Rabu, November 08, 2006

Lawatan ke JPH & MARDI



Kesempatan waktu rehat 5 & 6 November lepas kami tidak bazirkan berlalu sahaja. Kesempatan time free ini kami gunakan sebagai satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Mungkin bagi orang lain masa ini digunakan untuk tidur, borak-borak kosong di kedai kopi dll. Tapi tidak bagi kami.

5 November 2006

Berkunjung ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Negeri Kelantan.


Mengadakan temuramah dan perbincangan 2 hala mengenai projek ternakan di Kelantan dan Malaysia. Pelbagai input baru kami perolehi. Terutama mengenai kawalan penyakit, pengimportan haiwan ternakan, urusan pemindahan haiwan ternakan, pengurusan haiwan ternakan, undang-undang, sumber-sumber yang kami boleh mohon & kursus-kursus yang kami boleh ikuti bagi menjayakan projek kami.

Buku-buku rujukan yang berada di JPH semua kami angkut dan maklumat yang kami dapat kami hadamkan. Ia cukup penting sebagai rujukan kami pada masa hadapan.

6 November 2006

Lawatan ke MARDI Telong - Kambing Jamnapari.


Peluang ini kami gunakan untuk melawat ke ladang kambing Jamnapari di Telong, milik MARDI. Banyak input-input baru yang tidak pernah kami terfikir sebelum ni kami dapat.

JPH dan MARDI menyatakan telah kesudian untuk membantu kami.

Berberapa gambar semasa ke Telong diselitkan bagi men'ceria'kan webblog ini.


Memegang sejenis makanan kambing yang dinamakan sebagai 'silaj'

Kambing jantan Jamnapari yang beratnya melebihi 50kg yang baru berumur 8 bulan.


Abg Safwan, gaya seorang bakal usahawantani moden

p/s: selepas melawat MARDI, jam 2pm dah kena berada di Jabatan Pertanian Kelantan, wakil SUK ke Seminar Pelaburan Zon Timur 2006.

Artikel Terkait