Rabu, Februari 26, 2014

TAKSONOMI LEBAH KELULUT - Dari Tibus MELIONINI, Bukan TRIGONA



TAKSONOMI LEBAH KELULUT - dari Tribus MELIPONINI, Bukan TRIGONA

Lebah kelulut adalah spesis LEBAH yang tidak bersengat, sebagai bukti ia dari sub famili APOIDAE iaitu sejenis seranga yang mempunyai larva dan makan debunga dan nektar. Lihat gambarajah dibawah:




# KEKELIRUAN yang ketara di Malaysia adalah bila ramai orang memanggil Lebah Kelulut dengan nama TRIGONA untuk TRIBUS nya, sebenarnya BUKAN.

Kerana ia dari TRIBUS: MELIPONINI.

Panggilan "Trigona" adalah panggilan bagi GENERA (Panggilan biasa/nama saintifik) bagi spesis-spesis lebah kelulut. Lihat Pengkelasan dibawah:




Lihat nama-nama yang dijadikan contoh seperti "HeteroTRIGONA" "OdontoTRIGONA" "GenioTRIGONA"

Nama lain juga ada seperti "Tetragonilla", "Tetragonul" dll.

Berikut adalah Taksonomi Lebah Kelulut yang sebenarnya;

Alam: Animalia
Filum: Artropoda (invertebrata & exoskeleton)
Sub filum: Mandibulata (rahang)
Kelas: Insecta
Sub kelas: Pterygota
Order: Hymenoptera (sayap membran dan proboscis)
Famili: Apidae (sama galur dengan lebah madu)
Sub famili: Apoidae (makanan larva : debunga & madu)
Tribus: Meliponini
Genera: Geniotrigona, Heterotrigona, Homotrigona, Lepidotrigona, Lisotrigona, Lophotrigona, Odontotrigona, Pariotrigona, Platytrigona, Sundatrigona, Tetragonilla, Tetragonula, Tetrigona


Moga perjelasan ini dapat memberikan gambaran jelas kepada rakan-rakan penternak lebah kelulut di Malaysia, terutama dalam mengklasifikasi spesis spesis yang anda semua ternak.

Terima kasih dan sebarkan jika ia dapat membantu anda serta rakan2 lain.

Admin FB: Mohd Hisyamuddin Ghazali

Untuk info lebih lengkap sila ke: www.lebahkelulut.com

Artikel Terkait

1 ulasan so far

ALHAMDULLAH....terima kasih Tuan di atas pencerahan Ilmu tentang antara makhluk ALLAH SWT terhebat