ASAL USUL JAMNAPARI
Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu.
Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.
Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India.
Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia.
Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.
Dan.... ia akan ke Kelantan Negeri Serambi Mekah tidak lama lagi... tunggu!!
KELEBIHAN JAMNAPARI
Berbiak Kembang Dengan Pantas – 3 kali beranak dalam setahun dan purata 2 ekor anak setiap kali kelahiran.
Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal dan beriklim Khatulistiwa.
Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit berbanding kambing Boer.
Matang ketika berumur 6 bulan, 9 bulan sudah boleh mengawan. Berbanding Katjang sewaktu berumur 1.5 tahun.
Saiznya lebih besar dan berat. Berat dewasa 36 - 63kg/ekor (kambing kampung@Katjang purata berat hanya 25kg/ekor)
Pembiakan pantas - 1.8 ekor/tahun
Boleh dijual sewaktu umur 6 bulan (berat 50kg) samada untuk penyembelihan atau baka
Kadar kematian rendah = anak < style="font-weight: bold;">POTENSI PENTERNAKAN KAMBING DI MALAYSIA
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan olej Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, pada masa ini populasi ternakan kambing di dalam negara adalah sebanyak 225, 520 ekor. Manakala jumlah kambing baka ialah 120,000 ekor. Setiap tahun, melebihi 90% daging dan ternakan kambing diimpot dari luar negara terutamanya daripada Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan sumber protein dalam negara. Oleh itu, pembiakan kambing memang mempunyai potensi yang sangat menarik.
Pihak kerajaan akan memberi bantuan kewangan serta bantuan dari segi teknikal kepada pihak penternak untuk meningkatkan bilangan kambing dan lembu di Malaysia kepada 5 juta dalam masa 5 hingga 10 tahun. Sasaran kerajaan bagi penternakan kambing adalah untuk mengeluarkan bekalan daging kambing daripada 8% sekarang kepada 35% menjelang tahun 2015.
Dalam Rancangan Malaysia ke 9 ini, tambahan sebanyak 15,000 ekor induk betina di perlukan bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan mensasarkan sejumlah 1,070,000 ekor kambing tempatan di sembelih dengan nilai 10,700 tan metrik. Selain itu juga populasi ternakan kambing juga akan di tingkatkan kepada 3.7 juta ekor.
Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan kambing merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk dimajukan dan diusahakan.
Mengenai pemilihan baka: Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak kira baka Jamnapari, Boer, Toggenberg, Saanen, Katjang, British Alpine atau yang lain. Namun apa yang perlu di titikberatkan adalah sistem ternak dan pengurusan ternakan yang baik. Seperti yang kita maklum, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun meningkatkan lagi masalah ternakan lebih kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan fungus. Adalah penting bagi mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi keadaan ini dengan baik ataupun melakukan perkawinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan daya tahan ternakan terhadap penyakit. Cuma kelebihan memelihara kambing Jamnapari kerana ia mempunyai daya tahan dan kelebihan nya menyesuaikan diri di dalam suasana kandang dan persekitaran iklim di Malaysia.
Khamis, Januari 25, 2007
Prospek Penternakan Kambing Jamnapari
Penulis Syam Ghaz
Diterbitkan Khamis, Januari 25, 2007
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)