Salam,
Selamat datang ke Laman Maya Usahawantani Negeri Kelantan. Semoga dengan teknologi dan kemudahan yang sedia ada kini membolehkan pengunjung webblog ini mendapat input-input yang berguna bagi mengembangkan lagi sektor pertanian dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra di Malaysia pada masa akan datang.
Usaha kerajaan Malaysia dan Negeri Kelantan bagi menjadikan pertanian sebagai salah satu sektor utama ekonomi Malaysia & Kelantan sebagai negeri Jelapang Makanan Negara adalah satu langkah yang bijak dan wajar diperkasakan. Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia amnya dan Negeri Kelantan khususnya hendaklah memaksimumkan segala ruang dan peluang yang sedia ada sekarang.
Justeru itu, laman maya ini berperanan sebagai medan diskusi, perkongsian maklumat, pendapat dan menjalankan perkhidmatan samada berorentasikan keuntungan ataupun tidak untuk semua pengguna yang berminat dalam sektor ini. Semoga sektor ini terus maju dan berdiri selari dengan sektor-sektor lain di Malaysia.
Sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan dan input berguna dari pengunjung amat-amatlah diharapkan. Semoga dengan ilmu dan perkongsian pintar yang berjaya kita lakukan, dapat sama-sama kita menerokai alam indah ciptaan Tuhan yang Maha Bijaksana.
Sekian.
Selasa, Oktober 31, 2006
Selamat Datang Ke Laman Maya Usahawantani Kelantan

Tags
Artikel Terkait
- Berikut adalah senarai buku-buku rujukan sebagai 'secondary data' disamping data primer d
- MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama sebahagian 2,000 mahasiswa
- Alhamdulillah stok percubaan telah habis dibagi FREETerima kasih kepada semua shbt2 pente
- Saya akan menghadiri Bengkel Kyusei Nature Farming And The Technology Of Effe
- Lama tidak sempat update blog ni, bukan tidak menjalankan aktiviti inilagi, tetapi sibuk
Newsletter
Berlangganan artikel terbaru dari blog ini langsung via email
This Is The Oldest Page
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)