Memaparkan catatan dengan label Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisang. Papar semua catatan

Khamis, Mei 06, 2010

Aktivitiku - Kilang GMP - Kultur Tisu - Ayam Herba dll

Lama tidak update blog ini, kebetulan jadual yg sgt padat dgn program2 bisness. Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk menulis berberapa perkara berkaitan akitiviti semasa ku :)

Alhamdulillah kini syarikat saya telah;-

i. Merasmikan kilang berstatus GMP di Labok, Machang - khusus untuk penghasilan produk2 penjagaan diri seperti sabun, scrub, syampu, dll. Sesiapa yang berminat bagi menghasilkan produk masing2/ syarikat kami menyediakan khidmat contract manufacturing.

ii. Makmal kultur tisu juga telah beroperasi dan kini mampu mengeluarkan 20,000-30,000 pokok sebulan mulai Julai 2010, kini pengeluaran terhad dengan permintaan sangat tinggi. Saya kini tengah mencari baka-baka pisang berkualiti tinggi, terutamanya pisang2 ASAL bukan kultur tisu, untuk dijadikan germplasma baka2 pisang berkualiti. Spesis pisang yg dicari ialah pisang berangan, nangka, kebatu, tanduk dan rastali.

iii. Projek ternakan ayam herba, Alhamdulillah telah membuahkan hasil yg menakjubkan. Terutamanya apabila formula dedak herba yg kami berjaya hasilkan mampu menandingi dedak2 Gred A yg ada dipasaran skrg. InsyaAllah kilang dedak akan dihasilkan dalam masa terdekat.

iv. EMTEC pula sudah mula beroperasi dengan 2 biorektor yang setiap satu berkapasiti menghasilkan 3000L EMAS, bermakna kami mampu menghasilkan 6000L larutan EMAS (EM Activated Solution) dalam satu2 masa. [Gambar: Biorektor EMTEC]. InsyaAllah teknologi Effective mikrob akan dikembangkan setapak lagi nanti :)

v. Projek2 lama juga diteruskan, projek kambing, jualan benih2 rumput ragut (ruzi, guinea, atratum, stylo, hamata dll) dan potong (napier India IKN091) dsbnya tetap ada. [Gambar: Batang Napier India sebesar lengan untuk ternakan ruminan] :)

Kini apa yg tengah saya lakukan? saya tgh nak setup satu proposal bagi membina kilang dedak ayam herba yang HALAL, 100% organik dan keluaran Muslim bagi memenuhi kehendak pasaran semasa. Kerana pasaran semasa dedak ayam di Malaysia cukup besar iaitu 3 juta tan setahun, untuk Kelantan sahaja 8 juta tan setahun.

Rakan2 juga boleh mengikuti perkembangan saya di facebook, ADD SAYA dengan nick name "Syam Ghaz":
Syam Ghaz

Selasa, Disember 29, 2009

Khasiat Buah Pisang + Kebun Pisang

Makanlah sebiji pisang sehari, ia mampu memanjangkan umur anda dengan izin Allah SWT. Disamping itu sebiji pisang juga mampu memberikan Kalsium dan Magnesium yang cukup untuk pertumbuhan tulang anda.

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Syam Ghaz: Tahun 2010 adalah tahun Pisang & Ayam + Dedak bagi saya, kami sudah merancang untuk membuka 48 ekar kebun pisang secara berperingkat dan akan melancarkan dedak ayam formulasi syarikat dalam Mac 2010 nanti. Jika shbt2 yang berminat nak tanam pisang, berikut adalah sedikit fakta kewangan yang penting dalam projek Pisang:-

IMPLIKASI KEWANGAN, UNTUNG RUGI & PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

Pengiraan ini ialah berdasarkan unjuran pihak syarikat saya dan harga semasa di Kelantan. Penggunaa baja, racun dan pesticide adalah Organik atau SemiOrganik.


Kos Bagi 1 Ha Tanah

Bil

Perkara

Kos

Kuantiti


Jumlah

Kos Tetap

1

Benih pisang berangan

RM2.00/ pkk

1,500pkk

RM3,000


2

Pagar dawai & tiang



RM1,500


Kos Berubah

3

Baja bio-organik permulaan - 75g/pkk

RM2/kg

1500pkk x 6 kali (dalam masa 6 bulan) x 75g=675kg

RM1,350


4

Baja untuk bunga dan buah -150g/pkk

RM2/kg

6 kali (dalam masa 6 bulan)

RM2,700


5

Kapur GML – 1kg/pkk

RM0.30/kg

1500pkk x 1 kali setahun=1500kg

RM450


6

Racun rumput

RM150

1 botol/ha

RM150


7

Racun kulat

RM80/kg

6kg/ha

RM480


8

Baja semburan EM & pestisid

RM40

10L

RM400


9

Bajak piring



RM500


JUMLAH

RM10,230


4.2 Jangkaan Keuntungan Kasar & Bersih Tahun Pertama Bagi 1 Ha

Bil

Perkara

Kuantiti

Berat Buah

Harga

Jumlah

1

A. Pendapatan Kasar

1425pkk*

Minimum 18kg

RM1.30/kg

RM33,345


B. Modal

1 tahun

-

RM12,000

RM10,230

C. Pendapatan Bersih (A-B)/1 tahun

RM23,115

* Dengan anggaran 5% pokok mati dalam masa 1 tahun. Minimum hasil 18kg/pokok dan harga ladang minimum RM1.30/kg.


Justeru itu mana-mana sahabat yang ingin copy & paste adalah digalakkan meneliti kos semasa ditempat masing-masing bagi memastikan viability projek masing-masing. Syam Ghaz adalah tidak bertangunjawab diatas sebarang kerugian pihak tuan dsbnya, kerana ini adalah 100% hak saya dan saya kongsikan di blog saya untuk perkongsian ilmu dalam bidang ini. Shbt2 yang berminat digalakkan menghubungi saya secara terus sekiranya ada yg betul-betul komited ingin menjalankan projek ini.

Dengan unjuran berikut, Syam Ghaz mensasarkan akan mencari 20 pengusaha yang memenuhi kreteria pemlihan syarikat. InsyaAllah dengan unjuran diatas syarikat dijangkakan akan mengeluarkan 518,400kg pisang segar tahun 2010. Pengusaha-pengusaha adalah daripada penduduk-pendudu kg or petani-petai yang susah. Tujuan projek ini adalah bagi membantu meningkatan tahap sosio-ekonomi mereka. Doakan projek murni ini berjaya. Amin.

Menarik kaedah promosi yang dibuat oleh 7elevent

Jom makan pisang :)