Rabu, Oktober 29, 2008

Gaharu - Industrinya Di Kelantan Menarik Minat Pelabur Asing

Tags

KOTA BHARU : Industi gaharu di Kelantan yang berkembang maju telah menarik minat pelabur asing dari Vietnam untuk menerokai industri depu di negeri ini.

Syarikat Binh Nghia Co. Ltd yang telah hampir 30 tahun berada dalam bidang gaharu atau depu ini mencari rakan niaga di negeri Kelantan ini kerana mereka yakin bahawa industri depu di Kelantan ini akan berkembang pesat.Mereka juga yakin bahawa industri depu di negeri ini dapat memenuhi pasaran tempatan selain berkongsi info tentang depu ini.

Gambar: Dipetik dari web: www.husammusa.com

Wakil Binh Nghia Co. Ltd Malaysia, Che Ghani Ambak menjelaskan lawatan ke negeri ini bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan yang dapat dilihat akan lebih maju ke hadapan.

“Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam industri ini bermula dari peringkat pengeluaran anak pokok gaharu, penanaman, perawatan dan pengeluaran minyak gaharu,” katanya ketika mengunjungi tapak semaian dan pusat pemprosesan pengeluaran minyak gaharu Agarwood Industry (Kelantan) Sdn Bhd, dekat sini.

Syarikat Binh Nghia Co. Ltd sendiri mempunyai industri tanaman gaharu di negaranya sendiri yang seluas 5,000 hektar banyak mengeksport hasil industri gaharu ke negara luar yang lain seperti Jepun,Taiwan dan Timur Tengah.

“Industri ini kalau tidak diberi perhatian ia akan rugi kerana 5 tahun baru kita boleh dapat hasil. Rawatan yang kita buat pada pokok menghasilkan 90 peratus kejayaan untuk mengeluarkan kayu dan minyak yang berkualiti,” katanya.

Namun apa yang penting adalah pemilihan benih atau jenis anak pokok gaharu yang terbaik yang mampu menghasilkan produk yang baik seperti yang dihasilkan oleh Syarikat Binh Nghia Co. Ltd. Syarikat Vietnam ini menghasilkan produk depu dari jenis depu krasna.

## Sesiapa yang nak beli pokok Depu/ karas/ gaharu boleh call saya. RM20+/pokok jenis sp Crasna Sub Intergra dll.

Artikel Terkait