Rabu, November 01, 2006

Projek Kambing Jamnapari Satu Projek Yang Berdaya Saing.

Tags


KAMBING JAMNAPARI

Maklumat Am

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Berbiak Kembang Dengan Pintas

Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal

Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia

Penternakan Jamnapari

Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

Pembiakan Jamnapari

Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.
Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.

Pembinaan Kandang


Adalah di cadangkan bagi penternakan kambing secara komersil, di bina kandang kambing yang berukuran 100 kaki x 40 kaki dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki daripada paras tanah yang dapat menampung bilangan kambing dalam lingkungan 250 ekor dan bagi kandang penternakan biasa adalah bergantung dengan jumlah bilangan ternakan yang kecil.

Luas sesuai untuk kambing Jamnapari adalah 1.5m² bagi seekor. Sebagai contoh, dalam pemeliharaan 10 ekor kambing, ianya memerlukan kawasan kandang seluas 15m². Kawasan kandang juga boleh disekat-sekat bagi memisahkan kambing jantan dengan kawanan kambing betina, dan kambing yang sihat dengan kambing yang sakit atau bunting. Ini lebih memudahkan pengurusan ternakan dan pengawasan yang di jalankan.

MAKLUMAT RINGKAS TENTANG LAWATAN KE LADANG KAMBING JAMNAPARI


Gambar: Saya bersama En Safwan (rakan pejabat) & En Azam (penternak kambing)
Tarikh:

• 8 Syawal 1427H Bersamaan 31.10.2006

MAKLUMAT PROJEK:

Lokasi:


• Kg Kadok, Kota Bharu Kelantan

Maklumat Pemilik :

• Nama: En Mohd Azam
• Asal: Anak jati Kg Kadok, Kota Bharu, Kelantan
• Berumur: 31 tahun,
• Status: Sudah bekerluarga
• Kelulusan: Ijazah di UNITAR

Tahun mula:

• Awal tahun 2005

Jumlah ternakan

• Permulaan, awal 2005:

o 1 ekor kambing induk bunting dengan harga RM 2,500 seekor.

• Sekarang, hujung 2006:

o 69 ekor (2 pejantan - tidak elok kahwin sama baka kerana boleh menyebabkan anak jadi kecil dan tidak tahan penyakit), 49 induk betina dan 8 ekor anak)
o 9 ekor Anglo–nubian (kambing Mesir + Jamnapari)

Jangkahayat dan Tempoh Matang Kambing

• Berumur 9 bulan sudah boleh beranak
• Boleh dijual apabila berumur 6 bulan dan keatas
• Beranak 1 tahun 2 kali

Sistem Pengurusan:

Intensif (system berkurung)

• Kambing dikurung 24 jam

• Semua aktiviti dilakukan dalam kandang seperti makan, minum, rawatan kesihatan, Timbang, jualan dan berbagai lagi Aktiviti.

• Sistem yang digalakkan, mengelakkan masalah sosial(makan tanaman orang dll), dan masalah kesihatan ternakan dapat diatasi dengan mudah dan segera

• Rumput dipotong dan diangkut kekandang (Fodder) Rumput yg disyorkan adalah rumput Napier(rumput gajah)

Kebaikan Sistem Intensif


• Mengatasi serangan cacing, kutu, dan menjauhi penyakit yang mudah berjangkit.

• Kos ubat yang kurang. Untung yg Lebih

• Mengurangkan risiko dipatuk ular dan ternakan dicuri orang.

• Mengelakkan masalah sosial kepada penduduk sekitar.

Perumahan/ Kandang


• Memudahkan pengurusan

o Pengasingan ternakan mengikut kumpulan:
o Jantan, bunting, beranak, anak, sakit. Fidlot dsb.
o Keselamatan ternakan
o Anjing /binatang liar
o Kecurian

• Untuk aktiviti/ program khusus ternakan

o Rawatan
o Vaksinasi
o Pemberian ubat cacing/ kutu,
o Ketamwul, potong kuku , dsb

Sistem Lantai: Lantai Atas (Bukan berada diatas tanah)

• Pengudaraan lebih baik, ↓ jangkitan penyakit
• Ketinggian lantai (daritanah): 4-5 kaki
• Memudahkan kerja buang najis
• Jika terlalu rendah, terdedah kepada peruapan/ evaporation ammonia drp air kencing pada waktu malam-menyebabkan pneumonia
• Sesuai jika peternak mengamalkan penggunaan unggun api di bawah kandang
• Lantai disimen berkesan untuk mengawal cacing.
• Ruang untuk seekor kambing/ bebiri dewasa-1 m persegi & anak 0.5 m persegi
• Sifat lantai yang baik-tahan lama, tidak licin, mudah dicuci, tahan pada bahan kimia, tahan keadaan basah dan lembap

Makanan


Rumput (makanan utama) – Rumput jenis Napier dan Minyak

• Perlu diberikan makan sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

• Bekalan rumput diperolehi dengan belian secara pukal dari ‘pencerut’ rumput di Pengkalan Petah, dengan kos RM 40.00/ lori kuda9 satu lori makanan boleh digunakan selam seminggu).

• Walaupun sudah kering, rumput juga adalah makanan kambing dan mengandungi zat dan kandungan serat yang lebih kurang sama dengan yang basah

• Selepas rumput itu sampai kekandang, rumput tersebut perlulah diletakkan secara terbuka dan terdedah kepada cahaya bagi memudahkan proses respirasi berlaku dan binatang-binatang kecil ‘melarikan’ diri.

Palet

• Palet diberikan hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Iaitu waktu musim hujan, ketiadaan rumput dan dalam keadaan kambing itu sakit.

• Ia bertujuan bagi mengurangkan kos operasi projek.

Garam Jilat

• Garam jilat digantung di dalam kandang, bagi memudahkan kambing-kambing menjilatnya apabila ‘kelaparan’

• Garam ini cukup penting bagi memberikan mineral yang mencukupi kepada ternakan terutamanya bagi mengatasi masalah kekurangan galian terutama yang berkuantiti kecil.

• Kekurangan galian akan melambatkan pertumbuhan badan dan menganggu fungsi pembiakkan dan ketahanan badan ternakan.

• Kambing diberikan peluang menjilat sesuka hati dan tanpa had ‘coklatnya’

Air Minuman

• Bekalan air perlulah sentiasa mencukupi, air penting bagi mengekalkan kesegaran tubuh kambing dan memastikan kesihatan ternakan terjaga.


Pengangkutan


• Kambing Jamnapari milik En Azam diimport dari Jawa, Indonesia dengan mengunakan kapal kargo.

• Sebelum berlepas dari Indonesia, Jabatan Kuarantin Indonesia akan melakukan kuarantin pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bertolak.

• Tiba di perlabuhan Kelang, dikuarantin selama 11 hari. Dan mengambil masa selama 6 hari untuk tiba di Kelantan. Selapas mendapat kebenaran dari Jabatan Kesihatan Haiwan Selangor dan Kelantan. Permit import(AP): RM 2/ ekor dan RM1/ ekor untuk kuarantin.

Penjualan

Kambing milik En Azman dijual dengan harga berikut:

Harga seekor induk betina:

• RM 1,800 – berumur 1 tahun
• RM 2,500 – berumur 1.5 tahun

Harga seekor pejantan

• RM 3,500 – RM 5,000 – sudah matang, berumur 2 tahun dan keatas

Harga seekor anak kambing

• RM 1,000 – berumur 6 bulan
• RM 2,000 – berumur 8 bulan
• RM 0500 - berumur 2 bulan

Daging

• RM 15.00/ kg – jualan daging
• RM 47.00/kg – jualan untuk dibuat baka

Penyakit

• Selsema – sekiranya sejuk
• Cacing – boleh diatasi dengan hanya bagi ubat cacing
• Kambing tidak kena penyakit kuku dan mulut.

Kos Operasi

• Pengangkutan kapal kargo

• Permit import (AP) – RM 2.00/ ekor

• Kos kuarantin - RM 1.00/ekor

• Palet – RM40/50kg – minimum 700gram/ ekor kambing sehari

• Kos kandang – RM 9,000
• Garam jilat – RM 7.00/ ketul

• Rumput – RM 40.00

Artikel Terkait

4 ulasan

Tanpa Nama delete 4/04/2010

kawe tabik ko cik azam....kawe anok jati kadok pom xtau dio wat pero kambing

Assalam .tuan kalau nak beli kambing jamnapari tuan boleh buat penghantaran ke sabah ke?

Salam..sy berminat untuk menbeli kambing jamnapari..boleh wassap sy tak..0169572168