Memaparkan catatan dengan label Lembu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lembu. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 11, 2010

LEMBU Korban Untuk Aidiladha :)



Lembu Korban untuk dijual sempena Hari Raya AidilAdha yang bakal menjelang tidak lama lagi. Harga menarik, termasuk penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Lembu Korban RM1950 termasuk penghantaran
Boleh membuat pilihan, datang dan tanda2 kemudian kami akan hantarkan ke tempat pembeli.
Lembu Korban jenis Brahman yang diimport terus dari Thailand,
memang puas hati dagingnya banyak.
Pelbagai pilihan saiz, dan harga janji pengguna puas hati!
Lembu korban jenis KK kacuk Brahman... besar dan sedap isinya.
Pilihan di tangan anda :)
Lembu korban putih

Selasa, November 21, 2006

Lawatan Ke Kg Telaga Bata, Tumpat

Gambar berlatar belakangkan kandang kambing dan berbiri

Tarikh: 18 November 2006
Jam: 6.00pm
Pengusaha: Abg Aziz
Lokasi: Kg Telaga Bata, Tumpat, Kelantan
Jenis Perniagaan: Perdagangan Lembu, Kambing dan Berbiri
Pasaran: Luar Kelantan
Jumlah Tanah: 4 ekar
Sistem Pengurusan: Semi Intensif (Kandang & Lepas)
Padang ragut kambing. Adalah penting melepaskan kambing/bebiri sekali sehari bagi menghilangkan 'stress' binatang ternak

Jumlah Ternakan Per Pusingan:

1. Lembu: 100 ekor/2 hari/ 1 pusingan
41 ekor lembu sedang 'menikmati' hidangan sebelum dikorbankan pada AidilAdha tidak lama lagi

2. Kambing(Anglo Nubian, Boer, Jamnapari & Kambing Katjang (Kg): 200 ekor/ 2 hari/ 1 pusingan
Baka kambing jenis Anglo-Nubiar 'ketakutan' melihat kami

3. Berbiri: 200 ekor/ 2 hari/ 1 pusingan
Berbiri dengan seekor Kibas (berekor besar)


Jumlah Pendapatan Bulanan: Melebihi RM 20,000.00/sebulan

Isnin, November 13, 2006

Lawatan ke Kg Bukit




Maklumat Ringkas:

Pengusaha: Pakcik Zin
Lembu: 9 ekor
Kambing: 40 ekor
Jenis Perniagaan: Perdagangan - org tengah

Melihat keadaan pengusaha terbabit, memberikan kesan yang cukup bermakna bagi kami.

Khamis, November 02, 2006

Ternakan Lembu Intergrasi Satu Projek Pelaburan Bijak


Lawatan Ke Tempat Menternak Lembu Pedaging Secara Intergrasi Di Ladang Tanaman Kekal, Mersing, Johor.

Tahun ini keluarga menyambut raya di Mersing, Johor. Rumah bapa saudara saya. Kebetulan beliau dan 2 orang kawannya memelihara 200 ekor lembu secara intergrasi di ladang kelapa sawit secara sampingan. Berikut adalah berberapa maklumat yang ingin dikongsi bersama:

BAKA LEMBU

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

Kedah Kelantan (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster
Brahman.

JENIS LEMBU


i. Kacukan Pedaging K-K

Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

ii. Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

PENGURUSAN

Cara pengurusan lembu intergrasi adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu intergrasi:

Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.


Cara ini ada beberapa risiko antaranya:

1. Kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
2. Makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
3. Perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara, kerana kawasan padang ragut yang luas.
4. Kemungkinan berlaku kecurian dan dimakan oleh haiwan liar tetap ada.

Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri/kawasan ladang kelapa sawit yang luas & mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

Pemilihan Kawasan

Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cukup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain.

Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.

KEWANGAN

Pembelian anak lembu 1 thn, RM 500.00 - RM1,000/ekor.

Penjualan seekor lembu, RM 1,800 - RM 3,000 seekor.

Kos makanan(PKC) tidak perlu.

Kesimpulannya, projek penternakkan lembu intergrasi adalah satu pelaburan yang bijak untuk jangkamasa panjang. Kerana ia membabitkan kos yang murah, kerana ia tidak membabitkan 2 kos yang terbesar dalam penternakan iaitu: kos untuk membuat kandang tertutup dan kos untuk membeli makanan harian(dedak/PKC & rumput). Penternak hanya menampung kos pembelian anak lembu sahaja. Lagipum