Isnin, Disember 04, 2006

Lawatan Ke SIRIM, MIDA & MITI

Tarikh: 4 Disember 2006
Lokasi: Pejabat SIRIM, MIDA dan MITI

Beberapa perkara menarik dan input baru diperolehi. Tetapi hari ni saya tidak sempat nak masukkan kerana ada urusan lain yang lebih utama yang kena selesaikan.

1. Lawatan ke Pejabat SIRIM Kelantan




2. Lawatan Ke Pejabat MIDA Kelantan




3. Lawatan Ke MITI

Ahad, November 26, 2006

Perbandingan Harga Antara Baka Boer, Jamnapari & Kaprima

PERBANDINGAN HARGA BAKA KAMBING BOER, JAMNAPARI DAN KAPRIMA - Harga Dari Syrkt Kaprime. Sdn. Bhd







Kambing Pejantan




JenisUmur (bulan)Berat (kg)Harga (RM)
Boer10-1440-602000 - 2500
Jamnapari10-1445-802000 – 2500
Kaprima 9 - 1235-551500 - 2500

Kambing Induk Betina



JenisUmur (bulan)Berat (kg)Harga (RM)
Boer8-1225-35580-680
Jamnapari8-1235-451500-1800
Kaprima 6-828-35500-550

Baka Kambing Toggenberg, Saanen dan British Alpine

TOGGENBERG

Berasal dari Toggenberg Valley, Switzerland
Baka untuk kambing susu
Berbulu pendek dan sederhana
Berbagai warna dari 'ligh fawn' ke perang gelap dengan tanda putih yang ketara.
Prestasi baik di tempat sejuk.

Berat:

Jantan: sekurang-kurangnya 50kg
Betina: 45kg

SAANEN


Berasal dari Lembah Saanen Switzerland
Kegunaan untuk susu
Bulu pendek berwarna putih/krim
Telingga sederhana dan tegak
Ekornya tipis dan pendek

Penghasilan susu:

Diantara 500kg-1200kg dalam masa 250hari (purata 800kg)

Berat lahir:

Jantan: 3kg
Betina: 3.3kg

Berat dewasa:


Jantan: 68-91kg
Betina: 36-63kg.

BRITISH ALPINE

Berasal dari Banjaran Alps.
Kegunaan susu dan daging
Berwarna putih, fawn, kelabu, merah, hitam dan bersih.
Jantan mempunyai bulu yang panjang di bahagian tulang belakang.
Janggut jantan sangat ketara

Berat Dewasa:

Jantan: 75kg
Betina: 55kg

Baka Kambing Kaprima & Anglo Nubian

KAMBING KAPRIMA

Kacukan kambing Katjang(kampung) + Kambing Jamnapari + Kambing Boer/ Anglo Nubian = Kambing Kaprima.

"Kaprima" bermaksud kambing muda.

Mula biak pada usia:

Jantan: 9-12bulan(30-35kg)
Betina: 5-6 bulan(18-20kg)

Umur & Berat Matang:

Jantan: 9 bulan (28-40kg)
Betina: 5-6 bulan (18-20kg)

Purata anak dalam setahun:


1.8 ekor

ANGLO NUBIAN

Berasal dari Englang - campuran baka Zariby (Mesir dan Jamnapari)
Kegunaan untuk daging dan susu (2kg sehari)
Muka cembung
Warna bulu coklat kemerahan, putih, kombinasi warna.
Telinga panjang dan melampaui ke bawah dan merapati kepala, biasa tidak bertanduk.

Purata ketinggian:

80cm

Berat lahir:

3-3.5kg

Berat dewasa:

Jantan: 70-85kg
Betina: 55-70kg

Baka Kambing Boer, Jamnapari & Katjang

KAMBING BOER



Jurusan Pedaging
Warna putih & coklat di kawasan leher dan kepala.
Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian.
Bertanduk pada jantan dan betina.

Berat:

Jantan: 110kg-135kg
Betina: 90kg-100kg

Beranak:

3 kali dalam masa 2 tahun

Tempoh matang:

Jantan: 6 bulan
Betina: 10-12 bulan

KAMBING JAMNAPARI


Berasal dari India
Kegunaan untuk daging dan susu
Muka cembung
Warna bulu campuran hitam dan kekuningan
Telingga panjang dan melampai ke bawah dan berlipat

Purata Ketinggian:

91-127cm

Berat Lahir:

3-4kg

Berat Dewasa:

Jantan: 68-91kg
Betina: 36-63kg

KAMBING KATJANG(KAMPUNG)

Berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Kegunaan untuk daging.
Warna bulunya biasanya hitam, coklat, kadang-kandang terdapat tompok-tompok putih di kaki dan badan.
Telingga tegak disisi

Purata Ketinggian:

50-60cm

Berat Lahir:

1-2kg

Berat Dewasa:

20-25kg

Berat Dewasa Jantan:

25-30kg

Khamis, November 23, 2006

Ucapan Belanjawan 2007 & Intipati Dalam Membangunkan Sektor Pertanian Di Kelantan


Ucapan Belanjawan Tahun 2007 Bagi Tempoh Penggal Ke 3.

Dibentangkan oleh: YB Dato Hj Husam Musa
Bertempat di: Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan.
Tarikh: Selasa, 22 Syawal 1427H bersamaan 14 November 2006

Intipati & Peluang Dalam "Belanjawan Sejahtera"

1. Rujuk m/s;6 no ii:

Menambahkan peruntuk-peruntukan sedia ada seperti penambahan peruntukan sektor pertanian menuju Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara dan mengaktifkan program pembangunan pertanian dan pemulihan tanah terbiar.

2. Rujuk m/s;7 no vi:

Meningkatkan lagi prestasi dan daya saing industri kecil dan sederhana dengan pemodenan sektor pertanian, industri hiliran, perkayuan, biotek, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.

3. Rujuk m/s;14 perenggan 4:

Meningkatkan Taraf Hidup Nelayan

Sektor perikanan berperanan besar sebagai salah satu sektor penyumbang bagi bekalan protein. Dengan melibatkan 5,000 nelayan pada tahun 2005, sektor perikanan laut telah mendaratkan sebanyak 75,000 tan metrik ikan bernilai RM 140 juta. Usaha-usaha membela golongan ini akan melibatkan penyediaan sejumlah RM459,000 bagi perlaksanaan program-program infrastuktur nelayan, pemindahan teknologi peralatan perikanan, projek asuahan benih ikan air tawar, galakkan teknologi pengendalian ikan dll.

4. Rujuk m/s; 15 perenggan 2:

Pembangunan Sektor Pertanian & Pengurusan Tanah Terbiar.

Sejumlah RM3.3 juta diperuntukkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan bagi menguruskan program pengembangan, projek kelompok, usahawan IKS. Pada masa yang sama peruntukan juga diberikan kepada JPS, JPH, PPN. Antara program baru yang mendapat peruntukan Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah dengan dana sebanyak RM 2 juta. Manakala Program bantuan Ternakan Lembu secara 'fitlot' melalui JPH mendapat peruntukan sebayak RM 2 juta. Ia adalah bertujuan mencergaskan sektor pengeluaran daging dan meningkatkan pengeluaran makanan dalam negeri.

5. Rujuk m/s; 16 perenggan 2:

Sektor pertanian merupakan sektor paksi ekonomi negeri & merupakan penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Disamping itu juga kerajaan negeri merangka pakej-pakej program seperti: mempertingkatkan kompleks dan pejabat pertanian negeri, pembangunan psaut-pusat pertanian, pembangunan industri padi, pembangunan industri pelbagai komuniti, pembangunan industri sayur-sayuran & buah-buahan, pembangunan industri hiliran serta pembangunan usahawan. Selain daripada itu terdapat 5,000 hektar tanah terbiar wujud Negeri Kelantan. Kerajaan negeri mengalakkan sektor-sektor swastauntuk menjadi peneraju dan pemangkin dalam usaha mengkomersilkan sektor pertanian

6. Rujuk m/s; 28 perenggan 1:

... satu peruntukan sebanyak RM 800 ribu disediakan pada tahun 2007 untuk Galakan Perdagangan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan. Sebanyak RM 300 ribu lagi adalah untuk Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana di bawah Jabatan Pertanian serta peruntukan sebanyak RM 1.5 juta juga disediakan bagi Gerakan Berdikasi Rakyat Kelantan pada tahun 2007.

7. Rujuk m/s; 34 perenggan 3:

Berasaskan kedudukan ini, Kerajaan Negeri mencadangkan beberapa program, bantuan dana, insentif seperti Dana Belia Niaga sebanyak RM 1 juta, Dana Siswa Tani sebanyak Rm 1 juta dan Dana Teroka IT sebanyak RM 1 juta. .... Bagi Dana Siswa Tani, kerajaan cadangkan kawasan khas diwujudkan dimana siswazah yang berminat diberikan lot-lot tanah untuk tujuan memulakan pertanian dan penternakan dengan modal yang tertentu dengan syarat mereka terlibat sepenuh masa. Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan digerakkan bagi membantu kearah ini.

ANALISIS PELUANG:

a. Duit & Peruntukan Untuk Usahawan + Pertanian:

1. RM 1 juta untuk Dana Siswa Tani
2. RM 459,000 untuk membantu sektor perikanan laut dan darat
3. RM 3.3 juta untuk program pengembangan Jabatan Pertanian Negeri, JPH, JPS & PPN
4. RM 2 juta untuk Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah.
5. RM 2 juta untuk penternakan lembu 'fitlot'
6. RM 800 ribu disediakan pada tahun 2007 untuk Galakan Perdagangan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan
7. RM 300 ribu lagi adalah untuk Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana di bawah Jabatan Pertanian
8. RM 1.5 juta juga disediakan bagi Gerakan Berdikasi Rakyat Kelantan pada tahun 2007

Total: RM11.359 Juta

b. Program & Latihan

1. Program pengembangan, projek kelompok, usahawan IKS di bawah JP
2. Jaringan Pemasaran Produk Desa, Projek Biotek, Bumi Hijau dan Program Khas Pertanian Siswazah
3. Program bantuan Ternakan Lembu secara 'fitlot'
4. Program Galakan Perdagangan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan
5. Infrastruktur Usahawan dan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana di bawah Jabatan Pertanian
6. Gerakan Berdikasi Rakyat Kelantan

Tanah

1. 5,000 ekar tanah terbiar sedia untuk digunakan bila-bila masa.

KESIMPULAN:

Sebanyak RM 11.359 Juta telah disediakan, pelbagai insentif telah ditawarkan, pelbagai bentuk latihan & kemudahan disediakan dan 5000 hektar tanah sedia digunakan. Ia semamangnya satu peluang yang cukup-cukup besar dan paling penting untuk pengusaha yang telah lama dan yang baru ingin menceburkan diri dalam sektor pertanian ini. Semoga semua pengusaha mengambil manfaat dan mengoptimumkan peluang ini.

Selasa, November 21, 2006

Lawatan Ke Tempat Pemprosesan Baja Organik


Tarikh Lawatan: 20 November 2006
Jam: 3 petang
Pengusaha: En Kasmani
Lokasi: Felda Jengka 3, Pahang
Jenis Perniagaan: Ternakan Kambing untuk baka Boer & Baja Organik
Pasaran: Sekitar Pahang
Jumlah Tanah: 4 ekar
Sistem Pengurusan: Semi Intensif

Jumlah Ternakan:


Kambing Boer: 200 ekor

Luas Kandang: 20 kaki x 60 kaki = 1,200 kaki persegi = 200 ekor

Baja Organik:

Hasil tinja kambing:
2 tan sebulan. 100 ekor= 1 tan tinja sebulan

Harga jualan pukal: RM600-RM800 setan
Harga dalam beg plastik: 800g = RM4.50

Jumlah Pendapatan Baja Organik Bulanan: RM 1,600.00/sebulan (tinja sahaja... belum lagi jual baka kambing)

Kambing tidak dijual.