Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Ahad, Julai 25, 2010

Projek LEBAH MADU Kelantan

Penternakan Lebah Madu merupakan sektor baru di Negeri Kelantan. Sedangkan kelebihan MADU telah disebut dgn jelas dalam Kitab Suci AL-QURAN sejak lebih 1400 tahun lepas. Khasiat dan kelebihannya banyak diceritakan dalam Hadis2 dan Al-Quran, terdapat satu juz yang dinamakan An-Nahl (lebah) dari 30 juz Al-Quran, dinamakan sempena LEBAH.

Sebagai seorang Muslim dan pengemar makan madu Asli, saya cukup 'pening' terutamanya apabila ingin membeli MADU LEBAH dipasaraya-pasaraya, di kaki lima dsbnya disebabkan banyaknya MADU TIRUAN & SINTETIK. Mengikut kajian yang dijalankan oleh UKM, hanya 23% sahaja madu asli di pasaran Malaysia, selebihnya adalah madu tiruan dan madu sintetik/buatan. Kesannya jika memakannya akan menyebabkan keadaan bertambah teruk dan penyakit semakin menjadi kronik. Atas nilai kesedaran itulah saya cuba untuk mula menternak Lebah Madu sendiri, moga-moga ia menjadi landasan kepada rakan-rakan lain dalam Industri ini di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Saya rasa bertangungjawab untuk mencuba, mempelajari rahsia khazanah alam ciptaan Allah SWT dan menyebarkan ilmu ini ke dalam masyarakat Islam khususnya. Saya nukilkan sedikit sebanyak dalam Blog kesayangan saya ini untuk dikongsikan dengan rakan-rakan semua. Moga ia membantu. Bermula dari hari ini juga saya telah mengaturkan berberapa strategi untuk lebih kehadapan dalam bidang ini.

NILAI EKONOMI PROJEK LEBAH MADU

i. 1 Haif/kotak sarang lebah mampu menghasilkan minimum 10kg/sebulan madu lebah asli, terutamanya ketika musim bunga dan cuaca baik.

ii. Harga pasaran semasa/ borong ialah RM50/kg

iii. Pengiraan Untung Kasar:

- 10kg Madu x RM50/kg = RM500/sebulan. Untuk komersil, paling minimum perlukan 10 haif, bermakna anda akan memperolehi RM5,000 sebulan. Bagaimana pula jika anda ada 100 haif? bukan ke anda mampu menjana RM150,000/sebulan?!


Ringkasan Penternakan Lebah

Ternakan Lebah Madu amat mudah dan tidak sukar seperti diperkatakan umum, ianya MUDAH kerana anda;-

i. Tidak perlu memberikannya makan, Lebah akan cari makan sendiri. Bermakna tiada Kos Makanan.

ii. Anda hanya perlu menyediakan tempat untuknya mengumpulkan madu, itu sudah memandai.

iii. Permintaan terhadap MADU ASLI adalah sangat TINGGI terutamnya bagi org Islam, nilai MADU sama seperti sarang burung layang-layang bagi masyarakat Cina.


MAKLUMAT AM LEBAH

Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)

Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimal dengan menggunakan material yang paling sedikit. Para ahli matematika merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat.

Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antar lebah yang sulit untuk dipercaya. Setelah menemukan sumber makanan, lebah pemadu yang bertugas mencari bunga untuk pembuatan madu terbang lurus ke sarangnya. Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus. Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemukannya tanpa kesulitan.

Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membangun sarang. Mereka memulai membangun sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeda, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah. Setelah pekerjaan usai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun tambal sulam pada sel-sel tersebut. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui “ilham” dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.

Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka butuhkan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perhitungan secara terinci ini memproduksi madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung “obat bagi manusia” tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam Al-Qur'an:

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16: 69)

Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini?

Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Sebagaimana firman Allah, madu adalah “obat yang menyembuhkan bagi manusia”. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Dalam konferensi tersebut didiskusikan pengobatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengobati berbagai penyakit. Seorang dokter asal Rumania mengatakan bahwa ia mencoba menggunakan madu untuk mengobati pasien katarak, dan 2002 dari 2094 pasiennya sembuh sama sekali. Para dokter asal Polandia juga mengatakan dalam konferensi tersebut bahwa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti bawasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.

Sumber Maklumat Am Lebah: Harun Yahya

Sekadar berkongsi minat dan hobi ambo masa lapang. Sesiapa yang berminat untuk menternak LEBAH dan membeli set2 lengkap peralatan menternak LEBAH boleh hubungi saya pada bila2 masa sahaja.



Isnin, Januari 04, 2010

Pertanian Organik eMOL & Status Terkini

Paddy Field Evening_0186

Sunset at the Paddy Field

Alhamdulillah malam tadi dalam kesejukan hujan ditengah-tengah bendang padi, saya masih sempat meredah kegelapan malam berjumpa Pak Aep, antara orang penting dalam menjayakan projek padi organik menggunakan kaedah SRI - The System of Rice Intensification. Maklumat mengenai penanaman padi organik ada saya masukkan dalam posting saya sebelum ini, bolek KLIK.

Kunjungi malam tadi saya pergi dengan kawan saya, Dr Ali (Dr Veterinar) dari Indonesia yang kini dalam pengajian Master di UMK. Ia bertujuan untuk memperlajari secara lengkap berkenaan projek penanaman padi organik, penghasilan microorganisms Local (MOL), pesticid organik, baja organik dan penanaman secara organik 100%.

InsyaAllah dengan ilmu yang saya ada dalam membuat IMO- teknologi dari Korea, teknologi EM-dari Jepun, kursus Nature Farming di Sara Buri, Bangkok dan ilmu baru membuat MOL dari Indonesia saya akan gabung jalinkan menjadi eMoL (Effective microorganisms LOCAL (MOL) untuk menghasilkan keberkesanan yang paling optimum dalam pertanian-penternakan-perikanan.

InsyaAllah saya akan minta tolong network sedia ada dengan UPM (tempat saya belajar dulu), dengan UMK & USM (dalam proses perjanjian dan transfer of technology), NanoC (syrkt yang berkeupayaan utk menganalisis mibrob, minyak, kejuruteraan, air, dll) dan shbt2 lain utk memastikan jayanya projek terkini saya Projek Pertanian Organik+Ekologi + eMoL. Bagi langkah pertama saya akan memulakan dengan menanam sayuran singkat, bagi menganalisis keupayaan baja-pesticid dll yang dihasilkan.

Alhamdulillah banyak yang saya dapat belajar dari Tok Guru baru saya ni, beliau lebih menekankan kepentingan Ekologi yang seimbang dan Sistem Rantaian Makanan bagi menghasilkan MOL yang effektif. Kepada sahabat-sahabat seluruh negara dan luar negara, sekiranya anda mempunyai pandangan, saranan dan pasaran untuk sayuran organik yang saya hasilkan nanti, mohon bantu saya ya :)

Dan Syukur pada Allah SWT, terbaru ni projek Benih Rumput Napier India IKN 091 sudah berjaya menembusi pasaran Sabah dan Sarawak, dengan ini MyAgro-Vet sudah berjaya menghantar produk2 dan mempunyai rangkaian sahabat perniagaan di Seluruh Negara.

Terima kasih semua diatas sokongan dan bantuan yang diberikan. Semoga berkat doa kepada Allah SWT, pertolongan sahabat-sahabat, dan ilmu2 yg saya perolehi dari Tok2 Guru saya saya boleh curahkan dalam blog ini, untuk kita sama-sama meningkatkan sektor pertanian Organik di Malaysia disamping menjaga kesihatan diri dan persekitaran harmoni. Amin

Ahad, Disember 20, 2009

Mini SARA BURI di Machang, Kelantan

Alhamdulillah hampir sebulan tidak sempat update blog ini, kebetulan selepas sahaja balik dari Bio-Malaysia haritu, saya terus diamanahkan berberapa projek penting untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat.

Antaranya menciptakan formulasi makanan ayam organik-herba (100% organik & 0% bahan kimia) dan projek ayam herba, mewujudkan EM Technolgy & Entrepreneurial Center(EMTEC), menguruskan test plot ladang pisang organik tahun 2010 - kami bercadang nak buka ladang komersil) dll dan mengerakkan NGO's di Kelantan bagi menuntut royalti petroleum daripada Persekutuan Malaysia (Sy jadi SU, GEGAR detail ttg ni boleh masuk blog GABUNGAN). Disebelah kiri atas adalah gambar saya denganTok Guru & Sifu saya :)

Harini rasa mcm tak sempat juga nak tulis panjang-panjang (kena siapkan satu proposal master plan business nex year), Berikut adalah sedikit tentang EMTEC @ Mini Sara Buri.

EM Technolgy & Entrepreneurial Center(EMTEC)

VISI EMTEC

Melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera dalam lingkungan persekitaran harmoni.

MISI EMTEC

Ke arah penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian dengan aplikasi teknologi EM.

FUNGSI EMTEC

Sebagai pusat pengembangan Teknologi EM dan keusahawanan.

SEKTOR PENGLIBATAN

Pertanian

· Fruits & Vegetables

· Bio-fertilizer

· Aquaculture

· Animal Husbandry

Alam Sekitar

· Water Treatment

· Waste Management

· Household Uses

Mikrobilogi

· Microbial bioreactor

· HALAL Probiotik

Health

· Healthcare product

· EM candy

· Herba

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti saya yang padat, biarlah gambar2 dibawah menceritakan sendiri apa yg saya buat ya :)

Perbincangan dengan syarikat Korea dan syarikat Enzim Malaysia Sdn Bhd bagi menghasilkan formulasi makanan khusus ternakan ayam dll di Bio Malaysia 2009.

Bergambar dengan Bio-reaktor EMAS kami, sesiapa yang berminat boleh order dengan saya.

Saya bersarapan pagi bersama YB Zul, Suhaizi bersarapan pagi di rumah Pak Su (Pengarah EM Admins) bersama Mr. T. Sawada (Pengarah JAMOF) di Pulau Pinang.

Banner EMTEC - hasil daripada keputusan mtg di Penang maka usaha dibawah dilaksanakan.

Bangunan Utama EMTEC dengan Dewan Utama boleh memuatkan 400 orang peserta.

Bilik Latihan EMTEC yang serba cangih serta mampu memuatkan 200
orang peserta pada satu masa


14 buah Chalet ala Home Stay turut juga disediakan.

Pusat Latihan Praktikal utk membuat memelihara kambing, membuat baja kompos-hilangkan bau najis haiwan, baja bokashi, mud ball, silaj, penanaman sayuran herba dll.

Sebagai sokong padu keatas usaha memperkenalkan EM secara lebih meluas, EMTEC telah menjemput delegasi dari Jepun ( Mr. T. Sawada), Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang (YB Lydia Ong Kok Fooi), Syrkt EM Admins (Mr. Paksoo dan family), Pengerusi Perdagangan Indonesi-Malaysia Thailand dll bertemu dengan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Taklimat kepada Exco, UPEN, PKINK, MPKB dll disampaikan oleh Pak Soo di Bilik Mesyuarat MMK.

Sebagai tanda komitmen dan keyakinan saya, saya sendiri telah meminum EM (Probiotik), itu adalah tangan saya.

Pada hari yang sama saya dan Tok Guru saya juga berjaya menghasilkan Dedak Ayam 100% Organik dan 0% Bahan Kimia. Alhamdulillah :)

Percubaan kepada anak-anak ayam, semua makan dengan 'lahap' sekali. Anak-anak ayam kampung ini akan diletakkan di EMTEC.

Semalam sehari suntuk juga saya adakan berberapa aktiviti taklimat, praktikal membuat Silaj kepada staf EMTEC dan EM Muffin yg akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tong yang mampu memuatkan 100kg rumput yg bakal menjadi Silaj (daripada Napier India IKN091) berberapa hari lagi. Secara tidak langsung usaha ini akan membantu para pengusaha menjimatkan kos makanan ternakan kepada 60% seharian.

Siap sepenuhnya, 4 hari lagi kambing2 di EMTEC boleh 'ngap'

Hari pertama saya di Sara Buri, Bangkok. Saya sudah menanam hasrat untuk membuat Mini Sara Buri di bumi Kelantan.

InsyaAllah dengan sedikit ilmu dan sokongan pakar2 EM (terutama Paksoo, Mr T.Sawada, Dr Higa), sokongan padu kerajaan Negeri (terutama YB Zul, YB Che Lah dll) Mini Sara Buri di Kelantan akan diwujudkan tidak lama lagi. Sara Buri adalah hasil usaha Dr Higa, EMRO (EM Research Organisation), APNAN (Asia Pasific Agricuture Network), Negara Thailand dan penduduk setempat.
Lebih lanjut tentang aktiviti saya di Sara Buri boleh baca di link ini. Sila klik Bengkel Antarabangsa Kyusei Nature Farming

Isnin, Julai 27, 2009

Pisang Kultur Tisu Pertama 'Lahir' di Kelantan


Alhamdulillah, hasil penat lelah hampir setahun syarikat saya telah membuahkan hasil...

Pisang kultur tisu pertama telah berjaya 'dilahirkan' di Negeri Serambi Mekah, Kelantan. Kami merupakan perintis kepada teknologi ini di Kelantan, dan insyaAllah ia akan melengkapkan lagi hasrat kerajaan Negeri untuk menjadikan Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 nanti.

Melalui kerjasama erat dan permindahan teknologi dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. InsyaAllah kami mampu untuk menghasilkan baka-baka yang berkualiti tinggi dan mampu untuk memenuhi permintaan pasaran anak pokok pisang di Kelantan.

Buat masa sekarang, saya mengadakan pameran di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan yang bermula dari 23 hingga 29 Julai 2009, di sekitar Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu dengan tema BERTANI SATU IBADAH. Alhamdulillah feedback daripada agensi2 kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang, KESEDAR, Lembaga Tembakau Negara dan usahawantani Kelantan betul2 mengalakkan.

Dengan kapasiti pengeluaran lebih 65,000 anak pokok per pusingan, InsyaAllah kami mampu untuk memenuhi pasaran tempatan.

Masa yang terdekat ini, sambil-sambil jaga booth. Saya sendiri sudah approach Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, FAMA dan Agro Bank. Tujuaannya adalah untuk kami mencipta peluang kerja niaga dan membantu masyarakat yang berminat dalam menjadi usahawantani berjaya nanti. InsyaAllah dengan jayanya kerjasama erat antara syarikat kami dan agensi2 penting di atas, kami merancang untuk membuka sebuah ladang pisang seluas 100 ekar di Negeri Kelantan, dimana kami sebagai pembekal anak pokok dan baja, PPLRNK sebagai pengusaha+tanah, FAMA selaku pemasar dan Agro Bank (Skim 3F) sebagai sumber duit.

InsyaAllah ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan dan membantu syarikat kami untuk mencapai jualan pisang segar melebihi RM5.3 juta dalam masa 3 tahun nanti. - Sekarang tgh sediakan proposal detail untuk submit dan merge dgn mana2 syarikat yg berminat - salah satu minat saya adalah merge syarikat & ToT.

Berikut adalah sedikit gambar2 yang ingin dikongsikan bersama shbt2 ;)


Gambar kilang berstatus GMP, dijangkan sedia untuk digunakan awal Januari 2010 nanti.

Benih pisang kultur tisu dalam makmal

Kehijauan daun pisang mendamaikan mata

Anak-anak pokok pisang jelai berangan di Nuseri sedia untuk dijual

hehe... anak pisang isi dalam myvi? itulah saya... semua jadi, janji duit masuk & ianya HALAL :)

Halatuju seterusnya adalah......

i. Status Bio-Nexus
ii. Ladang Pisang Komersil
iii. Kilang Berstatus GMP sendiri
iv. Lembah Agro-Bioteknologi

Doakan saya dan sahabat2 juga berjaya, rezeki di tangan Allah SWT, sesiapa yang berusaha... insyaAllah ia akan memperolehinya. Dan ingatlah.... jadikan segala usaha/pekerjaan dsbnya adalah sebagai Satu Ibadah, kerana apa? agar setiap perkara yg kita semua buat akan mendapat 2 perkara iaitu: 1. Rezeki Dunia 2. Pahala di Akhirat. Cthnya: Bela kambing menjadi satu Ibadah apabila shbt2 cukup syarat2 berikut iaitu;-

i. Islam
ii. Niat kerja kerana Allah - mula2 nak turun rumah, niatkan kerja yg kita buat harini adalah kerana Allah SWT.
iii. Mengikut hukum syarak (Harus, Wajib, Halal, Makruh & Haram).
iv. dll --- yg penting ikut perkara yang Allah suruh da tinggalkan perkara yang Allah larang.

InsyaAllah jika shbt2 semua ikut apa yang saya kongsikan diatas... semua kerja yg shbt2 buat akan jadi Ibadah. Dan tidak perlu tunggu dah PENCEN (umur 58) baru nak buat Ibadah, kerana dah terlambat. Kenapa? Kerana dah hidup 58 tahun buat kerja2 tidak elok, bila dah pencen umur anda hanya berbaki 2 tahun shja (purata umur umat Nabi Muhammad SAW iailah 60 tahun shja, lebih adalah bonus). Sama2 fikir-fikirkan.

Jumpa lagi...

Wassalam.

BERTANI SATU IBADAH

Syam Ghaz
Usahawantani-Kelantan.

Selasa, Julai 07, 2009

Ladang Fertigasi MyAgro-Vet di Kuala Pilah N9

Ladang Fertigasi MyAgro-Vet seluas 3 ekar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diusahakan oleh ayah mertua saya, bekas Timbalan Pengarah RISDA, lulusan Ohio University. Memuatkan 3,000+ lebih pokok cili kulai bagi Fasa 1. Fasa 2, dijangkakan akan memulakan dengan 10,000 pokok. Dari aspek pemasaran kami pasarkan kepada pemborong-pemborong sekitar N9, Selangor dan Melaka.

Semaian anak benih
Persediaan polibeg
Pokok cili kulai mula membesar

Lebatnya...

Alhamdulillah, selepas 4 bulan inilah hasilnya... :)
Wah... panjangnyeeee... inilah hasil keberkatan usaha tanpa penat lelah selama ini.

Sekadar berkongsi cerita MyAgro-Vet. Nak copy kena minta izin dulu ya :)

FAKTA ANGKA & UNTUNG RUGI PROJEK FERTIGASI MYAGRO-VET:

Jumlah pokok ; 3,000+ pokok

Pekerja; 2 org - kerja kontrak selama 8 bulan

Keluasan tanah; 3 ekar

Pasaran; Selangor, Melaka & Negeri Sembilan

Mula projek; 1 April 2009

Tamat projek; Oktober 2009

Tempoh masa; 7 bulan

A. Modal

1. Kos per-unit RM5/pokok - termasuk polibeg, media penanaman, baja, benih dll: RM15,000

2. Jumlah pokok: 3000+

3. Upah buruh: RM1200/2 org x 8 bulan ;- RM9,600/8 bulan

Total kos: RM27,600

B. Keuntungan

Standard bagi pengeluaran hasil bagi setiap pokok Cili Kulai di Malaysia ialah 3kg/pokok, bermakna hasil yang akan diperolehi selama 3 bulan proses tuai ialah dalam 9,000kg/ 7 bulan. Maksimum boleh mencecah 5kg/pokok, iaitu 15,000kg/7 bulan. Purata pengeluaran ialah 12,000kg/ 7 bulan.

Harga pasaran minimum ialah RM4/kg - harga borong

Harga pasaran maksimum ialah RM7/kg - harga borong

Harga purata ialah:- RM5.50

Dengan mengandaikan berberapa indikator seperti diatas adalah digunakan, hasil hasil pendapatan yang diperolehi ialah;-

C. Pendapatan Purata (Jangkaan):

i. Pendapatan kasar

Hasil (kg) x Harga borong (RM)

12,000kg x RM5.50/kg = RM66,000/ 7 bulan @ RM9,428.57/bulan

ii. Pendapatan bersih

Hasil (RM) - Modal & Kos operasi

RM66,000/7 bulan - 27,600 = RM38,400/ 7 bulan @ RM5,485.71/ bulan - Pendapatan yang lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan N48 dan tidak terikat dengan waktu kerja dari 8pagi hingga 5 ptg stp hari.

D. Kesimpulan

Projek ini berdaya maju untuk dikomersilkan, dan untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi MyAgro-Vet akan menformulasikan sendiri baja khas untuk meningkatkan lagi pengeluaran hingga ke peringkat paling optimum (5kg/pokok/7 bulan) dan mencari rakan niaga yang sanggup membeli cili dengan harga yang kompetatif (lebih RM6/kg), dengan usaha ini insyaAllah ia akan membantu melonjakkan peningkatan produktiviti (15,000kg) dan hasil pendapatan (15,000 x RM6/kg = RM90,000/7 bulan @ RM62,400- bersih).

Dengan peningkatan hasil tersebut, kami bercadang untuk menambahkan lagi bilangan anak pokok dari 3,000 pokok kepada 10,000 pokok menjelang awal tahun 2010 nanti. Ia sebagai pelaburan masa depan kami untuk terus maju setapak demi setapat dalam industri ini.

Sesungguhnya projek pertanian boleh mendatangkan hasil yang lebih kepada sesiapa yang rajin berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Allah SWT telah sebut dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW sendiri telah menyatakan, buktinya memang nyata dan jelas dinyatakan sejak 1400+ tahun sebelum ini lagi. Cuma diperingkat kita mahu buat atau tidak je :)

Berikut adalah berberapa petikan-petikan maksud ayat Al-Quran dan Hadis Nabi yang ingin saya kongsikan bersama, semoga ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua.

Firman Allah SWT yang bermaksud; ”Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan..” (Al-A'raf:10).


Dan firmanNya lagi yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semula” (Al-Mulk:15).


Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik...” (Al-Baqarah:168).


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; “Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam”

Dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut sebagai contohnya:


1. Di bidang pertanian.

Hadith bermaksud: “Tiadalah seseorang mukmin itu menyamai akan semaian akan menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah(Riwayat Muslim).


2. Di bidang perusahaan.

Hadith bermaksud: “Sebaik-baik usaha ialah usaha seseorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat menasihati.” (Riwayat Ahmad).


3. Di bidang perniagaan.

Rasulullah s.a.w.juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim).


Semoga dengan ilmu yang sedikit saya ada, saya dapat kongsikan dan membantu sahabat-sahabat semua dalam menceburi sektor ini. Dengan harapan ilmu di dada ini terus berkembang subur dan dapat membantu sahabat-sahabat semua.

Syam Ghaz mendoakan kejayaan sahabat-sahabat semua dalam memeriahkan lagi industri pertanian dan seterusnya menjadikan ia sebagai sektor utama dalam menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi baru di Malaysia.

"Membangun Bersama Islam"

Syam Ghaz
Kelantan Serambi Mekah

p/s; kepada yang bekerja dari 8pagi - 5ptg, saya nasihatkan jgn berhenti kerja, buat projek ini secara part time. Bulan2 gaji dapat, site income pun dapat, hati senang, jiwa tenang... dan jgn lupa bersedekah & ingat Allah SWT.