Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

Selasa, Jun 10, 2008

Fakta: Kenaikan Harga Minyak Malaysia, Adakah Ia Relevan?


Kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan(termasuklah harga palet, kos pengangkutan, bahan mentah, binatang ternak, kos operasi dalam semua sektor dlm industri pembuatan, pertanian dll). Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Harga Petrol naik dari RM1.92 kepada RM2.70/L dan Diesel naik dari RM1.52/L kepada RM2.50/L. Adakah kenaikan itu realistik dan relevan dengan Negara kita yg cukup terkenal sebagai negara pengeskport minyak dunia?

Sama-sama kita teleti sedikit
FAKTA yang sy perolehi dari pembacaan utk dikongsi bersama.

1. JANJI TINGGAL JANJI;

Pada 25 Febuari lalu, Timbalan Perdana Menteri (TPM) menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas
pilihanraya umum ke-12.

Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.

Sekarang?

2. NEGARA SUKA MEM'BODOH'KAN RAKYAT @ Suka buat perbandingan salah;

Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di bawah).

Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat,
Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

Sebelum ini Kabinet Malaysia seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.

Perbanding SEBENAR harga minyak di Malaysia dengan negara2 pengeluar minyak lain;


3. PERBANDINGAN DENGAN NEGARA JIRAN;

A. Thailand

Jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand,
rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Fakta: Jumlah tol yang kena bayar untuk memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam. Harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4!

Di Malaysia? Harga tol dari UPM ke Senawang pun dah cecah RM6.80! Baru sahaja 40 minit dan bukannya 8 jam.

Jika kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.

Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

B. Singapura

Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita.

Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada "pilihan". Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar "flip-flop" kerajaan kita � sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh - penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

4. ILHAM DARI PM

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk "PM: Get true picture of global oil price hikes" (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

"Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang."

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini - peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Petikan daripada
Blog A. Kadir Jasin:

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk "mendapatkan gambaran sebenar" mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah �mahal� kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Picture purporting to show a tsunami striking the coast of Phuket, Thailand (or Indonesia, depending on version)

5. TSUNAMI HARGA BARANG -"Barang Naik" - Silent Killer!

Kenaikan harga bahan api sebanyak RM0.78 seliter untuk petrol dan RM1.00 seliter untuk diesel teramat membebankan rakyat.

Kenaikan ini akan membawa satu lagi tsunami kenaikan harga barangan yang begitu mendadak seumpama menjerut tali di leher rakyat sendiri.

Sebelum kenaikan terbaharu harga bahan bakar, kenaikan harga barangan sudah menjadikan dompet pengguna semakin kempis.

Dari awal tahun hingga ke pertengahan tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa apatah lagi jika menggunakan 'wang plastik'!

Yang malangnya adalah mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan bermukim di tengah bandar, semakin terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pengguna, khususnya peningkatan kepada kos pengangkutan.

"Begitu juga kenaikan harga bahan bakar ini akan memberi kesan jaringan kepada pengeluaran barang dan kos pengangkutan. Ini menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan turut meningkat. Seterusnya ini akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran," jelas Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).

Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira 40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan.

"Kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga bahan api ini tidak dapat tidak akan menyebabkan perbelanjaan mereka turut meningkat kepada sekitar 50 peratus.

"Harga makanan yang diproses akan naik kerana harga bahan mentah naik disebabkan kos pengangkutan yang meningkat. Oleh itu, restoran dan gerai akan menaikkan harga makanan," jelasnya kepada Bernama.

Walaupun kerajaan akan membayar balik rebet tunai sewaktu pembaharuan cukai jalan, tetapi tsunami kenaikan harga barangan yang bakal berlaku pasti melampaui jumlah rebet yang hanya diperolehi secara tahunan.


AKHIR:

Adakah kenaikan itu realistik dan relevan dengan Negara kita yg cukup terkenal sebagai negara pengeskport minyak dunia?

Sama-sama kita bincangkan.

Isnin, April 14, 2008

Pelik Tapi Benar: Tukar Isteri Dengan Kambing

Pelik tapi benar... itulah yang berlaku, Dunia sudah akhir zaman.
Berita ini saya petik dalam Harian Metro, Ahad 13 April 2008.
Seorang petani sanggup menukar isterinya dengan seekor kambing semata-mata mereka gagal mendapatkan cahaya mata.


Harap perkara ini tidak berlaku dikalangan penternak-penternak kambing di Malaysia.

Khamis, Januari 31, 2008

Program jihad ternak capai matlamat ditetap Kerajaan Negeri


PENGKALAN CHEPA, 31 Jan (Hrkh) – Program khas kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan penduduk miskin melalui jihad ternak kini dianggap 80 peratus berjaya mencapai matlamatnya.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, kejayaan program yang julung kali diperkenalkan itu sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus.

“Dengan perkembangan menarik ini, program jihad ternak telah mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri bagi tahun pertama,” katanya di majlis menandatangani perjanjian Program Jihad Ternak (Mantee) dan Seminar Pengemukan Kambing/Lembu, di Kompleks Purnama di sini, baru-baru ini.

ImageBeliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.15 juta bagi melaksanakan program tersebut, di mana setiap peserta diberi lima ekor kambing betina jenis jamnapari.

Pada majlis itu juga peserta jihad ternak (mantee) menandatangani perjanjian persetujuan untuk menerima pawahan lima ekor anak kambing.

Peserta juga menerima bantuan sebanyak RM500 untuk membina kandang kambing.

Sebelum itu peserta mengikuti pembentangan kertas kerja yang disampaikan penyelidik dari Institut Pertanian Bogor, Indonesia, Dr Winogroho dan penternak kambing jamnapari juga dari Indonesia, Akas Alamuddin.

Peserta diberi penerangan kaedah-kaedah yang betul untuk menternak kambing jamnapari. Seramai 200 peserta program jihad ternak mengikuti program sehari itu.

Setiap kambing jamnapari yang berasal dari Indonesia berharga RM1,000 hingga RM20,000. - mj


Isnin, November 26, 2007

BAJET RAKYAT - BERI PELUANG BARU KEPADA USAHAWAN SEKTOR PERTANIAN DI KELANTAN.

Pembentangan Belanjawan 2008 oleh YAB Menteri Besar Kelantan

Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

SebaHAgian sahaja, terutama dalam sektor pertanian & pembangunan usahawan DI KELANTAN.


Pemban
gunan Sektor Pertanian

Pembangunan sektor pertanian masih merupakan satu daripada strategi utama bajet negeri Kelantan tahun 2008. Ini kerana sektor pertanian memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Kelantan. Sektor ini merupakan sektor yang diceburi oleh sebahagian besar rakyat terutama golongan miskin. Sektor ini akan terus diperkukuhkan bagi mempastikan sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi negeri dicapai selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Sebagai sektor utama ekonomi negeri ini, tumpuan akan terus diberi bagi meningkatkan lagi daya saing sektor ini. Kerajaan Negeri akan meningkatkan pelaburan dalam aktiviti pertanian, mempergiatkan usaha dalam pengeluaran bahan makanan berkualiti dan produk halal. Permintaan makanan domestik yang terus meningkat dan potensi pasaran eksport yang luas merupakan asas bagi melonjakkan prestasi sektor pertanian. Ini selaras pula dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan sektor pertanian sebagai agen ketiga penjana pertumbuhan ekonomi negeri. Disamping itu juga, dengan adanya tekanan yang konsisten dalam sektor pertanian, ia akan dapat merealisasikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara menjelang tahun 2015.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri telah menyusun pakej program-program seperti; Mempertingkatkan Pembangunan Pusat-Pusat Pertanian, Pembangunan Tanah Terbiar, Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi, Pembangunan Industri Sayur-sayuran dan Buah-buahan, Pembangunan Industri Hiliran serta Pembangunan Usahawan. Menerusi pakej program tersebut, Kerajaan Negeri berharap dapat mencapai objektif bagi melahirkan golongan petani yang berdikari di samping meningkatkan daya pengeluaran bahan-bahan makanan serta mencapai tahap pengeluaran produk pertanian yang berkualiti dan selamat.

Pada tahun 2008, program pembangunan IKS akan menekankan kepada menaiktaraf/projek baru, pembangunan kraf dan pembangunan usahawan IKS. Program ini bertujuan untuk menambah bilangan usahawan di negeri ini serta mengoptimumkan penggunaan hasil pertanian untuk diproses. Pemprosesan hasil pertanian ini bukan sekadar meingkatkan nilai tambah kepada pendapatan usahawan malahan dapat mengurangkan masalah lambakan hasil pertanian terutama kepada hasil-hasil yang bermusim.

Justeru itu, dalam bajet 2008 sejumlah RM 2.20 juta diperuntukkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri bagi mengurus pelbagai program ke arah memajukan sektor pertanian di negeri ini. Disamping itu peruntukan prasarana berkaitan pertanian yang turut diperuntukkan dibawah lain-lain agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dan Pejabat Pembangunan Negeri. Antara program yang turut diberikan peruntukan ialah Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah dengan dana sebanyak RM 1.40 juta.


Menaiktaraf Hidup Nelayan

Sektor perikanan di Kelantan berperanan besar sebagai salah satu sektor penyumbang bagi bekalan protin kepada penduduknya serta menyedia peluang kerja kepada 5,000 penduduknya. Usaha-usaha membela golongan nelayan akan diteruskan dengan cara meningkatkan taraf hidup mereka. Sejumlah RM 504 ribu disediakan bagi tujuan melaksanakan program-program seperti Penyediaan Infrastruktur Nelayan, Galakan Pemindahan Teknologi Peralatan Perikanan, Projek Asuhan Benih Ikan Air Tawar, Galakan Teknologi Pengendalian Ikan dan lain-lain. Beberapa program yang diperkenalkan pada tahun ini seperti Pemulihan Semua Sangkar Terbiar di Taman Kekal Makanan Negara serta Pembangunan Tukun Tiruan akan terus dilaksanakan pada tahun 2008.

Kerajaan juga akan menggalakkan sektor ternakan ikan/akuakultur untuk menampung bekalan ikan bagi mengimbangi permintaan sumber perikanan yang semakin meningkat. Sehingga kini, seluas 312 hektar tanah telah dibangunkan untuk aktiviti akuakultur iaitu kira-kira 26 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dengan penglibatan seramai 2,000 orang penternak. Oleh itu Kerajaan akan memberi galakan berterusan kepada para pelabur untuk menceburi bidang akuakultur terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti di bawah Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan Negara selain menggalakkan penglibatan penduduk tempatan menceburi aktiviti tersebut.

Kerajaan juga akan memberi perhatian bagi mempastikan pembangunan industri perikanan disokong dengan aktiviti nilai tambah bagi menjamin kelestarian industri berkenaan. Justeru itu, industri pemprosesan berasaskan produk perikanan seperti keropok, budu, bilis, ikan kering, bebola ikan dan sebagainya yang kini memberi peluang kepada kira-kira 1,000 orang penduduk tempatan dan berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan pada masa hadapan.

Pembangunan Industri Perternakan

Pembangunan industri perternakan juga akan diberi keutamaan oleh Kerajaan dalam bajet 2008 bagi memenuhi keperluan sumber makanan. Satu peruntukan berjumlah RM 1.20 juta telah disediakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk melaksanakan rancangan operasi induk lembu; rancangan pengembangan lembu pedaging, rancangan pembakaan dan lain-lain. Disamping itu, program lembu fidlot akan terus dilaksanakan setelah kedua-dua program perintis di Jajahan Machang dan Gua Musang mencapai kajayaan yang memuaskan. Kerajaan juga telah mengadakan program baru iaitu Jihad Ternak dengan peruntukan awalan berjumlah RM 300 ribu yang akan memberi tumpuan kepada penternakan Kambing Baka Jamnapari. Program ini bertujuan untuk menggalakan rakyat khususnya golongan belia menceburi bidang sub sektor perternakan. Sekiranya program ini mencapai sasaran yang ditetapkan, Kerajaan bercadang untuk memperluaskan program ini meliputi jenis ternakan lain termasuk lembu dan kerbau.

Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM 450 ribu di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan tiga program ke arah peningkatan taraf kehidupan golongan miskin melalui projek pertanian seperti tanaman vanilla/jarak, tanaman pisang/jagung dan galakkan industri kelapa dara (Virgin Coconut Oil). Ia mungkin juga boleh dijadikan tanaman alternatif kepada tanaman tembakau dalam tempoh jangka panjang. Ini adalah antara paradigma baru yang cuba kita suntik dalam sektor pertanian di Negeri ini termasuk juga ke kawasan-kawasan KADA dan Kesedar. Ia sekurang-kurangnya boleh menjadi penampung kepada pelbagai kelompangan dan kekurangan pencapaian yang masih ketara khususnya di kawasan-kawasan pembangunan wilayah. Adalah diharapkan ketiga-tiga program permulaan ini dapat dilaksanakan dengan bantuan teknikal daripada jabatan-jabatan terlibat.

PEMBANGUNAN USAHAWAN

Kerajaan Negeri juga akan memberi penekanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan program pembangunan usahawan khususnya usahawan kecil yang baru memulakan aktiviti perniagaan. Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada enam aspek utama iaitu pembudayaan, latihan keusahawanan, peluang perniagaan, premis perniagaan, pembiayaan dan pemasaran. Pada tahun 2008, sebanyak RM 500 ribu disediakan di bawah program Galakan Perdagangan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan. Manakala RM 500 ribu lagi disediakan untuk Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah Jabatan Pertanian serta peruntukan RM 1.2 juta disediakan bagi Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan bagi tahun 2008. Ini termasuk satu dana khas berjumlah RM500 ribu diperuntukkan bagi pembinaan gerai-gerai kepada peniaga-peniaga kecil.

Berita lanjut sila klik; Bajet Rakyat

Rabu, September 19, 2007

BANJIR KEDAH: Bagaimanakah Agaknya Shbt2 Perternak, Peladang & Nelayan di Kedah?

Tsunami, gempa bumi, banjir besar, kemarau panjang, tanah runtuh, air kolam tadahan kering, kebakaran hutan dsbnya... semuanya telah menlanda Malaysia. Ketika dan saat mana untuk menimpa kita? sama2lah kita semua bersiap sedia.

Melihat kepada bencana alam yang makin tidak menentu, membuatkan aku terkira2 dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba. Sekurang2nya aku dan shbt2 semua sudah sediakan plan strateggik yang terbaik untuk menghadapi sebarang kemunginan & pada masa yg sama berdoa kepada-Nya agar dijauhkan dari segala bencana & malapetaka.

http://www.mediaraharja.com/content/KL.jpg
Banjir di Johor
Berberapa thn lepas, Tsunami hentam pantai barat, setahun lepas Banjir BESAR tengelamkan Johor, berberapa hari lepas saja Gempa Bumi sudah dirasai di Malaysia... dan ketika ini shbt2 seakidah, seagama, sepenternak dll di Kedah sedang berjuang & berusaha menyelamatkan diri, harta benda dan haiwan ternakan daripada banjir yang kian Besar.
http://www.bmahendran.com/blog/wp-content/uploads/2007/03/insidepix1.jpg
Tanah runtuh
Sama2 kita doakan agar semua selamat & kita semua dijauhkan dari malapetaka & bencana alam sedemikian rupa melanda kita semua. Dan kepada yang berkemampuan bolehlah pakat2 bagi zakat or sumbangan yang patut kepada shbt2 kita di Kedah, Pulau Pinang, Perak dsbnya. Semoga dengan niat yang ikhlas dan dan keberkatan bulan Ramadhan segala amal kita diterima oleh-Nya. Amin

Gempa bumi

Banjir: 211 penduduk dipindah ke Kompleks Rakan Muda


PENDANG 18 Sept. – Sebanyak 211 penduduk daripada 45 keluarga di 11 buah kampung di daerah ini telah berpindah ke Kompleks Rakan Muda Tanah Merah di sini apabila rumah mereka dinaiki air sejak tiga hari lalu...

untuk baca lebih lanjut; Sila klik

PESANAN SAYA: Sediakan Backup Plan Sebelum Terlambat!