Isnin, Oktober 11, 2010
Selasa, Ogos 03, 2010
Projek AYAM KAMPUNG HERBA, ORGANIK & HALAL
Projek ini mensasarkan 2 Objektif utama iaitu:
i. Mempelopori penternakan dan pemasaran Ayam Herba & Organik untuk pasaran HALAL di Kelantan dan Malaysia menggunakan aplikas Bioteknologi terkini.
ii.Mempromosikan produk keluaran daging ayam alternatif yang HALAL, TOYYIBAH & baik untuk KESIHATAN.
Alhamdulillah bulan ini ia mula dikembangkan secara berperingkat
Mohon jasa baik shbt2 dan pengunjung blog ini untuk doakan projek ini berjaya dengan baik,terutamanya sebagai alternatif kepada produk2 ayam yg ada dipasaran sekarang dan sebagai fardhu kifayah kepada semua umat Islam di Malaysia. Amin :)
Harga Pemborong: RM10.90/ekor - dengan pembelian 100ekor ke atas.
Harga Pengedar: RM11.90/ekor - dengan pembelian 10 ekor ke atas
Harga Pengguna: RM12.90/ekor :)
Projek ini telah mendapat pengiktirafan sijilHALAL daripada JAKIM, disertakan dengan pembungkusan menarik dan penghantaran ke Seluruh Negara mulai Oktober 2010. Sesiapa yang berminat untuk menjadi Pemborong, Pengedar dan Pembeli boleh menghubungi saya segera. Syam - 013-2199643
Ahad, Julai 25, 2010
Projek LEBAH MADU Kelantan
Penternakan Lebah Madu merupakan sektor baru di Negeri Kelantan. Sedangkan kelebihan MADU telah disebut dgn jelas dalam Kitab Suci AL-QURAN sejak lebih 1400 tahun lepas. Khasiat dan kelebihannya banyak diceritakan dalam Hadis2 dan Al-Quran, terdapat satu juz yang dinamakan An-Nahl (lebah) dari 30 juz Al-Quran, dinamakan sempena LEBAH.Sebagai seorang Muslim dan pengemar makan madu Asli, saya cukup 'pening' terutamanya apabila ingin membeli MADU LEBAH dipasaraya-pasaraya, di kaki lima dsbnya disebabkan banyaknya MADU TIRUAN & SINTETIK. Mengikut kajian yang dijalankan oleh UKM, hanya 23% sahaja madu asli di pasaran Malaysia, selebihnya adalah madu tiruan dan madu sintetik/buatan. Kesannya jika memakannya akan menyebabkan keadaan bertambah teruk dan penyakit semakin menjadi kronik. Atas nilai kesedaran itulah saya cuba untuk mula menternak Lebah Madu sendiri, moga-moga ia menjadi landasan kepada rakan-rakan lain dalam Industri ini di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.
Saya rasa bertangungjawab untuk mencuba, mempelajari rahsia khazanah alam ciptaan Allah SWT dan menyebarkan ilmu ini ke dalam masyarakat Islam khususnya. Saya nukilkan sedikit sebanyak dalam Blog kesayangan saya ini untuk dikongsikan dengan rakan-rakan semua. Moga ia membantu. Bermula dari hari ini juga saya telah mengaturkan berberapa strategi untuk lebih kehadapan dalam bidang ini.
NILAI EKONOMI PROJEK LEBAH MADUi. 1 Haif/kotak sarang lebah mampu menghasilkan minimum 10kg/sebulan madu lebah asli, terutamanya ketika musim bunga dan cuaca baik.
ii. Harga pasaran semasa/ borong ialah RM50/kg
iii. Pengiraan Untung Kasar:
- 10kg Madu x RM50/kg = RM500/sebulan. Untuk komersil, paling minimum perlukan 10 haif, bermakna anda akan memperolehi RM5,000 sebulan. Bagaimana pula jika anda ada 100 haif? bukan ke anda mampu menjana RM150,000/sebulan?!
Ringkasan Penternakan Lebah
Ternakan Lebah Madu amat mudah dan tidak sukar seperti diperkatakan umum, ianya MUDAH kerana anda;-
i. Tidak perlu memberikannya makan, Lebah akan cari makan sendiri. Bermakna tiada Kos Makanan.
ii. Anda hanya perlu menyediakan tempat untuknya mengumpulkan madu, itu sudah memandai.
iii. Permintaan terhadap MADU ASLI adalah sangat TINGGI terutamnya bagi org Islam, nilai MADU sama seperti sarang burung layang-layang bagi masyarakat Cina.
MAKLUMAT AM LEBAH
Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)
Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimal dengan menggunakan material yang paling sedikit. Para ahli matematika merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat.
Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antar lebah yang sulit untuk dipercaya. Setelah menemukan sumber makanan, lebah pemadu yang bertugas mencari bunga untuk pembuatan madu terbang lurus ke sarangnya. Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus. Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemukannya tanpa kesulitan.
Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membangun sarang. Mereka memulai membangun sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeda, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah. Setelah pekerjaan usai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun tambal sulam pada sel-sel tersebut. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui “ilham” dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.
Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka butuhkan. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perhitungan secara terinci ini memproduksi madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung “obat bagi manusia” tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam Al-Qur'an:
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16: 69)
Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini? 
Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Sebagaimana firman Allah, madu adalah “obat yang menyembuhkan bagi manusia”. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Dalam konferensi tersebut didiskusikan pengobatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengobati berbagai penyakit. Seorang dokter asal Rumania mengatakan bahwa ia mencoba menggunakan madu untuk mengobati pasien katarak, dan 2002 dari 2094 pasiennya sembuh sama sekali. Para dokter asal Polandia juga mengatakan dalam konferensi tersebut bahwa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti bawasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lainnya.
Sumber Maklumat Am Lebah: Harun Yahya
Isnin, Mei 24, 2010
National Biotechnology Seminar (NBS) 2010

Keterangan lanjut mengenai program NBS 2010 ini boleh didapati daripada buku program yang boleh dimuat turun disini.
Saya berada di PWTC utk menghadiri seminar berkenaan, moga dalam ilmu2 baru untuk dimanfaatkan dalam ruang lingkup niaga skrg. Amin :)
Khamis, Mei 20, 2010
Projek Permulaanku (Ternakan Ayam Herba) dan aktiviti2 lain yg memang BEST :)
Melawat Bendang Padi ORGANIK menggunakan
Selain daripada kerja HOBI, kerja bisness tidak juga dilupakan. APA BISNESS baru yg sy ingin kongsikan minggu ini? Bermula bulan Julai, saya akan mulakan projek ternakan Ayam Kg Herba sebanyak 30,000 ekor sebagai permulaan projek. Ia akan dimulakan secara berperingkat-peringkat. Kelebihan ayam kg herba berbanding ayam daging yg ada dipasaran skrg? BANYAK sgt2, dan Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri dah mencuba ayam kg herba yg kami usahakan, KATANYA: Sedap!!! buat apa lagi nak makan mknn yg ada bahan KIMIA, makan sahaja yg ORGANIK. InsyaAllah jika tidak menjadi masalah tahun depan syarikat kami akan lancarkan, mohon shbt2 mendoakan kejayaan saya utk menyediakan alternatif kepada makanan yg kita makan skrg, kerana ia menjadi fardhu Kifayah utk mana2 org Islam melalukannya, jika KITA tidak buat, SIAPA lagi??? doakan kejayaan saya. Amin :)
Last2 skali nak kongsi berita GEMBIRA, Alhamdulillah BENIH PISANG KULTUR PERTAMA
Selasa, Mei 11, 2010
Tazkirah Sempena KEMARAU
Abu Hurairah ra ada meriwatkan bhwa Rasullulah SAW bersabda lebih kurang ini bunyinya:
Suatu hari ada seorg pemuda yg berjalan2 di kwsn lapang, tiba2 beliau terdengar suara di atas langit... suara itu berbunyi.... 'wahai awan...engkau siramilah air hujan di kebun si fulan itu.' pmda itu pun mengikut awan tersebut... akhirnya beliau melihat hujan hanya menyirami kebun tersebut shja dan tidak kebun2 lain, lantas pemuda itu bertanya kepada tukang kebun....
APA YG TELAH KAMU LAKUKAN sblm pada ini, kerana aku terdengar suara dilangit menyuruh awan hanya menyirami air hujan di kebun engkau sahaja?
jawab pemuda itu: aku sedekahnya 1/3 hasil pencarianku, 1/3 lagi aku gunakan utk makan dan 1/3 lagi untuk ditanam semula.
Rasulullah bertanya lagi kepada Abu Hurairah, tahukah engkau suara siapa yg mengarahkan awan itu? tidak tahu abu hurairah menjawab. Baginda menjelaskan, itulah SUARA DARI MALAIKAT atas arahan ALLAH SWT.
Kadang2 manusia ini suka merancang, tanam 1 juta pokok, 1 juta lembu, 1 juta ikan.... akhir2 tahun, kita jangka dah dapat untung berapa RM? tetapi adakah kita semua sedar... bagaimanakah natijahnya jika Allah SWT tidak turunkan satu nikmat sahaja pada manusia iaitu air HUJAN?
- ikan akan mati kekeringan kerana sungai2 kekeringan air......
- tanaman akan mati kelayuan akibat tiada air utk hidup
- haiwan ternakan kelaparan kerana tiada tumbuhan2 hijau utk dimakan dan air utk diminum...
Hebatnya kekuasaan Allah bagi hamba2-Nya yg beriman dan bertaqwa padanya..
Sama2 kita fikirkan... dan marilah kita sahut HASRAT KERAJAAN KELANTAN untuk terapkan konsep BERTANI SATU IBADAH dalam perniagaantani kita semua dan selarikan perancangan kita dgn perancangan Allah SWT.
- tazkirah Syam Ghaz sempena musim kemarau :)
p/s; berkenaan Hadis, minta pakar2 hadis perbetulkan andaikata saya silap, isi penyampaian ini saya mudahkan agar semua dapat ambil manfaat daripadanya.
Khamis, Mei 06, 2010
Aktivitiku - Kilang GMP - Kultur Tisu - Ayam Herba dll
Lama tidak update blog ini, kebetulan jadual yg sgt padat dgn program2 bisness. Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk menulis berberapa perkara berkaitan akitiviti semasa ku :)Alhamdulillah kini syarikat saya telah;-
i. Merasmikan kilang berstatus GMP di Labok, Machang - khusus untuk penghasilan produk2 penjagaan diri seperti sabun, scrub, syampu, dll. Sesiapa yang berminat bagi menghasilkan produk masing2/ syarikat kami menyediakan khidmat contract manufacturing.
ii. Makmal kultur tisu juga telah beroperasi dan kini mampu mengeluarkan 20,000-30,000 pokok sebulan mulai Julai 2010, kini pengeluaran terhad dengan permintaan sangat tinggi. Saya kini tengah mencari baka-baka pisang berkualiti tinggi, terutamanya pisang2 ASAL bukan kultur tisu, untuk dijadikan germplasma baka2 pisang berkualiti. Spesis pisang yg dicari
ialah pisang berangan, nangka, kebatu, tanduk dan rastali.iii. Projek ternakan ayam herba, Alhamdulillah telah membuahkan hasil yg menakjubkan. Terutamanya apabila formula dedak herba yg kami berjaya hasilkan mampu menandingi dedak2 Gred A yg ada dipasaran skrg. InsyaAllah kilang dedak akan dihasilkan dalam masa terdekat.
v. Projek2 lama juga diteruskan, projek kambing,
Kini apa yg tengah saya lakukan? saya tgh nak setup satu proposal bagi membina kilang dedak ayam herba yang HALAL, 100% organik dan keluaran Muslim bagi memenuhi kehendak pasaran semasa. Kerana pasaran semasa dedak ayam di Malaysia cukup besar iaitu 3 juta tan setahun, untuk Kelantan sahaja 8 juta tan setahun.
Rakan2 juga boleh mengikuti perkembangan saya di facebook, ADD SAYA dengan nick name "Syam Ghaz":
