| |
PENGKALAN CHEPA, 31 Jan (Hrkh) – Program khas kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan penduduk miskin melalui jihad ternak kini dianggap 80 peratus berjaya mencapai matlamatnya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, kejayaan program yang julung kali diperkenalkan itu sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus. “Dengan perkembangan menarik ini, program jihad ternak telah mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri bagi tahun pertama,” katanya di majlis menandatangani perjanjian Program Jihad Ternak (Mantee) dan Seminar Pengemukan Kambing/Lembu, di Kompleks Purnama di sini, baru-baru ini.
Pada majlis itu juga peserta jihad ternak (mantee) menandatangani perjanjian persetujuan untuk menerima pawahan lima ekor anak kambing. Peserta juga menerima bantuan sebanyak RM500 untuk membina kandang kambing. Sebelum itu peserta mengikuti pembentangan kertas kerja yang disampaikan penyelidik dari Institut Pertanian Bogor, Indonesia, Dr Winogroho dan penternak kambing jamnapari juga dari Indonesia, Akas Alamuddin. Peserta diberi penerangan kaedah-kaedah yang betul untuk menternak kambing jamnapari. Seramai 200 peserta program jihad ternak mengikuti program sehari itu. Setiap kambing jamnapari yang berasal dari Indonesia berharga RM1,000 hingga RM20,000. - mj |
Khamis, Januari 31, 2008
Program jihad ternak capai matlamat ditetap Kerajaan Negeri

Tags
Artikel Terkait
- Pelik tapi benar... itulah yang berlaku, Dunia sudah akhir zaman.Berita ini saya petik da
- Kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar ke
- Tsunami, gempa bumi, banjir besar, kemarau panjang, tanah runtuh, air kolam tadahan kerin
- Pembentangan Belanjawan 2008 oleh YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd
Newsletter
Berlangganan artikel terbaru dari blog ini langsung via email
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)