
PRO & KONTRA
PRO- Harga ayam tempatan akan
turun, sebab harga ayam import lebih murah.
- Penawaran lebih dari permintaan -
harga akan turun- Harga ayam lebih
stabil- Pengguna dapat beli ayam dengan harga
MURAH- Banyak syarikat
dapat kontrak bekal ayam@
AP Ayam
KONTRA- Status
HALAL @ Haram ayam tersebut
- AP diberikan pada
kroni@kronisme- Pengusaha ayam kecil2an akan
lingkup @ bumiputra
- Banyak
penyakit baru kepada manusia akan timbul kesan daripada makanan yg tidak sihat@ tidak tahu kadar kebersihan dan kandungan zatnya.
- Proses dan
kebersihan diragui dll
Apa pendapat ANDA pula?TEKS PENUH: Import ayam negara jiran dibenar tanpa had - BH 17.6.08
Oleh Abdul Razak Raaff
PUTRAJAYA: Bekalan ayam dari negara jiran dijangka dibenarkan dibawa masuk tanpa had bagi menstabilkan harga runcitnya di pasaran tempatan, yang kini dijual melebihi harga siling.
Pemberian permit untuk pengimportan tanpa had bekalan ayam dari negara jiran itu adalah antara beberapa perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, yang dihubungi selepas menghadiri mesyuarat itu, berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai langkah itu, Khamis ini.
"Kita berharap apabila permit mengimport ayam dikeluarkan segera, maka lebih banyak ayam dapat dibawa masuk untuk menangani kenaikan harga ternakan di pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata, pertambahan bekalan ayam di pasaran dijangka boleh menstabilkan harganya dan akan menguntungkan pengguna.
Kelmarin, harga ayam proses di beberapa bandar termasuk ibu negara dilaporkan dijual sehingga RM8 sekilogram, melebihi had siling yang ditetapkan, iaitu RM6 sekilogram bagi ayam standard dan RM6.70 sekilogram ayam super.
Peningkatan mendadak harga ayam itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pertambahan kos pada peringkat ladang, termasuk kenaikan harga bahan makanan ternakan berkenaan.
Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mahu import ayam dari Thailand dan Indonesia ditambah bagi menstabilkan harganya.
Shahrir berkata, Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan beberapa lagi langkah tambahan bagi menstabilkan kenaikan harga bahan makanan selepas mesyuarat mingguan Kabinet esok, bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat.
Minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi selepas kenaikan dua minggu lalu, manakala kakitangan awam dibayar gaji dalam dua ansuran sebulan bagi membantu pengurusan kewangan mereka berikutan peningkatan harga bahan api dan makanan.
Kerajaan juga memberi rebat tunai RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian berkuasa 2,000cc ke bawah serta pikap dan pacuan empat roda berkuasa 2,500 cc ke bawah dan RM150 setahun untuk pemilik motosikal berkuasa 250cc ke bawah.
Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula diberi pengurangan cukai jalan RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Kerajaan juga menambah kuota diesel yang boleh dibeli dengan kemudahan kad fleet untuk pengusaha pengangkutan awam supaya tambang bagi pengangkutan awam dapat dikekalkan.
Langkah lain ialah meningkatkan threshold cukai perkhidmatan bagi restoran luar hotel kepada RM3 juta daripada RM500,000 supaya rakyat tidak dibebani cukai perkhidmatan lima peratus oleh restoran di luar hotel.