300x250 AD TOP

Selasa, April 17, 2007

Kategori:

Kursus Penternakan Kambing Jamnapari di Kelantan

Tarikh: 13,14 & 15 April 2007
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Kerjasama: Syrkt Jihad Ternak Sdn. Bhd.
Tempat: Ladang Ternakan Kambing Jihad Ternak, Rong Chenok, Tanah Merah Kelantan

Disertakan gambar-gambar masa kursus tu.

Sekitar permandangan menarik di tempat kursus, berkursus sambil menenangkan fikiran di tepi tasik dan menikmati alam semualajadi.

Poster tak sempat gantung lagi.. dah ambik gambar

Bergambar dengan 'bapak' jamnapari yang berharga lebih RM 8,000
Peserta bergambar dgn 'King Kong' yang beratnya lebih 100kg
Perbezaan saiz kambing dan manusia... cuba anda bayangkan?
Mendengar taklimat dari Dr Mohamad Aziz Taib

Bestnye kendalikan kursus sangkut(penternakan kambing) pertama di Kelantan, ada banyak kertas kerja dibentangkan dan cara amali dilakukan. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:

1. Industri Kambing Negara & Peluang Perniagaan + Baka & Pemilihan
2. Asas Pengurusan Kambing
3. Kandang & Peralatan
4. Pengurusan Anak Baru Lahir Hingga Cerai Susu
5. Pengurusan Kambing Muda, Pembiak dan Pejantan
6. Pemakanan Kambing
7. Rumput & Penanaman Rumput
8. Kesihatan Kambing
9. Penyimpanan Rekod dan Pemeriksaan Visual
10. Pemasaran Kambing
11. Ceramah Motivasi & Kuliah Maghrib Setiap Hari (Pengisian Rohani tetap tidak ditinggalkan dalam menjalankan kursus, supaya peserta2 tidak lalai dalam menunaikan tangungjawab mrka sbgai hamba Allah dan Khalifah dimuka bumi ini)

Peserta juga berpeluang melakukan Amali:

1. Pembersihan Kandang
2. Pemberian Makanan
3. Pemberian Susu
4. Rawatan Pusat
5. Pemotongan Kuku
6. Pengenalan Ternakan
7. Menimbang Ternakan
8. Rekod
9. Memilih dan Mengenalpasti daun semualajadi yang boleh dimakan atau tidak dan banyak lagi....

Ape lagi, tugas utama kawe ialah 'mengebas' kertas2 kerja yang best2 dan rakam video2 yang best2lah.. nnt sy mskkan utk diupload oleh semua shbt2 yang meminati industri kambing ya.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan, yang sponsor FREE perbelanjaan kursus semua peserta & bagi kambing2 FREE tu kepada peserta (semua peserta boleh FREE 1 ekor penjantan(yg BESAR2 tu) dan 5 ekor betina), ia adalah untuk menjayakan Projek Jihad Ternak Kerajaan Negeri Kelantan dan kearah merealisasikan Kelantan menjadi Negeri Jelapang Makanan Negara pada 2015 nnti.

p/s; Setakat ni, tiada lagi negeri lain bagi FREE kambing yang bernilai beribu2 setiap seekor pada pengusaha yang berminat selepas mengikuti kursus. Dan Kelantan kini menjadi pengeluar kambing Jamnapari TERBESAR di Malaysia, dgn kapasiti per pusingan sebanyak 5,000 ekor.

6 ulasan:

a.z berkata...

mak aaai, utg nyer ko syam dpt kambing free, 6 ekor lg. ni buat aku nak pindah kelantan nie, kui kui..
syam, ape contact fon demo, mana tau kalau kawe gi kelate, boleh gi tmpat demo

abghalim berkata...

Alhamdulillah syukur
Berkat usaha kita,semoga bertambah maju
jom berkongsi ilmu
LADANG TERNAKAN ULU YAM.

Tanpa Nama berkata...

Bro, bila nak publish kertas kerja? Kongsilah ilmu tu.
Abu Ammar

kamarul azhar berkata...

askm sham....
bila lg ada kursus mcm tu kt klantan nie, kawe dok tengah cari utk ikut serta dalam penternakan kambing samada jamnapari or boer...kalau ada info...share la..
lagi satu nak mintak tolong, lau bleh upload ler draft kertas keje utk projek ternakan kambing..

arul5682@hotmail.com

ShamGz _ Nimz berkata...

w'salam.

stkt ni kursus kambing jamnapari secara percuma telah tamat untuk tahun ni.

maklumat lanjut adalah seperti di bawah :)

Pada tahun ini (2007) sejumlah RM2.55 juta diperuntukkan untuk program penternakan kambing baka jamnapari. Objektif ringkas jihad ternak ialah :

* Melaksanakan Sunnah Junjungan Rasul Yang Mulia
* Meningkatkan pendapatan rakyat terutama gologan sasar, iaitu belia menganggur, armalah, fakir miskin dan penternak kecil-kecilan.
* Meningkatkan pengeluaran susu dan daging untuk keperluan pasaran tempatan


Dibawah program Jihad Ternak serama 225 peserta dari seluruh Kelantan akan dipilih. Ia berkonsepkan mentor mentee diamana setiap mentor akan menjaga lima mentee dibawahnya.

Input yang diberikan kepada peserta ialah:-

1. Baka - 5 ekor kambing betina bunting jenis Jamnapari.
2. Kandang
3. Benih rumput dan kekacang.
4. Latihan dan motivasi.
5. Wang tunai RM500.00


Sebuah pusat pengumpulan haiwan telah dibuka di Kg Repek, Pasir Mas dilaksanakan oleh swasta dengan bantuan infra diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Haiwan Kelantan.

Kursus kepada peserta telah diberikan dan dijadualkan seramai 90 orang peserta peringkat pertama akan menerima kambing-kambing pada hujung Jun.

Kerajaan Kelantan berharap menjelang 2010, seratus ribu (100,000) kambing baka baik dapat diternak di Kelantan.

Sekretariat program ialah Pejabat Exco Pertanian dan Industri Desa (EPID) di talian 09-744 3486 (En. Ismail Che Mat).

Syam Ghaz

p/s; harap saya dapat membantu, kalo ada tanah terbiar di kg2 lebih baik tanam pokok depu... ada juga hasilnya, kerajaan negeri akan beli dgn kita dan tidak perlu risau pasal market, kerana dah ada syarikat yg akan membelinya. Malah permintaan melebihi pengeluaran di pasaran dunia :)

mohd afiq berkata...

Assalamaualaikum...bila agaknya pihak pengurusan nak buat plk kursus penternakan ni...saya berminat untuk sertai penternakan kambing..mintak kpd sesiapa yg ada info tlg email sy.. afiqkey@gmail.com. tq so much..