Selasa, November 03, 2009

Kapsul Ubat HARAM: Gelatin babi dicop HALAL

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal

Sumber: Malaysiakini.Com

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.


Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.
Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Komen Syam Ghaz:
Tahniah kepada Prof Madya Dr Gam Lay Harn kerana mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai produk Halal & Haram yang ada dipasaran Malaysia walaupun beliau bukan seorang Muslim. Yang peliknya, bukan muslim bersungguh2 dalam bab ni, kemanakah agaknya profesional Muslim yang ada kat Malaysia ni, apa yang mereka buat? dan dimanakah peranan HDC yang baru ditubuhkan dengan dana ratusan juta ringgit?

Takkan lah benda sekecil ini Malaysia selaku negara 'Islam' tidak mampu untuk mengawalnya, sama2 kita fikir-fikirkan dan ambil tindakan bersama agar semua perkara yang membabitkan HALAL-HARAM ini dipandang serius oleh semua masyarakat.
Berbalik kepada kita sebagai pengguna Muslim?

Adakah kita sedar bahawa setiap benda yang kita makan sekarang adalah tidak diketahui sumbernya samada HALAL atau HARAM? Majoriti makanan yang ada dipasaran adalah tidak diyakini HALAL 100%.



Cthnya: Saya ambil contoh AYAM, sebab semua umat Islam di Malaysia ni makan ayam. Adakah ayam yang kita makan tu HALAL atau HARAM? untuk mengetahuinya.. kita boleh perhatikan makananan ayam@dedak yang ayam daging makan, dulunya heboh tentang penggunaan
Enzim Babi dalam Ayam & Makanan Ayam.

Jadi sama2 kita fikirkan balik, adakah makanan yg kita makan skrg adalah 100% HALAL?


Untuk itu, sykt saya sedang mengusahakan projek membuat Dedak Ayam dan Ayam Herba yang dijamin 100% HALAL bagi memenuhi kehendak pasaran Pengguna Muslim. Sementara itu saya cadang gunalah produk ayam HALAL yang dikeluarkan oleh HPA, Az-Zain (Dr Zainol) dan shbt2 Pengusaha Muslim yang lain. Doakan kejayaan kami :)


p/s; Kadang2 duk terfikir... situasi di Malaysia ni, penggunanya adalam majoriti Muslim, sedangkan yang buat produk Halal adalah 70% non-muslim. Pelik dan ganjil bukan? Kenapakan shbt2 Muslim kita tidak boleh berjaya?? Atau adakah kita cukup selesa dengan budaya makan gaji dan tidak minat dalam bidang keusahawanan?? 9 daripada 10 rezeki adalah datangnya daripada PERNIAGAAN - Rasullulah SAW.

KLIK pada gambar (atas) Khinzir & Keturunannya utk produk2 dari BABI!

Artikel Terkait

3 ulasan

Tanpa Nama delete 5/10/2012

they are my lecturer..bangga2

They are not my lecturer..tapi saya tetap merasa bangga dgn mereka!

They are not my lecturer..tapi saya tetap merasa bangga dgn mereka!