Ahad, November 16, 2008

LEMBU Korban untuk dijual - KB, Kelantan


Stok baru dalam 9 ekor, lembu Kedah-Kelantan (kampung) purata berat dalam 150kg dan keatas. esok, lusa san seterusnya akan sampai lagi. Lembu gemuk2, dah g tgk semalam.

Harganya start RM1800/ekor. Harga boleh runding.

** Penghantaran hanya sekitar KB dan kawasan berhampiran sahaja.
** Khidmat tolong 'jaga' ada disediakan, cas RM10/day sehingga 3 hari sblm raya.
** Nak tgk lembu dan booking ptg ni pun boleh (lepas jam 5.31pm)

Sekian, sekadar membantu shbt2 yg susah nak mencari lembu korban.

Selamat Hari Raya Korban & Maaf Zahir Batin.

p/s; pada 29hb Nov saya akan pulang dari Bangkok, BioAsia 2008. sekirannya ada apa2 urusan boleh berhubung melalui email. Tksh.

Khamis, November 13, 2008

Joint BIOASIA 2008






Reasons to participate in BioAsia 2008, Thailand
- Congregate with industry players, researchers and policy makers
- Network with key industry figures from various fields
- Penetrate international and global market
- Forum to attract top biotech investors and practitioners
- And many more!

C. U There!

Regards,

Syam Ghaz

Ahad, November 09, 2008

Peluang! Pasaran Pertanian Organik

Pasaran eksport ke Singapore, untuk produk Organic Fruits dalam USD 2.5Billion stp tahun, skrg mereka import dari New Zealand.

Keluasan tanaman organik di Malaysia sekarang hanya mencecah 1,000 hektar atau lebih kurang 0.01 peratus daripada keluasan kawasan pertanian di negara ini.

Hampir 80 peratus bekalan produk organik dalam negara diimport dari Australia dan New Zealand, kekacang dan rencah perisa dari China, manakala produk diproses dari Thailand, Amerika Syarikat dan Eropah.

http://www.organicfacts.net/images/image/Apples.jpg

Kadar pertumbuhan permintaan produk berasaskan organik seperti sos meningkat setiap tahun kepada lebih 30 peratus setahun.

Semua
maklumat ringkas diatas merupakan peluang kekayaan baru yang boleh direbut daripada pertanian organik di Malaysia.

Selamat Mencuba & Semoga Berjaya. Amin.

p/s; pernah melawat dan mengadakan kajian tentang pertanian organik yg diusahakan oleh petani jepun (yg kahwin dgn org Malaysia) yg menetap di Malaysia. Menarik dan sangat menguntungkan disamping pada masa yg sama menjamin hidup yg sihat!

Usahawan Fertigasi Kelantan (part time jana income RM1,500+/bulan)

fertigasi.jpg

Nama: Sapuan Yusoff

Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan

Alamat: Kg Bharu, Pasir Pekan Tumpat, Kelantan

No. Telefon: 019-985 6763

Sistem Tanaman: Fertigasi

Jumlah Tanaman: 700 pokok (keluasan: 90 x 60")

Jenis Tanaman: Lada Kulai, F1 S469

Pendapatan Purata: RM1,500+/month

Kos pembangunan projek: RM8/pokok (termasuk sistem, beg, benih, pengairan dll)

** Gambar2 semasa melawat kebun beliau akan saya masukkan nanti, beliau amat pemurah dan sudi menerima kunjungan siapa2 yang berminat untuk belajar dari A - Z dari beliau. Beliau merupakan sahabat baik saya, dan lulusan U luar negara (UK).

Ahad, November 02, 2008

Jutawan Pisang @ RM1.2juta/9month!

Smlm ambo sempat g ambik maklumat detail ttg projek pisang, terbesar di Kelantan. viable jugak.

Sekadar berkongsi maklumat untuk jana pendapatan sampingan. tambah2 lagi kerajaan Kelantan dah umum ada 700Hektar (bukan ekar, 1ha = 2.5ekar) tanah terbiar(maksud: tanah individu yg tidak diusahakan) seluruh Kelantan - maklumat daripada sidang DUN baru2 ni.

Analisis Buget.

1 ekar 400pkk. 1 pokok purata 20-25kg/musim/9bulan.

hasil selepas 9 bulan, RM1.60/kg = RM1.60 x 20kg(minimum) = RM32/pkk.

Pendapat Kasar;

1 ekar hasil = RM12,800/musim/9 bulan @RM1,422.

jika 10 ekar = RM12,800 x 10 = RM128,000/musim/9 bulan @ RM14,222/sebulan!!

Kalu buat 100 ekar? tak kan RM1.28 juta/ 9 bulan? Mana nak dapat banyak tu kalu kerjo kerajaan, N52 baru RM6,000 lebih. Menarik kan?

Sesiapa yg ingin menjadi Jutawan Pisang, boleh beli anak pisang boleh order dgn saya, RM1.20- RM2.50/pokok, bergantung kpd spss dan bilangan. baja untuk lebat/ besar buah pun ada, bio organic fertilizer.

Pasaran tidak mencukupi, di Kelantan sahaja pemborong sudah kena beli dari Luar Kelantan untuk menampung pasaran di Kelantan. FAMA sanggup beli (tapi harga rendah).

Sekian,
untuk maklumat semua.

*** AWAS!!: Buat masa sekarang, semua pisang yg ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia kini dilanda penyakit 'misteri' yg berpunca daripada tanah, baja yg tidak baik, jangkitan fungus dll). Simptomnya seperti; batang pisang busuk, empulurnya reput dan kehitaman, mudah kena serangan penyakit lain, batangnya mudah patah apabila buah hampir2 masak dll. Cara mencegahnya ialah dengan: asingkan batang pisang yg telah dijangkiti penyakit dan bakar, jgn biarkan batang2 pisang yg telah ditebang berada dibatang anak2 pokok pisang lain dll.