binatang ternakan yang anda bela akan mendapat bantuan berbentuk kewangan daripada kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri masing-masing.

Justeru itu, diharapkan semua penternak dapat memohon insentif tersebut seberapa segera. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan kita semua dapat memperbesarkan projek masing-masing.

Satu salinan Buku Panduan Memohon Insentif daripada JPV ada saya uploadkan di ruangan DOWNLOAD Kertas Kerja, shbt2 bolehlah menDOWNLOADnya untuk panduan masing-masing.

Semoga berjaya.

Berikut adalah sedikit maklumat yang berkaitan.

PENDAHULUAN

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif Pengeluaran ternakan

berdasaarkan pengeluaran yang dihasilkan bermula 1 Jun 2008.

PENTERNAK YANG LAYAK

Semua Penternak Lembu pedaging integrasi, tradisional dan fidlot;

Lembu/Kerbau/Kambing Tenusu; Kambing/Biri-biri; Ayam/Itik/Puyuh

pedaging dan penelur; dan Babi yang memenuhi syarat kelayakan

yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan umum adalah seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia.

ii. Syarikat yang sekurang-kurangnya 51% ekuitinya dimiliki oleh

warganegara Malaysia.

iii. Mempunyai hak pemilikan tapak projek yang sah.

iv. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

v. Mempunyai Buku Rekod Ladang ternakan yang mempunyai rekod

stok ternakan, pengeluaran dan jualan ternakan untuk

sembelihan

vi. Hasil ternakan adalah untuk daging, susu atau telur.

vii. Mempunyai Akaun Simpanan Agrobank Malaysia.


Khamis, November 02, 2006

MARA: SKIM PEMBIAYAAN UNTUK USAHAWAN TANI SATU PELUANG YANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN!



Kebetulan pada hari ini saya sempat berkunjung ke pejabat MARA Negeri Kelantan. Berberapa input baru dan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk Bumiputra.

Berberapa topik diperbincangkan dengan Hj Muhamad b. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah MARA Kelantan. Antaranya topik perbincangan kami berkisar dalam aspek membuat pinjaman, menyertai kursus-kursus kemahiran (dalam pelbagai aspek - pengurusan, kewangan, teknikal, perladangan, penternakan, pemakanan, perkilangan, francais, dll) yang disediakan dan pelbagai kemudahan lain yang boleh dipohon dari MARA.

Alhamdulillah berdasarkan input dan perkongsian pengalaman yang diberikan, kami telah mendapat idea baru bagi menjana projek yang akan dilaksanakan nanti. Berberapa perkara yang saya hendak kongsi dengan sahabat-sahabat, antaranya tentang cara hendak membuat pinjaman dan peluang yang ada seperti yang terdapat dibawah.

Sebenarnya banyak peluang dan cara bagi usahawan muda (terutama yang baru grad dan masih tercari-cari kerja@tanam anggur) yang ingin menceburi diri dalam bidang keusahawanan ini. Pelbagain insentif, kemudahan, dana dan sebagainya ada disediakan. Tapi apa yang berlaku, semua itu hanya 'terkumpul' tanpa di'sentuh' oleh usahawan-usahawan Melayu kita. Metaliti Melayu/kita biasanya meletakkan 'halangan 'terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan dsbnya. Maka dengan sebab itulah daya saing kita makin hari makin lemah dan penguasaan ekonomi kita makin rendah.

Kesimpulannya yang saya nak bagitau, jadikan bidang keusahawanan ini bukan bidang terjun... sebaliknya jadikanlah ia sebagai sumber alternatif untuk menjana kekayaan & kebahagian hidup. Pada masa yang sama turut mengejar kejayaan di Akhirat kelak. Semoga segala usaha dan kerja kita semua didasari hanya untuk mendapat MardhatilLah.

Wassalam.

Untuk Pengusaha Sektor Pertanian/Penternakan yang berisiko rendah dengan tempoh tuaian yang sederhana panjang.

Projek-projek yang boleh dibiayai oleh MARA dikhususkan kepada pembangunan tanah terbiar meliputi usahawan tani yang menceburi bidang pertanian secara komersial seperti berikut :_

a. Pertanian :

Tanaman kontang (cash crop) seperti jagung dan sebagainya.

b. Perikanan :

Membuka kolam ikan/udang, ternakan ikan/udang dlam sangkar

c. Penternakan :

Menternak lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh, burung unta dan sebagainya.

d. Tanaman Hiasan (Florikultur) :

Tanaman bunga-bungaan, tanaman hiasan dan benih pokok.

Pembiayaan yang disediakan meliputi :-

a) Modal untuk pembersihan/penyelenggaraan ladang

b) Penyediaan kolam/sangkar ikan.

c) Penyediaan untuk membina/senggaraan kawasan/tempat penternakan

d) Benih/baka dan sebaginya

e) Peralatan/jentera

f) Modal Pusingan



Kumpulan Sasar :

a) Golongan petani di kawasan luar bandar yang mempunyai tapak sendiri/sewa. Keutamaan

diberikan untuk pembangunan tanah terbiar.

b) Keutamaan diberikan kepada usahawan tani yang berpengalaman dalam mengusahakan

ladang, kolam, pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan dan bercadang untuk

membesarkan usaha-usaha taninya secara komersial.

c) Graduan dari institusi pengajian tinggi contohnya graduan diploma/ijazah dalam bidang

pertanian yang bercadang untuk melibatkan diri dalam perniagaan.



Had Pembiayaan

• 90 % daripada kos projek atau maksimum RM250,000.

Tempoh Bayar Balik

• Tidak lebih 5 tahun atau 4 pusingan tuaian yang mana lebih dahulu.

Jaminan (Penjamin) atau

• Bagi Pembiayaan RM 30,000 dan kebawah, Penjamin dikecualikan.

• Manakala bagi Pembiayaan RM 30,001-RM250,000, memerlukan minimum 2 orang penjamin.

• Pendapatan Seorang Penjamin Tidak Kurang Daripada RM500

• Gabungan Pendapatan 3% daripada Jumlah Permohonan

atau Cagaran (cagaran tanah)

• Bagi Pembiayaan RM30,000 dan ke bawah, Cagaran Tanah dikecualikan

• Bagi Pembiayaan RM30,001- RM250,000, Mengemukakan Cagaran Tanah dengan Nilai Paksa tidak kurang 20 % daripada jumlah Pembiayaan

• Tanah boleh milik sendiri atau milik ahli keluarga/ kawan

Kadar Keuntungan

5 %