Ahad, Julai 29, 2007

Kelantan Lancar Pusat Jualan Ternakan

Kelantan lancar pusat jualan ternakan

PASIR MAS, 27 Julai – Selepas berjaya melancarkan program penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer, kini kerajaan negeri mewujudkan pula pusat jualan ternakan negeri.

Pusat jualan tersebut terletak di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama.

Perasmian pusat itu dilakukan Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed semalam. Pada sebelah malamnya diadakan solat hajat di tapak pusat jualan tersebut.

Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik.

Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut.

“Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing.

“Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya.

Menurutnya pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’.

Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’.

Jurucakap PK Ecoresort berkata, pihaknya terbabit dengan perniagaan ternakan sejak tahun 2000, melihat bidang tersebut mampu berkembang pesat pada masa akan datang.

Turut hadir pada program itu Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Dr Idris Kadir dan pegawai Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad serta pengusaha-pengusaha ternakan kambing. - mj

Rabu, Julai 25, 2007

Meriahnya Program-Program Pertanian di Kelantan

Bagi mencapai misi Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015, Kerajaan Negeri Kelantan tekad mengatur pelbagai program bagi menjayakan matlamat ini.

Antara program yang terdekat yang akan dilaksanakan ialah:

Majlis Solat Hajat & Perlancaran Pusat Jualan Ternakan Negeri Kelantan
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Dengan Kerjasama: Sektor Awam dan Swasta
Dirasmikan Oleh: YB Dr. Nik Mazian Nik Mohamed
Exco Pertanian & Indudtri Desa Negeri Kelantan

Tempat: Kg Repek, Pasir Mas, Kelantan

Solat Hajat
Tarikh: 25 Julai 2007
Masa: 8.30 malam

Majlis Perlancaran Pusat Jualan Ternakan Negeri Kelantan
Tarikh: 26 Julai 2007
Masa: 9.00 pagi
Aktiviti Menarik: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.


Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan 2007
Anjuran: Kerajaan Negeri Kelantan
Dengan Kerjasama: Sektor Awam dan Swasta
Dirasmikan Oleh: YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Negeri Kelantan

Tempat: Padang Perdana & Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI)

Tarikh: 2 hingga 7 Ogos 2007
Masa: 10 pagi - 10 malam
Aktiviti Menarik: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Ahad, Julai 22, 2007

Balik kampung....

Lama betul tidak update blog ni, sejak kebelakangan ni sibuk sikit dengan urusan kerja dan program kemasyarakatan.

Minggu lepas, sempat sy pulang ke kampung tenang rasanya melihat kehijauan pokok dan tanaman yang ditanam. Peluang keemasan untuk membantu ayah dan family menguruskan kebun kelapa sawit, getah, dokong dan tanaman buahan lain tidak dilepaskan.

Kebun getah milik family aku dikampung... kami mengupah pekerja untuk menoreh & kadang2 time2 free sempat jgk aku merasa peluang menoreh getah... huhu...dapatlah hilangkan stess keja kat office skt dan menyihatkan badan.
Ladang kelapa sawit yang ditanam sendiri olehku sewaktu masa mula2 blajar di UPM (2002)
.... 5 thn sudah berlalu...
Kini mengeluarkan hasil... gembirannya (sebahagian buah kelapa sawit yang dikutip sendiri oleh aku... best angkut buah kelapa sawit ni)... Baja Organik(najis kambing) digunakan oleh aku untuk membaiki struktur tanah dan membekalkan nutrien penting bagi tanaman.
Tanaman pokok salak sebagai memenuhkan bumi subur di Kg Petai Dusun
Pokok salak-ku kini membuahkan hasil (buahnya masih muda)

Alhamdulillah penat lelah kerja yang aku n family usahakan selama ni telah membuahkan hasil... maklumlah aku ni seorg yang cukup2 sibuk dengan aktiviti ngo's dan kemasyarakatan... sesekali dapat peluang, aku akan balik ke kg menguruskan ladang kami.... dapatlah juga income sampingan untuk family dan aku yang keja duk dipejabat je... taklah banyak tapi bolehlah skt2 untuk permulaan ni dalam RMxx,xxx+/month.... (gross income)

p/s; gambar kebun langsat dan dokong aku tidak sempat nak masukkan, nntilah ada peluang aku masukkan semula.

Khamis, Julai 19, 2007

WAH!! leganya rasa....

Lama betul tidak update blog ni, leganya rasa bila dapat 'buka' balik blog usahawantani-kelantan.blogspot.com.

Masalah tidak dapat buka disebabkan berlakunya perubahan pada versi blog dan perubahan password yang tidak disengajakan.

Banyak cerita dan bahan2 menarik yang ingin dikongsi bersama.

Kepada semua pertani, penternak dan nelayan... teruskan usaha anda dan jangan mudah mengaku kalah.

Good Luck!!

Sham Ghaz