Ahad, Jun 29, 2008

BAJA BIO-ORGANIK: Sesuai Untuk Semua Jenis Tumbuhan.

Pamplet Baja Bio-Organik ALAM HIJAU keluaran Syarikat Bumiputra.


Harga*:

1. 25kg - RM 30.00
2. 50kg - RM 59.00
2. 1 tan - RM980.00

Penghantaran:

Seluruh Semenanjung

Hubungi:

013-219 9643 - Syam Ghaz untuk tempahan.


* Tidak termasuk kos pengangkutan.


Mencari Pasaran Cendawan?


Latar Belakang Projek

Mencari pasaran cendawan
(tiram kelabu, putih untuk permulaan) di Kelantan.

Syarikat kami dalam usaha untuk meneroka sektor penanaman cendawan secara contract farming dengan pekebun-pekebun getah di kampung saya.

Tujuannya adalah untuk membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan, terutamanya musim hujan yang melanda negeri ini sejak akhir-akhir ini. Ia secara langsung menyebabkan pengeluaran susu getah merosot selari dengan pendapatan mereka.

Justeru itu, kami sedang mencari mana-mana pengedar/ pengusaha/ kedai/ peruncit/ dsbnya yang boleh memberikan jaminan untuk membeli @ memasarkan produk yang bakal kami hasilkan. Pertolongan dari sahabat-sahabat semua juga amat-amat dialukan.

Ia adalaha sebahagian usaha syarikat kami untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak.

Terima kasih.

Syam Ghaz

Isnin, Jun 23, 2008

Sebut Harga Palet/ Makanan TernakanTerkini, 23 Jun 2008.

Klik untuk besarkan. TQ

PROMOSI:
Minimum untuk penghantaran adalah 50 beg sahaja!!

Menetap Di Kampung.

Sekadar makluman buat shbt2 semua, sy telah mengambil keputusan untuk menetap di kampung. rumah ayah yang ada dibina, di kebun2 getah, kelapa sawit dan buah-buahan.

Mungkin shbt2 yang pernah pergi waktu kenduri haritu tahu bagaimana keadaannya.

Baru balik cuti mnggu ni, kelas pengajian secara kecil2lan sy dan isteri cadang nak mulakan.

Ptg smlm, waktu balik kerja nak singgah ke tapak projek pengusaha cendawan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bncg aspek pasaran(tapaknya laluan sy pergi-balik kerja harian). dimana mungkin saya boleh tlg jualkan hasil2 org2 kg.

Cdg2nya nak usahakan projek pertanian/penternakan dan akualkultur, ajar orang2 kampung dan buat contrack farming dgn mereka semua. sekurang2nya mereka semua ada sedikit rezeki untuk Musim Tengkujuh yang bakal tiba.

Bulan 10,11,12 musim tengkujuh, getah tak keluar waktu musim hujan kesan daripada btgnya basah dan proses fotosistesis kurang. mengakibatkan pendapatan mereka merosot.

Perit akibatnya sekiranya mereka tidak menabung dari sekarang, kerana bulan 1, 2 dll nak urusakan persekolahan anak2 dan belanja lain. Tambah2 lagi semua barang dan minyak naik akibat 'hadiah' dari pemimpin tamak.

Mungkin dgn sedikit ilmu dan pengalaman sy boleh membantu mereka dalam memberikan sedikit nafkah untuk kegunaan harian.

Sedikit coretan dan makluman.

wassalam.

Syam Ghaz

Rabu, Jun 18, 2008

Kadar kemiskinan M'sia 30%


Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan. - http://aziziabdullah.blogspot.com/

Kadar kemiskinan M'sia 30%
www.malaysiakini.com
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 17, 08 5:02pm
Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus seperti yang diumumkan oleh kerajaan, kata bekas presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria.

Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat.

denison jayasooriaKatanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambil kira taraf hidup isi rumah.

Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup.

"Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin di negara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7 peratus (seperti yang diumumkan kerajaan)," katanya.

Beliau berkata, cara pengiraan untuk mengukur garis kemiskinan yang digunakan sekarang hanya mengambil kira keperluan asas sahaja dan ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Seharusnya, ia perlu mengikut kaedah ukuran PGK seperti yang diamalkan di negara-negara maju, seperti Sweden dan Singapura," katanya, sambil menambah, kaedah yang digunakan di Malaysia sekarang tidak lagi bersesuaian dengan kedudukan negara ini yang semakin membangun.

Kiraan tidak tepat

Dr Denison menambah, cara pengiraan yang diamalkan oleh negara-negara maju adalah purata pendapatan isi rumah dibahagi dua, bagi menentukan garis kemiskinan.

Misalnya, kini purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686.

Menurut Dr Denison, ini bermakna garis kemiskinan ialah separuh daripadanya, iaitu RM1,843.

Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765).

Pengiraan ini bagi keluarga seramai lima anggota.

Dr Denison mahu kaedah pengiraan garis kemiskinan itu mengambil kira kualiti hidup rakyat kerana kaedah yang digunakan sekarang tidak menggambarkan taraf hidup isi rumah.

"Konsep pengiraan garis kemiskinan perlulah mengambil kira kualiti hidup sesebuah keluarga dengan melihat sama ada mereka mempunyai peti sejuk, televisyen, komputer dan sebagainya.

"Bukan semata-mata melihat kepada keperluan asas sahaja," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jayakumar juga bersetuju supaya kaedah pengiraan garis kemiskinan, bukan lagi hanya berpandukan keperluan asas semata-mata.

"Keadaan ini tidak realistik apabila garis kemiskinan hanyalah berjumlah RM691 untuk keluarga yang mempunyai lima anggota.

"Ini kerana jika kita lihat kos hidup di bandar-bandar kini tinggi, maka kadar ini tidaklah bersesuaian," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, kaedah pengiraan yang digunakan tidak mencerminkan keadaan sebenar berikutan bantuan yang disediakan kerajaan tidak dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan kerana kadar kemiskinan yang rendah.

TAMAT.

Kini, jurang miskin kaya makin melebar. Yang miskin makin miskin, yg kaya bertambah kaya. Kesan kenaikan minyak dan harga barang akan menambahkan lagi penderitaan rakyat yang berpendapatan rendah di Malaysia.

KERAJAAN MALAYSIA kena buat tindakan SEGERA sebelum TERLEWAT.

Selasa, Jun 17, 2008

Import ayam negara jiran dibenar tanpa had: Pro & Kontra

ayam_web.jpg

PRO & KONTRA

PRO

- Harga ayam tempatan akan turun, sebab harga ayam import lebih murah.
- Penawaran lebih dari permintaan - harga akan turun
- Harga ayam lebih stabil
- Pengguna dapat beli ayam dengan harga MURAH
- Banyak syarikat dapat kontrak bekal ayam@AP Ayam

KONTRA

- Status HALAL @ Haram ayam tersebut
- AP diberikan pada kroni@kronisme
- Pengusaha ayam kecil2an akan lingkup @ bumiputra
- Banyak penyakit baru kepada manusia akan timbul kesan daripada makanan yg tidak sihat@ tidak tahu kadar kebersihan dan kandungan zatnya.
- Proses dan kebersihan diragui dll

Apa pendapat ANDA pula?

TEKS PENUH: Import ayam negara jiran dibenar tanpa had - BH 17.6.08

Oleh Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Bekalan ayam dari negara jiran dijangka dibenarkan dibawa masuk tanpa had bagi menstabilkan harga runcitnya di pasaran tempatan, yang kini dijual melebihi harga siling.

Pemberian permit untuk pengimportan tanpa had bekalan ayam dari negara jiran itu adalah antara beberapa perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang dihubungi selepas menghadiri mesyuarat itu, berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai langkah itu, Khamis ini.


"Kita berharap apabila permit mengimport ayam dikeluarkan segera, maka lebih banyak ayam dapat dibawa masuk untuk menangani kenaikan harga ternakan di pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata, pertambahan bekalan ayam di pasaran dijangka boleh menstabilkan harganya dan akan menguntungkan pengguna.

Kelmarin, harga ayam proses di beberapa bandar termasuk ibu negara dilaporkan dijual sehingga RM8 sekilogram, melebihi had siling yang ditetapkan, iaitu RM6 sekilogram bagi ayam standard dan RM6.70 sekilogram ayam super.

Peningkatan mendadak harga ayam itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pertambahan kos pada peringkat ladang, termasuk kenaikan harga bahan makanan ternakan berkenaan.

Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mahu import ayam dari Thailand dan Indonesia ditambah bagi menstabilkan harganya.

Shahrir berkata, Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah tambahan bagi menstabilkan kenaikan harga bahan makanan selepas mesyuarat mingguan Kabinet esok, bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat.

Minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi selepas kenaikan dua minggu lalu, manakala kakitangan awam dibayar gaji dalam dua ansuran sebulan bagi membantu pengurusan kewangan mereka berikutan peningkatan harga bahan api dan makanan.

Kerajaan juga memberi rebat tunai RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian berkuasa 2,000cc ke bawah serta pikap dan pacuan empat roda berkuasa 2,500 cc ke bawah dan RM150 setahun untuk pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah.

Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula diberi pengurangan cukai jalan RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.

Kerajaan juga menambah kuota diesel yang boleh dibeli dengan kemudahan kad fleet untuk pengusaha pengangkutan awam supaya tambang bagi pengangkutan awam dapat dikekalkan.

Langkah lain ialah meningkatkan threshold cukai perkhidmatan bagi restoran luar hotel kepada RM3 juta daripada RM500,000 supaya rakyat tidak dibebani cukai perkhidmatan lima peratus oleh restoran di luar hotel.

Ahad, Jun 15, 2008

Coretan dari kampungku

 KLps1 - April07 - Getah - Ladang Getah Di Malaysia. (ps1)

Baru balik dari kampung selepas sebulan lebih tak balik ke sana. Itu pun kebetulan ada sdara meninggal.

Sempat berborak dgn org2 kampung yg rata2 pendapatan mereka kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg.

Rata-ratanya berborak ttg isu kenaikan harga minyak dan musim hujan kebelakangan ini.

Sekiranya hujan, jumlah pengeluaran getah akan merosot dan pokok getah tidak dapat ditoreh kerana batangnya basah, supaya susu getah tidak bercampur dengan yang (yang akan menyebabkan kualiti susu getah menurun).

Kesan hujan, sememangnya menjejaskan pendapatan harian mereka.

Tapi, penangan kesan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian adalah bergitu menyebabkan mereka betul-betul rasa terhimpit dan 'sesak' untuk teruskan kehidupan harian, yang rata-rata daripada penduduk kampung adalah petani.

Harian, setiap pagi kena keluarkan duit untuk anak ke Sekolah, belanja dapur, elektrik, MINYAK motor, gas, BERAS, buku-buku latihan dll. Tambah2 lagi semua yuran IPTA/S naik, harga makanan dikantin naik, buku-buku dan alatulis naik... boleh dikatakan SEMUAnya naik kesan akibat daripada kenaikan MINYAK.

Semuanya itu amat2 memeritkan, tindakan kerajaanyang memberikan 'hadiah' untuk rakyat kali ini betul-betul dirasai oleh semua pihak. 2013 nanti
akan rakyat 'hadiah'kan 'sesuatu' untuk pemerintah@kerajaan yang disayangi!

Kesian sy melihatnya, sampaikan kami sekeluarga yang mempunyai tanah sekakang kera(sesiapa yg pernah pergi masa kenduri haritu tahulah.. sekakang kera itu besar mana) bersetuju untuk membayar upah/ gaji pekerja dengan 50% dari hasil jualan getah yang diperolehi.

Tujuannya untuk membantu meringankan kesan penangan kenaikan harga minyak disamping memberikan motivasi kepada mereka supaya terus berusaha gigih disamping 'merasai' dan 'menjaga' kebun kami ibarat kebun mereka sendiri.

Bila2 difikirkan sy bercadang nak balik dan menetap di kampung, InsyaAllah dengan berkat sedikit ilmu sy dan isteri yang ada kami bercadang ingin mengadakan kelas tuisyen untuk adik2 yang bakal menduduki peperiksaan. Supaya bila mereka besar nanti, mereka semua menjadi seorang yang berguna dan BIJAK untuk menentukan masa depan NEGARA dan menjatuhkan sistem ekonomi kapitalis sedia ada!

Sambung lagi, dah masuk waktu asar... nak g solat jap.

Coretan dari kampungku.

Wassalam.

FAKTA & MAKLUMAT INI MENYOKONG CORETAN RINGAN DIATAS.

1. Minyak: Lebih ramai jadi miskin
Jun 15, 08 5:38pm
Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi.

Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan.

Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.

"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

"Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan.

"Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah," katanya, lapor Bernama.

Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.

"Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut pengiraan 2005, garis kemiskinan bagi seluruh negara ialah pendapatan bulanan sebanyak RM691, manakala bagi Semenanjung jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi keluarga yang mempunyai lima anggota.

Bagi meringankan beban golongan ini, Azrul Azwar mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada RM2 bilion yang diperoleh melalui langkah berjimat-cermat yang diumumnya baru-baru ini, untuk diagihkan kepada golongan terbabit.

"Bukan bantuan dalam bentuk wang. Sebaliknya kerajaan perlu mengenal pasti siapakah yang tergolong dalam kumpulan ini dan membantu mereka dalam bentuk lain," katanya.

Penolong naib presiden jualan institusi, Alliance Investment Bank, Shahrul Kamal Ramli sependapat dengan Azrul Anwar bahawa semakin banyak rakyat Malaysia kini tergolong sebagai miskin berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Shahrul Kamal berkata rakyat negara ini sepatutnya diberi peluang berkongsi kekayaan yang dinikmati oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata seperti pemegang saham dalam syarikat senaraian awam, rakyat negara ini juga sepatutnya dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diraih oleh syarikat itu.

"Maksud saya ialah GLC yang kebanyakannya dimiliki secara penuh atau sebahagiannya oleh kerajaan seperti Petronas, TNB, patut memberi bonus tunai kepada rakyat.

"Tahukah anda bahawa di Singapura, kerajaan membayar bonus kepada rakyatnya? Tahun lepas, setiap daripada mereka menerima sekitar S$700 atau RM1,800," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Shahrul Kamal berkata walaupun kenaikan harga setiap liter petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 menjejaskan semua orang, tetapi golongan miskinlah yang paling teruk menerima akibatnya.

"Mari kita lihat begini... seorang ada RM1 dan seorang lagi RM100. Tambahan perbelanjaan sebanyak 20 sen bagi orang yang ada RM100 sudah tentu tidak seberapa kesannya, berbanding orang yang hanya ada RM1," kata beliau.

Beliau menambah, wang rebet yang diberi secara tunai sebagai ganti bagi subsidi tidak memberi manfaat kepada semua orang yang memerlukan bantuan kerana hanya mereka yang memiliki kenderaan layak menerimanya.

"Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan dan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam? Mereka tidak layak menerima rebet itu, sedangkan kenaikan harga bahan bakar memberi kesan yang pelbagai dan kumpulan ini juga menerima akibatnya kerana harga semua barang akan turut meningkat," katanya.

Shahrul Kamal juga mempertikaikan keberkesanan sesetengah langkah yang dilaksanakan kerajaan seperti kad fleet, yang pada pandangan beliau, boleh disalahgunakan.

"Pada masa ini, kerajaan belum menjelaskan formula yang digunakannya dalam mengira peratusan yang diberi oleh Petronas daripada keuntungannya. Mereka hanya beritahu kita jumlahnya.

"Dalam hal ini, saya mencadangkan, mungkin kerajaan boleh menimbang menggunakan satu kuantum berdasarkan harga pasaran.

"Contohnya, kalau harganya AS$40 setong, mungkin Petronas patut bayar 40 peratus dan jika lebih AS$80, mereka bayar 75 peratus. Saya yakin, jika ini dilakukan seperti yang sewajarnya, rakyat masih boleh menikmati harga bahan bakar yang tidak membebankan mereka," katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/84506

2. Data & Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah.

14
06 2008

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).

Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.

(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.

Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.

Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat. Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.

Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Sumber: Bank Negara, Perbendaharaan Negara & www.kickdefella.wordpresscom