300x250 AD TOP

Sabtu, Mac 03, 2012

Kategori: ,

Produk dan Khasiat Perubatan Lebah Kelulut


1. MADU LEBAH KELULUTHarga RM35/botol 300gram.

  • Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  • “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

2. PROPOLIS LEBAH KELULUTHarga RM25/10ml


  • Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH KELULUT - Harga RM38/botol +/- 300gram.

  • Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
  • Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

4. KELULUT SEBAGAI AGEN PENDEBUNGAAN – Harga RM50/koloni, 1 ekar 3 koloni, minimum 5 ekar.

  • Kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan dan pertanian. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan berkesan kepada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah tualang dan lebah lalat. Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan.
  • “Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.” – Utusan Malaysia 21/11/2011.
Sumber: www.lebahkelulut.com

2 ulasan:

San berkata...

sila lawat https://www.facebook.com/groups/melliponiculture/ (keahlian terbuka)bertujuan untuk memperluaskan jaringan dan pendedahan produk kelulut ke tahap international serta bertukaran pendapat dan seterusnya menambah jualan produk masing2. Bahasa pengantar bebas.

Pihak Kami sedang mengumpul ahli untuk menubuhkan Persatuan Penternak Kelulut Melayu Semenanjung Malaysia. Sila email abuhsn@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Sy baru shj mempunyai tiga btg kelulut dan insyaAllah menambah menjadi 15 sebelum bln jun nanti bolehkah sy join jadi ahli?