Ahad, Disember 01, 2013

Koloni Lebah Kelulut dan Kurus Ternakan Lebah Kelulut - HOT!!

 Kami berpegalaman lebih 4 tahun dalam bidang TERNAKAN LEBAH KELULUT ingin menjual dan menawarkan;

1. KOLONI LEBAH KELULUT (dalam batang kayu)

Ada pelbagai jenis, yang paling diminati dan permintaan tinggi jenis Spesis Itama, Laeviceps dan Thoracica;

1. Jenis Thoracica (paling besar) - RM600/batang kayu
2. Jenis Itama (hitam dan mucung hitam) - RM300/ batang kayu
3. Jenis Laeviceps (mucung perang keemasan, gold propolis) - RM300/batang kayu

2. KOLONI LEBAH KELULUT (Dalam Kotak)

1. Jenis Thoracica (paling besar) - RM1,500/batang kayu
2. Jenis Itama (hitam dan mucung hitam) - RM650/ batang kayu
3. Jenis Laeviceps (mucung perang keemasan, gold propolis) - RM650/batang kayu

3. KURSUS TERNAKAN LEBAH KELULUT

1. Kursus Asas Ternak Lebah Kelulut (2 hari) - RM380
2. Kursus Asas Proses Produk Lebah Kelulut (Propolis dan Madu), 1 hari - RM150
3. Kursus Intensif Lebah Kelulut (Khas untuk yang ingin menjadi PAKAR), 1 hari - RM700/2 hari.

* Setiap kursus akan dijemput pakar-pakar berpengalaman, antaranya:

1. Prof Siti Amrah Sulaiman (Tajuk: Khasiat Produk Lebah Kelulut Mengikut Kajian Sains Perubatan )- Penyelidik Khasiat Produk Lebah Kelulut, Ketua Kluster Perubatan Tradisional & Integratif, USM Kampus Kesihatan & Presiden Persatuan Apiterapi Malaysia

2. Dr Mahaneem Mohamad (Tajuk: Produk Lebah Kelulut) - Penyelidik Produk Lebah Kelulut dan Pensyarah Jabatan Fisiologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan

3. Dr. Norul Badriah Hassan (Tajuk: Mengenapasti Madu Tiruan & Kesan Kepada Kesihatan) - Penyelidik Produk Lebah dan Pensyarah Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan

4. En. Mohd Hisyamuddin Ghazali (Tajuk: Skala Ekonomi Ternakan Lebah Kelulut) - Eksekutif Kanan Pembangunan Industri, Kelantan Biotech Corporation (Sykt memiliki kilang bertaraf GMP, HALAL untuk penghasilan produk hiliran lebah kelulut seperti sabun, krim, losyen, syampu, balm dll) dan Bendahari Persatuan Apiterapi Malaysia.

5. Pn. Suryati Edid (Tajuk: Penghasilan Produk Hiliran Lebah Kelulut) - Eksekutif Pengeluaran, Kelantan Biotech Corporation (Sykt memiliki kilang bertaraf GMP, HALAL untuk penghasilan produk hiliran lebah kelulut)

6. En Kamarul Azman (Tajuk: Perkongsian Pengalaman Menternak Lebah Kelulut) - Pengusaha Berpengalaman dan kini memiliki 1,200 koloni Lebah Kelulut, sudah mengeluarkan produk hiliran.

7. En Zakaria Husain (Tajuk: Penternakan Lebah Kelulut) - Pegawai, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan berpengalaman sejak 4 tahun dalam bidang ini selaku pegawai yang pemantau projek ternakan lebah kelulut di Negeri Kelantan.

8. En Razip Ibrahim (Tajuk: Pengeluar Produk Lebah Kelulut dan Testimoni Pengguna) - Pengusaha Berpengalaman dan kini memiliki lebih 2,000 koloni Lebah Kelulut, sudah mengeluarkan produk hiliran dan pasaran seluruh Negara.

9. Dr Kumara Thevan a/l Krishnan (Tajuk: Taksonomi Lebah Kelulut) - Pensyarah & Penyelidik Spesis Lebah Kelulut, Fakulti Industri Asas Tani, UMK

10. En Syed Zainal Syed Mohamad & En Lokman Ali (Tajuk: Amali Pindah Koloni & Buat Haif) - Penternak sepenuh masa dan berpengalaman menternak sejak 4 tahun lalu.

4. KHIDMAT NASIHAT DENGAN HARGA MENARIK - RM10,000 (A-Z) untuk buat di tempat anda.

Banyak lagi senarai penceramah yang pakar-pakar dari Malaysia dan Indonesia yang pernah kami jemput, kini lebih 560 orang peserta seluruh negara sudah ikuti kursus kami.

Berminat untuk membeli dan menyertai boleh hubungi SYAM: 013-2199643 atau email: syam.ghaz3007@gmail.com atau FB PAGE: Lebah Kelulut atau layari website kami: www.lebahkelulut.com


Isnin, September 23, 2013

SEMINAR DAN KURSUS LEBAH KELULUT


 
 










- Sempena Hari Penternak, Peladang, Nelayan Negeri Kelantan 2013.

TARIKH: 28 September 2013 (Sabtu)
TEMPAT: Dewan Gelangang Seni, Kota Bharu, Kelantan
MASA: 8.00 pagi - 5.30 petang
ANJURAN: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

Yuran Komitmen: RM50 sahaja - Terhad kepada 150 orang sahaja.
Sila Daftar Segera: Bagi NAMA, IC, ALAMAT dan JABATAN dengan hubungi pejabat 09-9765280 (waktu pejabat)

Tajuk-tajuk menarik dan pakar-pakar pembentang kertas kerja;

1. Taksonomi dan Biologi Lebah Kelulut di Malaysia
Oleh: Dr Kumara Thevan a/l Krishnan, Pensyarah Fakulti Industri Asas Tani, UMK

2. Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah Berasaskan Al Quran & Hadis
Oleh: Ustaz Abdullah Al Qari, Penulis Buku Ensiklopedia Rawatan Penyakit Dengan Madu Lebah

3. Khasiat Perubatan Produk Lebah Kelulut Berasaskan Kajian Sains Perubatan
Oleh: Profesor Siti Amrah Sulaiman, Ketua Kluster Perubatan Tradisional, Komplementari Integratif, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan

4. Sinario Industri Ternakan Lebah Kelulut di Malaysia
Oleh: En Fahimee Jaafar, Pegawai Penyelidik (Lebah Kelulut) MARDI

5. Penghasilan Produk Berasaskan Lebah Kelulut Mengikut Piawaian GMP & HALAL
Oleh: Puan Zairos Fadiela Zainal Abidin, Eksekutif Kanan, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd

6. Ancaman Produk Tiruan Lebah Kelulut
Oleh: Dr Wan Iryani Wan Ismail
Pensyarah dan Penyelidik, Jabatan Farmasi, UiTM Puncak Alam, Selangor

7. Agro Pelancongan Lebah Kelulut

Oleh: Puan Wan Noriah Wan Ramli,
Pemilik Taman Lebah Kelulut Min House Camp.

Buat penternak-penternak dan yang suka makan produk lebah kelulut, anda semua dijemput menghadirinya, SEBARKAN/SHARE.


TARIKH KURSUS TERKINI:

1. Bengkel Asas Ternakan Lebah Kelulut 4.0

Tarikh: 8 & 9 Okt 2013
Lokasi: Min House Camp, Kota Bharu, Kelantan
Yuran: RM380, jika ingin menginap tambah RM60/malam.

2. Bengkel Asas PROSES Hasil Lebah Kelulut 1.0

Tarikh: 28 Okt 2013
Lokasi: Wisma Madu & Kilang Penjagaan Diri & Kosmetik (HALAL & GMP) Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd, Machang, Kelantan.
Yuran: RM150 shja.

Hubungi Admin jika berminat untuk hadiri Kursus, Seminar, beli Lebah Kelulut, Produk2 dll. Syam - 0132199643 atau LIKE page Lebah Kelulut: https://www.facebook.com/lebahkelulut atau layari web admin: www.lebahkelulut.com.

Rabu, Mei 09, 2012

KELAPA MATAQ - TANAMAN INDUSTRI LUMAYAN MASA DEPAN



KELAPA MATAG


Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan.  Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter.  Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.  Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA. 

Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar.  Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang.  Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.

Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal.  Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok).   Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA.  Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.

Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang.  Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.

HASIL SEHEKTAR

 Sumber Hasil Pengeluaran Buah: Jabatan Pertanian, dengan anggaran harga RM2/biji.

Berikut adalah projek yang ditanam SEHEKTAR, bagaimana jika ANDA memulakan tanaman dengan 10Ha, InsyaAllah hasil dalam setahun dalam RM560,000/10Ha/ Tahun!!! -- Menarik bukan?


Berminat untuk mendapatkan BENIH yang ORIGINAL, call saya untuk membuat tempahan. Kena TEMPAH 3 bulan awal. 

Syam Ghaz
013-219 9643

Sabtu, Mac 03, 2012

Produk dan Khasiat Perubatan Lebah Kelulut


1. MADU LEBAH KELULUTHarga RM35/botol 300gram.

  • Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  • “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

2. PROPOLIS LEBAH KELULUTHarga RM25/10ml


  • Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH KELULUT - Harga RM38/botol +/- 300gram.

  • Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
  • Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

4. KELULUT SEBAGAI AGEN PENDEBUNGAAN – Harga RM50/koloni, 1 ekar 3 koloni, minimum 5 ekar.

  • Kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan dan pertanian. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan berkesan kepada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah tualang dan lebah lalat. Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi lebah kelulut sebagai agen pendebungaan.
  • “Norlezah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan juga mendapati hasil buah belimbing semakin bertambah. Ini dapat dibuktikan dengan melihat ladang ternakan kelulut MARDI yang ditanam dengan durian mengeluarkan hasil berterusan tanpa musim. Ladang durian yang mempunyai koloni kelulut juga menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim.” – Utusan Malaysia 21/11/2011.
Sumber: www.lebahkelulut.com

Kenali Lebah Kelulut @ Trigona

Para saintis dan ilmuan telah membahagi lebah kepada 2 kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Lebah kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.

FIZIKAL LEBAH KELULUT

Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.

CIRI-CIRI KHAS

Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara. (Gambar: Menunjukkan perbandingan saiz lebah kelulut dengan lebah tempatan).

JENIS LEBAH KELULUT

Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.

Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

Sumber: www.lebahkelulut.com

Rabu, Mac 02, 2011

KENALI RUMPUT PASTURA ANDA :)

KENALI PASTURA ANDA
…………..FAKTA RINGKAS BERKENAAN RUMPUT ANDA


RUMPUT RUZI

Nama Saintifik : Bracharia ruziziensis

Nama lain : Rumput Ruzi , Congo Signal Grass, Prostrate Signal Grass(Eropah)
Pasto Ruzi (Spain), Ruziziensis (Portugis)

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Sesuai ditanam di kawasan
teduhan spt ladang sawit. Getah,kelapa dll..

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur dan saliran yang baik . Tanah yang
Kurang subur memerlukan pembajaan secara berkala. (pH 5.0-6.8)

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Boleh bertahan dlm
cuaca kemarau sehingga 5 bln.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 10-13%). Di tanah yg subur kadar protein
Boleh mencecah 18-20%(SRI LANGKA). Tanah kurang subur
6-8% (BRAZIL).
Bagi pembuatan Hay – IVDMD – (61%), Crude Fibre-(80.5%),
NDF- (72.8%), ME –(7.9Mj/kg)

Kelebihan : * Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (15-20 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai dijadikan rumput kering (hay)

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Tak sesuai utk tanah yg banjir / bertakung .
* Kadar pertumbuhan yg perlahan jika kemarau berpanjangan.


RUMPUT GUINEA

Nama Saintifik
: Panicum Maximum TD 58

Nama lain : Rumput Kuda (MAL/INDON), Mijo de Guinea (ARGENTINA),
Ginea kibi (JAPAN), erva de Guinea (BRAZIL),
Guinea buffelgras ( S.AFRIKA)

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur dan saliran yang baik . Tanah yang
Kurang subur memerlukan pembajaan secara berkala. (pH 5.0-6.8)

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Boleh bertahan dlm
cuaca kemarau sehingga 5 bln.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 6-23%%). Di tanah yg subur kadar protein
Boleh mencecah 23%(PERU). Tanah kurang subur
6-8% (COOK ISLAND).
Bagi pembuatan Hay – IVDMD – 64% (2 mggu) 50% (8mggu)),
P (0.15-0.18%) ,Ca (0.6-0.8%), Na (0.07-0.12%)

Kelebihan : * Berdaun lebat dan mempunyai ketahanan penyakit
* Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (15-20 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai dijadikan padang ragut,foder dan rumput kering (hay)
* Menjadi makanan ternakan ikan di Vietnam

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Tak sesuai utk tanah yg banjir / bertakung .
* Menjadi agak keras jika melebihi 120 hari pusingan.


RUMPUT ATRATUM

Nama Saintifik
: Paspalum atratum

Nama lain : Atra paspalum (USA), Atratum (Asia Tenggara),
Capim pojuca (BRAZIL), Pasto pojuca(VENUZELA),

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Kerap banjir atau air bertakung.

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tahap” water table” yg tinggi tidak
Menjejaskan tanaman.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 11%). – IVDMD – 50-68%

Kelebihan : * Berdaun lebat dan mempunyai ketahanan penyakit
* Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (11-15 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan berair dan dilanda banjir
* Menjadi makanan ternakan ikan di Vietnam

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Batang agak keras jika tiada pemotongan melebihi 4 bulan .
* Kadar germination antara 50-60% .


RUMPUT PLICATULUM

Nama Saintifik : Paspalum Plicatulum

Nama lain : Plicat paspalum (USA), Paspalum (Asia Tenggara),
Capim pojuca (BRAZIL), Pasto pojuca(VENUZELA),

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Kerap banjir atau air bertakung.

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tahap water table yg tinggi tidak
Menjejaskan tanaman.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 11%). – IVDMD – 50-68%

Kelebihan : * Berdaun lebat dan mempunyai ketahanan penyakit
* Kualiti rumput yang baik.
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (11-15 T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan berair dan dilanda banjir
* Menjadi makanan ternakan ikan di Vietnam

Kekurangan : * Perlukan tanah yg agak subur
* Batang agak keras jika tiada pemotongan melebihi 4 bulan .
* Kadar germination antara 50-60% .



KEKACANG HAMATA

Nama Saintifik : Stylo guianensis CIAT 184

Nama lain : Rumput Stylo (Asia Tenggara),Caribean Stylo (UK), Verano (SPAIN),
Cheesytoes (USA), Mother Segal (West INDIES), Lucy Julia (Cayman Is),

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Berpasir serta sedikit berasid

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tanah berpasir,tanah liat serta berasid
Tidak menjejaskan tanaman ini. Tidak baik untuk ragutan kurang dari
8 mggu setiap pusingan.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 12-23%). – IVDMD – 60-65% ( 66-72% in leaf and
33-57% in stem ) , P (0.16-0.37%),


Kelebihan : * Amat sesuai utk tanah berpasir serta agak berasid (pH 4.0-8.5)
* Kualiti rumput yang baik.
* Memerlukan kadar P yg rendah
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (10-12T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan cuaca ekstrem.
* Menjadi makanan ternakan babi di Vietnam/ Laos

Kekurangan : * Tidak sesuai ditanam bercampur dengan rumput lain.
* Kadar pertumbuhan yg agak perlahan berbanding rumput lain.
* Kadar pemakanan melebihi 40% kepada ternakan akan mengakibatkan
ternakan mengalami kembong (bloat).
* Tidak sesuai untuk penternak yg mempunyai kawasan tanah terhad.


KEKACANG STYLO

Nama Saintifik : Stylo guianensis CIAT 184

Nama lain : Rumput Stylo (Asia Tenggara/UK),alfalfa-do-nordesto(PORTUGUESE),
Tabardillo (SPAIN), Brasilliansche Luzeme( Germany)

Kegunaan : Sebagai padang ragut kekal atau foder. Amat sesuai untuk di buat hay
Serta amat disukai ternakan. Sentiasa hijau walaupun cuaca kemarau.

Kesesuaian tanah : Perlukan tanah sederhana subur . Tanah yang urang subur memerlukan
PEMBAJAAN. Tidak memerlukan saliran yg baik. Amat sesuai utk tanah
Berpasir serta sedikit berasid

Ketahanan : Tahan terhadap ragutan sederhana. Tanah berpasir,tanah liat serta berasid
Tidak menjejaskan tanaman ini. Tidak baik untuk ragutan kurang dari
8 mggu setiap pusingan.

Kaedah Penanaman : - Yg popular melalui taburan biji benih
- Kaedah stem memerlukan tenaga kerja yang tinggi.

Kadar Nutrisi : Protein Kasar ( CP 12-20%). – IVDMD – 52-65%, P (0.2-0.6%),
Ca (o.6-1.6%)

Kelebihan : * Amat sesuai utk tanah berpasir serta agak berasid (pH 4.0-8.5)
* Kualiti rumput yang baik.
* Memerlukan kadar P yg rendah
* Kadar bahan kering (DM) yg tinggi (10-12T/h/thn)
* Percambahan yg cepat setelah di tanam dan slps pemotongan.
* Menjadi kegemaran ternakan.
* Sesuai di tanam di kawasan cuaca ekstrem.
* Menjadi makanan ternakan babi di Vietnam/ Laos

Kekurangan : * Tidak sesuai ditanam bercampur dengan rumput lain.
* Kadar pertumbuhan yg agak perlahan berbanding rumput lain.
* Kadar pemakanan melebihi 40% kepada ternakan akan mengakibatkan
Ternakan mengalami kembong (bloat).
* Tidak sesuai untuk penternak yg mempunyai kawasan tanah terhad.

Selasa, Februari 01, 2011

Aku kini penternak LEBAH MADU dan pengamal APITERAPI :)













Alhamdulillah kini saya sudah bergelar Penternak Lebah Madu selepas mendapat ilham daripada lawatan bersama YB Che Abdullah Mat Nawi, Exco Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan, Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan dll. Hasil daripada lawatan singkat.