Kelmarin bertolak dari KB ke KT jam 2pm, dari Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk menghadiri program Seminar Pelaburan Zon Timur 2006. Program yang cukup-cukup bermanafaat untuk pengusaha-pengusaha baru dan lama.
Memandangkan pada 6, 7 & 8 November ada 2 kursus yang berasingan dan kami telah dijemput. Iaitu Seminar Pelaburan Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) dan Kursus Penternakkan Haiwan (Lembu, Ayam, Kambing & Baja Organik)- 8 November baru tamat.
Maka saya, Abg Safwan & Dr Shah mengagihkan tugas masing-masing, saya ke Seminar Pelaburan, Abg Safwan ke Kursus Penternakkan Haiwan di PCB dan Dr Shah mencari supplier & lokasi strategik untuk dijadikan tapak permulaan projek kami nanti.
Projek ini masih dalam perancangan & analisis semasa sebelum dimulakan sepenuhnya nanti. Memandangkan berberapa maklumat utama dan lengkap masih belum diperolehi sepenuhnya. Terutama tentang situasi pasaran dan kedudukan ekonomi di Kelantan, Malaysia dan Dunia. Tidak dinafikan AFTA & FTA memberikan kesan yang buruk kepada pengusaha-pengusaha yang tidak mempunyai modal yang besar dan tapak yang kukuh.
Pasaran sekarang cukup sukar ditembusi, memandangkan player-player sekarang telah dipelopori oleh kaum Cina. New entrance macam kami semestinya sukar menyaingi mereka yang sudah menjadi market leader, mempunyai modal yang besar dan pengetahuan yang cukup.
Tetapi memandangkan jumlah bekalan kambing di Malaysia baru mencecah 20% dari jumlah keseluruhan permintaan seluruh Malaysia, ia menjadi peluang yang cukup besar bagi kami untuk memenuhi lebihan 80% pasaran yang masih belum diterokai sepenuhnya lagi. Halangan dan cabaran tidak mematahkan semangat kami, lagi mencabar lagi BEST!
Sedikit maklumat tentang seminar semalam:
Tajuk: Seminar Pelaburan Zon Timur 2006 (sub-sektor tanaman)
Tarikh: 7 November 2006
Tempat: Dewan Konvesyen Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu.
Berberapa kertas kerja dan aktiviti yang dilakukan:
1. Pembentangan kertas kerja:
- 1: Insentif Sektor Pertanian & Industri Asas Tani
- 2: Perspektif Pemasaran Domestik & Antarabangsa serta Prosedur Pengeksportan
- 3: Keperluan Sijil Phytosanitari Antarabangsa
- 4: Perladangan Organik
- 5: Pengusahaan Tanaman Pitaya (Dragon Fruits)
2. Forum, panel:
- 1. Jabatan Pertanian Malaysia
- 2. Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (UPEN)
- 3. Bank Pertanian Malaysia
- 4. FAMA
3. Pameran Mini dari Agensi:
- Jabatan Pertanian Malaysia
- Mardi
- FAMA
- Lembaga Pertubuhan Peladang
- Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Kementerian Dalam Negeri
- dll
Alhamdulillah hasil dari seminar ini saya dapat berberapa perkara yang cukup berharga dan cukup penting. Masalah bagaimana cara mendapatkan modal awal, tanah dan khidmat bantuan semua dah selesai dalam sekelip mata. Cuma lepas ini kena usaha mendapatkannya. Jam 5.30 petang balik KB dengan hati senang dan tenang.. walaupun badan kepenatan, tapi kegembiraan tidak dapat digambarkan... maklumlah yang dicari-cari selama ini dah jumpa dan yang paling baiknya ia ada didepan mata, hanya tunggu nak ambik dan manfaatkan sebaik mungkin sahaja.
Sekian.
Disertakan gambar-gambar menarik untuk dikongsi bersama:
Gambar baja organik yang sudah menjadi miliku, RM 6/5kg. Kelebihannya, boleh meningkatkan kesuburan tanah, memperbaiki struktur tanah, tiada unsur-unsur bahan kimia dan tanaman yang mengunakannya boleh dimakan serta sangat baik untuk kesihatan
Suasana Pameran Mini - Gambar curi-curi je ni.
Jeli Kelapa, mcm Yadi punya... menarik & sedap. RM1.00 satu, kosnya sikit je. jk Yd buat bisness ok jgk
Utk rujukan sahabatku YaDi
Rabu, November 08, 2006
Menghadiri Seminar Pelaburan Zon Timur 2006
Penulis Syam Ghaz
Diterbitkan Rabu, November 08, 2006
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)