Khamis, November 02, 2006

Ternakan Lembu Intergrasi Satu Projek Pelaburan Bijak

Tags


Lawatan Ke Tempat Menternak Lembu Pedaging Secara Intergrasi Di Ladang Tanaman Kekal, Mersing, Johor.

Tahun ini keluarga menyambut raya di Mersing, Johor. Rumah bapa saudara saya. Kebetulan beliau dan 2 orang kawannya memelihara 200 ekor lembu secara intergrasi di ladang kelapa sawit secara sampingan. Berikut adalah berberapa maklumat yang ingin dikongsi bersama:

BAKA LEMBU

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

Kedah Kelantan (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster
Brahman.

JENIS LEMBU


i. Kacukan Pedaging K-K

Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

ii. Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

PENGURUSAN

Cara pengurusan lembu intergrasi adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu intergrasi:

Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama

Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.


Cara ini ada beberapa risiko antaranya:

1. Kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
2. Makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai
3. Perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara, kerana kawasan padang ragut yang luas.
4. Kemungkinan berlaku kecurian dan dimakan oleh haiwan liar tetap ada.

Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri/kawasan ladang kelapa sawit yang luas & mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

Pemilihan Kawasan

Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cukup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain.

Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.

KEWANGAN

Pembelian anak lembu 1 thn, RM 500.00 - RM1,000/ekor.

Penjualan seekor lembu, RM 1,800 - RM 3,000 seekor.

Kos makanan(PKC) tidak perlu.

Kesimpulannya, projek penternakkan lembu intergrasi adalah satu pelaburan yang bijak untuk jangkamasa panjang. Kerana ia membabitkan kos yang murah, kerana ia tidak membabitkan 2 kos yang terbesar dalam penternakan iaitu: kos untuk membuat kandang tertutup dan kos untuk membeli makanan harian(dedak/PKC & rumput). Penternak hanya menampung kos pembelian anak lembu sahaja. Lagipum

Artikel Terkait

7 ulasan

menarik..ada x info mengenai lembu penusu... jual perahan susu lembu bkn jual daging..saya berminat

Tanpa Nama delete 2/12/2009

askum, saya nak tanya berkenaan kulit lembu.adakah pihak en.ada membekalkannya?kalau ada saya sudi membelinya sebanyak yang boleh.. maklumat lanjut-0195128876(nizal)

ada tak nama saintifik atau name inggeris bagi lembu kedah kelantan?

asmkom. sya ermy dr jb nk tnye. permulaan utk beli baka lembu mcm mne. sya brmint untuk bele lmbu di ldg klpa swit milik saudara sya.

bisnis penternakan lembu masih memiliki prospek bisnis yang bagus,
namun membutuhkan investasi yang agak mahal, namun tak apa lah, hasilnya masih bagus juga

Asalamualaikom... Bang nak tanya nak beli baka lembu sepasang.....berapa kos...

saya oku berminat nak pelihara lembu baka kelantan k-k dan akan dimasuk benih baka baik. bagaimana caranya. berapa kos diperlukan